Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 19: Ilmu Penunduk

4.9K 273 40
By HelmiEffendy


Benarlah seperti mana yang diramalkan oleh Izzat. Betapa hari yang mendatang di SMK Adrujha, Menggunung adalah antara hari-hari yang sangat berat untuk mereka empat sahabat. Betapa khabar angin keadaan Emmy sebelum pengebumian sedang tersebar merata tempat. Ketika Izzat dalam perjalanan ke sekolah dengan basikal, dia sendiri mendengar bisik-bisik jahat yang mengata Emmy dari pelbagai manusia.

Sampai sahaja di hadapan pagar sekolah, ketika dia sedang memarkirkan basikalnya di antara puluhan basikal pelajar SMK Adrujha, seorang lelaki bersama dengan beberapa orang dari kumpulannya memanggil namanya dari belakang.

"Izzat... aku dengar cerita makwe kau kena seksa masa pengebumian dia? Betul ke?" teriak Amran dari belakang. Izzat terhenti sejenak sebelum terus melangkah, mengendahkan kaki buli SMK Adrujha itu.

"Izzat... betul ke masa dia masih hidup, kat Rajawali, dia pernah buat video lucah?" laung Amran lagi.

"Sabar Izzat... sabar..." gumam Izzat yang terhenti lagi sekali langkahnya, sambil menggengam penumbuk kerana menahan kemarahannya.

"Izzat... aku harap kau tak ada video lucah kau dengan dia... atau mungkin kau pun akan menjerit dalam kubur macam perempuan sundal..."

Entah bagaimana, Izzat mencampakkan beg galasnya, terus menoleh belakang dan sedang meluru ke arah Amran. Namun, Najirah yang entah dari mana muncul sambil menghadiahkan tumbukan tepat mengenai wajah Amran membuatkan lelaki itu terpuruk di atas lantai.

"Kau nak pertahankan sangat si porn star tu ya?"

"Kau mengata Emmy lagi... aku akan pastikan kau tak hidup lagi esok!" tempik Najirah membuatkan Izzat tergamam. Muncul pula Megat Azizan menarik Najirah daripada Amran. Izzat terus menggapai beg galasnya dan menghampiri Najirah yang sedang ditenangkan oleh Megat Azizan.

"Terima kasih. Sepatutnya aku yang tumbuk si Amran tu," tutur Izzat.

"Kalau kau tak datang tadi Jiji, aku tak tahu apa yang jadi dekat dia!" gumam Najirah geram. Serentak itu juga, loceng dibunyikan menandakan perhimpunan dimulakan. Mereka mula memasuki barisan masing-masing. Izzat dapat menangkap kelihat Adilla yang sedang berdiri di hadapan. Gadis itu pun baru sahaja dibenarkan keluar daripada hospital selepas mendapat rawatan selama beberapa hari. Tak sangka seawal itu Adilla sudah hadir ke sekolah.

"Dua tiga hari ni... banyak betul benda yang berlaku kat Menggunung?" gumam satu suara dari belakang.

Kamarul menyertai mereka sambil membawa beg galas mereka.

"Lambat kau datang..." tegur Izzat sambil menoleh belakang.

"Aku bagun lewat pagi tadi," luah Kamarul jujur.

"Wow. Macam mana boleh lewat tu?" soal Megat Azizan.

"Aku rasa aku dah tahu macam mana cara untuk bebaskan Emmy dari Tok Anjang," gumam Kamarul sambil tersenyum. Serentak itu, Izzat, Megat Azizan dan Najirah terus menoleh ke arah Kamarul dengan wajah penuh pengharapan.

"Kamu bertiga! Pandang depan! Pengetua tengah berucap!" Adilla yang sedang berdiri di sisi barisan, bertugs mengawal kelas 5 Pahlawan menegur.

"Pandang depan. Buat-buat tekun dengar ucapan pengetua cakap pasal Emmy sementara aku bagitahu," arah Kamarul. Mereka bertiga terus memandang ke atas pentas, mendengarkan ucapan penuh retorik pengetua SMK Adrujha tentang betapa sekolah berasa kehilangan di atas pemergian Emmy dan betapa pihak sekolah berharap agar khabar angin yang menyelubungi batang tubuh Emmy dihentikan.

"Emmy memang tak akan mati. Sebab ilmu yang sedang Tok Anjang usahakan ni memerlukan seorang gadis yang masih hidup dan 6 orang mayat perempuan. Ilmu ini akan jadi tersangat-sangat ampuh kalau ada seorang gadis hidup yang berterusan menjadi sumber utama kepada ilmu ini, di samping 6 mayat tu. Emmy diperlukan hidup untuk ilmu ni kekal ampuh," tutur Kamarul sambil berpura-pura mendengarkan celoteh pengetua.

"Sekejap... kau tengah cakap pasal ilmu apa ni?" soal Megat Azizan.

"Minyak dagu yang paling ampuh. Tak akan ada seorang pun perempuan yang akan terlepas dari ilmu dagu ni. Tapi nak hasilkan minyak dagu ni, perlu ada gadis yang sukarela menyerahkan dirinya kepada tok bomoh untuk setiap hari, diambil peluh dari dagunya untuk dicampurkan dari air yang datang dari dagu-dagu mayat perempuan yang dibakar dalam keadaan terbalik dari atas ke bawah!" jelas Kamarul lagi.

"Kau nak bagitahu yang Emmy sendiri yang serahkan diri dia pada Tok Anjang?" Najirah menoleh ke belakang, tidak percaya dengan konklusi yang dirumuskan oleh Kamarul.

"Emmy tak akan serahkan batang leher dia pada ilmu hitam sampai macam tu. Aku kenal dia," kata Izzat.

"Aku juga kenal Emmy sebagai seorang yang sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat-sahabat dia," kata Kamarul lagi.

"Maksud kau Kamarul?" soal Megat Azizan.

"Najmi. Cara Najmi mati mengingatkan aku pada saka yang menemani yang ditarik semula secara paksa oleh tuan yang meminjam saka tu. Antara side effect adalah dimana seluruh kulitnya seperti dicelup ke dalam air yang menggelegak sebelum cebisan isinya akan meletup macam pengebom baru mati," jelas Kamarul.

"Itu cara si Najmi mati hari tu," gumam Megat Azizan.

"Jadi... Emmy tukarkan diri dia untuk aku dengan Jiji selamat?"

Kamarul mengangguk serius.

"Habis, macam mana nak selamatkan Emmy?" soal Najirah pula.

"Kita kena cari lelaki yang dapatkan khidmat Tok Anjang. Antara pantang untuk ilmu dagu ini ialah dia tak boleh tengok pantulan diri dia sambil dia sebut nama wanita hidup yang menjadi punca ilmu minyak dagu dia. Nanti, wajah lelaki itu akan bertukar menjadi sehodoh-hodohnya. Dalam masa yang sama, jin tempat Tok Anjang dok puja untuk jadikan ilmu ni kenyataan akan lawan tuan dia balik!" jelas Kamarul.

"Semua yang kau sebut ni... ada dalam buku pelik tu?" soal Izzat.

"Ohh kau tak tahu apa yang nenek moyang kita mampu lakukan dengan ilmu hitam diaorang sejak zaman berzaman dulu," balas Kamarul yang dari nada suaranya, berbaur rasa kagum dengan apa yang sedang disaksikannya.

"Susahlah kalau macam ni. Macam mana nak buat yang dia sebut nama Emmy?" soal Najirah sambil berpeluk tubuh.

"Persoalan sepatutnya, siapa lelaki tu? Menggunung ni ada lebih 10, 000 orang!" Megat Azizan bersuara.

"Izzat Razali, Najirah Nasir, Kamarul dengan Megat Azizan! Pergi ke depan!" Adilla bersuara dari tepi barisan menyebabkan mereka berempat menoleh tidak percaya ke arah Adilla.

"Tapi kenapa?" Megat Azizan tidak puas hati.

"Bercakap masa pengetua tengah bagi ucapan!" tegas Adilla.

Dengan berat hati, mereka berempat terus keluar dari barisan lalu bergerak ke arah atas pentas.

"Kau tahu, aku tak rasa aku ni jahat sangat kalau aku berharap yang si Adilla tu mati kena bunuh dengan Najmi masa hari tu," gumam Megat Azizan sendirian.

"Diam Jiji! Lepas saya suruh naik pentas pun nak bercakap lagi ke?" soal Adilla dari belakang.

"Secara rasminya, dia perempuan yang aku paling benci kat dunia selepas Jierah!" gerutu Megat Azizan lagi membuatkan Najirah menjenggilkan matanya, merenung Megat Azizan.

***

Hari itu sepatutnya kelas Sejarah dimana bekas guru disipilin SMK Adrujha, Puan Maisara mengajarkan mereka. Namun, selepas apa yang berlaku beberapa hari ini, tiada siapa yang tahu siapa yang bakal masuk melalui pintu hadapan. Apa-apa pun, masing-masing berdoa janganlah dihadirkan TUHAN Puan Maisara kedua yang akan mengajar mereka.

Kelas 5 Pahlawan pada hari itu, selepas beberapa hari ditinggalkan oleh Izzat terasa asing buat untuknya. Terasa asing bukanlah bermaksud keadaan kelas itu berubah. Kedudukan meja masih masih sama seperti dahulu. Papan akademik dibelakang kelas pun masih sama hiasannya. Pelajar di dalamnya selain dari Najmi, masih muka yang sama. Cuma, ada satu sudut di dalam kelas 5 Pahlawan yang kosong. Dibiarkan tanpa langsung penggantinya di belakang tempat duduk. Emmy Natashia, gadis kacukan Melayu-Cina yang dipercayai oleh seluruh Menggunung telah pun meninggal dunia. Namun, Izzat dan rakan-rakannya percaya bahawa Emmy masih lagi hidup di luar sana.

"Secara jujurnya, itu kali pertama aku kena panggil berdiri depan pentas macam tu," gumam Kamarul sambil menghampiri tempat duduk mereka di belakang kelas.

"Tapi berbaloi," kata Megat Azizan sambil mengangguk sendirian.

"Aku benci si Adilla tu. Dia tak sedar yang dia sedang jadi antara penentang utama kepada pelan untuk selamatkan Emmy. Tanpa Emmy, dia mungkin dah mati kena bunuh dek Najmi!" ucap Najirah yang sedang berpeluk tubuh merenung tajam ke arah Adilla yang sedang membaca buku di sebelah tempat duduk Ikmal.

"Si Ikmal kawan baik dia yang duduk kat sebelah dia tu boleh tahan jugak annoying," ucap Megat Azizan pula.

"Jiji dengan Jierah... kau orang benci orang yang merupakan sahabat baik. Itu kalau bukan tanda jodoh, aku tak tahu apa lagi!"

"Kau orang bawa telefon bimbit kan? Bukak group whatsapp kita sekarang. Si Amran ada naikkan video pasal Emmy!" tutur seorang budak lelaki yang tiba-tiba menyertai mereka sebelum beredar sambil ketawa terkekeh-kekeh sendirian.

"Video?" soal Izzat sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar jeans.

"Amran..." gumam Kamarul sambil mendongak.

"Video lucah Emmy katanya..."

Izzat tidak semena-mena bangkit dari tempat duduknya.

"Kalau kau nak pukul dia, ajak aku sekali!" tawar Megat Azizan.

"Emmy tu kawan aku jugak," sambung Megat Azizan.

"Korang..." Kamarul sudah mula kelihatan risau.

Izzat dan Megat Azizan terus menghampiri tempat duduk Amran di salah satu sudut kelas itu yang sedang ketawa bersama dengan rakan-rakannya.

"Guys... hero yang nak pertahankan perempuan sundal tu dah datang!" tutur Amran sebelum rakan-rakan pembulinya

"Kenapa kau pergi sebarkan video tu?" soal Izzat sambil menggengamkan penumbuknya.

"Seluruh Menggunung ada hak untuk tahu apa dosa minah tu sampai kena balasan sampai macam tu masa nak kebumikan mayat dia," tutur Amran sambil mendepakan tangannya.

"Jenazah," gumam Megat Azizan membetulkan Amran.

"Delete..." arah Izzat.

"Peraturan utama dunia internet. Sekali satu bahan dah naik ke internet, adalah keajaiban dunia ke-7 untuk benda tu mampu dibuang. Mungkin aku dah delete... tapi siapa tahu ada yang download video tu untuk... aku rasa tak perlu aku bagitahu!"

"Izzat... badan makwe kau tu... memang terbaik! Kau sempat rasa ke sebelum dia mampus?" Rakan Amran bersuara pula.

"Mestilah punya! Entah-entah si Emmy tu buat video lucah dengan si Izzat sekali!" Tidak semena-mena, Izzat terus menghadiahkan tumbukan tepat pada penutur ayat tadi. Amran terus bangkit cuba untuk mengerjakan Izzat, namun Megat Azizan terus menghadiahkan sepakan mengenai belakang Amran membuatkan jejaka itu terperosok jatuh. Beberapa orang rakan Amran yang lain menyertai pergaduhan itu, cuba melayangkan tumbukan dan tendangan ke arah Izzat dan Megat Azizan, namun ketangkasan dua orang itu membuatkan mereka masih gagah berdiri meskipun ketika itu, kayu, penumbuk dan tapak kasut semua sedang menuju ke arah mereka. Lagipun Amran yang mempunyai gengnya tersendiri di SMK Adrujha tidak hairanlah mendapat sokongan sebegitu banyak.

"Berhenti atau saya akan pastikan kamu semua digantung sekolah!" teriak Adilla yang cuba meleraikan pergaduhan itu. Namun, tidak ada seorang pun dalam kelas itu yang mengendahkannya. Pelajar-pelajar lain pula bersorak sambil memerhatikan pergaduhan itu meski ketika itu, beberapa antara mereka sudah mula luka-luka. Izzat sedang mengesat darah yang mengalir dari tepi bibirnya selepas ditumbuk oleh konco-konco Amran manakala lengan Megat Azizan kelihatan lebam menahan hayunan kayu dari kerusi sekolah yang sedang menuju ke arahnya.

"Aku nak pergi tolong diaorang!" Najirah kelihatan tekad, namun Kamarul cuba untuk menghalangnya.

"Tolonglah... nama sekolah kita dah cukup busuk dengan kes Najmi..." rayu Adilla lagi.

"Ke tepi. Biar saya yang uruskan," ucap seorang lelaki berkaca mata yang lengkap berkemeja biru, bertali leher hitam dan seluar slack sambil membawa beberapa buah buku bersamanya. Dia meletakkan buku-bukunya di atas meja lalu berdehem. Aneh, pergaduhan yang berlaku tadi terhenti seketika dan masing-masing menoleh ke arahnya.

"Saya Cikgu Aliff. Guru kelas baru kamu dan guru disipilin yang menggantikan Puan Maisara. Kamu semua... boleh duduk kat tempat masing-masing kan?" tutur Cikgu Aliff. Keajaiban yang tidak pernah mereka saksikan, betapa dengan satu kata-kata yang terluah dari Cikgu Aliff, konco-konco Amran mula duduk kat tempat masing-masing. Yang datang daripada kelas lain terus berlari keluar, seolah-olah seperti dikejar oleh singa. Yang masih cekal berdiri ialah Izzat dan Megat Azizan dengan keadaan wajah dan tubuh yang luka, lebam dan calar balar sana-sini.

"Izzat... Megat Azizan kan nama kamu berdua?" gumam Cikgu Aliff sambil melihat tag nama tang terpasang pada baju sekolah mereka berdua.

"Adilla... bawakan mereka ke bilik sakit. Teruk sangat cikgu tengok ni," gumam Cikgu Aliff.

"Tapi..." Adilla cuba melawan.

"Bawa jer. Saya tak nak hukum orang hari pertama saya di sini," tutur Cikgu Aliff lagi sambil tersenyum. Ajaibnnya, Adilla terus mengangguk lalu memanggil Izzat dan Megat Azizan untuk mengekorinya ke bilik sakit.

"Siapa sini boleh tolong saya untuk susun meja dan kerusi yang berterabur ni?" soal Cikgu Aliff.

Aneh, tanpa disuruh, hampir seluruh pelajar lelaki dalam kelas 5 Pahlawan terus mengangkat kerusi dan meja yang terbalik dikerjakan oleh pergaduhan tadi. Selepas itu, seperti anak kucing yang patuh, mereka kembali ke tempat duduk masing-masing.

"Berikan tepukan untuk diri masing-masing," kata Cikgu Aliff. Semua pelajar lelaki tadi bertepuk sesama sendiri dengan riak wajah seperti sangat bangga dipuji oleh Cikgu Aliff.

"Peliknya..," gumam Najirah ditempat duduk belakang.

"Dia ni... masa dia cakap... aku rasa karisma yang sangat..."

"Aku pun rasa. Aku seolah-olah macam nak ikut semua yang dia arahkan. Tapi, ada sisi dalam diri aku yang memberontak suruh jangan ikut!" luah Najirah. 

Continue Reading

You'll Also Like

206K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...
94.7K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.
16.8K 1.7K 13
Kita cuma kawan dan takkan jadi lebih dari tu . Highest rank : #483 in fanfiction (4.02.2018)
14.8K 428 25
membuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku...