Bab 10

774 72 18
                                    

HANI melentokkan kepalanya di atas sebuah meja lama. Setelah bosan membelek majalah yang menjadikan wajah Fazziq sebagai penghias muka depan, dia mengambil keputusan untuk melelapkan mata sementara menunggu waktu rehat tamat.

Lagi sekali, hari ini dia tidak ditemani Fazziq kerana lelaki itu tidak hadir ke sekolah. Maklumlah, orang bekerjaya di usia muda sudah tentulah sibuk memanjang. Kadang-kala, tiga hari berturut-turut batang hidungnya tidak muncul di sekolah. Mahu dibuang, bapanya orang berpengaruh. Jadi, pihak sekolah hanya membutakan setiap tindak-tanduk seorang Fazziq Mukhlish.

Kalau Hani buat kerja macam Fazziq, awal-awal lagi dia sudah dicampak ke sekolah lain. Nampak tak status ibu bapa main peranan dekat situ?

Apabila mata Hani hampir terkantup, ada dua tangan yang menghulurkan dua jenis air kotak dutchlady di depan mukanya secara tiba-tiba. Lantas Hani mengangkat kepalanya dengan kening berkerut. Tangan orang Korea mana pula ni?

"Strawberry or milk?" Si pemilik tangan bersuara.

Bulu roma Hani meremang seketika dek kerana suara tersebut berada dekat di telinga kirinya. Usah ditanya siapa. Memang Hani dah sebulu benar dengan suara ini.

"Apasal tiba-tiba..."

"Aku suruh pilih tu, pilih jelah. Banyak songeh pula," potong Adriel dan membuatkan gadis itu menarik muncung. Bersyukurlah Hani, Adriel dah buang tabiat sangat tu nak belanja kau air kotak. Dutchlady pula tu!

Mulut Hani terkumat-kamit mengajuk percakapan Adriel. Kemudian, matanya menganalisis dua kotak minuman yang berada di depan mata. Belum sempat tangannya mahu mencapai perisa strawberi, Adriel cepat mengangkat air kotak itu.

"Strawberi  ni aku punya, tahu?" Kata lelaki itu seraya mencuri lihat reaksi Hani.

Tanpa diduga, perut Adriel menjadi mangsa sikuan Hani. Kedengaran dia mengaduh perlahan. Main-main eh dengan aku?

"Baik tak payah offer," perli Hani lalu merampas perisa susu yang masih berada dalam genggaman lelaki itu.

Adriel menarik kerusi kosong berdekatan sambil membalas, "Aku beli ada guna duit kau ke? Takde kan? So, nak offer ke tak tu hak aku." 

Naik berbulu telinga Hani mendengar jawapan Adriel yang seperti mahu ditembak oleh Mat Sabu itu. Kenapalah perlu wujud manusia yang sentiasa mengeluarkan kata-kata pencincang hati manusia lain ni? Oh, lupa. Dia bukan manusia sebenar pun, umpat Hani dalam hati.

"Hah, mengata akulah tu." Tebak Adriel apabila Hani memandangnya dengan muka minta penampar. Seraya itu, penyedut minuman dicucuk lalu dia menyedut isi air kotaknya.

'Pandai betul mamat ni kalau bab teka-meneka. Respect!' Komen Hani dalam hati.

Hani meletakkan air kotak di atas meja dan mengangkat majalah untuk menutup wajahnya. Matilah Hani kalau Adriel ada sixsense. Dahlah fikirannya takde insurans. Asyik nak mengutuk mamat tu je.

"Creepy." 

Hani mengintai Adriel di sebalik majalah apabila terdengar lelaki itu mengatakan sesuatu.

"Hah?"

"I said you're creepy." Ulang Adriel dengan ayat yang penuh. 

"How come?" Dengan kening terjongket, Hani menyoal. Peliklah do takde angin takde tsunami tiba-tiba je kena tuduh creepy.

"Kau punya obses dengan bestfriend sendiri sampai sanggup beli majalah yang cover ada muka dia, tak ke creepy namanya?" Itu dia, kenyataan padat dengan bisa yang tidak dapat disangkalkan lagi sudah keluar dari mulut seorang pemburu darkside Hani. 

Putera MimpiWhere stories live. Discover now