Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 22: Cikgu Setan

3.9K 260 24
By HelmiEffendy


Malangnya untuk beberapa hari seterusnya, Ikmal langsung tidak kelihatan disekolah. Menurut Adilla, Ikmal terpaksa ke Rajawali kerana melawat neneknya yang meninggal dunia. Sekurang-kurangnya ada seminggu waktu yang kosong sementara mereka menunggu Ikmal pulang. Namun, untuk beberapa hari di Adrujha sementara menunggu kepulangan Ikmal dihiasi oleh khabar angin tentang Emmy yang semakin dasyat kedengaran. Bahkan, Izzat pula seperti sudah lali dengan cacian dan sindiran yang dilontarkan oleh Amran dan konco-konconya. Kali pertama, dia dan Megat Azizan bertumbuk sampai lebam-lebam dan luka-luka. Namun, seperti bisa, sepertinya ejekan kumpulan samseng utama Adrujha itu jadi tegal biasa.

Tetapi bukanlah tentang khabar angin tentang Emmy yang semakin tidak terkawal yang paling mencuri perhatian mereka. Lagipun mulut manusia, bak kata Megat Azizan, bom atom sendiri tidak mampu hentikan. Yang lebih menganggu fikiran mereka ialah tentang gelagat dan tingkah laku beberapa orang pelajar perempuan Adrujha yang semakin pelik. Terima kasih kepada Adilla yang dapat menyedari perubahan tingkah itu. Ketika mereka sedang bersama di kantin, menikmati makanan masing-masing, Adilla menyertai mereka dengan raut wajah yang berkerut.

"Ikmal mati sebab pesawat dia terhempas ke?" soal Megat Azizan.

"Hisy... tak baiklah kau ni!" tegur Najirah.

"Naib ketua pengawas aku, Tasha dah tak mula datang sekolah. Lepas tu... kawan baik aku, Bella yang sepatutnya jadi periang... jadi pendiam dan suka bersendiri. Tadi, masa aku dekat dengan dia, dia tiba-tiba menengking suruh aku tinggalkan dia!" ucap Adilla.

"Dia buat macam mana?" soal Kamarul ingin tahu.

"Dia menengking aku!" ucap Adilla.

"Aku rasa dia dah sedar yang kau ni tak sebaik yang kau lihat. Dia dah dapat tangkap dalaman kau yang busuk tu!" kata Megat Azizan.

"Diamlah Jiji! Kau ni annoying betul!" kata Najirah lalu terus menduku kepala Megat Azizan.

"Aku berguraulah! Tak payah main kepala aku!" gumam Megat Azizan sambil mengusap kepalanya.

"Hanya sebab si Bella jadi pelik macam tu... aku tak boleh conclude apa-apa," gumam Izzat sambil menyuap mulutnya dengan sotong masak sambal bersama dengan nasi lemak.

"Sekejap... bukan Bella. Bukan jugak Tasha. Ada orang lain," ucap Adilla.

"Siapa lagi yang kau perasan perangai pelik dalam sekolah kita?" soal Megat Azizan.

"Tengok Mei Chan!" kata Adilla sambil menundingkan jarinya ke arah seorang gadis cina dalam pakaian baju kurung sekolah sedang sendirian berdiri di tepi tandas seorang diri.

"Mana geng-geng amoi dia? Kenapa dia seorang diri kat situ?" soal Najirah.

"Siapa dia?" soal Izzat.

"Mei Chan tak pernah terpisah dengan mana-mana kawan cina dia. Kira diaorang ni satu geng dalam sekolah. Pelik, dari tingkatan 1 sampai sekarang tak pernah sendiri macam tu walau waktu rehat macam ni," jelas Najierah.

"Dia... menangis?" soal Megat Azizan apabila matanya dapat menangkap titis air mata yang mengalir dari kelopak mata Mei Chan.

"Jierah... jom! Kita dua tanya dia apa jadi kat dia?" ajak Adilla. Terus dua gadis itu bangkit dari tempat duduk mereka. Roti canai yang ditempah oleh Najirah dibiarkan tidak terusik di atas meja. Izzat pula sekadar memerhati dengan penuh minat langkah Adilla dan Najirah.

"Mei... Mei okey ke?" soal Adilla ketika dia menghampiri Mei Chan. Gadis cina itu seperti tersentak dengan kehadiran Adilla dan Najirah. Untuk seketika, dia memandang wajah Adilla dan Najirah silih berganti, sebelum menggeleng. Sempat lagi Mei Chan mengesat air matanya.

"Mana kawan-kawan Mei yang lain?" Najirah bertanya pula.

"Jangan jaga tepi kain orang!" ucap Mei Chan lalu berkira-kira mahu beredar dari situ. Namun, pergelangan tangannya dicapai oleh Adilla.

"Awak boleh bagitahu saya, Mei. Saya ketua pengawas Adrujha. Saya boleh tolong awak!" kata Adilla.

"Tak ada siapa boleh tolong saya!" tempik Mei Chan tiba-tiba sambil menepis pegangan tangan Adilla sebelum berlari anak-anak dari situ, meninggalkan Adilla dan Najirah yang kelihatan terpingga-pingga dengan apa yang berlaku.

"Ini ada kena-mengena dengan Cikgu Aliff ke?" teriak Najirah dari belakang tiba-tiba membuatkan langkah kaki Mei Chan terhenti sejenak di situ sebelum dia berpaling memandang Najirah. Dia kemudian berpatah balik lalu meletakkan kedua-dua tapak tangannya di atas bahu Najirah.

"Macam mana kau tahu! Macam mana kau tahu? Syaitan tu bagitahu apa kat kau?" teriak Mei Chan membuatkan Najirah bertambah terkejut.

"Errr... saya tanya jer..."

"Kalau... kalau ada orang lain yang tahu pasal apa yang terjadi antara aku dengan dia, aku akan bunuh kau!" bisik Mei Chan dengan mata yang merah terjegil, tidak tahu sama ada dia menahan marah atau air mata. Kemudian, Mei Chan terus meninggalkan Najirah yang masih terpempan dengan perubahan tingkah Mei Chan yang tiba-tiba itu.

"Perasan tak.... kawan-kawan perempuan kita dah semakin lain?" soal Najirah. Untuk seketika, Adilla memandang kawasan sekitarnya sebelum dia menyedari betapa bukan Tasha, Bella ataupun Mei Chan sahaja yang berkelakuan aneh, tetapi beberapa orang gadis lain juga. Mereka semua sendirian di sudut-sudut sekolah, menangis seorang diri bahkan memeluk tubuh mereka sambil memandang rakan-rakan mereka dengan pandangan membunuh, lagi-lagi apabila ditegur oleh kaum lelaki.

Hari seterusnya di Adrujha, penyelamat yang dicari oleh mereka akhirnya tiba. Ikmal seperti biasa akan dicari oleh para pembuli Adrujha, terutamanya Amran dan konco-konconya di luar sekolah. Mujurlah Adilla yang kebetulan pagi itu kesekolah bersama dengan sahabat barunya Najirah berjaya menyelamatkan Ikmal dari kumpulan pembuli tersebut.

"Aku anak pengetua... Jierah pula bekas juara silat. Kami berdua ialah perempuan paling berkuasa kat sekolah. Kau boleh pilih nak kena buang dari sekolah, atau kau boleh pilih nak kena belasah dengan Jierah. Dengan Izzat dan Jiji hari tu pun kau tak boleh makan, kau rasa kau boleh belasah si Jierah?" ugut Adilla

Amran yang sedang memeluk leher Ikmal yang hanya separas bahunya itu kelihatan teragak-agak. Untuk seketika, Amran menoleh ke arah rakan-rakannya yang lain sebelum melepaskan rangkulannya dengan kedua-dua tangannya terangkat di udara.

"Hari ni kau menang. Dua ibu ayam kau ada kat sini," bisik Amran geram sebelum mengarahkan rakan-rakannya yang lain meninggalkan Ikmal disitu.

"Ikmal okey ke?" soal Adilla menghampiri Ikmal. Budak lelaki yang berkaca mata dengan wajah bejeragat itu sekadar mengangguk sebelum melangkah sendirian menuju ke arah pagar sekolah yang sudah tidak jauh dari tempatnya disapa oleh Amran tadi.

"Dilla nak minta tolong Ikmal... boleh ke?" pinta Adilla. Ikmal mendongak memandang Adilla sebelum kembali berjalan.

"Nak minta tolong apa?" soal Ikmal dalam nada suara yang dingin.

"Ikmal masih bawa laptop Ikmal tu kan?" tanya Adilla.

"A'a," balas Ikmal sepatah.

"Tolong Adilla hack satu laman web ni," ujar Adilla membuatkan langkah kaki Ikmal terhenti di situ sejenak.

"Kenapa?" soal Ikmal.

"Itu nanti dulu. Tapi, boleh tak Ikmal tolong Adilla?" pinta Adilla lagi, merayu.

"Cakap please dulu," suruh Ikmal.

"Please..." akur Adilla dengan mata yang dikelipkan serta kedua-dua tangannya diletakkan didagunya. Lututnya dibengkokkan untuk separas dengan Ikmal.

"Jierah sekali!" suruh Ikmal.

"Apa? Oh, tak mungkin! No way Ikmal!" ucap Jierah. Namun, Adilla disebelahnya pantas menyiku tulang rusuk Najirah.

"Kenapa?" Najirah masih tidak puas hati.

"Ikut jer apa yang dia buat!"

Dengan berat hati, Najirah mengulangi kembali postur tubuh Adilla.

"Please..."

"Tak ikhlas!" tutur Ikmal.

"Macam mana kau tahu ikhlas ke tak..." Najirah tiba-tiba naik angin. Namun, Adilla disebelahnya sempat menahan tubuh Najirah daripada terus menyerbu ke arah Ikmal.

"Pukul 2 lepas sekolah. Aku tunggu kat kantin. Kalau lambat, aku balik," gumam Ikmal lalu meninggalkan dua orang gadis itu.

"Macam mana kau boleh berkawan dengan setan tu?" gumam Najirah geram sambil memerhati Ikmal melangkah meninggalkannya. Namun, soalan yang dilontarkan oleh Najirah sekadar dibalas sengihan daripada Adilla.

Tengah hari tersebut, sebaik sahaja loceng sekolah berdering, terus Adilla mencapai beg galasnya dan mencari Izzat dan gengnya di meja belakang. Mereka yang baru sahaja usai berkemas buku dan alat tulis berjalan bersama menuju ke arah kantin sekolah. Salah satu sudut di kantin sekolah menjadi tempat mereka berkumpul dipilih sebagai lokasi operasi mereka. Cuma untuk hari itu, Kamarul terpaksa

"Aku syak si Ikmal tu stalker... dia creepy. Mesti dia simpan banyak gambar perempuan dalam sekolah ni dan selalu fantasi yang bukan-bukan waktu malam dalam bilik dia," gumam Megat Azizan bersuara selepas mendengar cerita Najirah tentang apa yang berlaku pagi tadi.

"Dengarnya macam pedo jer," komen Izzat.

"Tapi masalahnya dia tu dah nampak macam budak kecil. Macam darjah 6 jer aku tengok. Orang susah nak tahu dia tu dah besar panjang!" Megat Azzian kelihatan tidak puas hati.

"Kau orang tak kenal Ikmal tu... dia bukan macam tu," kata Adilla.

"Aku syak si Ikmal tu mesti dah jumpa Tok Anjang dan bomohkan kau!" Megat Azizan tidak mahu kalah. Namun, tuduhan daripada Megat Azizan sekadar disambut oleh ketawa daripada Adilla.

"Sudahlah Jiji. Jangan benci sangat. Nanti jatuh cinta pulak. Cukup-cukuplah Jierah jadi mangsa kau," ucap Adilla membuatkan wajah Megat Azizan dan Najirah terus berubah. Muka mereka kemerahan-merahan seperti baru sahaja dihayunkan penukul tepat diwajah mereka.

"Ikmalah!" tutur Megat Azizan terus mengubah topik perbualan. Ikmal sedang menghampiri mereka sambil memeluk sebuah komputer riba.

"Jaga mulut kau! Aku tak nak dia terasa dengan kau!" Adilla mengugut Megat Azizan.

"Bagi aku duduk tengah-tengah..." gumam Ikmal sambil merenung tajam ke arah tempat duduk Megat Azizan.

"Kenapa pandang aku?" soal Megat Azizan, tidak puas hati.

"Kau orang nak bantuan aku, aku cuma minta tempat duduk kat situ," tutur Ikmal.

"Budak ni..." gumam Megat Azizn yang berkira-kira mahu bangkit dan menghadiahkan tumbukan tepat di wajah Ikmal, namun Adilla yang sedang duduk disebelahnya terus memegang bahu Megat Azizan lalu menggeleng.

"Demi Menggunung... tahan baran kau tu," bisik Adilla. Untuk seketika, Megat Azizan merenung penuh jelik ke arah Ikmal yang berkaca mata, memakai seluar slack hijau di atas paras seluarnya, dan berambut yang pekat disapur jel yang disikat ke tepi.

"Dengan berbesar hati patik persilakan tuanku..." gumam Megat Azizan sambil bangkit dari tempat duduknya. Dia menundukkan tubuhnya persis seorang pelayan di sebuah restoren atau hotel mewah. Bezanya, postur tubuhnya berbaur sindiran ke arah Ikmal.

"Terima... kasih," balas Ikmal sambil melabuhkan punggungnya di tempat duduk sambil diapit oleh Adilla dan Najirah. Dia meletakkan komputer riba jenama Apple itu di atas meja sebelum membuka browser yang terpapar pada skrin komputer ribanya. Terus dia menaip darialamlain.com.my pada kotak kecil yang terletak pada sudut paling atas browser google chrome. 

"Kau nak aku hack laman web ni?" soal Ikmal.

"Tolong kami," rayu Adilla.

"Laman web ni berhantu. Sebab banyak benda yang dia tulis dalam ni jadi kenyataan. Sepatutnya benda tu tak wujud pun kat Menggunung. Seolah-olah khabar angin jadi realiti," tutur Ikmal. Untuk seketika, mereka semua saling berkongsi pandangan sebelum merenung tidak percaya ke arah Ikmal.

"Izzat... dia macam kita..." bisik Najirah ditelinga Izzat.

"Aku tahu," balas Izzat.

"Firewall yang owner website ni pasang memang power. Tapi dia tak mungkin dapat lawan dengan aku," gumam Ikmal yang sudahpun memulakan operasi pengodamannya. Jari-jemari Ikmal begitu laju menari di atas papan kekunci sambil rakan-rakannya yang lain sekadar memerhati tanpa memahami apa pun yang sedang berlaku.

"Shit... dia power sangat..." Sesekali, Ikmal akan berbisik sendirian.

"Firewall 1 dah berjaya aku breach... ada tiga lagi...."

Kemudian, Ikmal terus membisu sambil jari-jemarinya terus menari di atas papan kekunci.

"Jiji... belikan aku jus oren!" arah Ikmal tiba-tiba.

"Aku... apa?"

"Saya boleh belikan!" Adilla menawarkan diri.

"Aku akan kalah kalau bukan Jiji yang belikan!" tambah Ikmal.

"Apa kena mengena aku dengan kau akan kalah?"

"Kalau macam tu aku akan kalah. Sorry gais. Salah Jiji," tutur Ikmal dengan riak wajah yang dibuat-buat sedih.

Megat Azizan kemudian memandang rakan-rakannya yang lain sebelum dia akhirnya terpaksa akur. Dia melangkah dengan berat hati ke arah tempat membeli makanan sebelum kembali dengan segelas jus oren untuk Ikmal. Namun ketika itu, Ikmal lebih resah daripada sebelum ini.

"Apa yang jadi?" soal Izzat ingin tahu.

"Aku dah berjaya breach dua firewall yang dia pasang pada laman web dia. Tapi dia cuba untuk counter aku dengan dengan cuba trace IP Adress aku," tutur Ikmal dengan dahi yang berkerut.

"So macam mana?" soal Adilla.

"Send nude!" gumam Ikmal.

"Kau... nak buat apa?" soal

"Diversion tactic!" ujar Ikmal.

Kemudian, Ikmal terus menekan butang enter sambil menaip beberapa kod pada skrin komputer ribanya.

"Sekarang kalau dia seorang yang gatal, mungkin dia akan ambil masa untuk ganggu aku," tutur Ikmal sebelum kembali menyambung kerjanya. Namun, jari-jemarinya terhenti seketika apabila terdengar bunyi sesuatu terjatuh di atas bumbung kantinnya. Kemudian, bunyi sesuatu bergolek di atas bumbung sebelum tidak jauh dihadapan mereka, kelihatan sekujur tubuh terjatuh betul-betul di laluan masuk ke kantin sekolah.

"Mei Chan..." gumam Adilla yang spontan bangkit dari tempat duduknya.

"Dia jatuh dari tingkat 3," gumam Ikmal sambil mendongak melihat terdapat beberapa buah bangunan sekolah mengapit kawasan kantin. Namun, dari cara Ikmal menuturkan perkataan itu, sepertinya tidak ada apa-apa yang berlaku. Sepertinya kematian itu bukanlah sesuatu yang sedih, menakutkan dan menggerunkan. Seperti kematian itu pada Ikmal adalah seperti hari-hari biasa yang dilalui oleh Ikmal.

Mereka semua spontan berlari menghampiri tubuh Mei Chan yang sedang tergeletak sambil berlumuran darah termasuklah Ikmal. Tanpa diarahkan, Adilla terus menghampiri Mei Chan yang sedang nyawa-nyawa ikan itu. Kaki gadis itu terlipat ke belakang, mungkin sudah patah. Tercungap-cungap Mei Chan cuba menuturkan sesuatu tatkala Adilla meriba tubuh Mei Chan.

"Cikgu tu setan!" gumam Mei Chan menggunakan sisa tenaganya yang terakhir. 

"Cikgu... setan?" gumam Adilla sambil matanya mencari Izzat. 

Serentak itu, kelihatan kumpulan guru menghampiri Mei Chan yang sedang nazak di atas ribaan Adilla yang sudah berlumuran darah itu. 

"Cikgu Aliff?" gumam Najirah sendirian. 

"Saya nak semua pelajar ke tepi dan beri peluang kepada kami untuk dekati tempat kejadian," tutur Cikgu Aliff tenang. Anehnya, puluhan pelajar yang sedang mengerumi Mei Chan dan Adilla berundur dengan patuh. 

"Setan... setan... setan!" teriak Mei Chan sambil menundingkan jarinya ke arah Cikgu Aliff yang tergamam dengan reaksi tiba-tiba daripada Mei Chan. 

"Setan betul... ada orang curi lappy aku!" teriak Ikmal dari belakang sekuat hatinya. 

Continue Reading

You'll Also Like

60.8K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
57.9K 4.4K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
94.7K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.