Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 14:Tok Anjang

3.8K 256 24
By HelmiEffendy

"Ya ALLAH!" ucap Emmy spontan tatkala menyaksikan bagaimana tubuh Izzat diheret seperti anak patung oleh Najmi. Hampir sahaja dia pitam namun Najirah yang berada disebelahnya sempat menahan tubuh Emmy.

"Izzat... kau nampak kan kepala dia?" soal Emmy sambil menatap wajah Najirah.

"Sabar Emmy... polis tengah usahakan yang terbaik untuk bawak keluar tebusan keluar dari dewan sana," tutur Najirah. 

"Okey aku dah tanya polis yang bertugas. Najmi baru jer bunuh 3 orang tadi sebelum menjadikan seluruh sekolah sebagai tawanan dia. Semua saksi bagitahu yang kekuatan yang dimiliki oleh Najmi tersangat kuat. Dia boleh hancurkan tengkorak orang dengan tapak tangan dia jer," jelas Kamarul yang muncul dibelakang mereka.

"Najmi? Dia nak sentuh lalat pun tak berani!"

"Tak... dalam tu bukan Najmi lagi. Dia salah seorang daripada mangsa Tok Anjang!" gumam Emmy sambil merenung tajam dewan sekolah dari jauh.

"Macam mana kau tahu?" soal Najirah.

"Jierah... Kamarul... malam ni aku ambil alih kumpulan kita," ujar Emmy sambil melangkah meninggalkan perkarangan dewan itu. Untuk seketika, Najirah dan Kamarul saling berkongsi pandangan sebelum mereka mengikuti langkah kaki Emmy dari belakang.

"Kamarul... kau tahu kan rumah Tok Anjang kat mana?" soal Emmy.

"Ta..hu. Kenapa?"

"Aku dengan Jierah nak pecah masuk malam ni. Kau tolong cari apa-apa jenis ilmu hitam yang boleh buat seseorang tu jadi kuat macam Najmi. Mungkin membantu untuk kita," kata Emmy memberi arahan.

"Sekejap... macam mana kau tahu yang Najmi salah satu mangsa Tok Anjang?" soal Kamarul membuatkan Emmy berhenti. Ketika itu, mereka sudah pun jauh meninggalkan kawasan sekolah. Terus Emmy menyerahkan telefon bimbit yang mengandungi beberapa screeshot berkenaan komen seorang lelaki bernama nerdyboy yang mendakwa telah berjumpa dengan Tok Anjang semata-mata untuk menyertai pemilihan bola sepak petang itu.

"Kau yakin... yang nerdyboy ni adalah Najmi?" Kamarul masih tidak puas hati.

"Kalau bukan dia, kenapa Najmi yang konon tak pernah sentuh nyamuk tu pun jadi orang gila? Kau nampak tak macam mana dia heret Izzat macam Izzat tu anak patung? Tu bukan kelakuan orang yang tak berani sentuh nyamuk!" tengking Emmy tiba-tiba membuatkan Kamarul terpempan. Untuk seketika, Emmy baru sahaja menyedari bahawa dia meninggi suara pada sahabatnya itu.

"Emmy..." gumam Najirah.

"Jumpa malam nanti dekat depan rumah aku Jierah. Kita nak cari Tok Anjang tu sebelum apa-apa jadi kat Izzat..."

"Dengan Megat..." Najirah mengingatkan.

"Ya, demi sahabat kita!" ucap Emmy.

***

Walaupun tubuhnya masih berbalut baju sekolah, Emmy membiarkan air pancut dalam bilik airnya membasahi wajah dan tubuhnya. Entah kenapa hatinya turut terasa apabila melihat Izzat diheret seperti anak patung tadi. Terasa seperti jantungnya disiat-siat melihatkan apa yang terjadi pada Izzat. Padahal sebulan yang lalu, dia memilih untuk memberikan Izzat silent treatment yang dia sendiri fikir Izzat tidak layak untuk menerimanya. Namun untuk hari itu, dia yang paling terkesan dengan bayangan sesuatu yang buruk bakal menimpa Izzat. Akhirnya, dia seperti tadi, nekad untuk turun malam ini, menceroboh rumah tok bomoh paling angker di Menggunung.

"Ya ALLAH! Berikanlah aku kekuatan malam ni," gumam Emmy sambil mengosok-gosok rambut hitamnya sebelum menggeleng dalam hujan air pancut itu sebelum keluar dari bilik air untuk bersiap-siap bagi malam nanti.

Selepas memastikan bahawa dia siap dengan lampu suluh, kayu hoki untuk dijadikan senjata dan seluruh tubuhnya seboleh mungkin dalam serba hitam kerana misi malam ini juga memaksanya untuk menjadi seekor sesumpah yang menjadikan gelap malam sebagai bentuk penyamarannya.

"Aku dah sampai depan rumah kau dengan kereta ayah aku ni." Suara Najirah kedengaran dari balik telefon menandakan bahawa gadis itu benar-benar nekad untuk bersamanya. Dia terus turun dari tingkat dua rumahnya. Ketika itu, ibu dan ayahnya yang sedang berada di meja makan kelihatan agak terkejut dengan pemakaiannya malam ini.

"Ayah... mak... malam ni Emmy bermalam kat rumah Najirah tau. Kita study sama-sama," bohong Emmy sebelum bersalaman dengan ayah dan ibunya sebelum meninggalkan rumah itu, menghampiri kereta Najirah yang sedang menunggunya diluar.

"Dah ready ke?" soal Emmy sewaktu melabuhkan punggung disebelah tempat duduk Najirah. Kamarul yang berada dibelakang bersama dengan buku mistiknya itu mengangguk.

"Bulan lepas aku jadi terlalu berani cari hantu Pontianak... hari ni pulak nak pecah masuk rumah Tok Bomoh yang ada potensi untuk santau aku sampai mati," gerutu Najirah disebelah Emmy.

"Kau dah jumpa apa yang aku suruh kau cari?" soal Emmy.

"Dah Emmy. Aku rasa memang betul yang si Najmi tu jumpa Tok Anjang. Dia baru jer dapat Saka Rimau. Sebab saka ni yang mampu berikan kau tenaga yang luar biasa dan kekuatan yang kau tak dapat bayangkan!" jelas Kamarul di belakang sambil membaca halaman yang menceritakan tentang Saka Harimau.

"Seyakin mana kau?"

"Seyakin yang hanya saka ni jer yang digunakan oleh nenek moyang kita masa nak buka bendang, buka hutan tu semua. Kau bayangkan, macam mana diaorang buka kampung? Contohnya macam Menggunung. Kita kat tanah tinggi kot! Nenek moyang dengan berapa kerat pergi tebang pokok-pokok kat sini?"

"Jadi... macam mana nak bunuh saka harimau ni?" soal Emmy.

"Pemilik asal saka ni... yang aku rasakan Tok Anjang akan tanamkan jantung harimau yang dia sendiri bunuh kat belakang rumah dia. Itu tempat wajib. Jantung tu akan dia puja setiap malam, sekurang-kurangnya untuk 7 hari 7 malam. Nanti makhluk harimau itu sendiri yang akan datang kepada Tok Anjang dan dia boleh arahkan Saka Rimau ni bantu sesiapa sahaja yang dia suka," tambah Kamarul lagi.

"Tak... tak... aku tak nak tahu macam mana ritual untuk dapatkan Saka Rimau ni... aku nak tahu macam mana nak bunuh saka tu!" kata Emmy.

"Dapatkan jantung tu dan tikam dengan buluh runcing!" kata Kamarul sambil mengeluarkan sebilah buluh runcing daripada beg galasnya.

"Aku ambil," kata Emmy sambil merampas buluh runcing itu dari tangan Kamarul.

"Kau tahu Kamarul... aku tak pernah bersyukur macam hari ni bila kau jadi kawan aku. Selama ni aku cuma fikir kau ni..." Najirah hilang kata-kata sebelum disambung oleh Kamarul.

"Misterius?"

"Creepy," Najirah membetulkan membuatkan Kamarul tersenyum.

"Eh kita dah sampai dah!" kata Kamarul menyedari bahawa mereka sudah jauh meninggalkan pekan Menggunung dan mula memasuki kawasan hutan tebal yang berjiran dengan Menggunung.

"Berhenti tepi sini. Tak boleh parking dekat dengan rumah dia," suruh Kamarul.

Selepas kereta diparkir pada kedudukan yang betul, mereka bertiga keluar serentak dari kereta. Kamarul mengeluarkan beberapa paket garam dari beg galasnya dan menyerahkan kepada Emmy dan Najirah.

"Apa benda ni?" soal Emmy.

"Garam senjata berkesan untuk menghadapi kebanyakan makhluk halus ni semua," jelas Kamarul.

"Tok Anjang... kalau kau dengan setan kau, kami datang Professor Hantu kami! Memang lawan setanding dengan kau!" kata Najirah yang kelihatan sangat bersemangat.

Mereka bertiga pada hari itu memang pakai serba hitam, tidak ada yang hitam melainkan warna hitam semata-mata. Langit pada malam itu yang tiada bulan seperti bersubahat dalam usaha memecah masuk ke kawasan perkarangan rumah Tok Anjang.

"Nampak tak rumah kayu dua tingkat tu?" soal Kamarul sambil menundingkan jari telunjuknya ke arah sebuah rumah yang kelihatan usang dari kejauhan yang diapit oleh hutan disekitatnya.

"Cliché betul rumah bomoh macam tu," ujar Emmy ketika mereka tertunduk-tunduk menghampiri kawasan perumahan itu.

"Dah kita orang Melayu selalu kena sumbat dalam kepala otak kita yang rumah bomoh jer mesti macam ni. Tu yang dia muncul kat sini macam ni," kata Kamarul.

"Kalau betul si Najmi tu ambil saka Rimau daripada Tok Anjang, ini bermakna tak lama tempoh jantung tu kena tanam. Cari tanah yang nampak macam baru jer digali. Masing-masing ada lampu suluh kan? So, kita boleh mula!" Emmy mengarahkan sahabat-sahabatnya untuk memulakan pencarian.

"Aku nak cari kat bawah rumah dia," ucap Kamarul.

Emmy tertunduk-tunduk melihat tanah dibawahnya. Sesekali dia akan menyuluh ke arah rumah, berharap agar Tok Anjang tidak menyedari kehadiran mereka langsung. Ada kalanya pula, dia akan menyuluh keadaan disekitarnya. Kadang-kadang, bulu romanya akan meremang sendirian, seolah-olah diperhatikan oleh seseorang. Tetapi bila difikirkan semula, dia sedang berada di perkarangan rumah bomoh yang kononnya mampu menyempurnakan setiap permintaan sesiapa sahaja. Mungkin ada belaannya yang sedang memerhatikan mereka. Sekejap... belaannya? Emmy yang sedang tertunduk terus berdiri tegak dan menoleh ke arah Najirah dan Kamarul.

Namun, Emmy baru sahaja menyedari bahawa dia tidak lagi berada di perkarangan rumah kayu usang milik Tok Anjang tetapi sedang berdiri di dalam rumah tersebut dengan Najirah dan Kamarul sedang terbaring di hadapannya. Rumah tersebut langsung tidak mempunyai sebarang perabot. Ruang tamu tempat Emmy berdiri hanyalah dihiasi beberapa batang tiang kayu yang kelihatan sangat rapuh. Di kiri dan kanan Emmy pula terdapat beberapa buah bilik yang entah siapalah yang menghuninya.

"Budak sekolah macam kamu... memang tak berfikir panjang ke?" soal satu suara yang datang dari belakang Emmy. Kelihatan seorang lelaki tua botak yang tidak memakai baju, sekadar memakai kain pelekat sedang berjalan.

"Kau Tok Anjang?" soal Emmy.

"Rumah aku ni... ada banyak belaaan yang kau sendiri tak bayangkan... kau ingat orang yang mampu membunuh Puan Maisara dan buat Najmi jadi seorang lelaki yang gagah tak pasang makhluk belaannya di sini?" gumam Tok Anjang yang berjalan pun tersemput-semput, tetapi masih gagah mengelilingi Emmy.

"Selamatkan Izzat dengan Megat!" tutur Emmy.

"Apa yang aku dapat kalau aku selamatkan sahabat kau?" soal Tok Anjang.

"Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia!" tutur Emmy.

"Termasuklah menjadi santapan untuk hantu polong aku? Atau mungkin juga..." soal Tok Anjang itu lagi. Serentak itu, dari bilik di sebelah kanan Emmy, keluar seorang lelaki tua yang seperti Tok Anjang, namun dalam keadaan yang merangkak, dan lebih mengerikan dengan lidah panjang yang terjelir dan bebola mata yang berputar-putar dalam soket matanya. Emmy yang terkejut menjerit kecil sambil berundur ke belakang.

"ALLAH!"

"Masuk dalamlah celaka!" teriak Tok Anjang menyuruh makhluk yang menyerupainya itu tidak mengacau Emmy.

"Ada seorang klient aku... dia mahukan aku untuk buat minyak pengasih yang mampu tundukkan hati mana-mana gadis... masalahnya ialah aku perlukan calon pertama, seorang perempuan yang sukarela untuk jadi sebahagian daripada 7 perempuan sundal yang harus dikorbankan lengkapkan minyak pengasih yang aku sedang buat ini. Kau... sanggup?"

Emmy membisu.

"Polis semua dah kumpul kat luar dewan..."

"Aku dah buat si Najmi tu kebal segala jenis peluru. Kau lontar bom kat dia pun dia tak akan mati. Hanya aku aje yang boleh bunuh dia. Sebab benda yang aku hantar jaga dia, akulah tuan yang sebenar!" pintas Tok Anjang membuatkan raut wajah Emmy semakin bertambah resah.

"Tolonglah... ambil Saka Rimau kau!" Air mata Emmy sudah mengalir dari kelopak matanya.

"Kalau kau setuju untuk jadi gadis pertama? Aku tahu asal usul kau. Kau tak sesuci yang kawan-kawan kau fikirkan..."

Continue Reading

You'll Also Like

69.1K 4.9K 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.
206K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...
57.6K 4.3K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
3.1K 252 99
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...