Menggunung (Completed)

Por HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Más

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 31: Busut Anai-Anai

3.9K 257 24
Por HelmiEffendy


Ketua fasililiator iaitu Mufarwa Farid kelihatan terpingga-pingga untuk beberapa ketika selepas 4 orang pelajar SMK Adrujha yang baru sahaja diserahkan ke bawah tanggungjawabnya tiba-tiba tumbang, termasuklah penghulu dan penghuluwatinya. Tidak pernah berlaku seumur hidupnya apabila pada hari pertama sahaja, bukan, tetapi pada hari pembukaan untuk kem motivasi tersebut, dia melihat bukan seorang, tetapi empat orang pelajar dibawah jagaannya tumbang serentak, seiring dengan kedatangan angin yang tiba-tiba menyerbu dari kejauhan, entah dari mana datangnya.

"Awak okey Izzat?" soal Mufarwa Farid sambil membantu Izzat untuk berdiri. Jejaka itu mengangguk sebelum menggeleng, mungkin mahu menghalau rasa pening yang masih tersisa di kepalanya. Beberapa orang seorang daripada fasililator perempuan yang ada disitu membantu Adilla, Sofea dan Najirah untuk berdiri.

"Nak berehat dulu ke? Mungkin kamu semua penat sebab perjalanan jauh tadi..."

"Saya okey," pintas Izzat sambil tersenyum, namun kerisauan masih terlukis pada wajah Mufarwa Farid.

"Adilla, awak okey?" soal Mufarwa Farid menoleh ke arah Adilla yang sedang berdiri di sebelahnya, namun masih dipapah oleh seorang fasisilator yang bertugas. Adilla sekadar mengangguk.

"Semua pelajar, boleh ke dorm masing-masing. Lelaki belah kiri sana, dan perempuan belah kanan. Saya nak lepas sejam, semua dah bersiap dan kita akan berjumpa kat foyer sana! Boleh?" arah Mufarwa Farid.

"Kita bawa mereka berempat ke bilik sakit," arah Mufarwa Farid. Beberapa fasililator yang bertugas mengangguk, lalu masing-masing memapah Izzat, Adilla, Najirah dan Sofea ke bilik sakit.

"Abang Farid, saya nak temankan kawan saya, Izzat! Boleh?" soal Megat Azizan ketika Mufarwa Farid sedang meninggalkan lapangan itu sementara pelajar-pelajar yang lain mula bergerak ke arah dorm mereka.

"Tapi barang kamu macam mana?" soal Mufarwa Farid.

"Kamarul dengan Ikmal dah offer dengan terhormat untuk tolong saya! Kan Rul, Mal?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Ikmal dan Kamarul yang sedang mengangkat beg baju masing-masing. Untuk seketika, mereka berdua terpempan apabila secara tiba-tiba, nama mereka berdua dipetik oleh Megat Azizan.

"Errr pen..." Belum sempat Ikmal mahu membantah, Kamarul disebelahnya terus menyiku.

"Izzat kawan baik kami. Saya tak kisah kalau Jiji ada kat dalam sana temankan Izzat. Lagipun yang perempuan dah ada teman," kata Kamarul.

"Kalau macam tu, baiklah," kata Mufarwa Farid, mengangguk sekali dua sebelum terus melangkah.

"Saya boleh papah Izzat, abang boleh tolong orang lain," kata Megat Azizan, terus menawarkan dirinya membantu meringankan beban Mufarwa Farid yang lebih rendah daripada Izzat yang mempunyai ketinggian lebih 6 kaki itu.

"Kau... kau keturunan salah seorang daripada pengasas Menggunung!" tutur Megat Azizan dengan riak wajah yang penuh dengan kedutan kerana terkejut.

"Aku pun rasa macam tu," balas Izzat tenang.

"Kau jawab... macam benda ni bukan sesuatu yang besar. Kau sedar tak nyawa kau kat hujung tanduk ni?" Megat Azizan tidak puas hati.

"Kita tak tahu seberapa banyak bahaya kem motivasi ni," kata Izzat.

"Kau gila? Tak tahu? Tak dengar apa yang aku cerita tadi? Tak baca artikel kat laman web Dari Alam Lain?"

"Jiji..."

Megat Azizan berhenti seketika, begitu juga dengan Izzat.

"Tempat ni bakal menarik segala ilmu hitam, hantu, makhluk menakutkan yang semuanya akan bertanding dan memburu kau, Sofea, Dilla dengan Jierah! Kau tahu tak kau sekarang umpama kambing yang baru sahaja baru masuk sarang singa?" Izzat diam manakala Megat Azizan terus membebel.

"Aku nak kau dengan yang lain mohon nak balik awal. Bagi alasan tak sihat. Boleh?" soal Megat Azizan.

"Tapi, itu akan buatkan semua yang ada kat sini dalam bahaya," kata Izzat membuatkan Megat Azizan terus menggeleng.

"Ya ALLAH... kenapa dengan kau orang ni? Ini bukan komik superhero, atau cerita filem. Ini realiti. Kenapa kau selalu nak berlagak jadi hero dan selamatkan semua orang? Kenapa kau tak fikir yang ada orang lain yang akan rasa kehilangan kau kalau sesuatu terjadi pada kau! Kenapa kau terfikir apa aku akan rasa kalau kau mati? Hari tu Emmy berlagak nak jadi hero, sekarang kau pulak!"

"Maaf Jiji, mungkin aku memang dah ditakdirkan jadi hero dekat sini," kata Izzat lalu terus melangkah, membiarkan Megat Azizan terpacak berdiri tidak percaya.

"Tapi aku boleh pujuk yang lain suruh balik. Tapi aku tak tahulah diaorang sanggup jadi pengecut macam tu," kata Izzat lagi namun Megat Azizan terus terpacak disitu, tidak percaya mendengar betapa nekadnya Izzat dengan apa yang sedang terjadi. Hanya selepas beberapa ketika, barulah Megat Azizan meninggalkan tempat itu, lalu terus melangkah ke arah dorm lelaki. Dia terus menyerbu masuk ke dalam dorm, mendapatkan dua sahabatnya yang lain yang kini sedang kusyuk berbual.

"Dalam buku pasal hantu kau tu, tak ada ilmu nak mengintip orang lain ke?" soal Ikmal ketika Megat Azizan tiba.

"Ada. Kenapa? Ohh Jiji, katil kau kat situ. Aku dah reserve kat bawah untuk Izzat," kata Kamarul sewaktu Megat Azizan memeriksa katil di sebelahnya sebelum kembali berbual dengan Ikmal.

"Kau sedar tak, dorm perempuan kat belah sana jer," kata Ikmal dengan mata bersinar penuh pengharapan.

"Kau nak ajak aku..."

"Emmy... Jierah... Adilla... wow, aku tak pernah sangka yang aku akan berkawan dengan awek-awek secantik macam tu. Then, aku terfikir ni peluang aku untuk..." Bam! Sekali kepalanya ditolak dari belakang sebelum Megat Azizan melabuhkan punggungnya disebelah Ikmal.

"Apahal main kepala aku tadi?" soal Ikmal bengang.

"Dengan member sendiri pun ada nafsu ke?"

"Aku bukan gay macam kau. Diaorang perempuan. Aku lelaki. So, tak salah ada nafsu," kata Ikmal mempertahankan dirinya.

"Diaorang kawan kau. Kalau nak skodeng, carik orang lain. Aku dapat tahu kau... atau Kamarul..."

"Woi, ni semua idea Ikmal!" Kamarul mempertahankan dirinya.

"Buat benda tak baik masa dekat sini, kau tahu apa aku akan buat. Lagi-lagi kalau kau skodeng Jierah. Dia tu sahabat aku masa semua orang tak nak kawan dengan aku! Dia tu macam adik perempuan aku. Faham?" Megat Azizan memberi amaran.

"Tapi..." Ikmal kelihatan tidak puas hati.

"Fullstop!" pintas Megat Azizan sebelum berpaling ke arah Kamarul.

"Kau ada cara untuk contact benda tu? Segala makhluk-makhluk yang aku rasa dah sampai kat sini pun nak buru darah keturunan 4 pengasas Menggunung tu," tanya Megat Azizan.

"Ada dua cara. Ouija Board atau cara lain... cara orang Melayu kita. Mana kau nak?"

Untuk seketika, Megat Azizan merenung ke arah Ikmal disebelahnya.

"Kau kena ada sekali," kata Megat Azizan.

"What? Aku kena ikut sekali ke?" Ikmal cuba membantah.

"Bawak Emmy sekali. Tapi jangan bagitahu Izzat, Adilla, Najirah dengan Sofea! Aku tak nak diaorang berempat tahu! Diaorang tentu tak akan setuju kita buat benda ni nak tolong diaorang!" Megat Azizan memberi amaran.

"Kalau ada Emmy, aku on!" kata Ikmal tanpa segan silu disebelahnya.

"Pervert!" gumam Megat Azizan lalu bangkit dari situ.

"Cepat, abang Farid suruh kita ke foyer. Lagi 10 minit jer waktu untuk kita tinggal!"

Seperti biasa, aktiviti pada hari pertama di Kem Motivasi Rentap itu, mereka dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan untuk aktiviti berkumpulan. Izzat, Megat Azizan, Ikmal dan Kamarul diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Cuma, bersatunya 4 sahabat itu agak terganggu apabila Ammar turut berada bersama mereka. Namun, oleh kerana dia keseorangan kali ini, Ammar tidak memilih untuk melontarkan provokasi-provokasi murahannya yang biasanya berlumur dibibir lelaki itu.

Emmy, Adilla, Najirah dan Sofea pula diletakkan dalam satu kumpulan yang sama, sambil disertai oleh beberapa orang pelajar kelas mereka, melengkapkan ahli kumpulan kepada 7 orang berbanding kaum lelaki yang hanya dibahagikan kepada kumpulan yang dianggotai oleh lima orang ahli sahaja. Alasannya kerana jumlah kaum wanita lebih ramai daripada lelaki. Setiap kumpulan akan ditemani oleh fasililator yang bertindak sebagai pemerhati dan penilai kepada setiap idea yang dilontarkan oleh mereka.

Namun, sepanjang aktiviti berkumpulan yang menuntut mereka memilih nama kumpulan, logo, motto dan juga membentangkan pilihan mereka dihadapan orang lain, langsung tidak mampu mencuri perhatian dan kesedaran Megat Azizan. Dia lebih memikirkan tentang rancangannya malam nanti.

Bahkan, aktiviti yang mengiringi selepas aktiviti berkumpulan dan solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Izzat tadi, yang menuntut mereka untuk melakukan aktiviti sukan yang agak menarik yang kemudiannya pada penghujung aktiviti berkumpulan itu, Mufarwa Farid akan membahaskan tentang nilai-nilai kemanusian dan jati diri yang mereka boleh kutip bersama ketika melakukan aktiviti tersebut. Hanya bait-bait awal pidato penuh semangat oleh Mufarwa Farid yang terngiang-ngiang di gegendang telinga Megat Azizan, selebihnya dia kembali tenggelam memikirkan apa sahaja yang bakal dihadapi oleh mereka malam ini.

Akhirnya, selepas aktiviti malam yang hanya menuntut mereka menonton beberapa video motivasi sambil diselang-seli ceramah daripada Mufarwa Farid, solat Maghrib dan juga penceramah jemputan yang datang memberi tips untuk menjadi anak-anak soleh dan soleha, barulah mereka bersurai untuk berehat bagi aktiviti keesokan harinya yang lebih mencabar menurut Mufarwa Farid. Tetapi sebenarnya untuk malam itu, ia baru sahaja bermula untuk Megat Azizan.

"Ingat... aku jumpa busut anai-anai tu kat belakang dorm perempuan. Ini bermaksud kita bertiga sebelum sampai sana, kena berjaga-jaga. Takut-takut nanti tersempak dengan mana-mana abang atau kakak fasi yang tengah meronda. Okey?" Kamarul sempat menitipkan pesanan sebelum operasi gila mereka bermula.

"Kau plan nak buat apa dengan busut anai-anai tu?" soal Ikmal sambil memandang disekitat dorm mereka. Kelihatan hampir seluruh isi dorm sudahpun lena dibuai mimpi masing-masing. Cuma, mereka bertiga sahaja yang masih berjaga pada malam itu.

"Kemeyan... kau bakar kemeyan pada busut tinggal anai-anai, ia mampu menarik benda tu datang dekat kau. Tak perlu mantera puja-puja dia, tak perlu nak bagi dia makan. Cukup kau bakar kemeyan dekat busut anai-anai," jelas Kamarul.

"Kau bawa kemeyan datang sini?" soal Ikmal tidak percaya.

"Kita nak masuk hutan. Tak ada senjata pertahanan diri, macam bunuh diri," kata Kamarul.

"Terangkan," suruh Megat Azizan.

"Kau tahu tak kenapa nenek moyang kita bakar kemeyan masa ada orang yang mati? Sebabnya kemeyan ni macam kelemahan kebanyakan makhluk halus ni. Asap dia yang bau wangi ni macam racun untuk diaorang. Diaorang suka asap, tapi bukan bau wangi-wangian. Diaorang akan makan asap ni, tapi lepas tu, kau sendiri faham. Ia macam perangkap untuk diaorang," jelas Kamarul.

"Bab alam belah sana, aku serahkan pada kau. Emmy tengah tunggu kita kat belakang dorm perempuan. Jom," ajak Megat Azizan sebelum mereka bertiga melangkah keluar perlahan-lahan, tidak mahu membangkitkan sesiapa dari tidur. Megat Azizan mengetuai dihadapan, berjalan dalam keadaan membongkok ke arah muka pintu. Tombol pintu dipulas seperlahan mungkin. Selepas itu, pintu ditarik, mujurlah hanya menghasilkan bunyi keriut yang agak perlahan.

Mereka bertiga melangkah keluar lalu menutup pintu bilik dengan perlahan. Selepas itu, masing-masing berjalan meredah kegelapan malam hanya bertemankan lampu suluh ditangan dan cahaya bulan. Mereka melintasi beberapa buah bangunan seperti tandas, bangunan pentadbiran yang menempatkan bilik-bilik untuk fasililator yang bertugas sebelum akhirnya sampai ke dorm perempuan. Mujurlah mereka tidak tersempak dengan sesiapa ketika menjalankan operasi itu. Dari kejauhan, kelihatan Emmy dalam pakaian T-Shirt putih lengan panjang dan seluar trek kelabu yang kelihatan gelisah.

"Sampai pun kau orang. Kenapa lambat sangat?" soal Emmy.

"Susah sangat nak kejut si Ikmal ni bangun," kata Megat Azizan.

"Kau yakin nak buat kerja ni?" soal Kamarul, mendapatkan kepastian.

"Saya nak tolong Najirah dengan Adilla lepas diaorang tolong saya hari tu. Jadi, saya nekad," kata Emmy.

"Kalau awak takut kat sana, awak pegang tangan saya okey?" perlawa Ikmal membuatkan Emmy terpingga-pingga, tidak tahu mahu memberi reeaksi yang bagaimana.

"Auch! Sakitlah!" ucap Ikmal sambil memegang kepalanya. Kali ini, Megat Azizan menduku belakang kepalanya.

"Makwe orang tu, kau jangan buat bukan-bukan!"

"Kau buat ceritalah! Aku tahu dia single!"

"Aku pakwe dia. Kenapa?" Emmy ketawa kecil mendengarkan seloroh Megat Azizan.

"Dah-dah. Kena cepat ke belakang dorm sebelum sesiapa nampak kita!" kata Kamarul lalu meninggalkan tiga sekawan itu. Mereka mengekori Kamarul dari belakang sebelum sampai ke sebuah busut anai-anai yang agak tinggi, setinggi paras lutut mereka. Mereka berempat duduk mencangkung mengelilingi busut anai-anai tinggal itu.

"Dah bersedia?" soal Kamarul sambil memandang wajah rakan-rakannya yang lain.

Kamarul terus mengeluarkan sesuatu yang membentuk bebatu kecil yang berwarna-warni bersama dengan sebuah mangkuk bersama dengan beberapa buah colok. Dia membakar colok itu dan kemudian dicucuhnya pada bebatu kecil yang bewarna-warni itu. Asap kecil mula melayang-layang membentuk lengkuk-lengkuk yang hilang diudara.

"Tak payah baca apa-apa?" soal Emmy.

"Dia akan datang... lagi satu aku lupa nak cakap, asap kemeyan yang dibakar dekat busut anai-anai tinggal, mampu bukak hijab kau orang untuk beberapa ketika. Kalau nampak apa-apa, jangan menjerit, jangan lari. Kita kekal dekat sini," gumam Kamarul membuatkan wajah Ikmal berubah pucat tiba-tiba.

"Aku... akan nampak... hantu?" soal Ikmal.

Kamarul sekadar mengangguk sambil dahinya berkerut. Tidak lama kemudian, lampu suluh di tangan mereka padam. Seolah-olah bateri sudah kehabisan disedut oleh satu tenaga yang luar biasa. Serentak itu, Ikmal terus mencapai lengan Emmy dan Megat Azizan yang mendampinginya.

"Awak okey ke Ikmal?" soal Emmy.

"Si...tu..." gumam Ikmal.

Kelihatan lembaga-lembaga yang berbadan sasa, memakai cawat sambil membawa senjata seperti parang, busur anak panah, sumpit dan pelbagai senjata-senjata tradisional yang lain muncul dalam kegelapan, menghampiri mereka. Tubuh lembaga-lembaga itu dipenuhi oleh tatu-tatu yang membentuk pelbagai corak.

Namun, yang paling menakutkan ialah bagaimana keadaan mereka adalah tidak sempurna. Ada lembaga dengan biji mata yang hancur seperti terkena tembakan, peluru. Ada dengan terdapat kesan sembelihan yang masih kelihatan sambil darah tidak henti-henti mengalir dari situ. Ada yang muncul dalam keadaan telinga tercabut, tetapi tidak sepenuhnya dari kepala. Atau ada yang dengan keris masih terbenam di tepi perut. Namun, seorang lelaki tua yang bongkok dengan tongkat muncul antara mereka, dengan kesan peluru yang masih terbenam dikebanyakan tubuhnya.

"Kamu semua... pejuang yang gugur... 500 tahun lalu melawan pengasas Menggunung?" soal Kamarul, berani.

"Ada apa anak muda... kamu panggil kami ke sini?" soal lelaki tua itu.

"Kami ada soalan, untuk kau!" Megat Azizan bersuara pula.

"Berani..." gumam jelmaan lelaki tua itu.

"Apakah... dendam kalian dengan keturunan pengasas Menggunung masih wujud?" soal Megat Azizan.

"Sudah tentu. Kami tak akan biarkan makhluk sekuturuk vampira, ilmu hitam yang datang dari Eropah itu mencemari hutan kami. Selagi mereka hidup, selagi mereka yang melindungi keturunan perosak ini masih hidup, Menggunung akan kekal menjadi sumpahan untuk mereka!" balas lelaki tua itu sambil lembaga-lembaga yang mungkin merupakan orang-orang asli yang gugur dalam peperangan yang berlangsung 500 tahun yang lalu itu.

"Tapi... dosa yang berlaku 500 tahun, kenapa keturunan mereka yang harus tanggungnya? Aku tak faham logik akal kau orang!" Megat Azizan kelihatan bengang.

"Kau tak akan faham apa yang berlaku... kau tak merasainya!"

"Bagi aku faham sekarang!" Megat Azizan meninggikan suaranya. Untuk seketika, lelaki tua itu merenung tajam ke arah Megat Azizan sebelum tersenyum.

"Baiklah... aku akan bagi kau faham," tuturnya lalu menghampiri Megat Azizan. Dia terus menyentuh bahu Megat Azizan dan seluruh latar yang mengitari Megat Azian berubah. Dia tidak lagi berada di belakang dorm perempuan Kem Motivasi Rentap sebaliknya dia sedang berada di dalam sebuah kereta kuda. Dia kini lengkap dalam pakaian busana Melayu, siap bertanjak dan berkeris tersarung di tepi sampingnya. Dia menoleh ke kirinya, terdapat tingkap dan dia sedang duduk di atas tempat duduk yang agak empuk.

"Kita dah sampai Tuan Muda..." tutur satu suara dari luar.

"Menggunung?" gumam Megat Azizan sebelum pintu kereta kudanya dibuka dari luar, sebelum muncul seorang lelaki tidak berbaju, sekadar berseluar hitam yang diselitkan keris di dalam seluarnya. Dia menunduk sebelum Megat Azizan melangkah keluar. Terdapat ratusan manusia yang sedang berada di belakangnya, dalam keadaan sehelai sepinggang. Ada keluarga dan juga individu yang berseorangan. Ada yang bersama sahabat dan rakan mereka. Mereka semua tidak memakai busana Melayu yang semewah seperti tersarung ditubuhnya. Sekadar memakai pakaian persis rakyat marhaen. Terdapat juga tujuh buah kereta kuda yang seperti yang dinaikinya, bahkan terdapat yang lebih besar dan mewah daripadanya.

"Tempat inilah yang ditunjukkan oleh Datuk Ahli Nujum kepada aku... dia kata di sini ialah tempat paling sesuai untuk kita semua bina hidup kita!" tutur lelaki yang berbusana yang ditemani oleh seorang wanita yang lengkap berbusana baju kurung berwarna merah. Dibelakangnya pula ialah seorang gadis yang yang kelihatan sangat cantik dalam pakaian baju kurung berwarna biru serta rambut yang diikat sanggul dibelakangnya. Untuk seketika, Megat Azizan seperti terpempan pada wajah itu sebelum menyedari sesuatu.

"Najirah? Datuk Nasir? Dan itu bukan Datin Azizah ke?" Sungguh, wajah keluarga bangsawan itu sangat seiras dengan wajah sebuah keluarga yang dikenalinya hidup beratus tahun daripada tempoh itu.

"Wahai penduduk Melaka sekalian! Hari ini, tanggungjawab aku sebagai seseorang yang diamanahkan untuk membawa kalian membina hidup baru ditempat yang baru selepas kita kalah dengan bangsa benggali putih itu sudah selesai. Dari ramalan mamanda menteri ahli nujum, katanya kalau kita bangunkan penempatan kita di sini, maka tempat ini akan menjadi makmur!" Ucapan daripada lelaki itu yang menyerupai Datuk Nasir Jalaini itu disambut sorakan daripada ratusan pengikutnya.

"Mulai hari ini, aku akan namakan kampung kita sebagai Menggunung kerana kawasan disekitar sini dipenuhi oleh tanah tinggi dan banjaran yang seindah mata kita memandang!" tuturnya.

Seguir leyendo

También te gustarán

6K 133 14
Sorry pantun bebas jeww??
57.6K 4.3K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
6K 1.1K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
164K 3.3K 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan it...