Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 23: Doppelgänger

4.2K 260 29
By HelmiEffendy

Adilla sedang duduk di atas katil empuk dalam bilik sakit dalam keadaan uniform sekolah birunya berlumuran darah, yang datang daripada darah Mei Chan yang cuba untuk bunuh diri. Jari-jemarinya sedang menggigil sambil Najirah memeluk tubuhnya dari sisi, menemani gadis itu dengan setia. Izzat, Megat Azizan dan Ikmal pula sekadar berdiri berpeluk tubuh sambil memerhati Adilla yang jelas sedang ketakutan.

"Dia kata... Cikgu Aliff yang bertanggungjawab atas apa jadi pada diri dia," tutur Adilla sambil memandang wajah Izzat Razali dan Najirah silih berganti, cuba meraih kepercayaan daripada Izzat dan Najirah, dua watak dalam bilik itu yang merupakan orang yang paling rapat dengannya.

"Tak akanlah Cikgu Aliff tu yang buat dia bunuh diri. Macam... macam tak logik jer. Dia tu cikgu kot," tutur Megat Azizan.

"Ini Menggunung Jiji. Kalau orang sebaik Najmi boleh jadi macam tu... tak hairan sangat seorang cikgu boleh jadi penyebab Mei Chan bunuh diri," tutur Najirah disebelah Adilla.

"Tapi... apa yang Cikgu Aliff buat? Dia baru seminggu dekat sini! Tak akanlah..."

"Tapi... kau sendiri tengok yang Mei Chan menjerit setan sambil tunjuk jari dia kat Cikgu Alifff!" Adilla cuba mempertahankan dirinya.

"Aku dengar rumour yang mengatakan setiap hari, ada aje perempuan cantik dalam sekolah kita yang dilihat masuk bilik cikgu disipilin..." gumam Ikmal tiba-tiba mengalihkan pehatian mereka semua di dalam bilik itu.

"Dia apa... perempuan cantik masuk dalam bilik dia?" soal Izzat sambil mengerutkan dahinya.

"Tak ada siapa yang tahu yang apa yang si Aliff tu buat dalam bilik cikgu disipilin. Tapi, ada yang bagitahu diaorang kadang-kadang dengar bunyi mengerang, bunyi rengekan dan orang perempuan menangis kat dalam bilik tu," tutur Ikmal lagi lalu menghirup air kotak sambil memerhati rakan-rakannya yang lain.

"Ada hantu ke dalam bilik tu?" tutur Megat Jiji Azizan dengan riak wajah yang berkerut.

"Kau dengar dari siapa?" soal Izzat.

"Masa aku kena ugut dengan geng Amran tengah hari tadi, diaorang ugut nak sumbat aku dalam bilik cikgu disipilin kalau aku tak bagi diaorang 2 ringgit duit aku. Aku cakap nak takut apa... lepas tu diaorang bukak cerita pasal apa yang berlaku," tutur Ikmal.

"Amran and the gang bukan boleh percaya sangat," ulas Megat Azizan.

"Diaorang sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan duit dari orang lembik macam kau!" kata Megat Azizan lagi namun Ikmal tidak mengendahkannya. Dia tiba-tiba mahu melangkah keluar dari bilik itu namun Izzat sempat menahan Ikmal dengan memegang bahu lelaki itu dari belakang.

"Nak ke mana?" soal Izzat.

"Cari celaka mana yang curi lappy aku," tutur Ikmal lalu menepis tapak tangan Izzat, dan meninggalkan mereka berempat di dalam bilik itu.

"Izzat... Jiji... boleh aku minta tolong?" soal Adilla.

"Ya... apa dia?" soal Izzat, namun Megat Azizan sekadar membisu.

"Cari beberapa orang perempuan yang kau nampak pelik... yang perangai lebih kurang Mei Chan... soal siasat diaorang... sebut nama Cikgu Aliff depan diaorang dan tengok macam mana reaksi diaorang," suruh Adilla.

"Aku tak rasa ada student stay lagi sekarang... tapi aku dengan Jiji boleh cuba esok," tutur Izzat tenang.

Serentak itu, pintu bilik sakit terbuka dan kelihatan Pengetua Alias menyerbu masuk ke arah Adilla. Najirah spontan menjauhkan tubuhnya daripada Adilla, membiarkan Pengetua Alias memeluk erat tubuh Adilla sebelum meleraikan rangkulannya, lalu menyambar kedua-dua tapak tangan Adilla yang berlumuran darah.

"Anak ayah tak apa-apa ke?" soal Pengetua Alias. Adilla menggeleng sambil tersemyum sebelum Pengetua Alias kembali memeluk satu-satunya anak gadis itu. Sempat juga Adilla melemparkan renungan ke arah rakan-rakannya, mengangguk seperti merestui mereka untuk meninggalkannya sendirian dengan ayahnya.

***

Hari seterusnya, Kamarul yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana kurang sihat kelihatan sangat berminat dengan apa yang berlaku sewaktu ketiadaannya. Dia memaksa Megat Azizan untuk menceritakan apa yang berlaku berulang kali kepadanya. Namun, versi kisah Megat Azizan akan berubah dari semasa ke semasa, sehingga versi terakhir yang diceritakan olehnya kedengaran seperti betapa Megat Azizanlah yang berusaha untuk memberi CPR kepada Mei Chan, membantu gadis itu untuk kekal bernafas, dan ketika ambulans datang ke sekolah, dialah yang antara insan yang mengangkat tubuh Mei Chan bersama beberapa orang guru ke dalam ambulans.

"Aku kalau ikutkan hati nak jer temankan Mei Chan sampai ke haospital, tapi sebab aku kesiankan Adilla yang tengah trauma, sebab tu aku tahankan diri aku dari terus jadi hero semalam," tutur Megat Azizan sewaktu dikerumi bukan sahaja oleh Kamarul seorang, tetapi hampir separuh seluruh isi kelas.

"Si Jiji tu... kaki sembang memang nombor satu," tutur Najirah sambil berpeluk tubuh memerhati dari jauh.

"Biarlah dia. Bukan selalu dia jadi tumpuan macam tu," jelas Izzat sambil tersenyum. Sementara tempat duduk Megat Azizan kosong, Najirah menumpang untuk membincangkan apa yang berlaku.

"So macam mana kau orang punya siasatan masa rehat tadi?" soal Najirah.

"Betul macam apa yang Adilla cakap. Rumour yang si Ikmal dengar tu pun betul. Si Cikgu Aliff ada kaitan dengan apa yang berlaku pada gadis-gadis kat Adrujha," gumam Izzat.

"Maksud kau?" soal Najirah.

"Semua perempuan yang tiba-tiba menyendiri, menjauhkan diri daripada kawan-kawan diaorang memang jadi histeria bila aku sebut nama Cikgu Aliff diaorang," tutur Izzat.

"Serius?" soal Najirah tidak percaya.

"Contohnya macam si Ain. Dia siap pegang bahu aku sambil menjerit menangis-nangis masa aku jumpa dia sendirian kat belakang sekolah. Dia... dia tanya aku macam mana aku tahu pasal Cikgu Aliff. Belum sempat aku nak jelaskan, dia terus larikan diri daripada aku dengan Jiji," jelas Izzat sambil merenung ke arah seorang gadis bernama Ain yang sedang menconteng meja kayunya di satu sudut kelas itu.

"Kau rasa yang... Cikgu Aliff buat sesuatu ke?" soal Najirah.

"Aku rasa benda yang sama jugak dari cerita Jiji tadi," tutur satu suara yang tiba-tiba muncul dibelakang mereka.

"Kau Kamarul. Aku ingatkan Cikgu Aliff tadi..." tutur Najirah sambil mengurut dadanya.

"Nak dengar teori aku tak?" sampuk Kamarul.

"Apa yang kau dapat faham dari benda yang berlaku?" soal Izzat.

"Cikgu Aliff tu... definitely ada kaitan dengan kehilangan Emmy! Aku rasa aku dah jumpa cara untuk selamatkan Emmy!" tutur Kamarul sambil mengangguk sendirian.

"Macam mana... kau sampai pada kesimpulan ni?" soal Izzat.

"Dalam kitab alam mistik yang aku baca tu... aku ada jumpa tentang sejenis hilum penunduk paling ampuh dalam ilmu hitam orang Melayu kita," tutur Kamarul.

"Teruskan," gumam Izzat penuh minat.

"Minyak dagu keramat. Ilmu ni mampu membuatkan sesiapa sahaja akur pada arahan kau. Tak tertakluk pada wanita sahaja. Kau tak perlu calit minyak itu pada orang lain. Orang hanya perlu bau minyak yang kau calitkan pada badan kau jer. Secara tak langsung, kau dah menguasai orang tu," jelas Kamarul.

"Cikgu Aliff... dia tu wangi sangat... bila dia datang jer, bau wangi yang sangat semerbak cucuk hidung kita," gumam Najirah.

"Apa kaitan dengan mampu selamatkan Emmy pulak?"

"Part ni yang paling menarik. Kau perlu ada jasad tujuh gadis yang di mana 6 daripadanya harus mati dibunuh. Tapi jasad gadis ketujuh, dia perlu hidup dan menyerahkan jiwa raganya untuk ilmu ni berkesan," terang Kamarul.

"Kau ada bagitahu kita orang hari tu..." tutur Najirah.

"Apa yang aku tak bagitahu korang ialah kenapa aku tak datang semalam. Aku baca berulang kali dalam buku tu, dengan harapan aku jumpa cara untuk selamatkan Emmy! Satu hari suntuk aku tak tidur lepas aku rasa ada yang tak kena dengan si Aliff!"

"Macam... mana nak selamatkan Emmy?" soal Izzat.

"Kau kena tuturkan nama tujuh gadis yang menjadi mangsa yang dijadikan dagunya untuk dapatkan air minyak dagu. Nama penuh dengan bintinya. Tetapi ia hanya boleh dituturkan oleh perempuan yang si pemilik ilmu hitam itu tak dapat tundukkan. Perempuan yang macam ni biasanya semangat dia kuat, dan tak akan dapat ditundukkan oleh ilmu hitam macam ni. Bila benda tu berlaku, makhluk yang dipuja untuk menjadilkan ilmu hitam ni jadi realiti akan mengamuk sebab dia dah langar pantang paling utama. Biasanya tuan kepada makhluk tu akan mati diserang makhluk peliharannya yang mengganas," cerita Kamarul.

"Kau nak cakap yang Tok Anjang akan mati kalau kita berjaya buat macam ni?"

"Tapi siapa perempuan yang akan sebutkan nama tujuh gadis tu?"

"Adilla?" gumam Izzat spontan sambil matanya melekat pada Adilla yang sedang berbual dengan Ikmal. Sesekali, Adilla akan menoleh ke arahnya sambil tersenyum tanpa menyedari bahawa dirinya sedang menjadi topik perbualan tiga rakannya yang lain.

"Kenapa dengan Adilla?" soal Najirah.

"Dia... selain aku... dia yang aku nampak meronta tak nak patuh arahan Cikgu Aliff..."

"Bagus! Adilla tu cantik! Aku rasa kalau si Cikgu Aliff tu pervert macam yang kita semua sangka buruk dengan dia, dia akan dapatkan Adilla!"

"Aku pun rasa nak melawan setiap arahan dia..." Najirah bersuara namun Izzat dan Kamarul pantas menggeleng.

"Tak... kita perlu seseorang macam Adilla. Kau tak akan dapat goda Cikgu Aliff!" tutur Izzat yang tidak melarikan pandangannya daripada Najirah.

"Heii, kau nak cakap aku tak cantik ke?" Suara Najirah kedengaran agak tinggi. Untuk seketika, Izzat dan Kamarul menoleh dengan sangat perlahan ke arah Najirah. Mata gadis itu kelihatan merah, seperti dia sedang menahan empangan air matanya dari tumpah.

"Jangan... jangan salah..."

Najirah terus mencapai beg galasnya dan berlari meninggalkan kelas itu. Megat Azizan yang menyedari perubahan tingkah Najirah itu kelihatan menghampiri Izzat dan Kamarul.

"Kenapa dengan dia?" soal Megat Azizan.

"Merajuk. Izzat cakap yang Adilla lagi cantik daripada dia," tutur Kamarul.

"Hmmm... kenapa nak merajuk? Dia tu bukannya cantik pun. Tomboi. Aku kalau tak kenal dia dari kecik, aku mungkin ingat dia tu lelaki!" luah Megat Azizan jujur.

Izzat tiba-tiba bangkit dari tempat duduknya.

"Kau nak pergi mana tu?" soal Megat Azizan.

"Cari Najirah," tutur Izzat sambil berlari keluar dari kelas itu.

***

Taman bunga kecil di belakang sekolah yang terdapat sebuah kerusi panjang yang diperbuat daripada batu itu adalah tempat yang dicari oleh Najirah yang lengkap baju kurung. Dia terus menghempaskan beg galasnya yang bercorak askar itu sebelum dia mengeluarkan tisu dan menangis teresak-esak. Sekurang-kurangnya disitu, hanyalah alam yang menghijau, atau mungkin juga sang serangga dan burung sahaja yang dapat melihat dia menangis.

Entah kenapa, untuk hari itu, dia menjadi tersangat cengeng. Bukan sekali dua, dia dipanggil sebagai hodoh oleh rakan-rakannya. Namun, kata-kata yang datang daripada Izzat itu sepertinya membelah-belah hatinya. Dan bukan selalu dia akan menangis seperti itu. Dia ialah Najirah binti Datuk Nasri. Dia ialah juara silat kebangsaan. Tak akanlah panggilan gurauan seperti itu mampu membuatkan gadis yang paling kental di Adrujha menangi seperti anak kecil?

Namun biar apa-apa pun kenyataan, penafian malahan penipuan yang dituturkan Najirah pada dirinya, tangisan itu tidak dapat dibendung. Dia terus teresak-esak laksana seorang bayi yang menagih susu badan ibunya. Namun, bunyi seseorang duduk disebelahnya menghentikan seketika tangisan itu.

"Aku minta maaf tadi... buat kau menangis," gumam Izzat membuatkan Najirah terus berkira-kira mahu bangkit dari tempat duduk itu. Namun, tapak tangan Izzat pantas menangkap pergelangan tangannya.

"Duduk! Aku belum cakap dengan kau lagi!" arah Izzat. Akhirnya, Najirah patuh dengan melabuhkan punggungnya disebelah Izzat.

"Kau menangis sebab tadi ke?" soal Izzat.

Najirah diam.

"Bagitahu aku... kenapa kau menangis?" soal Izzat.

Najirah menggeleng. Namun, tiba-tiba sahaja kedua-dua ibu jari Izzat terus mengesat air mata yang masih bersisa di wajah Najirah. Tergamam Najirah menyaksikan tindakan yang datang tanpa diduga oleh Izzat.

"Cerita..." tutur Izzat, sepatah.

"Aku... aku tak tahu. Tapi... kau... kau sama jer macam lelaki lain. Si Jiji tu dah berapa lama aku suka kat dia. Tapi, dia mana pernah sedar aku suka dia. Yang dia tahu, perempuan-perempuan menggedik dalam kelas kita. Lepas tu kau datang. Kau tak macam lelaki lain, sangka aku. Kau baik dengan aku. Kau layan aku sama rata dengan perempuan lain. Tapi sekejap jer.. kau sama jer macam semua lelaki-lelaki kat luar sana. Pada kau, wajah, badan yang menggiurkan, kelembutan tu yang curi hati kau. Perempuan yang kau suka... Adilla dengan Emmy... aku... aku bukan tandingan diaorang!" luah Najirah tiba-tiba sambil tersedu-sedu.

"Dengar sini Jierah..." gumam Izzat sambil mencapai kedua-dua tapak tangan Najirah.

"Kau jauh cantik daripada diaorang. Kau jer yang tak sedar semua tu," tutur Izzat yang tangannya sudah mula membelai rambut hitam paras bahu Najirah perlahan. Spontan, Najirah mencondongkan kepalanya, merapatkan kepalanya pada belaian tangan Izzat.

"Bibir kau merah tanpa lipstick. Tak perlu pakai make up pun dah cantik macam ni. Mata kau bulat, terutama mata biru tu. Cantik... bayangkan kalau wajah ni bersolek macam perempuan kat luar sana? Jierah, dengar sini sayang... lelaki bodoh jer yang tak sedar yang kau ni sebenarnya... sangat indah..." gumam Izzat dalam nada suara yang sangat menggoda. Najirah pula sudah mula menutup matanya, terbuai-buai dengan pujian yang sedang terlontar dari mulut Izzat.

"Aku tak sangka yang kau sewangi ni... kenapa hari ni aku baru sedar yang kau adalah bidadari?" bisik Izzat ditelinga Najirah. Terasa seperti nafas Izzat mula mendekati wajahnya. Tangan Izzat tadi yang membelai rambutnya sudah mula mencapai butang baju kurungnya. Perlahan-lahan, butang tadi dibuka. Bibir Najirah hampir sahaja dicium oleh Izzat dan...

"Allah!" Najirah tiba-tiba menolak tubuh Izzat ke belakang.

"Ke..napa? Aku ingat kau suka aku!" ucap Izzat dengan kedua-dua keningnya terangkat. Najirah sedang berdiri sambil menutup dadanya.

"Kau bukan Izzat! Izzat tak akan buat kat aku macam ni!" tutur Najirah dalam nafas yang tercungap-cungap.

Serentak itu juga, Izzat muncul bersama dengan Kamarul. Dia turut terkejut melihat satu penampakkan lelaki yang sangat serupa wajah dengan dirinya. Apa lagi, Izzat yang cuba menggoda Najirah tadi terus bangkit, lalu berlari sambil menolak tubuh Izzat yang baru tiba ke situ sehingga jatuh terjelopok. Dia sekadar memerhati sahaja figura yang wajah, gaya rambut, suara malahan caranya memakai uniform sekolah yang persis dirinya itu berlari pergi meninggalkan mereka.

"Macam mana... macam mana... rupa dia sama dengan kau?" soal Kamarul sambil membantu Izzat yang terjelopok tadi untuk berdiri.

"Kau okey?" soal Izzat sambil menghampiri Najirah yang masih lagi terkejut.

"Terima kasih sebab datang," tutur Najirah.

"Siapa... lelaki tu? Kenapa muka dia sama macam aku?" soal Izzat.

"Aku rasa dia Cikgu Aliff..." tutur Najirah perlahan. 

Continue Reading

You'll Also Like

17.1K 2.4K 199
Sepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memil...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
16.8K 1.7K 13
Kita cuma kawan dan takkan jadi lebih dari tu . Highest rank : #483 in fanfiction (4.02.2018)
57.6K 4.3K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned