Putera Mimpi

Per diylalolipop

13.8K 1.6K 408

{Emirates Award 2018; Fantasy Best Book} {Wattys 2018; The Originals} Mimpi. Kadang-kadang boleh jadi indah d... Més

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 8
Bab 9
Emirates Award!
Wattys2018
Just asking
HAQ {New Story}
Bab 10
Bab 11

Bab 7

749 99 26
Per diylalolipop

HANI terbaring di atas sofa. Televisyen yang memaparkan drama slot akasia yang menjadi kegilaan para ibu muda dan tua dibiarkan terpasang tanpa ditonton sesiapa.

Biarpun wajah Zul Arifin yang sering kali buat remaja-remaja nosebleeding dengan hanya melihat jambangnya terpampang di skrin, Hani tidak hiraukan walaupun dia merupakan peminat nombor dua lelaki itu selepas kakaknya.

Mungkin kalau mak cik jiran sebelah meneropong dia melalui tingkap sekarang ini, nama dia akan diblacklistkan sebagai calon menantu. Tengoklah, tidur terbongkang dengan mata panda yang tidak lepas memandang siling. Lawa sangat gamaknya kipas siling kalau diteka secara rambang, kipas itu mungkin sudah wujud sejak zaman perang lagi.

Hani meletakkan tapak tangan di atas dahi. Otaknya sudah berserabut sepertimana serabutnya rambut Rampunzel yang tidak diikat dan dibiarkan berserabai selama 2 tahun. Korang bayangkan!

Disebabkan manusia yang tak berapa nak manusia tadi muncul dalam dunia realitinya, jiwa Hani tidak tenteram. Kenapa dia gerangan terpilih yang harus melalui ranjau kehidupan serumit ini? Kenapa?!

"Eh, Hani! Bangun!" Suara Yani memecah kesunyian yang sepatutnya Hani tidak mengharapkan ia perlu dipecahkan. Tubuh Hani yang terbaring seperti kayu balak digoncang sampai habis bergegar satu sofa.

"Ya Allah, budak ni! Kenapa bersepah ni? Ni, baju ni. Kenapa tak tukar lagi? Hani tak mandi lagi ke? Hani dah solat ke belum? Ya Allah, apa nak jadi dengan kau ni, Hani?" Seperti lajunya Toretto memandu kereta, begitulah lajunya soalan yang keluar dari mulut kakak Hani. Hani yang mahu mencelah, hanya mampu memutarkan bola mata. Anda rasa Kak Yani ada masa untuk beri Hani mencelah? Jangan harap!

Hani melihat Yani mengutip satu persatu plastik makanan ringan yang ditabur olehnya tadi. Walaupun mulut membebel tak henti-henti, kemas tetap kemas. Shawl yang tersarung di kepalanya sudah habis senget-benget. Maklumlah, kerja kuat sangat.

Bak kata kakaknya itu, cari rezeki tak payah lawa-lawa. Biar jiwa saja yang lawa.

Jadi, Hani terima kata-kata Yani sebagai angin untuk mencuci telinganya yang dah kotor dengan carca-merba mengarut yang keluar dari mulut manusia saja. Kemonlah! Takkan Hani nak jadikan kata-kata tu sebagai teladan? Mahunya tak berlaki dia nanti.

Sebenarnya, dia bukan sengaja mahu menyepahkan ruang tamu dengan segala plastik itu. Tapi kekangan masa dan otaknya yang sedang bercelaru tadi menghalang dia untuk mengemas. Ya, Hani memang suka makan bila stres. Lagi stres, lagi banyak dia makan. Dan makin malas juga.

"Hani, kau dengar tak apa akak cakap?"

"Kejap, line tak berapa nak clearlah kak." Hani loyar buruk sambil mengorek telinga.

Yani menggosok dahi sendiri. Sakit kepala ada adik yang jenis macam Hani ni. Suka sangat loyar buruk. Buruk mulut tu baru tahu!

"Jangan main-main boleh tak Hani? Jangan asyik nak loyar buruk je bila orang tua bercakap."

"Laa... kakak dah tua ke? Baru Hani tahu." Hani berloyar buruk lagi sambil terangguk-angguk. Nasihat tadi tidak menggoyahkan langsung jiwa remajanya. Memang dah keras benar hati budak ni.

"Tengoklah. Kalau ibu tengok perangai kau macam ni, mesti ibu dah kejar kau pakai senduk." Yani mengambil tempat di sebelah Hani yang duduk bersila di atas sofa. Mazhab dari sekolah manalah yang ajar budak ni duduk atas sofa macam tu?

"Ibu bukan boleh tengok pun. Ibu dekat Jepun sana tu."

Kedengaran suara Hani mendatar ketika berkata begitu. Lalu, Yani memandang adiknya dengan pandangan sayu.

"Kau rindu ibu?"

Soalan Yani membekukan pergerakan Hani buat seketika. Terkenang pula dia kepada ibu yang merantau ke negara orang demi menyara anak-anaknya. Meninggalkan dia dan Yani di rumah, hidup berdikari tanpa pengawasan seorang ibu.

Puan Zahra sudah sebulan meninggalkan dua orang anak daranya demi menyempurnakan urusan kerja di Jepun. Semenjak suaminya iaitu Encik Hirman meninggal dunia, dialah yang mencari rezeki untuk menyara Hani dan Yani. Pagi sampai ke malam, dia dibebani masalah kerja. Ditambah lagi dengan anak-anak yang perlu dibesarkan seorang diri.

Tetapi semenjak anak sulungnya, Yani sudah berumur 24 tahun dan mempunyai kerja sendiri, bebannya sudah semakin ringan. Cuma Hani saja tanggungan yang masih bersekolah.

"Sabarlah dik. Ibu pergi tak lama pun. Takmo sedih-sedih." Yani menepuk belakang badan adiknya, ingin memberikan semangat.

"Tak, masalahnya aku pulak nak nangis kau tepuk belakang aku cegini. Kau tepuk ke tumbuk?" Hani menolak Yani. Yani pula bantai gelak dan berlari naik ke bilik apabila Hani mahu memulakan perang kusyen.

👑 ✨ 👑 ✨ 👑

PINTU tandas dibuka dari dalam. Kelihatan seorang gadis keluar dari tandas dengan muka yang basah. Siapa gadis itu? Sudah tentulah heroin cerita ni, Hani! Takkan korang nak expect Park Shin Hye tiba-tiba muncul dalam cerita ni?

Hani berjalan ke arah katil sambil mengeringkan mukanya menggunakan tuala. Malang nasib tuala itu, selepas sahaja dia melangsaikan tugasnya sebagai alat penyerap air pada muka tuannya dia dicampak ke penyidai.

Jika dia bernyawa, mungkin dia akan sekolahkan Hani dengan mengajar dia cara-cara menyidai tuala dengan betul.

Hani mencampak badan ke atas katil. Tapi, apa yang dia buat sekarang adalah satu kesilapan. Kesilapan yang mampu melemahkan semangatnya.

LAMPU TAK PADAM LAGI!

Mungkin bagi mereka yang tak kisah berjalan beberapa langkah ke suis lampu tidak akan rasa apa-apa. Tapi bagi Hani, wakil manusia yang malas buat kerja ulang-alik akan merasakan satu perasaan seperti mahu menyembelih diri sendiri atas kelalaian yang dibuat.

Hani menghembus nafas kesal. Tubuhnya masih terbaring malas. Dengan penuh mandat seorang ditaktor, Hani memetik jarinya. Kejap, lampu tak padam pun?

Ya, sama seperti yang anda fikirkan. Hani sudah terpedaya dengan drama yang penuh dengan penipuan. Kononnya lampu boleh terpadam dengan hanya memetik jari. Tipu dan penipu!

Dengan malas, Hani berjalan ke arah suis lampu. Terpaksa juga dia mengerah tenaga yang hanya tinggal sekelumit. Dia berjalan ke arah katil semula sejurus lampu terpadam.

Malang lagi nasibnya, semasa dia berjalan dalam kegelapan kakinya pula terpijak sesuatu benda aneh yang menegakkan segala bulu romanya. Terjerit besar gadis itu. Cepat-cepat suis lampu dipetik semula.

Sekujur binatang yang sudah leper di atas lantai menarik minat matanya untuk memerhati lebih dekat.

Ewww! Lipas rupa-rupanya yang dia pijak. Hani berjalan terjengket-jengket ke tandas untuk mencuci kaki yang sudah dicemari dengan serangga yang juga digelar 'babi' oleh rakyat Malaysia.

Bersih sahaja kaki, Hani keluar dari tandas lalu menutup lampu dan membaringkan diri di atas katil. Dia menggeliat sekejap dan mencapai bantal peluk. Tak sampai 1 minit, matanya sudah layu.

👑✨👑✨👑

HIDUNG aku terasa gatal. Tapi aku tidak hiraukan dan tahan diri daripada terbersin. Aku tak mahu tidur aku terganggu oleh gangguan syaiton nirrojim di sekelilingku. Baiklah Hani, teruskan tidur.

"Hachumm!" aku terbersin juga akhirnya. Tagune.

Aku terus bangkit dan mencari makhluk yang mengganggu lenaku. Mana dia? Mana dia syaiton tu?!

Eh eh! Wait seminit! Macam pernah ku lihat tempat ini. Tapi di mana ya?

Kepala aku dipaling ke kiri dan kanan untuk mengenal pasti tempat ini. Apabila aku berpaling ke belakang, aku ternampak sesuatu.

Itu! Itu dia syaiton tu. Tapi mengikut imej yang dipantulkan pada penglihatan aku, dia bukan syaiton tetapi lebih kepada bidadara yang baru jatuh dari langit.

Seorang lelaki berambut merah, lengkap berbaju ala-ala seorang putera sedang duduk memandangku dengan mulut terlopong. Matanya juga bulat seperti mahu terkeluar.

Pelik dengan ekspresi yang ditunjukkan olehnya, aku memandang diri sendiri.

Cis! Patutlah pandang aku sampai nak meleleh air liur. Rupanya aku pakai pakaian yang agak mengiurkan.

Aku sekarang ni pakai hoodie oversize dengan seluar pendek. Tapi disebabkan hoodie ni oversize, seluar pendek yang aku pakai tak kelihatan. Ia nampak macam aku tak pakai seluar.

Tunggu! Bukan ke baju ni aku pakai masa nak tidur tadi? Maknanya sekarang ni...

Omo! Takkan sekali lagi?!

Sedang otak aku berperang dengan masalah yang aku baru sedar, aku hampir tak perasan masih ada seseorang yang sedang perhatikan aku. Jadi, aku pandang dia.

Tapi apa yang aku lihat kali ni, dia dah berdiri. Lelaki berkulit cerah itu masih pandang aku. Makin lama makin dekat dengan aku. Aku tiba-tiba jadi takut.

Takkan korang tak takut bila lelaki pandang kau dengan pandangan bernafsu? Tambah pula kau pakai pakaian seksi.

Lelaki itu pantas memegang jari-jemari aku. Satu senyuman terpampar pada wajahnya. Aku kaget.

"Jadi pengantin beta?"

Soalan yang terluncut dari mulutnya menjatuhkan rahangku. Hah?!

🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶🔸🔶

Helloooo

Rindu author tak? HAHAHA
Maafkan author sebab dah lama tak update. Semoga kalian masih ingat lagi jalan cerita PM ni heheh

Author tak boleh nak janjikan update yang cepat takut nanti jadi janji melayu. 😜

So my lovely readers stay calm and wait for update. Love ya! And Happy 1k for Putera Mimpi 🎖🎉

Don't forget to share, vote and comment.

Continua llegint

You'll Also Like

MAMA SYA Per

Fantasia

13.4K 63 7
Aku diajar oleh mama sya dan mist lia
136K 823 4
Kisah seorang suami pendiam dan tidak berani bersuara untuk mempertahankn haknya. Dia hanya mampu melihat kawannya mencabul dan mengerjakan bininya h...
2.1M 123K 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk...
388K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...