Bab 6

842 123 18
                                    

KRING!

Bunyi jam loceng yang berada sejengkal dari telinga Hani mengganggu lenanya. Dengan separa sedar, tangannya mencapai jam untuk melenyapkan bunyi bising tersebut.

Seusai jam senyap, Hani terpisat-pisat bangun sambil menggosok-gosok mata kanan. Kemudian, dia memandang selimutnya dengan pandangan kosong.

"Mimpi..." gumam Hani sambil tersenyum.

Hani gembira kerana dia ditakdirkan untuk bangun awal. Kalau dia hadap mimpi tadi lama lagi, entah apa pula yang jadi. Itu belum kira dengan putera annoying itu lagi. Mahu sakit otak dia nanti.

Jam yang menunjukkan pukul 5:30 pagi dipandang sekilas. Bila jam sudah menunjukkan angka begitu maka dia boleh berlengah-lengah sedikit sebelum ke sekolah.

Hani turun daripada katil dan bersedia untuk mandi bagi memulakan hari baru. Haraplah harinya ini tak seteruk semalam.

👑✨👑✨👑

"What the..." carutan Hani hampir terlepas tetapi sempat dia tahan daripada terkeluar semuanya. Ini semua gara-gara lembaga yang baru saja melintas di hadapannya.

'No! No! Tu bukan Adriel. Tolonglah jangan mengaku kau Adriel!' Doa Hani dalam hati.

Apabila Hani sampai di sekolah tadi, orang pertama yang dia jumpa adalah lelaki yang muncul dalam mimpinya semalam.

Hani membuat spekulasi sendiri bahawa lelaki itu hanya mempunyai rupa yang sama dengan lelaki yang dia mimpikan semalam. Takkanlah lelaki yang dalam mimpi itu wujud dalam realiti? Hah, nonsense!

Lelaki itu sedar yang seseorang memandangnya dari jauh. Lalu, dia berpaling ke arah Hani.

"Eh? Hani!" Dengan teruja, lelaki tersebut melambai ke arahnya.

Hani tersentak.

"Alamak, dia kenal aku." Hani gigit jari sendiri. Tolong jangan mengaku kau Adriel. Aku tak nak kau muncul dalam dunia aku. Makin complicated hidup aku nanti.

Hani berpatah balik. Mahu melarikan diri.

Adriel tahu Hani nampak dirinya. Jadi, dia mengejar gadis tersebut.

"Weh, macam mana kau boleh keluar? Kau tahu, aku punyalah gelabah bila kau tiba-tiba hilang semalam," tanya Adriel sambil cuba menyaingi langkah Hani. Tetapi cubaannya gagal dek kerana Hani melajukan langkahnya. Suaranya pula yang tak ubah seperti baru tertelan mikrofon itu menarik perhatian pelajar yang lalu-lalang.

Hani memekakkan telinga dengan sekelumit rasa pasrah di hati. Gelabah sebab Hani hilang semalam? Mesti orang akan salah anggap dengan apa yang lelaki itu cakapkan sekarang.

"Oi, Cengeng!"

Memang dia. Tiada lelaki lain lagi yang memanggilnya dengan panggilan 'istimewa' itu melainkan Adriel. Apa yang patut dia buat sekarang?

'Ahh! Lari cepat, Hani!' Bisik hati Hani.

Baru sahaja Hani mahu membuka langkah seribu, lengannya ditarik dari belakang. Berpusing badannya apabila ditarik dengan kuasa voltan begitu.

Serta-merta, wajah lelaki itu menghiasi pandangannya. Hani terkebil-kebil. Jarak antara wajahnya dengan lelaki tersebut hanya satu inci.

"Kenapa nak lari daripada aku?" Soalan lelaki itu kedengaran mengerikan bagi Hani. Ditambah lagi dengan suara yang seakan-akan berbisik itu.

"Ka... kau... siapa?!" Hani gelabah. Wajahnya hampir pucat bagaikan dia sedang bercakap dengan drakula.

"Aku Adriellah. Takkan dah lupa? Ke kau ada penyakit amnesia?" Adriel mengerutkan kening. Pelik betul perempuan ni. Semalam baru jumpa, takkan otak Hani dah lupuskan kehadiran dia dalam ingatannya?

Putera MimpiWhere stories live. Discover now