Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 29: Gadis Kristal

3.4K 237 19
By HelmiEffendy


Entah kenapa, untuk beberapa hari itu, Megat Azizan tidak dapat mencampakkan langsung Sofea dari benaknya. Wajah gadis separuhnya yang terlindung disebalik rambutnya itu asyik berulang-ulang di tubir matanya, seperti hologram tiga dimensi yang sedang dimainkan dari sebuah mesin yang sangat canggih dari masa depan. Cuma bezanya, hanya dia seorang sahaja yang dapat melihat hologram tersebut. Bayangan Sofea yang sedang kusyuk bercerita tentang peristiwa yang berlaku 500 tahun yang lalu itu meninggalkan kesan dalam jiwanya.

Apa yang berlaku ketika Pertempuran Menggunung, tiada siapa yang tahu kesahihannya. Benarkah bahawa terdapat keluarga bangsawan dari Kesultanan Melaka yang merupakan keturunan vampira sehingga membangkitkan perasaan orang asli tempatan masih lagi bersifat kisah mulut yang disebarkan dari nenek moyang ke anak cucu mereka.

Namun, Megat Azizan tahu bahawa realiti bakal terganggu sekali lagi, kerana laman web yang menaikkan artikel tentang tapak Kem Motivasi Rentap di kaki banjaran Rajawali itu tidak pernah gagal dalam menanam sesuatu yang bersifat mitos atau tidak wujud ke dalam realiti. Mangsa realiti yang sedang huru-hara yang terbaru ialah barangkali ialah Sofea, seorang gadis pemalu dan anti-sosial yang sejak tragedi kebakaran yang meragut nyawa kedua-dua orang tuanya bertukar menjadi seorang penyendiri.

"Kau tahu tak kenapa aku suruh Adilla renung mata Cikgu Aliff tajam-tajam?" Kamarul masih belum mampu move-on daripada kejayaan strateginya menundukkan Tok Anjang dan juga cikgu sebuas nafsunya seperti Cikgu Aliff. Emmy yang satu-satunya yang masih setia mendengar bebelan Kamarul menggeleng.

"Sebab dalam buku Kitab Alam Mistik sebut yang nak reverse kan kesan ilmu hitam adalah kena sebut nama gadis-gadis yang dia jadikan mangsa. Nak bawa cermin dalam situasi macam tu, akan kantoi. Lepas tu aku terfikir yang mata Adilla memang sangat-sangat cantik. Pupil dia kalau kau tatap dengan teliti, kau akan lihat pantulan wajah kau. Masa tu aku suruh Adilla gunakan mata dia. Biar Cikgu Aliff nampak pantulan diri dia balik mata Adilla," terang Kamarul begitu bersemangat. Izzat yang menyertai dari jauh sambil membawa pinggan nasi lemak yang berlaukkan sotong dan telur mata kerbau itu menyertai mereka.

"Aku tak sedar yang mata Adilla cantik..." gumam Izzat yang jelasnya dia mendengar suara Kamarul yang begitu kuat bercerita ketika dia sedang menghampiri meja makan itu.

"Weyh Kamarul... perlahankan sikit suara kau tu. Aku boleh dengar dari kaunter," tegur Izzat.

"Oh, kuat sangat ke?" soal Kamarul sambil tersengih sendirian. Ketika sedang Izzat kusyuk menghabiskan makanannya, Adilla dan Najirah menyertai mereka membawa makanan masing-masing. Adilla masih setia dengan mee gorengnya manakala Najirah pula dengan dua keping roti kosong banjir. Namun, ketika Adilla mahu berkira-kira menyuap mee goreng ke dalam mulutnya, penggerakan tangannya kaku sebentar diudara.

"Kau dah kenapa? Pandang aku lain macam?" soal Adilla.

"Oh... maaf. Aku baru sedar hari ini yang mata kau memang cantik sangat," balas Izzat jujur membuatkan wajah Adilla terus merona merah. Dia tertunduk seketika, tidak menyangka langsung akan menerima pujian daripada Izzat. Emmy yang sedang kusyuk mendengar cerita Kamarul menoleh sebentar ke arah Izzat dan Adilla. Kamarul turut terhenti bercerita, menyedari babak pujian spontan Izzat itu telah membuatkan Emmy terlari fokusnya. Ada riak cemburu terukir di wajah Emmy.

"Maaf, aku kena pergi. Ada hal nak jumpa Cikgu Leong," tutur Emmy. Lantas, senyuman terukir pula di wajah Kamarul, seolah-olah seperti terlukis perasaan yang mengambarkan "aku dah agak!"

"Emmy, awak okey ke?" soal Adilla sambil menyentuh lembut tapak tangan Emmy.

"Aku okey. Tak apa," kata Emmy sambil terrsenyum sebelum menarik tangannya daripada disentuh oleh Adilla. Untuk seketika, Adilla saling berkongsi pandangan dengan rakan-rakannya sebelum Najirah tiba-tiba bersuara, mahu menghalau suasana kekok yang baru sahaja tercetus antara mereka.

"Kau ni kenapa diam jer? Selalu mulut macam bertih jagung!" tegur Najirah membuatkan lamunan Megat Azizan terus tersentak. Dia menoleh ke arah rakan-rakannya.

"Adilla... Jierah... biasanya kat mana tempat Sofea melepak masa rehat macam ni?"

"Perpustakaan sekolah," tutur Adilla dan Najirah serentak.

Ketika itu, Ikmal menghampiri mereka sambil mulutnya sedang meragut beberapa keping nugget daripada lidi tajam.

"Ikmal, Nasi Ayam ni untuk kau. Aku tak makan apa-apa lagi. Aku belanja," tutur Megat Azizan sambil menepuk belakang Ikmal lalu berlari pergi meninggalkan rakan-rakannya yang lain.

"Dia positif kanser ke? Berapa bulan lagi dia nak hidup?" soal Ikmal spontan sekaligus membuatkan Kamarul disebelahnya ketawa besar manakala Najirah menggeleng. Ketika itu, Megat Azizan sudah sampai ke blok yang menempatkan perpustakaan sekolah. Dia memanjat dengan bersungguh-sungguh lalu akhirnya tiba di hadapan perpustakaan yang terletak di tingkat tiga Blok B sekolah.

"Sofea... tahniah sebab jadi perempuan pertama buat aku sanggup melangkah masuk ke dalam perpustakaan dalam seminggu dua kali berturut-turut," gumam Megat Azizan sendirian ketika dia mengesat peluh yang mengalir dari dahinya dengan sapu tangan.

Pintu perpustakaan ditolaknya, sekaligus udara yang dingin dari dalam perpustakaan berlumba-lumba keluar. Tidak terus masuk, sebaliknya mata Megat Azizan mula meneliti isi dalaman perpustakaan sekolah. Tidak terlalu besar kalau dibandingkan dengan Perpustakaan Daerah Menggunung tempoh hari. Keadaan di dalamnya ialah cliché kebanyakan perpustakaan yang wujud sejak perpustakaan mula wujud dalam peradaban manusia. Kaunter tempat pustakawan bertugas. Meja-meja tempat para pengunjung duduk membaca atau menyiapkan kerja mereka. Sudah tentu, rak-rak yang tinggi melangit menempatkan pelbagai buku.

Cuma, perpustakaan Adrujha pada ketika itu ada sessuatu yang tidak dimiliki di mana-mana perpustakaan lain di dunia. Sofea, gadis yang membuatkan Megat Azizan mempersetankan segala prinsip yang pernah dipasak sepanjang dia hidup selama 17 tahun. Ada nyawa yang mahu diselamatkannya. Gadis yang dicari, seperti kebiasaan ritual hariannya, sedang tenggelam dikelilingi buku setebal buku telefon yang disusun tinggi, melindungi hampir seluruh wajahnya.

Ketika Megat Azizan melangkah ke dalam, beberapa orang guru dan pengawas perpustkaan yang bertugas menoleh ke arahnya dengan riak wajah yang terkejut. Seolah-olah yang baru sahaja memasuki perpustakaan itu ialah Perdana Menteri Malaysia yang membuat lawatan mengejut. Namun, mata-mata yang sedang merenung pelik ke arahnya tidak langsung diendahkan oleh Megat Azizan ketika dia melangkah ke arah tempat duduk dihadapan Sofea.

"Sofea... kusyuk membaca," tegur Megat Azizan. Sofea hampir sahaja menjerit dengan kemunculan tiba-tiba Megat Azizan, tetapi akhirnya dia mampu mengawal dirinya. Dia mengintai Megat Azizan disebalik buku sejarah yang sedang dibacanya. Hanya mata kirinya yang kelihatan, melihat Megat Azizan takut-takut.

"Awak... nak apa?" soal Sofea, dalam nada suara yang sangat perlahan yang hampir sahaja tidak dapat ditangkap oleh anak telinga Megat Azizan.

"Awak memang suka baca buku?" soal Megat Azizan.

Sofea mengangguk.

"Kenapa?" soal Megat Azizan.

"Awak... tak bosan... dengar saya bercerita?" soal Sofea, terputus-putus.

Megat Azizan menggeleng.

"Bila awak bercerita, awak ada sisi lain yang tersembunyi. Saya suka sisi tu," luah Megat Azizan jujur.

Wajah Sofea bertukar kemerah-merahan. Hampir sama merah dengan parut kebakaran yang menghiasi sebahagian wajahnya. Tidak semena-mena, dia terus mengutip beberapa buah buku sejarah di atas meja, cuba melarikan diri daripada Megat Azizan. Namun, jejaka itu lebih pantas apabila terus duduk disebelah Sofea dan memegang pergelangan tangannya. Sofea benar-benar terkejut dengan tindakan tiba-tiba daripada Megat Azizan. Lagi-lagi pergelangan tangan yang disambar oleh Megat Azizan itu ialah tangannya yang terdapat parut kebakaran itu.

"Kali pertama awak boleh lari daripada saya. Kali kedua, saya tak akan benarkan. Bak kata pepatah orang putih, fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me," gumam Megat Azizan.

"Awak... nak apa daripada saya?" soal Sofea, menundukkan wajahnya daripada ditatap oleh Megat Azizan.

"Hari sabtu ni... awak memang akan jadi turun ke kem motivasi tu?" soal Megat Azizan.

"Terpaksa," balas Sofea, sepatah.

"Tipu cikgu, bagitahu yang awak demam. Boleh?" cadang Megat Azizan.

"Berdosa," kata Sofea lagi, masih sepatah.

"Nyawa awak. Nyawa awak. ALLAH tentu tahu awak menipu sebab darurat," kata Megat Azizan lagi, masih belum melepaskan pegangan tangannya.

"Tak faham..."

"Dengar sini. Apa yang awak sebut pasal laman web tu tak salah. Realiti kita... realiti kita tengah kucar-kacir sebab artikel-artikel dalam tu. Saya takut, tentang tapak pertempuran tu yang dah dibangunkan kem motivasi kat atas dia, akan jadi tempat terakhir awak. Awak keturunan salah satu daripada 4 pengasas Menggunung! Saya tak nak awak terkorban sebab kem motivasi mengarut tu," luah Megat Azizan.

"Awak gila ke?" soal Sofea tidak percaya.

"Tak, saya serius," kata Megat Azizan yang mengetatkan lagi pegangan tangannya.

"Atau... ini prank yang budak-budak... kelas saya nak kenakan saya?" soal Sofea.

"Saya tak sejahat itu," kata Megat Azizan pula.

"Habis, kenapa awak bagitahu benda ni?" soal Sofea.

"Sebab saya... saya..." Megat Azizan hilang kata-kata. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu bersungguh-sungguh mengambil tahu tentang Sofea, gadis asing yang baru sahaja dikenalinya dua hari lepas di Perpustakaan Daerah Menggunung. Ya ALLAH, kenapa sekarang baru dia terfikirkan sebab-musabab disebalik obsesi yang sedang melanda dirinya?

"Kalau sebab awak simpati dengan saya, maaf, saya tak perlukan simpati awak!" Nada suara Sofea terus berubah. Dari gadis pemalu, tiba-tiba terserlah sisi tegas gadis itu. Dia turut merentap pergelangan tangannya daripada pegangan Megat Azizan. Untuk seketika, rambut panjang yang menutupi separuh wajahnya terselak ke tepi. Selain perasaan marah yang sedang menguasai wajah itu, Megat Azizan menyedari bahawa parut kebakaran yang sedang dilindungi oleh Sofea itu sebenarnya cantik. Tampak seperti ukiran-ukiran retak yang timbul pada kristal. Indah, meski mencacatkan.

"Lagi satu, saya tak suka awak guna peribahasa salah tadi. Benci," ucapnya sebelum meninggalkan Megat Azizan terpingga-pingga di atas kerusinya. Namun, tiada langsung perasaan marah atau benci timbul dalam hati Megat Azizan, malah timbul rasa bangga pula. Mungkin sisi gadis itu sudah lama hilang, tenggelam ketika Sofea menarik diri daripada masyarakat, memilih untuk memencilkan hidupnya.

"Gadis kristal, aku tak akan berhenti untuk hentikan kau daripada ke kem motivasi itu," gumam Megat Azizan  memasang tekad sendirian, memerhati sahaja Sofea berlari meninggalkan perpustakaan itu sambil menundukkan wajahnya.


Continue Reading

You'll Also Like

17.1K 2.4K 199
Sepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memil...
550 Tahun By Mai

General Fiction

3.1K 302 99
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...
16.8K 1.7K 13
Kita cuma kawan dan takkan jadi lebih dari tu . Highest rank : #483 in fanfiction (4.02.2018)