Menggunung (Completed)

Від HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Більше

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 10: Bomoh Menggunung

4K 258 6
Від HelmiEffendy



Hari ini sudah genap sebulan dia menjadi sebahagian daripada Menggunung. Sebulan jugalah masa berlalu sejak dia hampir sahaja ditanam di dalam salah satu lubang kubur di jirat cina yang tidak sepatutnya tidak wujud, hanya menjadi realiti apabila ada manusia yang percaya padanya. Dan hari itu jugalah, genap sebulan Emmy menjauhkan diri daripadanya.


Meski mereka sentiasa bersama makan bersama ketika rehat bersama dengan Megat Azizan dan Najirah, yang juga kadang-kala disertai oleh Kamarul yang tidak selalu ada bersama dengan mereka, Izzat dapat mengesan betapa gadis itu seboleh-bolehnya tidak mahu menatap wajahnya, dan apabila secara tidak sengaja mata mereka saling bertembung, Emmy akan melarikan diri.


Hari itu, waktu rehat yang keberapa dalam hidupnya di SMK Adrujha.  Tapi kebetulan hari itu, Megat Azizan dan Najirah tidak hadir ke sekolah. Emmy pula keseorangan di salah satu sudut meja sambil menikmati nasi gorengnya sendirian. Gadis yang kononnya dinobatkan sebagai salah seorang daripada jelitawan sekolah itu, jarang sekali dilihat seorang diri. Kalau tidak bersama dengan Najirah atau Megat Azizan, Emmy akan bersama dengan kelompok biasa yang selalu bertemankan dia sebelum mereka menjadi sahabat, disatukan oleh Pontianak yang menghantui salah satu laluan masuk ke pekan yang menjadikan aktiviti pembalakan sebagai sumber ekonomi utamanya.


"Seorang?" soal Izzat ketika dia meletakkan dulang yang mengandungi Nasi Lemak Sotong dan air jus epal, yang kedua-duanya memang makanan asasi kegemarannya. Emmy yang sedang duduk dihadapannya tentu sudah mengenali makanan kegemaran pada perkiraannya.


"Saya tak lalu makan... saya nak buang..."


Prap! Pergelangan tangan Emmy disambar membuatkan Emmy yang berkira-kira mahu bangkit dari tempat duduknya tergamam sejenak, sambil merenung ke arah Izzat.


"Kenapa awak elak diri daripada saya?" soal Izzat.


"Lepaskan tangan saya. Tak manis kalau orang lain tengok!" Emmy bersuara.


"Saya ada buat salah ke?" soal Izzat lagi.


"Lepaskan saya!" Emmy berkeras.


"Awak duduk dulu di sini, dan jangan lari dari masalah lagi!" kata Izzat.


Untuk seketika, Emmy memandang mata-mata yang sedang memerhatikan mereka sebelum kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi panjang yang biasanya disandingkan juga dengan meja panjang yang dibalut oleh kain berwarna-warni. Pemandangan yang biasanya di mana-mana kantin sekolah di Malaysia.


"Apa yang awak nak tahu pasal saya?" soal Emmy.


"Boleh tak kalau saya dengan awak... jadi macam biasa? Kita jadi kawan macam dulu?" soal Izzat.


"Memang kita macam biasa balik. Saya dengan awak... mana pernah bercakap pun. Lagipun kita jadi ramah pun sebab Pontianak tu. 2 hari jer kita jadi ramah, dan itu tak membuktikan apa-apa pun," balas Emmy.


"Okey... okey... kalau macam tu, saya nak berkawan dengan awak. Kita kekalkan persahabatan antara kita. Saya nak awak layan saya macam awak layan Jiji dengan Jierah. Bukan buat saya macam stranger. Seolah-olah tak ada apa yang berlaku antara kita..."


"Ada apa-apa ke yang berlaku antara kita?" pintas Emmy.


"Awak dengan saya, kita hampir sahaja mati kena tanam hidup-hidup kat dalam kubur!" tutur Izzat geram.


"Dan pergi ceritakan benda tu pada semua orang. Nanti orang akan ingat saya dengan awak gila!" kata Emmy pula.


"Awak memang pandai buat orang geram," tutur Izzat sambil tersenyum sinis.


"Jadi, lelaki yang acah-acah the most coolest guy in Adrujha, yang konon orang cerita tak ada perasaan langsung, pun tahu macam mana rasa geram? Jadi, saya berjaya dapat kacau "ketenangan" awak berbanding Pontianak kat dalam kubur tu?"


"Awak takut pasal saya tahu tentang kisah silam awak tu?" soal Izzat terus menyentuh soal dasar yang difikirnya yang bikin Emmy jadi sedingin itu.


"Sekarang awak faham kan kenapa saya dengan awak tak boleh jadi kawan?" soal Emmy.


"Come on Emmy... saya datang ke Menggunung sebab nak bina hidup baru kat sini. Macam awak juga. Saya datang kat sini bukan untuk jadi ustaz... atau..."


"Awak Izzat... baik... bijak... saya bukan untuk awak. Walau sebagai kawan macam yang awak mintak!" tutur Emmy yang membuatkan Izzat menggeleng. Kali ini, dia seperti tidak mahu menghalang Emmy dari meningalkannya. Kalau itu sudah tekad Emmy yang mahu menutup terus pintu hidupnya untuk dirinya, maka Izzat tidak mempunyai apa-apa kudrat lagi untuk menghalangnya. Namun, entah dari mana Kamarul muncul sambil membawa tab yang disembunyikan dalam beg sekolahnya membuatkan Emmy tidak jadi untuk meninggalkan Izzat keseorangan disitu melayan nasibnya.


"Jangan risau, Adilla tak ada. Dia tengah ronda dekat Block A," tutur Kamarul yang menjangkakan suasana berapi yang sedang menyelubungi meja itu adalah kerana Izzat dan Emmy takutkan tentang dia membawa barang larangan ke sekolah seperti tab yang sedang disembunyikan olehnya.


"Kau kalau nak report pasal kes diaorang jumpa kucing bertanduk... atau naga kat empangan Menggunung... aku rasa lebih baik kau lupakan. Malas aku nak layan benda budak-budak tu," tutur Izzat dingin, yang masih tidak dapat menerima layangan Emmy ke atasnya.


"Chill dude. Kau dah kenapa? Emo semacam jer?" Kamarul agak terpukul dengan respon tiba-tiba daripada rakannya.


"Aku... minta maaf," balas Izzat yang menyedari bahawa dia menjadi panas baran secara tiba-tiba, yang sebenarnya sikap itu agak bertentangan dengan personaliti yang menyelubungi dirinya.


"Kali ni lebih besar daripada penampakkan kucing bertanduk atau naga. Aku dapati ada khabar angin baru yang aku rasa perlu perhatian kita," kata Kamarul.


"Pasal apa?"


"Baca ni Izzat. Artikel baru yang dinaikkan kat Dari Alam Lain," kata Kamarul sambil menyerahkan tabnya kepada Izzat.


"Gempar... bomoh terhebat di tanah Melayu rupa-rupanya berada di Menggunung. Kalau anda masalah dalam peperiksaan, atau mengidamkan untuk mengubah hati gadis yang anda cintai jatuh cinta pada anda, atau mungkin juga nak hantar santau, jumpalah Tok Anjang yang rumahnya di terletak di pinggir Pekan Menggunung!" gumam Izzat sambil membaca artikel tersebut sebelum mendongak memandang Emmy dan Kamarul.


"Macam mengarut jer mamat ni..." gumam Izzat.


"Kat Menggunung semua boleh jadi realiti kalau orang percaya pada kisah ni. Dan yang paling penting, lelaki ni tak sepatutnya wujud pun. Aku tak pernah dengar nama dia kat Menggunung, aku rasa Emmy pun tak pernah. Tapi hari ini, dia tiba-tiba seolah-olah menjadi hidup selama-lamanya di Menggunung, dan setiap orang bercakap tentang kehebatan bomoh ni," jelas Kamarul.


"Awak memang tak pernah dengar nama dia... atau kenal dia?" soal Izzat. Emmy mengangguk.


"Tak pernah langsung," kata Emmy.


"So, macam mana? Ada apa-apa yang berlaku kat Menggunung ke? Kematian? Kehilangan?"


"Belum lagi sebab artikel ni baru naik hari ni. Tapi kita akan tengok. Kalau perlu kita hentikan dia, geng kita akan bertindak!" Kamarul kelihatan bersemangat.


"Semoga tak ada apa-apa yang berlaku," lafaz Izzat namun entah kenapa, ada sebahagian daripada hatinya sedang mengimpikan agar dia berjumpa dengan lelaki tua bernama Tok Anjang ini, dan meminta saktinya untuk memastikan Emmy melupakan segala-galanya tentang apa yang berlaku di jirat cina tempoh hari.

Продовжити читання

Вам також сподобається

25.3K 1.3K 29
Mengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan s...
6.1K 1.1K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
69.2K 5K 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.
94.5K 4.4K 42
KALI INI AKU NAK CERITAKAN PENGALAMAN SEBENAR AKU DEKAT HOSPITAL. STAY TUNED.