Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 7: Khabar Angin

4.1K 296 25
By HelmiEffendy



Ketika Puan Maisara sedang sibuk mengajar subjek Sejarah dihadapan kelas, menyambung penjelasan tentang asal usul nama SMK Adrujha dan seorang srikandi dalam sejarah Melayu bernama Adrujha yang menyembelih leher seorang raja agung dari Thailand, betapa ada tiga orang pelajarnya yang masih tidak senang duduk. Izzat, Megat Azizan dan Najirah. Sudahlah mereka datang lewat pagi tadi, masuk sahaja ke kelas, Puan Maisara sudah berada mengambil kedatangan. Sudahnya, mereka bertiga langsung tidak mempunyai kesempatan untuk membincangkan kembali apa yang berlaku semalam.


"Bilalah singa ni nak habiskan kelas dia..." gumam Megat Azizan sambil tapak kakinya asyik bergerak sendirian, jelas menunjukkan dia sedang dalam keresahan.


"Bukan ke semalam dia dah merapu topik ni?" soal Najirah belakang Megat Azizan.


"Shhy.... Puan Maisara cakap topik ni masuk dalam exam dia nanti!" tutur Izzat dari belakang.


"Celaka... kita ada benda lagi penting. Ada Pontianak tengah mengganas makan orang... kau pulak tengah fikir pasal exam kau?" tutur Megat Azizan sambil menoleh belakang, tidak puas hati dengan jawapan daripada Izzat.


"Pembetulan, exam kita," balas Izzat.


"Megat Azizan! Pandang depan!" teriak Puan Maisara lalu melontarkan kapur putih di tangannya lalu mendarat di dahi Megat Azizan yang luas. Serentak itu, seisi kelas mereka ketawa menyaksikan babak itu.


"Saya pandang belakang sebab si Izzat ni yang dok main tarik telinga saya!" balas Megat Azizan. Dengan mulut yang terlopong, Izzat merenung tidak percaya ke arah Megat Azizan.


"Berdiri Izzat!" arah Puan Maisara.


"Cikgu... saya..."


"Berdiri!" Dengan berat hati, Izzat berdiri sambil menghela nafasnya.


"Lain kali jangan buat hal dalam kelas saya lagi!" Dan tanpa dijangkakan, Puan Maisara mencapai sebatang lagi kapur dari sebuah kotak kapur yang terletak di atas mejanya lalu melontarkan terus ke arah Izzat. Namun, tidak seperti Megat Azizan, Izzat mampu mengelakkan lontaran kapur yang laju menuju deras ke arahnya membuatkan kapur tadi menghentam dinding dibelakang Izzat.


"Maaf cikgu... saya... spontan!"


"Duduk!" arah Puan Maisara sambil terus berpaling ke arah papan putih.


"Salin nota yang saya akan tulis ni dalam buku kamu!"


"Refleksi awak tadi... hebat," tutur gadis yang duduk dibelakang Najirah membuatkan Izzat menoleh seketika ke arahnya.


"Errr... terima kasih," tutur Izzat.


"Emmy... Emmy puji kau!" gumam Megat Azizan disebelah Izzat dengan mulut yang terlopong. Dari nada suaranya, betapa dia memang sedang geram bercampur kagum dengan Izzat. Rancangannya mahu mengenakan Izzat, namun ternyata rancangannya sedang memakan dirinya semula. Dan dalam sekelip mata, bukan sahaja Emmy sahaja yang bercakap mengenai Izzat, tetapi hampir seluruh kelas. Pelajar-pelajar di dalam kelas Puan Maisara sedang berbisik antara satu sama lain sambil mencuri melontarkan renungan ke arah Izzat, mengenangkan babak Izzat mengelakkan peluru berpandu Puan Maisara. Serentak itu, loceng dibunyikan menandakan bahawa sejam baru sahaja berlalu.


"Salin nota yang saya tulis kat depan ni! Ingat, siapkan kerja rumah yang saya bagi!" bebel Puan Maisara sambil melangkah keluar dari kelas mereka.


"Okey geng! Meeting!!" tutur Megat Azizan sambil memusingkan kerusinya menghadap Najirah. Begitu juga dengan Izzat.


"So, korang dah tanya mak ayah korang?" soal Izzat.


"Ayah aku dah mati. So, aku tanya mak aku ajelah. Dia mati-mati cakap yang memang ada jirat cina kat Jalan Lama Menggunung!"


"Ayah aku bengang dengan aku sebab aku sebat kereta dia semalam. So, aku tanya mak aku. Mak aku kata memang sejak dia lahir dekat Menggunung, memang jirat cina tu dah lama wujud," tutur Najirah.


"Pak Ngah aku pun sama... reaksi dia sama. Dia siap tanya aku apa aku buat kat Jalan Lama Menggunung semalam," terang Izzat.


"Jirat Cina kat Jalan Lama Menggunung?" Emmy yang sedang membaca buku disebelah Najirah tiba-tiba bersuara.


"Haa Emmy! Kau tahu tak ada apa-apa jirat dekat sana?" soal Najirah. Megat Azizan seperti memberi isyarat kepada Najirah agar tidak mengheret Emmy ke dalam apa yang sudah berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.


"Tak pernah... saya biasa lalu jalan tu setiap minggu ikut ayah saya ke Rajawali. Kenapa?" soal Emmy.


Untuk seketika, Izzat, Megat Azizan dan Najirah saling berpandangan sebelum Najirah menggapai tangan Emmy membuatkan Emmy merenung pelik ke arah mereka.


"Syukurlah... syukurlah Pontianak semalam tak buat kita tiga jadi gila!" tutur Najirah seperti jawapan daripada Emmy melerai kekusutan yang sudah membebani bahunya selama lebih seribu tahun. Kelegaan pada wajah Najirah menceritakan segala-galanya.


"Ada apa-apa ke yang berlaku ke yang saya tak tahu?" soal Emmy.


"Tak ada apa yang berlaku... Izzat... Najirah... kita boleh..."


Kamarul tiba-tiba muncul dari tempat duduknya, menarik sebuah kerusi kosong dibelakang kelas lalu meletakkan dimeja tempat duduk Emmy dan Najirah.


"Aku tahu kenapa kita semua jer yang sedar akan jirat cina tu tak pernah wujud..." tutur Kamarul sambil mengeluarkan sebuah tab dari beg sekolahnya.


"Jirat cina? Sekejap... awak bawa tab?"


"Jangan risau, si Adilla tak ada kat sini. Dia ada mesyuarat pengawas katanya," tutur Kamarul. Namun, Kamarul terdiam sekejap apabila melihatkan bagaimana Emmy boleh menyertai mereka.


"Dia pun kata yang jirat cina tu tak wujud," kata Najirah.


"So... dia ni dah jadi sebahagian daripada team kita?" tanya Kamarul.


"Kau boleh anggap macam tu," tambah Najirah lagi sambil menggengam tapak tangan Emmy yang jelas sedang keliru dengan apa yang terjadi. Megat Azizan disebelah Najirah mengeluh berat.


"Apa yang kau jumpa?" soal Izzat.


"Kau baca ruangan komen dekat artikel yang dinaikkan ke Dari Alam Lain tu," kata Kamarul. Jari-jari Izzat terus membaca setiap komen.


"Bacakan please," pinta Najirah.


"Komen daripada anonhensem. Katanya, mak saya ada bagitahu yang ada jirat cina yang amat luas yang disembunyikan daripada mata kita. Tapi jirat cina tu akan jadi realiti kalau ada orang yang berani berhadapan dengan makhluk yang menghantui tempat tu. Kiranya macam hijab yang melindungi jirat cina tu akan terbuka," baca Izzat.


"Ini macam... semalam kan Izzat dengan beraninya pergi sound setan tu?" tutur Megat Azizan sambil menundingkan jarinya ke arah Izzat.


"Si Kamarul pun..."


"Baca lagi, bawah yang aku sempat screenshot semalam," suruh Kamarul.


"Komen daripada ladybunga. Dia tulis, sebenarnya Pontianak tu hanya membunuh seorang lelaki yang ada rekod menghancurkan hati mana-mana gadis dan perempuan. Dia bukan membunuh sebarangan. Kalau kita tak pernah buat kerja tu, dia tak akan kacau kita!"


"Patutlah masa si Izzat jerit semalam tanya kenapa tak baham leher dia, benda tu buat tak tahu jer," ujar Najirah.


"Itu Kamarul yang jerit macam tu, bukan aku!" Izzat mempertahankan dirinya namun tidak diendahkan.


"Ada lagi komen yang aku nak kau baca," kata Kamarul lagi.


"Ini komen daripada jejakaterhangat..."


"Nama poyo jer," gumam Najirah seorang diri.


"Sebenarnya guys, perempuan tu tak mati kemalangan tau. Dia kena rogol dengan pakwe dia. Lepas tu pakwe dia campak dia ke Jalan Lama Menggunung 30 tahun lalu. Mak aku cerita yang kejadian tu sengaja dinampakkan macam kemalangan padahal kes rogol," baca Izzat lagi.


"Kau tahu tak apa prinsip utama hidup aku? Kalau kau nampak ada lelaki poyo dan perasan macam dia. Kau jangan percaya," kata Najirah.


"Jierah... benda yang dia sebut tu memang-memang berlaku semalam," kata Megat Azizan.


"Apa yang kau nak bagitahu aku ni?" soal Izzat.


"Kau cuba tengok apa yang paling obvious sangat pasal komen tu?" soal Kamarul lagi.


"Ada dalam lebih 1000 likes komen," gumam Izzat.


"Sekejap... kau nak bagitahu aku yang..."


"Hantu wanita berkebaya tadi... berubah-berubah berdasarkan khabar angin yang disebarkan dekat dalam ruangan komen ni," simpul Kamarul. Untuk seketika, suasana antara mereka berlima senyap sunyi, seperti baru sahaja satu kampung dilanggar garuda. Namun, Emmy yang memilih untuk membisu tiba-tiba bersuara.


"Awak nak cakap yang... khabar angin yang tersebar di laman web ni akan jadi realiti?"


"Mula-mula pun aku nampak macam mengarut. Tapi tengok sini... lambang dekat laman web ni. Kat banner dia..."


Izzat menatap lambang yang dimaksudkan oleh Kamarul. Seperti lambang tapak tangan yang berjari empat dengan sebuah mata berada ditengah-tengah tapak tangan tersebut.


"Dalam Kitab Alam Mistik aku... ada satu halaman yang bahaskan pasal lambang ni. Ini merupakan satu ilmu hitam dari Kabbalah," jelas Kamarul.


"Kabbalah? Apa benda tu?" soal Megat Azizan dan Najirah serentak.


"Ilmu hitam yahudi," jawab Izzat dan Emmy serentak pula.


"Macam mana kau orang dua boleh tahu semua benda ni?" Najirah kelihatan tidak puas hati.


"Malam ni... aku nak nak ke sana lagi. Aku nak tengok dengan mata kepala aku sama ada lambang Kabbalah ni masih ada di sana atau tidak!" Kamarul tekad.


"Aku ikut kau," kata Izzat.


"Errr... kalau saya nak ikut boleh tak?" soal Emmy.


Serentak itu, seorang budak perempuan tiba-tiba datang ke tempat duduk mereka sambil menghulurkan telefon bimbit. Dia sedang menundukkan wajahnya yang sedang kemerah-merahan. Telefon bimbitnya pula dihulurkan pada Izzat.


"Awak... saya nak minta nombor telefon. Saya rasa saya minat kat awak," tutur gadis tadi tergagap-gagap.


"Aku?" soal Izzat yang tergamam dengan apa yang berlaku. Gadis tadi mengangguk, tidak berani mendongak untuk menatap wajah Izzat yang sedang keliru.


"Maaf... kawan aku ni dah ada makwe." Megat Azizan mencelah.


"Tipu?" gumam gadis itu tidak percaya.


Selepas Izzat memilih untuk membisu dengan riak wajah yang tidak dapat dibaca, terus gadis tadi berlari keluar dari kelas itu sambil menangis teresak-esak.


"Kau boleh ucap terima kasih nanti," tutur Megat Azizan sambil bangkit dari tempat duduknya. 

Continue Reading

You'll Also Like

32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...
6K 1.1K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
206K 12K 91
20% benar 20%pengalaman 60% rekaan Takut?tapi nak baca jugak?Itu masalah anda bukan masalah saya...jangan baca dalam bilik sorang diri nanti ada yang...
17.1K 2.4K 199
Sepuluh batu permata Saphira telah jatuh ke bumi. Batu-batu itu telah memilih pemegang yang dirasakan layak untuk memiliki mereka. Sesiapa yang memil...