Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 24: Perempuan Penggoda

4.3K 226 21
By HelmiEffendy


Hampir terlopong Megat Azizan tatkala dia menyaksikan sendiri murder board yang disediakan oleh Ikmal yang sedang terpapar dalam bilik budak lelaki itu. Untuk yang tidak mengetahui, muder board ialah sejenis carta yang biasanya dibuat untuk menyiasat kes pembunuhan. Biasanya dibahagian tengah-tengah papan, akan ada titik fokus siasatan yang akan disambung dengan benang-benang merah atau hitam, bagi memudahkan pemahaman seorang penyiasat. Cuma masalahnya dalam kes mereka, tiada siapa yang berani mati dibunuH. Muder Board tersebut juga bukan milik polis tetapi seorang budak nerd berusia 17 tahun.

"Kau ni memang stalker. Mana kau dapat gambar Emmy ni Ikmal?" gumam Megat Azizan sambil menoleh ke arah Ikmal. Namun, Ikmal tidak mengendahkannya sambil berpeluk tubuh di atas sebuah kerusi beroda yang berdekatan dengan komputernya.

Gambar Emmy yang tidak bertudung dengan rambut ikalnya yang yang sedang tersenyum dalam pakaian baju kurung putih, uniform asasi setiap pelajar sekolah di Malaysia. Cuma lencana pada dada gadis itu adalah berbeza dengan lencana SMK Adrujha. Gambar Emmy itu kemudiannya bersambung dengan benang-benang merah yang agak berselirat dengan gambar dan keratan akhbar yang pelbagai yang mungkin merupakan bahan bukti yang dicari oleh Ikmal.

"Ini semua... kau buat dalam tempoh dua hari?" soal Adilla yang sedang berdiri pada satu sudut bilik itu. Najirah yang lebih pendiam daripada hari biasa sekadar memerhati sambil memeluk tubuhnya.

"Emmy Natashia binti Akmal, Farhana binti Adam, Louisa Chong, Nurul Dayana binti Azim, Nur Azrinna binti Jamahari, Ummu Kalsom binti Nazmi, dan Shafikah binti Suhaimi," tutur Ikmal dengan penuh rasa bangga apabila dapat mengesan nama setiap mangsa yang digantungkan dalam keadaan terbalik di dalam rumah Tok Anjang tempoh hari.

"Macam mana... kau dapat semua benda ni dalam... dua hari jer Ikmal?" soal Izzat. Perasaan kagum sedang terbit dalam hatinya. Disebalik personaliti yang agak menjengkelkan, disebalik figura sebagai watak lelaki yang selalu dibuli disekolahnya, Ikmal rupa-rupanya adalah permata yang tersembunyi jauh dalam kerak bumi.

"Tarikh artikel tentang Tok Anjang dinaikkan. Tarikh tu jadi permulaan siasatan aku. Aku sendiri cari tentang kes kematian gadis yang mati dibunuh diseluruh Malaysia. Anehnya, dalam tempoh itu sehingga Cikgu Aliff muncul, memang tepat angka 6 orang. Aku hack ke dalam data perisian Polis Malaysia, dan cuba korek info-info tentang mereka. Bahkan ada yang aku jumpa gambar batu nisan diaorang sekali. Menariknya tentang mereka, 6 orang gadis ini turut menjadi mangsa grave robbing. Mayat mereka hilang macam tu jer. Lalu aku simpulkan yang 6 orang ni ada kaitan dengan ilmu hitam yang si Kamarul ceritakan!"

"Kau kena masuk polis," gumam Izzat selepas Ikmal menjelaskan bagaimana dia boleh menemui nama mangsa-mangsa yang dijadikan mangsa ilmu hitam Tok Anjang.

"Aku harap kau tarik balik kenyataan kau yang Ikmal tak ada function langsung dalam team kita," bisik Adilla disebelah Megat Azizan membuatkan Megat Azizan terus mencebik.

"Sekarang... semuanya terpulang pada kau Adilla," tutur Izzat sambil berpaling menghadap Adilla.

"Kau rasa... dia akan tergoda dengan aku ke?" gumam Adilla sambil memandang wajah Izzat takut-takut.

"Kalau si Aliff tu bernafsu dengan si Jierah, si Adilla ni sekadar petik jari jer!" kata Megat Azizan. Najirah yang sedang berdiri disebelah Adilla terus menundukkan wajahnya, mendengarkan umpatan daripada Megat Azizan. Anak mata Izzat sempat menangkap titisan air mata yang sedang menitis dari kelopak mata itu. Megat Azizan meski tidak menyedari, tetapi betapa sesungguhnya disebalik perwatakkan kasar yang dipamerkan oleh Najirah itu, sebenarnya Najirah adalah sama seperti gadis-gadis lain. Najirah tidak lokek dengan air mata, meski tidak ditunjukkan depan mereka.

Kadangkala, kata-kata yang dianggap biasa dan gurauan buat kaum lelaki, adalah jarum berbisa yang menggores hati Najirah. Sudahpun fitrah seorang wanita, mereka bukan diciptakan untuk melindung, tetapi dilindungi. Sesuatu yang harus dilindung adalah tentunya lembut. Cuma mungkin Izzat seorang sahaja antara rakan-rakannya yang lain yang menyedari betapa Najirah itu fitrahnya lembut, bukanlah gadis tomboi keras yang sedang terpapar diluarannya.

"Aku nak buat apa?" soal Adilla.

"Najirah bagitahu yang masa dia hampir kena dengan Cikgu Aliff, biasanya kau akan nampak si Cikgu Aliff dalam keadaan yang kau paling nak. Mungkin seorang lelaki yang kau dah lama pendam perasaan. Atau seorang lelaki yang bertindak sebagai pelindung. Masa tu, sense of security kau orang paling low, dan dia akan mula mainkan jarum-jarum dia," tutur Megat Azizan sebelum terdiam.

"Kamarul bagitahu aku itulah khasiat minyak dagu keramat yang diamalkan oleh Cikgu Aliff membenarkan cerita kau Najirah. Tapi sekejap... aku tak tahu... pada wajah siapa Cikgu Aliff menjelma di hadapan kau?" soal Megat Azizan yang baru sahaja menyedari sesuatu.

"Ikmal... tandas kat mana?" soal Najirah tiba-tiba.

"Belakang tu," balas Ikmal sambil menjuihkan bibirnya ke arah bilik kosong di sebelah meja komputer peribadinya.

"Kalau boleh kat luar bilik ni. Aku... aku rimas dengan seseorang," tutur Najirah.

"Kat dapur. Tingkat bawah," kata Ikmal sebelum Najirah menghilang.

"Patutlah tak ada makwe. Mulut tak ada insurans. Tak reti nak melayan perempuan pulak tu," tutur Adilla sendirian, tetapi bertujuan untuk menyindir Megat Azizan.

"Ehh, salah aku pulak ke?" Megat Azizan tidak puas hati.

"Dah-dah. Berhenti. Adilla, untuk sehari dua ni, kau kena pastikan yang si Aliff tu sedar akan kewujudan kau. Mula pakai cantik-cantik kat sekolah. Pakai minyak wangi dan mula bersolek untuk muka kau. Kau pun kena cuba layan dia dengan baik. Nyawa Emmy bergantung pada kau. Boleh kan?"

"Aku cuba. Tapi tak janji," balas Adilla.

"Jadi, kita semua boleh bersurai kan? Aku nak tidur. Bilik aku ni pulak tak pernah terima banyak tetamu macam ni. Lagi-lagi daripada orang perempuan," kata Ikmal tiba-tiba.

***

Hari minggu pun berlalu dan sekolah bermula seperti biasa. Entah kenapa hari Isnin itu disambut dengan perasaan teruja dan ingin tahu daripada Izzat. Mungkin untuk hari itu, Izzat dapat menyaksikan sisi lain Adilla beraksi untuk meruntuhkan seorang syaitan yang bertopengkan guru, menggunakan ilmu hitam untuk meratah dara anak muridnya. Entah bagaimana anak pengetua sekolah dan juga ketua pengawas SMK Adrujha akan menjadi seorang gadis penggoda.

Penantian yang membuatkan Izzat datang dengan sangat awal ke sekolah dalam basikal lama itu tidak bertahan lama apabila Adilla yang datang dengan kereta ayahnya muncul dalam keadaan yang sangat berbeza. Tiada lagi imej pelajar perempuan berdisipilin yang selalu dipamerkan oleh Adilla. Sanggul yang diikat kemas, butang baju kurung yang dipasang dan juga wajah tanpa alat solek tebal.

Untuk hari itu, Adilla menukarkan gaya rambutnya. Ekor kuda yang dibiarkan longgar. Wajahnya lebih tebal dengan alat solek, dan sudah tentu, butang baju kurungnya tidak dipasang kemas. Dibiarkan terbuka mendedahkan bahagian atas dadanya. Bahkan lenggok jalan Adilla turut berubah. Tiada lagi jalan gaya dengan tangan ke belakang guru kungfu yang memerhati anak muridnya berlatih kekuda. Kali ini, Adilla sedang berlatih lenggok menggoda. Bila diperhatikan, kain yang dipakai oleh Adilla lebih ketat, mempamerkan sedikit pinggulnya.

Tidak hairanlah betapa untuk hari Isnin itu, Adilla menjadi tumpuan setiap jejaka yang tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dengan magis baru dipamerkan oleh Adilla. Kalau kaum perempuan pula, mereka saling berbisik penuh cemburu. Betapa keindahan yang dipamerkan oleh Adilla pada pagi itu sangatlah memukau, sehinggakan Amran yang dilihat sedang membuli seorang pelajar tingkatan 1 menoleh untuk melihat lenggok baru jalanan Adilla ketika gadis itu melintasi sebelahnya.

"Wow... kita dah ada saingan baru Emmy kat sekolah ni!" ucap Megat Azizan sewaktu menyertai Izzat di dalam barisan, meletakkan beg galasnya.

"Adilla... dia... cantik sangat," puji Najirah pula ketika dia tiba lebih lewat.

"Kau nampak tu... dia ikut betul arahan kau Izzat," kata Kamarul menundingkan jarinya ke arah sebuah kereta merah Proton Saga lama yang sedang memasuki perkarangan sekolah. Mereka semua tahu bahawa kereta itu pemiliknya ialah Cikgu Aliff. Namun yang setia menanti Cikgu Aliff ialah Adilla yang entah dari mana muncul.

"Kamu Adilla..." gumam Cikgu Aliff ketika keluar dari keretanya.

"Cikgu nak saya tolong bawakan fail-fail ni ke?" pinta Adilla, dalam suara yang sangat membuai-buai yang pernah Izzat dengar dari mulutnya.

"Bo...boleh sangat," tutur Cikgu Aliff yang tiba-tiba tergagap-gagap dengan penampilan baru Adilla itu.

"Dekat belakang ni ke cikgu?" soal Adilla sambil membawa langkah kakinya ke arah tempat duduk belakang kereta Cikgu Aliff. Tanpa dipinta, terus Adilla membongkokkan tubuhnya cuba memasuki bahagian belakang kereta Cikgu Aliff, dan cuba mencapai beberapa kepingan fail berserta beg galas Cikgu Aliff. Ketika dia berbuat demikian, maka bahagian pinggulnya lebih terserlah. Lelaki gatal seperti Cikgu Aliff memang menggunakan peluang itu untuk mencuci matanya.

"Nah ini failnya.... Cikgu... tengok belakang saya tadi?"

"Errr..."

"Eiii. Gatalnya," ucap Adilla lalu terus mencubit lengan Cikgu Aliff. Dia terus menyerahkan beg galas dan fail-fail tadi ke dakapan Cikgu Aliff, lalu meninggalkan Cikgu Aliff terpingga-pingga menyaksikan apa yang berlaku.

"Wow... bukan cikgu Aliff jer, aku pun akan tergoda dengan dia..." luah Megat Azizan ketika menyaksikan Adilla sedang menghampiri mereka. Betapa ketika Adilla sedang berjalan melintasi mereka dan menuju ke arah Najirah yang sedang berdiri di hadapan barisan kelas mereka, Izzat dan Megat Azizan tidak langsung mengalihkan perhatiannya pada lenggok punggung jalan Adilla. Lagi-lagi kain satin yang membalut tubuhnya kali ini lebih ketat daripada biasa.

"Brader... nak cuci mata pun agak-agaklah!" tutur Kamarul dari belakang sambil menepuk belakang Izzat dan Megat Azizan, membuatkan mereka berdua tersentak untuk beberapa ketika.

"Aku rasa Emmy dah ada pesaing dalam kelas ni," tutur satu suara dari belakang membuatkan mereka tiga sahabat itu menoleh belakang. Amran sedang berdiri sambil diapit beberapa kenalannya yang sepertinya bertindak sebagai pegawal peribadi ketua samseng sekolah itu. Mungkin juga kewujudan rakan yang mengapit melindunginya itu selepas melihat betapa dia hampir dimalukan oleh dua Izzat dan Megat Azizan tempoh hari. Yalah, bayangkan lelaki yang lagaknya seperti lelaki paling gagah di Ardujha, tidak mampu menundukkan dua orang pelajar lelaki yang sebelum ini hanyalah menjadi mangsa bulinya, meski Amran dibantu oleh beberapa orang anak buahnya.

"Mungkin kau boleh consider untuk buat video lucah dengan dia pulak Izzat. Macam makwe kau yang dah mampus tu," tutur Amran sebelum menghilang dari tapak perhimpunan.

"Kurang ajar..." gumam Izzat sambil menggengamkan penumbuknya. Namun, Megat Azizan memegang bahunya sambil menggeleng.

Masa pun bergulir sehingga perhimpunan pun selesai. Seperti biasa, Izzat mengulangi rutin hariannya di SMK Adrujha. Kalau hari Isnin, mereka akan berkumpul di dewan sekolah untuk perhimpunan rasmi. Namun hari lain, tapak kosong dihadapan dewan menjadi tempat kebanyakan antara mereka berhimpun. Selepas beberapa guru memberi ucapan ringkas mereka, Izzat dan bersama kelasnya akan dilepaskan untuk ke kelas mereka yang terletak di Block C di tingkat 3. Betul-betul kalau melalui kelasnya, Izzat dapat mengintai dari bawah padang yang terbentang dibawah. Mungkin kerana sudah mengetahui betapa guru yang sedang berceloteh di hadapannya tidak layak langsung untuk bergelar seorang guru, Izzat lebih banyak termenung memandang padang sekolah, meski topik untuk beberapa hari itu untuk subjek sejarah ialah berkaitan dengan Empayar Melayu Srivijaya, salah satu bab yang menarik dalam subjek sejarah.

"Okey kelas... saya nak semua siapkan esei tentang Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Melayu Srivijaya. Hantarkan pada saya esok pagi, atas meja saya. Oh ya Adilla, lepas ni boleh tak singgah ke pejabat saya?" Permintaan daripada Cikgu Aliff itu menyentakkan lamunan Izzat. Dia terus menoleh ke arah Adilla yang sedang duduk bertemankan Ikmal.

"Ada apa ya Cikgu Aliff?" soal Adilla.

"Ada kerja sikit saya nak minta tolong. Lepas sekolah ni tau. Datang, jangan lewat. Saya tunggu awak kat bilik saya... bilik disipilin," kata Cikgu Aliff lalu keluar daripada kelas itu sambil membimbing beberapa buah buku. Serentak itu, Izzat dan rakan-rakannya terus menyerbu tempat duduk Adilla.

"Dia termakan dengan perangkap kau!" tutur Najirah tidak percaya.

"Wow! Akhirnya Adilla berjaya menggoda lelaki tak guna tu! Aku... tak percaya!" ucap Megat Azizan pula dalam nada suara yang agak kuat, tidak peduli langsung yang mereka yang lain dalam kelas itu bakal mendengar apa yang dituturkannya. Najirah disebelah terus menyiku tulang rusuk Megat Azizan membuatkan dia terus mengaduh kesakitan.

"Kau dah bersedia ke?" soal Izzat.

"Izzat... kau kena janji dengan aku... kalau aku jerit jer panggil kau, kau akan datang selamatkan aku?" tutur Adilla yang dari nada suaranya. Spontan tapak tangan Izzat disambar oleh Adilla membuatkan Izzat jadi tidak keruan berdiri sambil memandang wajah rakan-rakannya yang lain.

"Hello... hello... bukan dia seorang jer lelaki yang berjaga kat luar bilik disipilin tu nanti," dehem Megat Azizan, namun tidak diendahkan oleh Adilla.

"Errr... Adilla... tangan aku..."

"Janji kat aku. Boleh?" pintas Adilla.

"Errr... kau jangan risaulah," balas Izzat sekaligus Adilla meleraikan pegangan tangannya. Kelihatan seribu gelisah yang terlukis pada wajahnya tadi seolah-olah hilang dibawa angin yang kebetulan lalu.


Continue Reading

You'll Also Like

60.8K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
16.8K 1.7K 13
Kita cuma kawan dan takkan jadi lebih dari tu . Highest rank : #483 in fanfiction (4.02.2018)
206K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...