Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 20: Apakah Aku Gila?

3.8K 241 11
By HelmiEffendy


Di bilik sakit, Puan Shamsiah yang merupakan guru bertugas pada hari itu sedang teliti meletakkan ubat pada lebam dan luka yang terpapar pada wajah dan lengan Izzat dan Megat Azizan. Kelihatan peti pertolongan cemas menemani Puan Shamsiah dan Adilla yang sekadar berdiri di satu sudut bilik sambil berpeluk tubuh. Sesekali, Izzat dan Megat Azizan akan mengaduh kesakitan.

"Cikgu dah beberapa kali bagi amaran jangan carik pasal dengan si Amran tu... kamu degil Jiji. Nasib baik tadi Cikgu Aliff sempat masuk ke kelas. Kalau tak, cikgu tak tahu apa akan jadi pada kamu. Tak kesian ke mak kamu kalau kamu masuk hospital dan cedera parah?" soal Puan Shamsiah.

"Tapi..." Megat Azizan cuba membantah namun Izzat disebelahnya terus menyiku tepi perutnya membuatkan Megat Azizan menoleh dengan riak wajah tidak puas hati.

"Kami minta maaf cikgu. Tadi... saya dengan Jiji terbawa-bawa dengan darah muda kami," tutur Izzat sambil menunduk beberapa kali.

"Kamu Izzat. Cikgu harap kamu dapat bimbing Jiji. Dia tu anak yang baik. Cikgu kenal maknya. Kamu pun setahu cikgu pelajar cemerlang kat sekolah lama kamu. Bantu Jiji jadi pelajar yang berwawasan. Boleh?" soal Puan Shamsiah yang kini sedang menyimpan kembali alatan rawatan cemas ke dalam peti putih yang berlambangkan bulan sabit merah berwarna merah itu.

"Adilla. Kamu dah boleh bawa Izzat dengan Jiji ke kelas semula," tutur Puan Shamsiah lalu meninggalkan Izzat dan Megat Azizan yang sedang duduk bersebelahan di atas sebuah katil yang selimut dan bantal di atasnya masih belum terusik oleh sesiapa.

"Jom... mesti diaorang tengah risau pasal kita," ajak Megat Azizan.

"Kelas Fizik kan lepas ni?" soal Izzat.

"Arghhh... Kelas Cikgu Chong pulak!" ucap Megat Azizan dengan berat kaki bangkit. Dia kelihatan longlai, melangkah ke arah pintu sambil diikuti oleh Izzat yang sekadar tersenyum menggeleng melihat telatah rakannya.

"Izzat... Jiji.. tunggu dulu!" panggil Adilla membuatkan Izzat dan Megat Azizan terus terhenti seketika lalu menoleh ke arah Adilla.

"Menggunung...pekan kita sejak kebelakangan ni macam... macam ada sesuatu yang tak kena..." gumam Adilla.

Untuk seketika, Izzat dan Megar Azizan saling berkongsi pandangan.

"Tak kena macam mana tu?" soal Izzat tenang.

"Tak apalah. Aku gerak ke kelas dulu. Kerana kau, aku terlepas kelas Sejarah!" tutur Adilla sambil berlari meninggalkan mereka di bilik sakit.

"Kau rasa... dia macam kita?" soal Megat Azizan. Namun, Izzat sekadar mengangkat kedua-dua bahunya.

Mereka berdua kemudiannya terus kembali ke kelas. Cikgu Aliff sudah tiada. Kini Cikgu Chong, seorang lelaki cina yang merupakan guru paling membosankan di SMK Adrujha sedang mengajar subjek fizik yang menurut Izzat seharusnya merupakan subjek yang sangat menghiburkan. Namun, disebalik perasaan ingin tahu yang tertanam disebalik Fizik,

Cikgu Chong telah menjadikan subjek itu lebih membosankan daripada subjek Sejarah. Setiap hari, lelaki cina rendah bertumbuh gempal itu akan meletakkan begnya di atas meja guru, lalu berdiri di tengah-tengah kelas dan membaca sahaja penjelasan-penjelasan sebelum menunjukkan jalan kiraan pada papan hitam dihadapannya. Dia seperti tidak peduli sama ada pelajarnya memahami penjelasannya.

"Guru yang membuatkan fizik nampak bosan adalah penjenayah," gumam Izzat sendirian sambil menguap.

"Sorry?" soal Megat Azizan yang sedang duduk disebelahnya.

"Walter Lewin, seorang ahli fizik terkenal yang tuturkan benda tu. So, Cikgu Chong kat depan aku ni adalah penjenayah," tutur Izzat geram.

"Fizik... macam tak identitik dengan kerja kita. Mistik dan fizik... dua benda dari dunia berbeza!" tutur Kamarul yang kini sedang duduk di tempat kosong yang ditinggalkan oleh Emmy disebelah Najirah.

"Chuck Palahniuk, seorang novelis terkenal pernah cakap... tak wujud keajaiban dalam dunia ni. Yang wujud adalah fizik. Hanya fizik," kata Kamarul.

"Kau nak sampaikan apa sebenarnya ni Kamarul?"

"Izzat... dunia kita sekarang. Kita tengah lawan entiti yang sains dan fizik tak mampu nak jelaskan. Tentang sebuah pekan di mana khabar angin menjadi realiti. Kau bawa cerita ni pada man of science, aku berani bertaruh ibu jari aku yang diaorang akan ketawakan kau!"

"Tapi..."

"Shhy!" tutur Najirah disebelah Kamarul.

"Nak berdebat pasal Fizik vs Mistik kita book hari lain. Sekarang ni, ada dua orang yang tengah pandang kau. Yang seorang memang aku tak heran. Kau dengan Jiji berjaya kalahkan kumpulan gangster dia kat sekolah ni. Tapi kenapa si Adilla tu tak berkelip pandang kau dari tadi?" soal Najirah sambil menjuihkan bibirnya ke arah Adilla yang setiap 5 saat akan menoleh ke arah Izzat.

"Aku rasa dia jatuh cinta dengan kau," simpul Kamarul.

Izzat tidak mengendahkan rakannya sebaliknya dia pula yang membalas renungan Adilla. Untuk seketika, Izzat dan ketua pengawas SMK Adrujha itu saling berkongsi pandangan sebelum akhirnya, Adilla tiba-tiba mengangkat tangan.

"Yes, Adilla?" soal Cikgu Chong sambil mengangkat kepalanya yang sedari tadi tenggelam dalam buku teks yang sedang dibaca teksnya dalam nada suara yang sangat mendatar.

"May I go to toilet please?" soal Adilla.

"Yes," jawab Cikgu Chong sepatah.

Selepas Adilla beredar dari kelasnya, terus Megat Azizan mengangkat tangannya di udara.

"You want to go to toilet too?"

"Please sir..."

Cikgu Chong mengangguk membuatkan Izzat terus bangkit dari tempat duduknya lalu berlari keluar dari kelas mengejar langkah kaki Adilla. Dia mengekori gadis yang berambut hitam pada paras bahu itu dari belakang. Namun, aneh Adilla tidak membawa langkah kakinya ke tandas seperti yang didakwanya sebaliknya melencong ke Bilik Pengawas yang terletak di tangkat tiga Blok A, satu paras di atas kelas mereka. Kelihatannya seperti Adilla tidak menyedari langsung bahawa Izzat sedang mengekorinya.

Sampai sahaja di hadapan bilik pengawas, terus Adilla menolak pintu tersebut sebelum dia menghempaskan punggungnya di atas sebuah sofa. Terus tangisan Adilla bergema dari dalam bilik. Izzat yang sedang berdiri di sebelah pintu bilik pengawas yang tidak tertutup terus memunculkan dirinya membuatkan Adilla terus mengesat air mata yang mengalir deras dari matanya. Mulutnya terus terkunci.

"Siapa yang... bagi kau kebenaran... masuk dalam kelas ni..." ucap Adilla tercungap-cungap, sambil cuba melarikan wajahnya ditatap oleh Izzat.

"Kenapa kau pandang aku macam tadi? Kenapa kau menangis?" soal Izzat sambil mengambil sebuah kerusi plastik di dalam bilik pengawas itu sebelum duduk di hadapan Adilla sambil berpeluk tubuh.

"Tak ada apa-apa..." balas Adilla pendek.

"Kau boleh cakap apa yang kau nak cakap. Aku sudi mendengarnya," tutur Izzat lagi membuatkan Adilla yang sedang menundukkan wajahnya mendongak tidak percaya.

"Sejak kau datang sini... Menggunung tak macam biasa dah," tutur Adilla.

"Define tak macam biasa," suruh Izzat.

"Menggunung bukan macam tempat yang aku ingat. Jirat cina dekat jalan lama Menggunung... lepas tu kisah pasal tok bomoh yang aku sendiri tahu tak pernah wujud. Tapi orang lain dekat sini, mereka kata jirat cina tu memang dah lama wujud. Ayah aku mati-mati cakap yang Tok Anjang memang dah lama tinggal kat Menggunung. Sebab aku mati-mati menafikan benda tu, dia aturkan pertemuan aku dengan pakar sakit jiwa. Aku... aku takut yang aku akan jadi gila..." Selepas meluahkan apa yang terbuku dalam benaknya, terus tangisan Adilla meletus lagi membuatkan Izzat serba salah.

"Tapi kenapa... kau nak bagitahu aku tadi?" soal Izzat.

"Aku rasa Cikgu Aliff sebahagian daripada benda pelik yang mula berlaku kat Menggunung," tutur Adilla.

"Cikgu Aliff?" soal Izzat.

"Dia... aku tak pernah tengok ada cikgu yang berjaya buatkan Amran dan seluruh geng dia akur macam tu sekali. Ayah aku sendiri pening nak handle diaorang. Arwah Puan Maisara pun dah naik pening melayan Amran padahal satu sekolah takut dengan Puan Maisara. Tapi Cikgu Aliff... out of nowhere, yang kita sendiri tak kenal dia, sangat tak masuk akal kenapa satu kelas 5 Pahlawan ikut dia macam patung!" jelas Adilla.

"Mungkin karisma dia ke apa..."

"Bullshit. Karisma tak berfungsi macam sebuah keajaiban!" tutur Adilla.

"Tapi kalau awak rasa saya gila... saya tak kisah," kata Adilla terus bangkit dan berkira-kira mahu meninggalkan Izzat.

"Sekejap... awak tak gila!" panggil Izzat membuatkan Adilla yang sedang berdiri dimuka pintu terus berpaling.

"Dengar sini. Saya jugak macam awak. Saya sedar ada sesuatu yang tak kena pada pekan kita!"


Continue Reading

You'll Also Like

32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...
17.1K 2.4K 199
Sepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memil...
6K 133 14
Sorry pantun bebas jeww??
550 Tahun By Mai

General Fiction

3.1K 302 99
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...