Bab 4

862 134 18
                                    

(Sambungan Prolog)

Bunyi unggas dan dedaun kering yang dipijak menemani perjalanan aku dan Adriel. Sudah 15 minit, aku mengunci mulut aku dan selama 15 minit jugalah lelaki itu asyik berdecit dan membebel tidak puas hati.

Kenapa dia membebel? Haa... lihatlah keadaan kami sekarang. Adriel terpaksa menjadi 'pak sanggup' aku dengan menggendong aku gaya piggyback. Serta-merta kejadian si bidan terjun Adriel menyelamatkan aku tadi terlayar di ingatanku.

"Hoi! Kau sedar tak? Ke otak kau dah bergegar?" Pertanyaan lelaki di hadapanku mengejutkan aku.

Aku memandang Lelaki Hoodie. Ya... tak silap lagi. Lelaki ini. Lelaki pelik plus hero plus kurang ajar semalam. Macam mana dia boleh tersesat dalam mimpi aku? Walaupun aku tak pasti lagi ni mimpi atau realiti  tapi bleh bleh.

Aku amati lagi wajahnya. Lelaki Hoodie masih statik dengan wajah beku air batu Alaskanya.

"Kau ni... lelaki kurang ajar semalam kan? Yang selamatkan aku tu. Kan?" Aku cuba memastikan bahawa tekaanku tepat.

"Siapa kurang ajar?"

"Kaulah!"

"Huh!" Cemuh Lelaki Hoodie sepatah dengan muka paling menyampah.

"Aku selamatkan nyawa kau, boleh pula kau cop muka aku ni kurang ajar? Kau sebenarnya yang kurang ajar!" Lelaki Hoodie menunjukkan reaksi muka 'Aku pantang betul bila perempuan cop muka aku sebagai lelaki kurang ajar!'

Melihat mukanya yang sudah memerah, aku tahu dia tengah marah. Baiklah, lainkali aku kena jaga bahasa aku.

"Sorry," aku meminta maaf dek kerana aku malas mahu bertekak dengan mamat ni. Aku tahu, kalau aku melawan aku akan kena tinggal terkontang-kanting sendirian di sini nanti. Maaf ego, aku terpaksa rendahkan kau kali ni.

Lelaki Hoodie yang duduk mencangkung di hadapanku kini bangun. Mukanya tidak lagi merah. Menandakan dia sudah tidak marah.

"Aku Adriel. Kau?" Adriel menghulurkan tangannya kepadaku. Walaupun tiada sebutir mahupun sepucuk mahupun segaris senyuman pada wajahnya, aku sambut jua. Aku tak tahulah samada dia ikhlas atau tidak nak bantu aku.

"Hani... aww!" Aku terduduk semula apabila aku cuba untuk bangun. Kaki kiri aku berdenyut. Argh... shit! Time macam ni jugalah kau nak terseliuh bagai.

"Oi! Oi! Kau kenapa?" Tanya Adriel cemas. Gelabah habis lelaki itu sampaikan dia terpeluk aku. Walaupun pelukan itu taklah erat sangat tetapi ia tetap buat jantung aku nak terkeluar. Apatah lagi hidung aku boleh mencium bau haruman perfumenya.

"Tepilah, sakit!" Marahku apabila kakinya terkena kaki aku yang terseliuh. Aku mengalihkan kaki aku perlahan-lahan. Takut si Adriel ni pijak kaki aku pula nanti.

"Bak kaki!" Tanpa menunggu aku hulurkan, Adriel terlebih dahulu menarik kaki kiri aku.

"Aww aww aww!" Aku menjerit kesakitan. Hak elah mamat ni. Tarik pelan-pelanlah sikit. Nak suruh buku lali aku pula yang terkeluar ke macam mana?

"Kaki kau terseliuh ni," kata Adriel sambil meneliti kaki aku seolah-olah dialah pakar kaki. Tengok, siap angguk-angguk lagi.

Adriel memusingkan badan dan menayangkan belakangnya kepada aku.

"Jom, aku boleh rawat kaki kau tu."

Ajakan Adriel menjatuhkan rahangku sampai boleh cecah tanah. Biar betul? Lelaki sombong yang aku jumpa kat kafe nak jadi nurse tak bergaji aku?

Aku tidak berkata apa-apa selepas itu dan hanya membiarkan dia menguruskan aku seumpama bibik berhoodie yang menguruskan gadis OKU.

Aku tersentak dan terus kembali ke alam nyata apabila Adriel mengacukan soalan pedas kepadaku selepas dia menyepi seketika.

Putera MimpiWhere stories live. Discover now