Bab 7

749 99 26
                                    

HANI terbaring di atas sofa. Televisyen yang memaparkan drama slot akasia yang menjadi kegilaan para ibu muda dan tua dibiarkan terpasang tanpa ditonton sesiapa.

Biarpun wajah Zul Arifin yang sering kali buat remaja-remaja nosebleeding dengan hanya melihat jambangnya terpampang di skrin, Hani tidak hiraukan walaupun dia merupakan peminat nombor dua lelaki itu selepas kakaknya.

Mungkin kalau mak cik jiran sebelah meneropong dia melalui tingkap sekarang ini, nama dia akan diblacklistkan sebagai calon menantu. Tengoklah, tidur terbongkang dengan mata panda yang tidak lepas memandang siling. Lawa sangat gamaknya kipas siling kalau diteka secara rambang, kipas itu mungkin sudah wujud sejak zaman perang lagi.

Hani meletakkan tapak tangan di atas dahi. Otaknya sudah berserabut sepertimana serabutnya rambut Rampunzel yang tidak diikat dan dibiarkan berserabai selama 2 tahun. Korang bayangkan!

Disebabkan manusia yang tak berapa nak manusia tadi muncul dalam dunia realitinya, jiwa Hani tidak tenteram. Kenapa dia gerangan terpilih yang harus melalui ranjau kehidupan serumit ini? Kenapa?!

"Eh, Hani! Bangun!" Suara Yani memecah kesunyian yang sepatutnya Hani tidak mengharapkan ia perlu dipecahkan. Tubuh Hani yang terbaring seperti kayu balak digoncang sampai habis bergegar satu sofa.

"Ya Allah, budak ni! Kenapa bersepah ni? Ni, baju ni. Kenapa tak tukar lagi? Hani tak mandi lagi ke? Hani dah solat ke belum? Ya Allah, apa nak jadi dengan kau ni, Hani?" Seperti lajunya Toretto memandu kereta, begitulah lajunya soalan yang keluar dari mulut kakak Hani. Hani yang mahu mencelah, hanya mampu memutarkan bola mata. Anda rasa Kak Yani ada masa untuk beri Hani mencelah? Jangan harap!

Hani melihat Yani mengutip satu persatu plastik makanan ringan yang ditabur olehnya tadi. Walaupun mulut membebel tak henti-henti, kemas tetap kemas. Shawl yang tersarung di kepalanya sudah habis senget-benget. Maklumlah, kerja kuat sangat.

Bak kata kakaknya itu, cari rezeki tak payah lawa-lawa. Biar jiwa saja yang lawa.

Jadi, Hani terima kata-kata Yani sebagai angin untuk mencuci telinganya yang dah kotor dengan carca-merba mengarut yang keluar dari mulut manusia saja. Kemonlah! Takkan Hani nak jadikan kata-kata tu sebagai teladan? Mahunya tak berlaki dia nanti.

Sebenarnya, dia bukan sengaja mahu menyepahkan ruang tamu dengan segala plastik itu. Tapi kekangan masa dan otaknya yang sedang bercelaru tadi menghalang dia untuk mengemas. Ya, Hani memang suka makan bila stres. Lagi stres, lagi banyak dia makan. Dan makin malas juga.

"Hani, kau dengar tak apa akak cakap?"

"Kejap, line tak berapa nak clearlah kak." Hani loyar buruk sambil mengorek telinga.

Yani menggosok dahi sendiri. Sakit kepala ada adik yang jenis macam Hani ni. Suka sangat loyar buruk. Buruk mulut tu baru tahu!

"Jangan main-main boleh tak Hani? Jangan asyik nak loyar buruk je bila orang tua bercakap."

"Laa... kakak dah tua ke? Baru Hani tahu." Hani berloyar buruk lagi sambil terangguk-angguk. Nasihat tadi tidak menggoyahkan langsung jiwa remajanya. Memang dah keras benar hati budak ni.

"Tengoklah. Kalau ibu tengok perangai kau macam ni, mesti ibu dah kejar kau pakai senduk." Yani mengambil tempat di sebelah Hani yang duduk bersila di atas sofa. Mazhab dari sekolah manalah yang ajar budak ni duduk atas sofa macam tu?

"Ibu bukan boleh tengok pun. Ibu dekat Jepun sana tu."

Kedengaran suara Hani mendatar ketika berkata begitu. Lalu, Yani memandang adiknya dengan pandangan sayu.

"Kau rindu ibu?"

Soalan Yani membekukan pergerakan Hani buat seketika. Terkenang pula dia kepada ibu yang merantau ke negara orang demi menyara anak-anaknya. Meninggalkan dia dan Yani di rumah, hidup berdikari tanpa pengawasan seorang ibu.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now