Menggunung (Completed)

Af HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Mere

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian

3.8K 234 4
Af HelmiEffendy


Gadis yang bangkit dari kematian dan zombie girl adalah nama-nama yang dikaitkan dengan Emmy Natashia, gadis yang pada awalnya di Adrujha adalah gilaan seluruh jejaka sekolah. Kini, sekembalinya ke Adrujha, dia adalah seorang "freak" yang seboleh mungkin mahu dijauhi oleh pelajar lelaki, apatah lagi perempuan. Bayangkanlah, seorang gadis yang disangka mati, namun terus diumpat oleh seluruh sekolah kerana kisah silamnya, kembali semula dalam keadaan bernafas dan sihat walfiat.

Itulah yang dirasainya ketika hari pertama selepas lebih dua minggu hidup dalam keadaan terbalik digantung dari siling sebuah rumah kayu yang yang terletak di pinggir bandar, milik seorang bomoh tua yang wujud di dalam realiti kerana sebuah laman web seram, yang dimana kebanyakan cerita yang dinaikkan di situ menjadi realiti. Sebaik sahaja ayahnya menghantar Emmy dihadapan pagar sekolah, dua orang pengawas yang sedang berjaga di satu-satunya laluan masuk, memandang Emmy dengan pandangan yang berbaur perasaan. Seperti kebiasannya, ada pemeriksaan seperti kuku, rambut dan pemakaian yang kemas di laluan masuk sekolah.

Ada renungan terkejut melihat Emmy sedang berdiri sambil tersenyum ke arah mereka. Ada juga unsur jijik yang tentunya datang selepas penyebaran video lucah zaman jahiliah Emmy ke seluruh sekolah angkara Amran. Namun, yang paling menguasai renungan dua orang pengawas itu ialah renungan penuh ketakutan ke arah batang tubuhnya yang lengkap berbaju kurung putih dan berkain biru. Yalah, bukan selalu kisah gadis yang bangkit dari kematian menjadi realiti. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja, langkah kakinya terasa berat.

Ditoleh belakang, si ayah sudah jauh meninggalkannya dengan kereta Proton Saga, menuju ke tempat kerja. Di hadapannya pula, dia bakal dihadapkan dengan ujian baru. Seluruh sekolah bakal menghadiahkannya dengan umpatan, kutukan, dan renungan yang penuh menghukum. Tiba-tibva sahaja, terbit niat untuk ponteng pada hari itu. Mungkin dia akan ke taman yang berdekatan, menghabiskan paginya dengan memandang sang burung dalam kumpulan mereka. Sekurang-kurangnya bersama dengan haiwan, tidak ada yang mahu menghakiminya. Sekurang-kurangnya, ditemani oleh alam, bisikan yang didengarinya adalah ketenangan alam yang memberikan rasa tenteram. Mereka tidak sesekali berlagak tuhan, memberinya pelbagai label dan prasangka.

"Kita masuk sama-sama," tutur satu suara membuatkan Emmy menoleh ke kiri dan kananya. Izzat, Najirah dan juga Megat Azizan sedang mengapitnya.

"Kau orang..." Emmy hilang kata-kata.

"Kita orang tahu hari pertama kau dekat sini bukanlah mudah Emmy. Sebab tu kita orang rancang nak jemput kau kat depan sekolah," kata Megat Azizan.

"Persetankan 700 orang pelajar kat dalam sana Emmy. Yang penting, kau ada kita orang," kata Najirah pula.

"Terima kasih tau," ucap Emmy, sebak dengan penghargaan yang diberikan oleh sahabatnya yang lain.

"Jangan menangis. Apa yang kita buat ni, sahabat lain dalam dunia pun akan buat. Sentiasa ada untuk sahabatnya," tambah Izzat lagi.

Emmy mengangguk. Kehadiran Izzat, Najirah dan Megat Azizan disisinya pada hari pertama di Adrujha mendatangkan keberanian yang baru. Inspirasi untuk memulakan hidup yang baru bersama dengan mereka yang benar-benar menghargai kehadirannya dalam hidup mereka. Dia terus melangkah sambil tersenyum. Selepas melepasi pemeriksaan penampilan oleh dua orang pengawas yang bertugas, dia terus melangkah masuk ke dalam sekolah.

Sekali lagi, langkahnya dimatikan oleh renungan-renungan yang sedang dilepaskan seperti busur anak panah oleh mata-mata pelajar. Mereka memandangnya serentak, seolah-olah sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dalam Adrujha, ada loceng yang berbunyi kuat di atas kepalanya, atau seperti ada pembesar suara yang menjerit memanggil seluruh isi sekolah, memberitahu bahawa gadis paling sundal di Adrujha telah kembali dari kematian.

"Pedulikan diaorang," tutur Najirah sambil menyambar tapak tangan Emmy, menggengam erat. Emmy menoleh dengan air mata yang mula bergulung jatuh dari kelopak matanya. Izzat yang memandang terus mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar sekolahnya dan diserahkan kepada Emmy.

"Lap air mata tu. Jangan kalah dengan diaorang. Diaorang lagi suka awak menangis. Tunjuk yang awak kalah. Tunjuk yang geng kita bukan jenis yang sengeng," ucap Izzat. Emmy mengangguk sambil mengambil sapu tangan Izzat, mengesat air matanya.

Dia kemudian berjalan sambil berpimpin tangan dengan Najirah disebelah sementara Izzat dan Megat Azizan berada di hadapan, membincangkan tentang perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester United yang berlangsung semalam. Meski tidak memahami hampir seluruh butir-butir perbualan antara dua sahabat itu, tetapi sekurang-kurangnya memasang telinga, mampu membuatkan dia melupakan sebentar mata-mata yang tanpa segan silu, melekat pada langkah kakinya. Tentunya jelingan dan renungan itu, beriringan dengan umpatan yang tidak didengarinya.

"Barisan kelas kita. Nak duduk dulu kat tapak perhimpunan atau ke kantin?" soal Najirah.

"Ikut Jierah. Saya okey jer," balas Emmy sambil tersenyum.

Anak mata Jierah dapat menangkap Adilla yang sedang berada di kantin bersama dengan Ikmal dan Kamarul. Terus Najirah menarik tangan Emmy, menghampiri Adilla, Ikmal dan Kamarul. Emmy patuh mengekori Najirah dari belakang. Sebaik sahaja pandangan mereka bertiga melekat pada Emmy dan Najirah yang sedang menghampiri, perbualan yang berapi-api di pagi Isnin di Adrujha itu terhenti seketika.

"Guys... Emmy dah kembali join gang kita," ucap Najirah sambil memeluk erat tubuh Emmy menggunakan tangan kanannya.

"Adilla. Aku rasa kau kenal aku," tutur Adilla sambil menghulurkan tapak tangannya.

"Selamat kembali Emmy!" ucap Kamarul teruja.

"Aku kenal kau. Kau yang Tok Anjang gantung badan kau terbalik dalam keadaan bogel tu kan? Aku Ikmal. Aku salah seorang yang selamatkan kau hari tu," tutur Ikmal sambil merenung kosong ke arah Emmy. Adilla di sebelah kanannya terus menyiku tepat rusuk Ikmal. Untuk seketika, rasa janggal mula menguasai suasana sebelum Kamarul menukar topik perbualan mereka.

"Ada artikel baru kat dalam laman web Dari Alam Lain," tutur Kamarul.

Emmy dan Najirah terus mengambil tempat duduk disebelah Kamarul yang masih lagi kosong.

"Ikmal... baca artikel dekat lappy kau!" arah Kamarul.

"Kem Motivasi Berhantu Menggunung..." gumam Ikmal dalam nada suara yang dibuat-buat seperti dia sedang bercerita hantu dalam sebuah segmen kisah seram di sebuah siaran radio.

"Kau buat suara macam tu lagi, aku tumbuk muka kau!" ugut Najirah sambil menunjukkan penumbuknya membuatkan Ikmal terus mencebik.

"Sambung..." suruh Adilla di sebelah.

"Setiap antara kita yang membesar di Adrujha tentu mengenali Kem Motivasi Rentap yang dibina di kaki gunung Banjaran Rajawali yang membentang dari Utara Semenanjung sehingga ke Sempadan Selangor-Kuala Lumpur. Susana tanah tinggi yang berkabus, hutan belantara yang tebal, berdekatan dengan air terjun dan Empangan Menggunung, tentunya membangkitkan rasa rindu kita...." Ikmal terhenti sebentar sambil menoleh ke arah rakan-rakannya yang lain.

"Ini artikel cerita hantu ke artikel promosi tempat perlancongan? Kerajaan Malaysia bayar dia untuk naikkan artikel ni ke apa?" soal Ikmal.

"Bacalah. Aku bukan nak dengar ulasan kau!" gumam Najirah geram.

Dengan berat hati, Ikmal menyambung bacaannya.

"Namun, kem motivasi yang merupakan tempat biasa untuk setiap pelajar SMK Adrujha mengadakan kem motivasi sempena SPM mereka, rupa-rupanya menyimpan legenda yang sangat mengejutkan. Kem yang dipercayai dibina pada 50 tahun yang lalu, yang kini dijaga oleh Keluarga Datuk Nasir ini..."

"Bila bapak aku jaga kem motivasi ni?" soal Najirah tidak percaya.

"...menyimpan kisah bahawa di tapak ini sebelum kem motivasi ini dibina di atas tapak ritual ilmu hitam orang asli yang mendiami Menggunung. Dulu pengasas Menggunung ketika membina kota yang kita sayangi ini, terdapat pertelingkahan antara mereka dan orang asli di sini sehingga menimbulkan perang saudara. Tok-tok batin yang mewakili orang asli di sini menjadikan tapak asal kem motivasi Rentap sebagai tapak ritual mereka menyeru ilmu hitam dan segala makhluk peliharaan mereka.

Tapi sayangnya, perang saudara itu dimenangi oleh nenek moyang kita lalu membuatkan Menggunung terus hidup sehingga hari ini. Namun, sumpah perang saudara yang berlaku sejak 500 tahun yang lalu ini terus menghantui kem motivasi itu. Dipercayai pada ulang tahun setiap 50 tahun Pertempuran Menggunung yang berlaku antara nenek moyang kita dan orang asli di sini, tapak tersebut akan sangat berpuaka. Ia akan menarik segala roh jahat, puaka, dan makhluk halus dari serata tempat ke tapak ritual itu, sekaligus mengaktifkan sumpahan yang ditinggalkan oleh kumpulan tok batin ini ke atas Menggunung!"

Bulu roma mereka berlima terus meremang membacanya. Untuk seketika, suasana sunyi yang menghimpit paru-paru berjangkit antara mereka sebelum tiba-tiba bunyi deringan loceng yang kuat mengejutkan mereka berlima. 

"Petang ni... lepas sekolah... siapa nak ikut aku ke Perpustakaan Daerah Menggunung?" soal Ikmal sambil menutup komputer ribanya.

"Untuk apa?" soal Najirah.

"Aku tak pernah dengar langsung pasal Pertempuran Menggunung dan peperangan antara pengasas Menggunung dengan orang asli dekat sini... walaupun sejarah aku selalu dapat A. Aku rasa ada sejarah yang disembunyikan tentang Menggunung!" gumam Ikmal.

"Saya macam berminat jer," ungkap Emmy.

"Aku nak ikut," kata Najirah.

"Sekejap... Jierah nak pergi perpustkaan? Wow! Salah satu keajaiban dunia ketujuh!" tutur Megat Azizan yang muncul bersama dengan Izzat dari belakang.

"Kau buat apa datang sini?" soal Najirah.

"Nak jemput kau orang ke tapak perhimpunanlah! Perhimpunan dah start! Kusyuk betul berbual sampai lupa nak ajak aku dengan Izzat!" kata Megat Azizan. 

Fortsรฆt med at lรฆse

You'll Also Like

69K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
73.2K 4.1K 78
Hai Assalamualaikum kembali lagi kita ye. Maaf kepada sesiapa yang menunggu terlampau lama story baru aku. Okay kali ini aku nak ceritakan kisah bena...
32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...
14.6K 397 25
membuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku...