[COMPLETED] Frust 좌절하다 (Jungk...

By SuamikuKacakGila27

959K 82.9K 2K

"Jangan pernah tunjuk muka kau depan aku. Aku geli. Aku jijik. Sebab memperisterikan perempuan yang dah kena... More

Prologue ❤
1 ❤
2 ❤
3 ❤
4 ❤
5 ❤
6 ❤
7 ❤
8 ❤
9 ❤
10 ❤
11 ❤
12 ❤
13 ❤
14 ❤
15 ❤
16 ❤
17 ❤
18 ❤
19 ❤
20 ❤
21 ❤
22 ❤
23 ❤
24 ❤
25 ❤
26 ❤
27 ❤
28 ❤
29 ❤
30 ❤
31 ❤
32 ❤
33 ❤
34 ❤
35 ❤
36 ❤
37 ❤
38 ❤
39 ❤
40 ❤
41 ❤
42 ❤
43 ❤
44 ❤
45 ❤
46 ❤
47 ❤
48 ❤
49 ❤
50 ❤
51 ❤
53 ❤
54 ❤
55 ❤
56 ❤
57 ❤
58 ❤
59 ❤
60 ❤
61 ❤
62 ❤
63 ❤
64 ❤
65 ❤
66 ❤
67 ❤
68 ❤
69 ❤
70 ❤
71 ❤
72 ❤
73 ❤
74 ❤
75 ❤
76 ❤
77 ❤
78 ❤
79 ❤
80 ❤
81 ❤
82 ❤
83 ❤
84 ❤
85 ❤
86 ❤
87 ❤
88 ❤
89 ❤
90 ❤
91 ❤
92 ❤
93 ❤
94 ❤
95 ❤
96 ❤
97 ❤
98 ❤
99 ❤
100 ❤
101 (Final) ❤

52 ❤

9.1K 775 3
By SuamikuKacakGila27

Jungkook menapak ke pantri selepas Lisa memberitahu bahawa Jung Yeon berada di sana. Tenang dia melangkah sehinggalah tiba di pantri. Jelas, susuk tubuh gadis itu sedang membelakangi pintu pantri.

Jungkook masuk ke dalam terhendap-hendap, dengan kepala otak ligat memikirkan sesuatu. Melihat suis lampu yang berada di sebelahnya, Jungkook tersengih.

Perlahan-lahan dia sentuh suis itu, dan matikan!

"Argh!!!"

PRANG!

Jungkook pantas menghidupkan semula lampu pantri ini dan melihat Jung Yeon. Gadis itu berdiri dengan tangan kiri dikitaikan. Air panas yang tertumpah di atas kabinet membuatkan Jungkook tergamam seketika.

"Siapa mat... JEON JUNGKOOK!" Berderau darah Jung Yeon dibuatnya apabila terlihat susuk tubuh suaminya sedang berdiri di muka pintu.

"Kau okey?"

"Nampak saya okey ke?" Sinis. Tangan kirinya yang tersimbah dek air panas tadi masih digoyang-goyangkan. Mahu tidak tumpah? Sudahlah sendirian, gelap pula tu. Mujur tidak terlalu panas. Tapi cukup menyebabkan kulit Jung Yeon perit dan pedih.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu yang kau..."

"Jangan dekat dengan saya." Jung Yeon menjauhi Jungkook apabila lelaki itu mahu mendekatinya. Air yang melimpah di atas kabinet dibiarkan. Yang penting, tangannya perlukan rawatan.

"Biar aku tengok tangan kau."

"Tak payah."

"Jung Yeon,"

"Apa?"

"Aku risau ni. Sini," Jung Yeon cuba dicapai tetapi isterinya itu semakin larikan diri. Merajuk lagi. Marah lagi.

"Tak perlu. Saya okey." Jung Yeon melihat belakang tangannya. Merah. Sakit masih terasa dan pijar masih bermaharajalela. Jungkook kemam bibir. Melihat kerutan sakit pada wajah Jung Yeon, dia dihambat rasa bersalah yang kuat. Perlahan-lahan dia mendekati isterinya itu.

"Aku minta maaf..." bisik, perlahan. Lengan Jung Yeon disentuh kedua-duanya sehingga gadis itu mendongak.

"Tak apa."

"Aku tahu kau marah."

"Habis tu kenapa buat?"

"Saja je. Aku nak ajak kau keluar makan. Aku lapar."

"Saya rasa sakit je sekarang ni. Tak lapar. Awak nak makan, pergilah sendiri." Kata Jung Yeon, dingin. Kedudukan mereka sangat rapat, ketinggian Jungkook dan Jung Yeon tidaklah ketara mana. Mereka tetap nampak serasi berdua.

"Sini, aku tengok." Jungkook capai tangan kiri Jung Yeon perlahan-lahan.

"Auww... jangan pegang situ."

"Okey, I'm sorry. Tak sengaja." Jungkook mengusap bahagian belakang tangan yang memerah itu.

"Sakit?"

"Hmm..."

Continue Reading

You'll Also Like

240K 25.2K 51
"Apa yang istimewa sangat perempuan penagih dadah tu?! Apa yang dia ada?! Jungkook, ibu tak kira. Kalau kamu tak ceraikan perempuan tu, ibu tak akan...
307K 42.1K 66
"Saya sayang awak, Sejung." "Untuk apa awak sayang perempuan yang dah jadi tin kosong ni?" Nantikan...
242K 37.7K 155
"Jangan dekat, kalau tak saya terjun!" "Terjun jelah, ingat aku kisah ke? Aku naik ni pun sebab nak ambil angin." Di saat dirinya terasa rapuh, tuh...
246K 36K 102
ㅡ let's create a beautiful moment in ramadan together , dear ! ♡ published on : ㅡ 1st ramadan 2018