Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 18: Hantu Air

4K 251 38
By HelmiEffendy


Sebulan. Itu ialah tempoh yang agak singkat untuk Izzat mengenali Emmy. Namun, sepanjang sebulan itu, betapa dengan Emmy, bahkan dengan Najirah, Megat Azizan dan Kamarul, Izzat tidak pernah merasai ikatan sedalam itu. Kali terakhir dia menangis seperti anak kecil ialah ketika khabar pemergian ayah, ibu dan kakaknya. Sungguh, tahun 2014 ini merupakan tahun yang berat. Ada empat kehilangan yang harus dihadapinya.

Selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Menggunung, tubuh Emmy dipulangkan semula kepada keluarga Emmy untuk proses pengebumian. Punca kematiannya ialah kerana lemas di di empangan tersebut. Atas permintaan keluarga Emmy jugalah, majlis pengebumian mahu disegerakan secepat mungkin.

Bacaan Yassin yang berkumandang dari dalam rumah Emmy pada malam itu sangatlah kedengaran sayu pada anak telinga Izzat yang sedang membaca Yassin di luar rumah, sambil ditemani oleh Kamarul dan Megat Azizan yang setia mengapitnya. Masing-masing menyarungkan baju Melayu yang berwarna suram, tanda berkabung dengan pemergian sahabat sejati. Pakaian itu seperti pekaian asasi untuk malam itu bagi setiap pengunjung rumah Emmy yang berpakaian serba hitam. Setiap bait Yassin yang dibacakan oleh Izzat, terbayang setiap memorinya bersama dengan Emmy. Tidak banyak, tetapi cukup mengesankan. Beberapa kali juga, air mata jantannya tumpah.

"Tak! Itu bukan mayat Emmy! Aku yakin Emmy masih hidup lagi!" teriak satu suara dari dalam rumah membuatkan bacaan Yassin terhenti seketika. Izzat mendongak sebelum menoleh ke arah Megat Azizan dan Kamarul yang mengapit kanan dan kirinya.

"Itu bukan suara Jierah kan?" soal Izzat.

"Pakcik.. makcik... dengar sini. Saya nampak Emmy masih lagi bernafas kat rumah Tok Anjang! Orang tua tu yang culik Emmy! Ini bukan Emmy! Entah hantu belaan dia yang mana yang dia sebat!" teriak Najirah lagi dari dalam rumah.

"Jom!" ajak Izzat. Dia terus meredah masuk ke dalam rumah Emmy sebelum menemui Kaira sedang memeluk Najirah dari belakang, cuba menenangkan gadis itu. Kaira menoleh ke arah Izzat yang memberi isyarat kepada kakaknya untuk membawa Najirah keluar. Selepas dipujuk berulang kali oleh Kaira, barulah Najirah akur untuk tenangkan dirinya diluar rumah. Izzat, Megat Azizan dan Kamarul turut menyertai Kaira.

"Kak... boleh tinggalkan kami dengan Najirah?" pinta Izzat. Asalnya, Kaira seperti berat membiarkan mereka ditinggalkan berseorangan, namun isyarat mata daripada Izzat membuatkan Kaira terpaksa akur.

"Kau okey?" soal Izzat.

"Kenapa kita semua suka sangat tanya soalan cliché tu? Tak nampak ke aku tengah menangis? Tak nampak ke yang... ada benda menyerupa jadi Emmy kat dalam sana?"

"Benda?" soal Kamarul yang kelihatan paling berminat dengan apa yang berlaku.

"Aku mandikan sendiri jenazah Emmy... masa tengah basuh anak telinga dia... aku nampak macam insang..."

"Insang?" Dahi Kamarul berkerut.

"Kau tengah sedih. Mungkin kau berimaginasi..."

Najirah menggeleng.

"Aku dengan Izzat sendiri nampak yang Emmy ada kat rumah Tok Anjang. Tak akanlah 10 minit lepas tu diaorang jumpa dia kat empangan. Jauh kot jarak dari rumah Tok Anjang dengan Empangan. Hampir 30 minit kalau jalan kaki. Lagipun susah kereta nak masuk sana! Jalan dia kecil sangat!"

"Kau yang nampak... aku cuma..."

"Demi ALLAH tu bukan halunisasi aku!"

"Aku rasa aku percayakan kisah kau!" Kamarul bersuara membuatkan Izzat dan Megat Azizan menoleh ke arahnya.

"Kau jangan bagitahu apa yang Najirah cerita ni ada dalam kitab hantu kau tu?" soal Megat Azizan.

"Sebarang mayat yang berbentuk insang adalah Hantu Air yang menyerupai seseorang yang kita sayang. Biasanya dia buat macam tu sebab tak nak kita cari lagi orang yang kita sayang. Lepas kita tanam dia dalam kubur, hantu air tu akan bangkit dan ke sarang dia, menghabiskan nyawa orang yang dia tangkap tanpa risau ditangkap oleh kenalan dan keluarga orang tu," jelas Kamarul.

"Kau nak cakap yang kat dalam sana hantu air yang Tok Anjang hantarkan untuk tipu kita kononnya Emmy dah mati dan dia tak ada kena mengena dengan kehilangan Emmy?" soal Izzat.

"Meremang bulu roma aku bila bayangkan kat dalam tu bukan Emmy!" luah Megat Azizan jujur.

"Tapi teori aku ni mampu dibuktikan kalau kau letak garam kat lantai kubur. Tapi nanti ada benda akan berlaku. Mayat tu akan menjerit kesakitan dan menggelupar sebelum mereput jadi tulang belulang. Orang Melayu kita ni kau orang fahamlah macam mana dia punya perangai. Banyak sangat baca Mastika dengan Hidayah. Aku takut yang diaorang tuduh Emmy dulu banyak sangat dosa sampai TUHAN datangkan seksaan macam tu untuk dia!" jelas Kamarul sambil memandang rakan-rakannya yang lain.

"Nanti fitnah akan tertimpa ke atas arwah Emmy..." tutur Megat Azizan. Tidak semena-mena, koler baju Melayunya tiba-tiba disambar oleh Najirah.

"Emmy... masih... belum... mati lagi!" tutur Najirah dengan jari-jemari terketar-ketar.

"Haaa... okey-okey!" kata Megat Azizan yang agak terkejut dengan reaksi Najirah itu.

"Tenang Jierah..." tutur Izzat dari belakang.

Najirah terus melepaskan pegangan kolernya.

"Hati-hati. Dia tu bekas juara kebangsaan silat. Baran dia boleh tahan," bisik Kamarul yang sedang berdiri di sebelah Izzat.

"Aku tahu. Aku kawan baik dari kecil lagi!" tutur Megat Azizan.

"Nak buktikan apa yang Najirah cakapkan tu, aku rasa kena letak jugak taburan garam kat lantai kubur. Kalau kat dalam tu memang betul arwah Emmy, aku rasa tak jadi apa. Kita semua redha pasal pemergian Emmy. Tapi kalau betul apa yang si Kamarul ni cakapkan, kita kena terima satu risiko. Nama Emmy akan busuk dengan fitnah-fitnah orang kita sampailah Emmy dapat dibuktikan hidup depan diaorang! Masa tu, kita sebagai sahabat Emmy, kita kena kentalkan diri kita dengar tohmahan tu semua, dan pertahankan Emmy! Faham?" ucap Izzat.

"Masalahnya kita tak ada garam," Megat Azizan mengingatkan.

"Jangan risau," tutur Kamarul lalu mengeluarkan sesuatu daripada poket baju Melayunya dah meletakkan di dalam poket baju Melayu Izzat. 

"Paket garam? Kau memang bawa benda ni ke mana-mana ke?" soal Megat Azizan. 

"Langkah perlindungan. Menggunung tak selamat macam dulu lagi..." 

"Demi Emmy!" tutur Najirah sambil menghulurkan belakang tapak tangannya di udara, menunggu untuk disambut oleh rakan-rakannya yang lain.

"Demi Emmy jugak!" kata Kamarul sambil meletakkan tangannya di atas tapak tangan Najirah.

"Emmy!" kata Megat Azizan.

Izzat menjadi manusia terakhir yang meletakkan tapak tangannya.

"Demi Emmy!" kata mereka berempat serentak sambil mengangkat tangan masing-masing di udara. Serentak itu juga, Pak Ngah muncul dari belakang dalam pakaian baju Melayu hitamnya.

"Macam mana? Jierah dah okey?" soal Pak Ngah sambil meletakkan kedua-dua tangannya di belakang Izzat dan Megat Azizan.

"Jierah kata dia agak emosi tadi. Dia nak minta maaf dekat tuan rumah dan berjanji yang dia tak akan buat benda macam tadi lagi," kata Izzat membuatkan Najirah menoleh dengan riak wajah yang langsung tidak menjangkakan Izzat akan menuduhnya sedemikian.

"Emmy pun dah siap dikafan dan dimandikan. Kami sekarang nak kebumikan jenazah Emmy. Tak nak biar lama-lama. Pak Ngah rasa yang kamu bertiga sebagai sahabat lelaki Emmy ada hak untuk jinjing keranda Emmy sampai ke kubur. Apa kata kamu?" soal Pak Ngah.

"Kami okey jer," kata Megat Azizan dengan nada yang ceria dan wajah tersenyum membuatkan Pak Ngah merenung pelik ke arahnya.

"Bodoh. Buat-buat sedihlah. Kenapa tiba-tiba nada suara kau tiba-tiba ceria ni celaka?" Kamarul yang berdiri disebelah Megat Azizan terus mencubit tepi perut Megat Azizan membuatkan dia menukarkan riak wajahnya.

"Jom masuk dalam!" ajak Pak Ngah.

***

Izzat adalah antara mereka yang membantu untuk menurunkan jenazah ke dalam liang lahad, sambil tiga orang lelaki yang terdiri daripada ayahnya Emmy, dan dua orang pakciknya sedang tunggu untuk menyambut jenazah. Najirah, Megat Azizan dan Kamarul pula sekadar memerhati dari atas dengan penuh gusar sama ada Izzat mampu untuk menyeludup, sekurang-kurangnya beberapa titik garam pun tidak mengapalah ke dalam liang lahad.

"Baik-baik bawa jenazah tu," pesan ayah Emmy sewaktu Izzat yang sedang memegang bahagian bahu jenazah dengan berhati-hati. Ayahnya Emmy menyambut tanpa menyedari betapa Izzat sedang menggugurkan beberapa butir garam ke dalam liang lahad.

"Bagus. Alhamdulilah..." ucap ayah Emmy. Jenazah itu kini sedang diusahakan oleh tiga orang mahram Emmy yang sedang berada di dalam liang lahad. Izzat kini sekadar memerhati dari atas dengan riak wajah yang dibuat-buat sedih. Namun, sebaik sahaja jenazah diletakkan di atas lantai kubur, entah kenapa mayat itu menggelupar menyebabkan Najirah spontan menyambar lengan Megat Azizan.

"Allahu!" ucap ayah Emmy spontan.

"Sakitlah celaka!" Suara yang sangat garau bergema dari dalam liang lahad. Mereka yang berada di kawasan tanah perkuburan saling berpandangan antara satu sama lain.

"Sakitlah celaka!" Suara itu menjerit lagi.

"Bukakan ikatan! Mungkin dia tak mati lagi!" arah salah seorang dari atas liang lahad. Jenazah yang sedang menggelupar itu dibuka ikatannya, sekaligus mendedahkan wajah.

"MasyaALLAH!" ucap ayah Emmy apabila melihat jenazah Emmy itu dalam keadaan hitam legam seperti baru sahaja terbakar.

"Sakit!" teriak jenazah itu dengan mata yang terbeliak membuatkan beberapa orang antara mereka berundur ke belakang.

Dalam sekelip mata, kulit dan cebisan isi yang membalut tubuh itu jatuh satu-persatu seperti cebisan daging yang dipanggang sebelum akhirnya, yang tinggal hanyalah tulang belulang. Menggigil ayah Emmy menyaksikan apa yang berlaku. Hampir rebah tubuhnya sebelum dua orang adik beradik lelaki yang lain memapah untuk bangkit.

"Jierah tak tipu kita..." gumam Kamarul.

"Terbaiklah bro!" ucap Megat Azizan ketika Izzat menyertainya dari belakang.

"Berapa kali aku cakap Jiji, berlagak macam kau tengah sedih. 'Kawan' kau baru terbakar liang lahad dia, kau pulak tengah senyum macam orang gila?" bisik Kamarul disebelah membuatkan senyuman yang baru sahaja mahu terukir pada wajah Megat Azizan bertukar menjadi kesedihan.

"Aku dengar yang si mati dulu sosial sangat. Bebas tak ingat dunia. Inilah balasan ALLAH untuk dia..."

"Astaghfirullah. Apa dosa dia sampai jadi macam ni?"

"Mesti si ayahnya tak didik jadi anak soleha!"

Bunyi bisikan yang mengata Emmy mula kedengaran di sekitar kawasan tanah perkuburan. Mereka yang mengumpat pula seperti sengaja mahu suara mereka didengari. Langsung tidak memikirkan perasaan keluarga dan sahabat handai jenazah yang sedang terbaring di dalam liang lahad.

"Assalamualaikum semua. Saya Ustaz Naufal mewakili keluarga si mati. Apa yang berlaku hari ini adalah urusan si mati dengan ALLAH S.W.T. Kita di sini hanyalah hambanya yang sedang menyiapkan fardu kifayah. Saya juga berharap apa yang berlaku di sini, biarlah kekal di sini. Marilah sama-sama kita menjaga aib si mati, InsyaALLAH, ALLAH S.W.T akan menjaga aib kita," ucap Ustaz Naufal. Namun, bisikan mengata dan mengumpat disekitar tanah perkuburan terus berdendang, menusuk setiap hati yang mendengarnya.

"Cekalkan diri kita. Ujian dari TUHAN yang paling berat mungkin sedang sapa kita," bisik Izzat sambil melihat bagaimana proses pengebumian jenazah yang kini tinggal tulang belulang dan abu mayat sedang dijalankan. 

Continue Reading

You'll Also Like

228K 15.3K 37
AMARAN | Tidak sesuai dibaca oleh orang yang lemah semangat / orang mengandung / orang yang berpenyakit jantung / manusia kaki mencarut tahap dewa se...
57.9K 4.4K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...
206K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...