Bab 3

933 136 27
                                    

PARA pelajar tingkatan 4 Dinamik berpusu-pusu keluar dari kelas. Selama tiga jam mereka bergelumang dengan buku-buku, akhirnya mereka bebas juga.

Hani hampir tersungkur di hadapan pintu kelas akibat dilanggar oleh seseorang. Dia menoleh ke arah manusia itu dengan riak muka boleh sawankan 4 ekor kucing sekaligus apabila melihat wajahnya.

"Laju-laju nak pergi mana, Hani oi?" Tanya Fazziq sambil tersengih. Sejak dari dalam kelas lagi dia asyik perhatikan Hani yang langsung tidak menegurnya hari ini. Biasanya, gadis itulah yang akan sentiasa bertempek di sampingnya macam belukas.

Serta-merta imbasan kejadian Fazziq meluahkan perasaan kepada seorang perempuan kelmarin berlegar di benak kepala Hani. Dia pejamkan mata untuk mengusir imbasan menyakitkan hati itu pergi. Hani sedaya-upaya menarik otot-otot pipinya untuk mengukirkan senyuman.

'Act like you always do, Hani. Jangan jadikan suasana jadi awkward.' Hani cuba memberi nasihat kepada dirinya yang sentiasa memburukkan keadaan.

"Laa... kau ke? Ingatkan siapalah yang langgar aku. Nasib baik aku tak sempat layang penumbuk tadi. Ha ha ha.." Hani bertungkus-lumus untuk memantapkan lakonannya. Tetapi, gelak akhir yang tak ikhlas itu merosakkan segalanya. #Prayforhani

"Hmm..?" Fazziq dekatkan wajahnya pada wajah Hani. Matanya yang tajam itu menikam tepat ke anak mata Hani. Hani pula terkebil-kebil.

"Erk... kenapa? Ada yang tak kena dengan muka aku?" Hani meraba-raba mukanya. Nak kata ada air liur basi, lentokkan kepala atas meja pun dia tak berani. Apatah lagi mahu tidur dalam kelas. Mati syahid dia nanti dikerjakan Cikgu Jamelah.

Fazziq menyengetkan kepala sedikit. Matanya masih mencari sesuatu pada wajah polos milik gadis di hadapannya.

"You're acting weird today..." jawapan yang keluar daripada mulut Fazziq membuatkan Hani mahu paksa dirinya untuk masuk kelas lakonan dengan segera.

"Eh, mana ada. Hahaha. Mengarut," lagi sekali, Hani menonjolkan bakat lakonannya yang hanya setaraf budak tadika buat rehearsal. Sengihan yang janggal tersebut menambahkan lagi kesangsian Fazziq.

"Kau serius ke okey ni? Macam tak okey je?" Fazziq cuba menyentuh dahi Hani. Entah-entah demam kot budak ni?

Belum sempat tangan lelaki yang bergelar bestfriend itu singgah di dahinya, Hani cepat-cepat menepis.
Ini yang lemah ni.

Salah satu sebab Hani tergolong dalam perempuan yang bercrush ni, inilah. Inilah salah satunya. Sikap ambil berat Fazziq. Ergh, rasa macam nak pitam tiap kali dia tunjuk sikap prihatin mengalahkan prihatin seorang abang terhadap adik.

"Aku okey. Kau tak payah risau. Dah, jom." Sebelum Hani hilang pertimbangan diri pergi peluk crush dia ni, baik dia gerak dulu. Tak pasal-pasal nanti dia kena seret masuk lokap sebab peluk anak teruna orang sesuka hati.

Hani dan Fazziq berjalan beriringan menuju ke kantin. Mungkin bagi Fazziq keadaan ini normal sahaja. Tetapi bagi seseorang yang dah jatuh cinta pula, keadaan ini membuatkan udara di sekelilingnya seperti tidak cukup saja.

Hani mencuri lihat wajah Fazziq dengan ekor mata.

Zap! Zap! Zap! Zap! Zap! Zap!

Itulah bunyi yang menandakan bahawa beribu-ribu panahan cinta menusuk tepat ke hati kecil milik Hani. Acewah!

"Kau tahu..." percakapan Fazziq terjeda apabila matanya bertembung dengan mata Hani. Dengan gelabah, Hani melarikan mata ke arah lain. Kantoi!

"Tahu? Tahu apa?" Hani cuba berlagak cool, walhal dalam hati dia menyumpah-nyumpah pada diri yang dah terkantoi curi-curi lihat Fazziq. Agaknya, apa yang lelaki itu fikir? Hani gatal? Hani cuba mengurat dia dengan menggunakan kuasa tenungan?

Putera MimpiWhere stories live. Discover now