KAU SELALU ADA

By karyaseni2u

42.7K 1K 33

Tajuk: Kau Selalu Ada Penulis: Dilla Ahmad Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-57-0 Harga: RM23.00 (Seme... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14

Bab 15

3.9K 89 15
By karyaseni2u

Malam, Ammar membantu Iman mencuci pinggan mangkuk di singki selepas makan malam. Sementara Iman pula mengelap dapur yang berminyak. Lauk ayam masak kurma yang masin itu masih menjadi santapan mereka tadi. Cuma, kali ini dah tak masin lagi bila Ammar menambahkan sedikit air ke dalam kuah itu dan mendidihkannya semula.

"Abang pun pandai masak tau. Cuma malas nak tunjuk skil aje!" Kata-kata Ammar tadi buat Iman mencebik.

"Kalau abang pandai masak, kenapa tak tolong Iman?" tanya Iman pula, menjeling pada si encik suami yang sudah tersengih.

"Abang tak habis cakap tadi. Abang pandai masak Maggi dan goreng telur aje." Ammar lantas ketawa. Terus Iman palitkan buih sabun ke pipi Ammar. Geram sebab kenakan dia!

Mata Ammar sudah menjeling cik isteri di sebelah yang sedang leka membilas tuala lap dapur. Bahunya kemudian menolak bahu Iman. Iman menoleh sambil buat muka berkerut.

"Malam ni malam Jumaat," kata Ammar sambil senyum tapi tak pandang muka dia. Makin berkerut kening Iman dengan statement Ammar itu.

"Kenapa dengan malam Jumaat? Abang nak keluar ke? Abang ada dating dengan Shila tu ya?" Mata Iman sudah merenung Ammar. Kening sudah buat kening macam ZZ tu.

"Nak dating dengan dia nak buat apa?" Kening Ammar pula berkerut.

"Bukan boleh sentuh pun. Cuma boleh tengok aje. Lainlah kalau dengan isteri abang ni." Ammar sudah bagi dia senyuman jahat. Bahu Iman ditolak lagi dengan bahu dia.

Selama ni Ammar tak pernah tengok dia? Sentuh dia? Jadi, apa kena-mengena dengan malam Jumaat? Pelik betul suami dia ni.

Tanpa bicara lagi, Ammar terus cuci tangan dan tarik tangan Iman dan dicucikannya juga. Iman sudah pandang dia tak berkelip. Bibir Ammar sudah tersenyum senget.

"Abang, Iman tak habis lagi kerja Iman tu..." Iman cuba membantah bila tangan Ammar dah tarik dia keluar dari dapur mereka.

"Kita nak ke mana ni, bang?" tanya Iman, sudah main tarik-tarik tangan dengan Ammar.

"Masuk bilik!" jawab Ammar bersahaja.

"Tapi, Iman nak..."

"Haip, jangan derhaka pada suami. Sayang ikut ajelah."

Suara Ammar sudah lain macam. Iman terdiam. Hendak tak hendak, dia ikut juga langkah Ammar itu tuju ke bilik tidur mereka.

Iman kemudian didudukkan di atas kusyen panjang di dalam bilik dan tangan Ammar terus capai remote TV. Siaran Astro Prima dibuka.

"Malam ni ada cerita P. Ramlee. Cerita Musang Berjanggut. Abang suka cerita ni. Tengok berapa kali pun, abang mesti gelak!" Ammar sudah mengambil tempat di sebelah Iman yang sedang merenung dia macam tak puas hati.

"Abang ni, Iman ada kerja kat dapur tu. Kalau abang nak tengok cerita P. Ramlee ni, abang tengoklah. Iman nak sambung buat kerja!" Iman sudah bangun berdiri. Tapi tangan Ammar segera menarik tangan Iman. Iman terduduk semula.

"Sayang, awak kan isteri abang. Takkan abang nak tengok cerita ni sorang-sorang? Lepas tu gelak sorang-sorang juga? Sebagai suami isteri ni kenalah bertolak ansur sikit. Saling tolong-menolong dan bekerjasama. Tadi abang dah tolong Iman kat dapur tu. Kali ni, Iman pula temankan abang kat bilik ni tengok TV. Bukan susah pun, kan?" Ammar sudah menyengih.

Iman menghela nafas panjang. Lalu duduk menyandar ke kusyen. Ammar menoleh pada cik isteri yang sudah senyap di sebelah. Tangan Iman yang ada di pangkuan diraih dan diletakkan di ribanya pula.

"Iman tahu tak, setiap pasangan yang dah berkahwin ni kena saling bertolak ansur dan saling menerima kekurangan pasangannya?" tanya Ammar, memandang Iman sesekali.

"Tak tahu, sebab Iman tak kahwin lagi sebelum ni!" jawab mulut kecil itu dengan muka bersahaja. Ammar dah tenung wajah itu. Ini ada juga yang kena cium karang.

"Sekarang sayang dah boleh terima abang, kan?" Ammar sudah senyum senget. Iman memandang Ammar dengan mulut dah senget ke tepi. Macam nak kenakan dia saja Encik Ammar ni.

"Terima apa pula?" tanya Iman polos. Tak faham dengan kata-kata tersirat encik suami tu yang baginya ada udang sebalik mi itu. Encik Ammar ni bukan boleh percaya sangat. Tiap kata tu mesti menyimpang ke lain. Huh!

Ammar sudah ketawa perlahan. Kepala Iman ditarik dan lantas dahi itu dikucupnya. Kemudian mata difokuskan pada skrin TV.

Iman menoleh pada Ammar yang sudah ketawa dan sesekali tersenyum itu. Apa perasaan Ammar kalau dia cakap yang cuti semesternya sudah ke penghujungnya?

"Errr... Abang..." panggil Iman perlahan.

"Ya, sayang?" sahut Ammar tanpa memandangnya. Mata tengah tunak menonton cerita P. Ramlee itu.

"Cuti semester Iman dah nak habis. Jadi, Iman rasa Iman kena balik rumah sewa Iman tu sebab rumah sewa tu dekat dengan kolej Iman..."

Pantas kepala ditolehkan pada Iman. Mata Ammar sudah memandangnya tepat-tepat kini. Dada Iman sudah berdebar semacam bila kena tenung macam tu.

"Are we still in the subject?" tanya Ammar, tak berkelip merenungnya.

"Kan abang dah cakap abang yang akan hantar Iman pergi balik kolej?" Suara Ammar juga dah kedengaran lain di telinga Iman.

"Ya, tapi macam mana kalau abang sibuk? Macam mana kalau abang ada mesyuarat ke... Abang nak jumpa client tiba-tiba ke? Iman nak balik dengan apa? Takkan Iman nak kena tunggu abang sampai lewat malam?" tanya Iman lagi, berani-berani takut memberi hujahnya pula.

"Awak isteri abang, Iman Suffiyah. Tahulah abang nak buat apa nanti. Takkan kita nak tinggal asing-asing? Apa kata keluarga nanti?" tanya Ammar, sudah duduk menghadapnya kini.

"Nak kata apa pula, bang? Iman pergi belajar. Bukan buat apa-apa," ucap Iman perlahan saja.

"Ya, abang tahu. Tapi apa abang nak buat kalau Iman tak ada? Abang dah biasa ada Iman kat dalam rumah ni. Kalau Iman balik ke sana, siapa nak jaga abang? Siapa nak sediakan makan dan pakai abang? Itu kan tanggungjawab isteri?" Ammar pula menyampaikan hujahnya.

"Iman cuma tak mahu susahkan abang terkejar-kejar dari ofis. Lepas tu nak ambil Iman dekat kolej. Iman tak nak ganggu abang."

Ammar sudah berdiri dan memandang Iman dengan muka serius. Remote TV dicampak ke atas meja. Berdentum bunyinya. Kemudian dia melangkah ke pintu bilik dan keluar. Seketika kedengaran pintu hadapan dibuka dan dihempas dengan kuat.

Iman termangu sendiri. Ammar sudah marahkan dia. Sangat-sangat marahkan dia. Iman menghela nafas dan melangkah keluar. Ruang tamu nampak suram dan sunyi. Kosong. Iman duduk di atas sofa. Ke mana Ammar pergi, ya? Iman mula bimbang.

Hingga ke tengah malam pun Ammar masih belum balik. Iman pandang jam di telefon. Sudah hampir pukul satu pagi. Hati Iman mula risau. Takut sesuatu yang tak baik terjadi pada Ammar di luar sana. Orang kalau marah, bawa kereta mesti laju. Ya Allah, harap-harap Ammar tak apa-apa. Hai, sejak bilalah dia berperasaan begini pada suaminya itu.

Dalam berfikir-fikir, pintu depan kedengaran dibuka orang. Iman yang sedang berbaring di atas sofa bingkas bangun dan duduk. Tubuh Ammar kelihatan masuk ke dalam rumah dan menutup pintu perlahan. Bila dia berpaling, mata terus bertembung dengan mata Iman.

"Kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Ammar, perlahan. Kaki diatur menghampiri isterinya.

"Iman tunggu abang. Abang pergi ke mana?" tanya Iman mendongak memandang Ammar yang sudah berdiri tegak di hadapannya. Mata hitam itu nampak tak bermaya. Iman merasa sangat bersalah pula buat Ammar marah-marah tadi.

Tangan Iman diraih dan sesuatu diletakkan di tapak tangan isterinya itu. Iman tunduk memandang kunci kereta di tapak tangannya dan memandang Ammar semula.

"Kunci kereta mama. Iman boleh guna untuk pergi balik kolej. Tak payah balik rumah Aida tu lagi," ucap Ammar perlahan dan kemudian berlalu masuk ke bilik.

Iman ditinggalkan di ruang tamu itu. Rasa bersalah makin bersarang dalam benaknya. Kaki perlahan melangkah ke bilik dan kepala dijengukkan ke dalam. Kelihatan Ammar sudah berbaring di atas katil tanpa menukar pakaian. Lengan di belakang kepala dan mata terpejam rapat.

Iman masuk dan menutup pintu perlahan. Dia melangkah ke katil dan duduk di sebelah Ammar yang sedang berbaring menelentang itu. Perlahan dia menunduk dan dahi Ammar dia kucup lembut.

"I'm sorry," bisik Iman perlahan. Tangan Ammar bergerak perlahan dan memeluknya. Iman berbaring di atas lengan Ammar dan memeluk pinggang suaminya.

"It's okay. Just lie beside me. I just want you to stay with me, Iman Suffiyah. Itu aje yang abang inginkan," bisik Ammar juga, sebelum mengucup dahi itu. Lama. Kemudian mata dipejamkan semula. Mengantuk sangat.Tubuh Iman dipeluk erat hingga dia tertidur.

Continue Reading

You'll Also Like

8.6K 389 41
๐Ÿฅ€Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
6.6K 596 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
6.5M 139K 37
[ 3rd BOOK = ARS ] ___________________ Mawar Qaisara gadis istimewa yang mempunyai IQ budak 6 tahun. Dirinya sama macam kanak-kanak yang lain. Manja...
302K 5.9K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.