Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan

13.7K 435 34
By HelmiEffendy



Sinopsis Menggunung

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kalau sekali imbas dianggap seperti sebuah pekan biasa, yang terletak di Malaysia sama seperti pekan-pekan biasa yang lainnya. Namun, ada seribu rahsia yang sedang menanti untuk dibongkarkan.

Semuanya bermula apabila Izzat Razali dipindahkan dari kota utama Eurasia ke Menggunung kerana mula tinggal bersama dengan pakciknya, memandangkan kedua-dua orang tuanya terkorban dalam sebuah kemalangan. Apa yang dihadapi oleh Izzat ditempat barulah bukan sahaja sahabat dan orang baru yang baru sahaja mula memasuki kisah hidupnya. Namun, Izzat berdepan dengan sebuah fenomena pelik yang sepertinya hanya berlaku di Menggunung.

Urban legend, khabar angin dan mitos yang berlegar di internet, semuanya menjadi realiti di Menggunung dengan syarat, ia dipercayai oleh banyak penduduk Menggunung itu sendiri. Dari kejadian sekecil seperti kucing bertanduk yang dijumpai dalam hutan, atau penampakkan naga dalam empangan Menggunung, pekan itu berdepan dengan kejadian pembunuhan, kemalangan dan kehilangan yang meletakkan Menggunung yang berpopulasi 10, 000 orang itu di hujung tanduk.

Kejadian pelik yang bersiri dan berantaian memaksa Datuk Seri Shahrin Ruslan, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan setiap penduduknya keluar dan pekan yang terletak bersebelahan dengan empangan itu ditinggalkan. Namun, Izzat yang sudah jatuh cinta dengan Menggunung tidak mahu pekan itu menjadi ghost town. Bersama sahabat sekolahnya, dia bertekad untuk menyiasat sendiri fenomena ini, sekaligus menyelamatkan Menggunung!

------------


Watak Dan Perwatakkan

Izzat Razali

· Selepas kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan di Eurasia, dia berpindah ke rumah pakciknya di Menggunung, sebuah pekan yang terletak di sempadan Pahang-Selangor, dan terletak di kawasan kaki gunung dan tanah tinggi. Namun, Menggunung ada 1000 rahsia untuk dibongkarkan oleh Izzat Razali.

· Seorang watak pendiam, yang tidak banyak bercakap. Lebih suka memerhati. Namun, pemerhatiannya membawa kepada dia menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena sedang terjadi pada Menggunung sekaligus membawa dirinya untuk menyiasat tragedi kehilangan, kematian, kemalangan yang semuanya bila difikirkan memang tidak masuk akal langsung.

· Tampan, tinggi lampai dan menjadi kegilaan gadis-gadis di sekolahnya. Namun, semua itu tidak langsung tidak diendahkannya.

Megat Jiji Azizan

· Perwatakannya adalah sangat berbeza dengan Izzat. Dia sangat peramah, suka buat lawak bodoh dan agak loya buruk dalam segala hal. Namun demikian, entah bagaimana dia boleh menjadi sahabat baik buat Izzat. Ke mana sahaja Izzat pergi, dia akan ada bersama dengan Izzat.

· Merupakan pelajar bermasalah di sekolahnya. Berbeza dengan Izzat, dia mengalami masalah dalam pembelajarannya. Rekod disipilinnya juga tidak berapa baik kerana dia mempunyai rekod ponteng sekolah yang tinggi.

· Orangnya biasanya berambut panjang yang dibiarkan tanpa bersikat (serabai), dengan baju sekolah yang dibiarkan tidak bergosok.

· Ayahnya sudah meninggal dunia, tinggal dengan ibunya yang merupakan orang susah yang mengambil upah menjahit di pinggir pekan.

Jierah Nasir

· Tomboi sekolah ini merupakan "partner in crime" Megat Jiji Azizan. Kalau nak melencong ke Cyber Café, ponteng kelas atau sekolah, menyeludup rokok ke dalam sekolah dan segala masalah disipilin yang selalu dilakukan oleh Megat, Jierah akan muncul sebagai sahabat yang sentiasa membantu Megat.

· Orangnya berambut pendek pada paras bahu, sesuai dengan imej tomboinya. Agak cantik, namun kejelitaan yang dimilikinya seperti terselindung disebalik perwatakkan yang agak kelakiannya.

· Sebenarnya tanpa diketahui oleh semua, Jierah menyimpan perasaan terhadap Megat Jiji Azizan sejak zaman sekolah rendah lagi. Cuma, Megat Jiji Azizan terlalu "buta" untuk melihatnya.

· Jierah mempunyai seni mempertahankan diri silat dan merupakan juara kebangsaan untuk sukan Pencak Silat bagi kategori bawah 15 tahun, sebelum dia menjadi rebellious pada usia 17 tahun dan meninggalkan sukannya.

· Merupakan anak orang paling kaya di Pekan Menggunung. Tetapi menyembunyikan identity itu kerana jijik dengan sikap ayahnya yang lebih mementingkan wang daripada nilai kemanusian yang lain.

Emmy Nathasia

· Kalau Jierah ialah seorang tomboy, Emmy pula ialah persis "gadis Melayu terakhir."

· Gadis bertudung ini orang yang sopan santun, menjaga tutur bahasanya dan pergaulan.

· Konon dinobatkan gadis tercantik disekolahnya dan digilai ramai lelaki. Namun, Emmy tidak pernah mengendahkan semua itu dan masih lagi 'single' sehingga ke hari ini.

· Seperti mana Megat untuk Izzat, begitu juga Emmy dan Jierah. Mereka adalah perwatakkan yang sangat berbeza antara satu sama lain. Seperti langit dan bumi namun boleh bersahabat antara satu sama lain.

· Orangnya bertudung dan satu-satunya watak utama dalam Rumor yang bertudung. Hidungnya agak mancung untuk seorang Melayu.

Adilla

· Merupakan ketua pelajar untuk SMK Adrujha. Pengawas yang paling digeruni di SMK Adrujha dan merupakan musuh azali Megat Jiji Azizan kerana seringkali tingkah laku menyalahi disipilin sekolah dikantoikan oleh Adilla.

· Seorang yang sangat tegas, berkarisma dan menganggap bahawa tiada yang lebih tinggi daripada undang-undang.

· Apabila menyertai pasukan penyiasatan tidak langsung yang digerakkan oleh Izzat, dia tidak berapa berkenan dengan tingkah laku mereka yang terpaksa melanggar undang-undang demi menyelesaikan misteri yang menyelubungi pekan mereka.

· Merupakan anak kepada pengetua sekolah, dan sangat memandang ayahnya sebagai seorang idola.

Ikmal

· Dalam kumpulan mereka, Ikmal selalu dianggap sebagai sebagai budak paling lurus bendul.

· Selalu menjadi mangsa buli di sekolah. Namun, Adilla atau Jierah selalu melindunginya daripada dibuli.

· Oleh kerana sikapnya yang agak kekok bergaul dengan orang, dia selalu diejek sebagai "gay" oleh para pembulinya.

· Selalu bergaduh dengan Megat kerana betapa mereka tidak pernah sekufu dan sekutu dalam apa-apa hal sekalipun. Lagipun Megat selalu mengenakannya membuatkan dia meluat terhadap Megat.

· Selalu dilihat dalam pakaian yang sangat kemas. Berkaca mata, baju dilipat masuk ke dalam seluar yang selalunya hampir sahaja berada di atas perutnya. Selalu kelihatan membawa timbunan buku bersamanya.

Kamarul

· Lelaki ini kelihatan agak misteri. Kalau Izzat jenis pendiam yang selalu diselubungi aura yang positif, sebaliknya Kamarul pula sangat menakutkan sehinggakan banyak kisah yang entah betul atau tidak tentangnya.

· Seorang lelaki yang punya obsesi yang amat mendalam pada perkara-perkara supernatural, mistik dan seram. Mungkin sebab itu juga dia sentiasa memakai celak hitam disekitar matanya.

· Selain itu, Kamarul juga memakai kaca mata, berhidung mancung dan berambut yang persis fesyen gothic atau emo.

· Digelar sebagai "Professor Hantu" oleh rakan-rakannya kerana pengetahuan mendalamnya tentang dunia mistik. 

Sofea

· Gadis yang berparut wajah kerana kebakaran ini seorang pendiam dan agak anti-sosial.

· Menghabiskan kebanyakan masanya dengan buku semata-mata.

· Kedua-dua orang tuanya mati dalam kebakaran yang melanda ketika usianya baru berusia 6 tahun. Dia kemudian tinggal bersama dengan pakcik dan makciknya.

· Sofea biasanya berjalan dalam keadaan menundukkan wajahnya, tidak berani mendongak kerana tidak mahu orang menatap wajahnya yang berparut kebakaran itu.

· Mendakwa bahawa Megat Azizan merupakan rakan pertamanya selepas bertahun-tahun hidup di dunia. 

Continue Reading

You'll Also Like

6K 133 14
Sorry pantun bebas jeww??
57.7K 4.4K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
164K 3.3K 10
Sieg. Sempurna di mata para wanita. Seorang yang tampan dan serba-serbi lengkap. Berduit? Berharta? Ah! Semua dusta! Mana mungkin kesempurnaan it...