Menggunung (Completed)

Από HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Περισσότερα

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 21: Hacker

3.5K 252 8
Από HelmiEffendy


Megat Azizan, Najirah dan Kamarul yang sedang duduk bersama di salah satu meja di kantin SMK Adrujha melopong tidak percaya merenung ke arah Adilla yang sedang tersengih berdiri sambil diapit oleh Izzat. Tab yang sedang berada di tangan Kamarul spontan jatuh ke atas mejanya. Dia seperti terlupa bahawa Adilla merupakan ketua pegawas dan tab yang berada ditangannya bila-bila masa boleh dirampas oleh Adilla sendiri.

Sepertinya bukan mereka sahaja yang terlopong dengan pemandangan itu, tetapi seluruh pelajar Adrujha yang berada dikantin tersebut. Tiada apa yang dapat mencuri perhatian mereka meskipun kata-kata retorik berbaur semangat motivasi yang tertampal pada dinding kanting dan siling. Melihat Adilla sedang berdiri bersama dengan kumpulan yang selalu disertai oleh pembuat masalah nombor satu Adrujha itu pun merupakan keajaiban dunia ketujuh di Adrujha.

"Ucapkan selamat datang kat ahli baru geng kita..." ucap Izzat.

"Sekejap... si singa ni nak join geng kita?" soal Megat Azizan tidak puas hati sambil menundingkan jari telunjuknya tanpa segan-silu ke arah Adilla yang lengkap berbaju kurung biru dan berkain hitam itu.

"Tak baik panggil dia singa." Kamarul disebelah Megat Azizan mengingatkan.

"Perempuan ni baru suruh kita berdiri kat atas pentas... dan kau boleh sebelahi dia?" Megat Azizan menggeleng macam orang gila.

"Adilla cuma nak tolong kita..." ucap Izzat.

"Tolong? Dia nak tolong report kita kat polis atau bapak dia ke?" soal Megat Azizan.

"Dia macam kita juga. Khabar angin yang tersebar kat laman web Dari Alam Lain tak effect kat dia. Dia sedar apa yang berlaku sejak aku sampai sini sampailah sekarang," jelas Izzat.

"Tapi..." Megat Azizan kelihatan tidak puas hati.

"Saya minta maaf kalau pagi tadi saya tahan awak berdiri kat depan sana. Tapi... saya tak tahan tengok apa yang jadi. Mujurlah ada Izzat. Dia sedar yang sedar apa yang berlaku kat Menggunung! Dia yang tawarkan diri dia untuk tolong saya! Dia yang bawa saya pada awak semua!" jelas Adilla.

"Aku tak ada masalah kau nak join. Sekurang-kurangnya ada juga kaum perempuan. Taklah aku nampak tak manis berkawan dengan korang semua, tapi aku seorang jer perempuan," kata Najirah.

"Aku ada cadangan. Aku nak bawa Adilla malam ni. Kita semua... pergi ke tempat-tempat yang tinggalkan kesan untuk kita sejak benda ni berlaku. Sekurang-kurangnya Adilla boleh catch up dengan perkembangan kita," jelas Izzat lagi.

"Apa istimewanya kalau budak ni join kita?" kata Megat Azizan.

"Saya janji yang saya akan pastikan semua benda yang melawan peraturan sekolah dalam sekolah ni... kalau sebab nak selamatkan Menggunung dari bala ni... yang awak semua buat terlepas dari pengawasan cikgu dan pengawas bawah saya!"

"Kalau macam tu, kau boleh tolong aku untuk pecah masuk bilik kebal sekolah malam ni?" soal Megat Azizan.

"Apa kena mengena?" soal Adilla.

"Aku tak boleh fokus pada pelajaran lepas apa yang berlaku. Tapi sekarang ni exam dah dekat aku tak mungkin boleh belajar. Satu-satunya cara untuk aku survive kat Adrujha ialah dapatkan soalan bocor untuk exam!"

Duk! Belakang kepala Megat Azizan diduku dari belakang oleh Najirah.

"Jom Dila... jangan layan si Jiji ni. Malam ni saya dengan Izzat temankan awak,"

"Sorry..." ucap Adilla sambil menundukkan kepalanya beberapa kali ketika Najirah menyambar pergelangan tangannya, menarik Adilla meninggalkan kawasan kantin itu.

"Aku tak sangka... disebalik perwatakkan singa si Dila tu... dia... selembut tu?" soal Kamarul tidak percaya namun Megat Azizan masih dengan mulutnya yang muncung seribu dan wajah yang masih mencuka.

***

Kereta Toyota Avanza yang dipandu oleh Najirah berhenti tepat dihadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak berhampir dengan pusat pekan Menggunung iaitu Dagang Gunung. Ketika itu, di dalam kereta selain Najirah yang bertindak sebagai pemandu, Izzat dan Megat Azizan turut berada di situ. Namun, tentunya Megat Azizan yang paling masam wajahnya.

"Kenapa kau nak sangat turun malam ni? Bukan kau benci si Adilla tu ke?" soal Najirah.

"Aku takut si Adilla tu berniat jahat kat kau orang berdua! Manalah tahu dia tu..."

"Saya lambat ke?" tutur satu suara yang tiba-tiba muncul dari sebelah kiri Megat Azizan. Tergamam sebentar Megat Azizan apabila buat pertama kalinya, dia melihat Adilla tanpa uniform asasi pengawas yang selalu disarungkan ditubuhnya. Untuk malam itu, Adilla sekadar berseluar jeans dan berbaju-T putih lengan pendek. Dia tidak lagi mengikat kemas rambutnya tetapi dibiar lepas pada paras bahu.

"Wah... cantiknya awak. Saya tak sangka yang Adilla yang garang tu sebenarnya cantik!" ucap Najirah yang kelihatan sangat teruja.

"Biasa jer aku tengok," gumam Megat Azizan sambil mencebikkan wajahnya.

"Abaikan dia. Awak dah cukup cantik. Kan Izzat?" Izzat terpingga-pingga apabila dia sekali diheret dalam konflik itu. Namun, cubitan keras daripada Najirah membuatkan Izzat terus menjawab spontan. Nampak seperti dipaksa, namun dia sebenarnya jujur menuturkannya.

"Ya... ya cantik. Aku suka kau lepas rambut macam tu daripada ikat macam kat sekolah," kata Izzat.

"Te...rima kasih," ucap Adilla tertunduk-tunduk.

"Okey... okey... sekarang kita nak ke mana?" soal Megat Azizan yang kelihatan sangat meluat dengan upacara puji-memuji Adilla yang dimulakan oleh Najirah yang entah kenapa kelihatan sangatlah baik dengan Adilla, padahal sebelum hari ini, mereka tidak pernah saling tegur menegurpun.

"Jirat cina dulu... Adilla kata dia nak tengok depan mata dia," kata Izzat.

"Kalau macam tu, bagi aku 10 minit dan kita akan sampai!" ucap Najirah sambil menghadiahkan tabik pada Izzat.

"Sekejap..." Ada sahaja yang tidak puas hati pada pandangan mata Megat Azizan pada malam itu.

"Apa lagi ni Jiji?" soal Najirah geram.

"Ayah kau tahu ke kau bawa kereta ni malam ni?" soal Megat Azizan.

"Jangan risau. Lepas aku lari dari rumah hari tu, dia agak open sikit dengan dengan aku!" kata Najirah membuatkan Megat Azizan seperti tidak punya apa-apa alasan lagi untuk membantah sesi touring dengan ahli baru geng mereka.

"Alright guys! Masa untuk bertolak!" ucap Najirah sebelum menghidupkan enjin, dan membiarkan Toyota Avanza itu meluncur laju membelah jalan raya Menggunung yang memang senantiasa sunyid ari kebanyakan kereta.

***

Selepas meredah jalan raya yang diapit oleh hutan tebal yang sinonim dengan Jalan Lama Menggunung, mereka akhirnya mula memasuki kawasan jirat cina yang seluas mata memandang. Sebaik sahaja Najirah menghentikan keretanya, Adilla kelihatan spontan membuka pintu kereta dan menapak secara perlahan-lahan bersama dengan Izzat yang setia mengerkori dari belakang.

"Jadi... jirat cina yang orang cakapkan tu..."

"Ya Dila. Ini jirat cina yang tak sepatutnya wujud. Tapi sebab ada banyak manusia diluar sana yang percaya tentang jirat cina ini, ia terus wujud," jelas Izzat.

"Hanya kerana percaya?" soal Adilla sambil menoleh ke belakang.

"Ohh kau tak tahu apa yang percaya itu mampu lakukan. Pontianak yang pernah jadi raja kat jirat cina ni dulu hampir tak terkalahkan sebab khabar angin orang sebarkan dan percaya. Aku dengan Emmy hampir mati tertanam hidup-hidup kat dalam liang lahad. Kalau tak kerana kawan-kawan aku, aku tak mungkin hidup sampai hari ini!"

"Jadi, kau dengan yang lain cuba hentikan kegilaan ini?" soal Adilla.

"Kami cuba... tetapi susah. Aku dan yang lain-lain, kita semua remaja. Kita tengah lawan satu kuasa hitam yang sangat kuat," kata Megat Azizan yang menyertai dari belakang.

"Jadi, hari itu masa kau orang tengah sibuk bercakap kat dalam dewan ialah sebab ini?"

"Sekarang kau tahu kenapa aku benci kau kan?" tambah Megat Azizan pula.

"Kau benci dia bukan sebab kena tahan hari tu. Kau benci dia sebab dia selalu kantoikan segala benda jahat yang kau buat kat sekolah!" kata Najirah pula dari belakang membuatkan wajah Megat Azizan semakin mencuka.

"Kau orang tak terfikir ke yang semua yang berlaku sekarang... tak akan berlaku kalau tak wujud laman web Dari Alam Lain tu?" soal Adilla.

"Maksud kau?" soal Izzat.

"Dengar sini... Jirat Cina... Pontianak... Tok Anjang... semua ini tak akan berlaku kalau tak Dari Alam Lain jadi punca utama yang dok sebarkan semua khabar angin ini. Kau tak rasa ke seseorang, atau kumpulan disebalik laman web itu ialah dalang tragedi ni?" soal Adilla.

"Aku... tak terfikir... pun," luah Izzat, jujur.

"Kau ni macam polis!" luah Megat Azizan spontan.

"Ikmal!" ucap Adilla sambil tersenyum.

"Kenapa dengan dia?" soal Megat Azizan.

"Dia tu hackers! Dia boleh tolong kita untuk jejak siapa pemilik laman web Dari Alam Lain. Mungkin dia ada jawapan kepada semua masalah kita!" cadang Adilla.

"Tapi..." gumam Megat Azizan.

"Aku akan mesej dia esok. Suruh dia bawa laptop dia. Kita akan godam laman web tu dan trace IP Adress pemilik laman web Dari Alam Lain!"

"Izzat... lepas Adilla... Ikmal pulak?" gumam Megat Azizan.

"Sorry bro, kita kena utilized sebanyak mungkin bakat nak selamatkan Emmy!" kata Izzat sambil menepuk belakang Megat Azizan. 

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

14.7K 397 25
membuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
CELAH KAKI Από saptember

Μεταφυσικές

164K 3.3K 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan it...
94.2K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.