Bab 10

2.7K 62 2
                                    

Ammar mengenakan butang baju kemejanya satu demi satu. Matanya juga sesekali menjeling ke arah Iman Suffiyah. Cik isteri sedang mengemaskan katil mereka. Malam tadi adalah malam bersejarah buat mereka berdua. Mula-mula dia ingat cuma nak sentuh-sentuh Iman aje. Tapi bila melihat Iman diam tak menolak tangannya, dia semakin berani. Lagipun Iman Suffiyah itu isterinya. Milik halal untuk dia. Tak akan berdosa kalau dia nak melakukannya dengan isteri sendiri. Dapat pahala lagi ada!

Ammar melangkah ke depan cermin solek sambil membetulkan tali lehernya. Mata menjeling Iman sekali lagi.Pagi ini, Iman Suffiyah langsung tak pandang muka dia.Tengok dia pun sipi-sipi aje. Marahkan dia atau malu dekat dia? Ammar tidak pasti.

Terasa serba salah pula Ammar rasakan saat ini. Dah la Iman tu jenis berat mulut. Bila dah jadi macam ni, makin tak bercakaplah mulut tu. Tapi dia akui, dia sudah mula sukakan karakter Iman Suffiyah ini. Mungkin sejak kali pertama bertentang mata rasa itu sudah mula meresap dalam jiwanya. Rasa jiwanya terus mekar bila mata bundar itu memandang tepat ke matanya lantas memanah terus ke jantung. Cupid memang pandai membuat kerjanya!

"Iman Suffiyah," panggil Ammar tiba-tiba. Dia berpaling menghadap Iman kini.

"Ya?" Sahut suara itu perlahan dan nampak gugup aje. Kemudian Iman menoleh memandangnya. Mata bundar itu macam tak mahu pandang dia. Muka comel itu pun nampak berona aje. Ammar berdehem perlahan.

"Tolong ikatkan tali leher ni. Tangan abang rasa lenguhlah pula." Ammar bagi alasan. Kakinya mendekati Iman yang tegak tak bergerak. Tali leher berwarna maroon itu diserahkan kepada Iman sebelum sempat Iman nak cakap apa-apa.

Iman mengambil tali leher itu dan tanpa bersuara segera dia melilitkannya ke leher Ammar. Ammar menunduk sedikit bila melihat si isteri dah terjengket-jengket hendak mengikat tali lehernya. Jarak Iman yang agak jauh macam takut nak dekat dengan dia, dirapatkan. Spontan tangan dah melekap di pinggang ramping Iman. Mata Iman sudah naik memandangnya. Mata mereka saling menyabung pandang. Ammar senyum. Iman senyum tawar.

"Iman marah dekat abang ke?" tanya Ammar perlahan. Tangan Iman ligat mengikat tali lehernya. Dahi Iman dia sentuh perlahan dengan bibirnya.

"Tak adalah," jawab Iman, masih tak memandangnya.

"Sorry..." bisik Ammar ke telinga isterinya.

"Kenapa nak cakap sorry pula? Kita kan dah jadi suami isteri. Masing-masing punya tanggungjawab. Maafkan Iman kalau layanan Iman tak memuaskan hati abang. Iman tak tahu macam mana..." Polos saja kata-kata itu pada pendengaran Ammar. Bibir Ammar menarik senyum. Pipi Iman yang nampak berona itu dia elus perlahan.

"Abang faham, sayang. Abang tak salahkan Iman. Kita masih baru menjalani alam rumah tangga ni. Abang pun nak minta maaf juga kalau abang..."

Kepala Iman semakin menunduk. Dia tak mahu dengar. Dia malu! Ammar pula dah tersenyum simpul melihat gelagat Iman itu. Dagu Iman disentuh lalu didongakkan memandangnya semula.

"Jangan malu dengan abang. Abang suami Iman. Kalau ada yang Iman tak puas hati dengan abang, Iman cakap aje. Lagipun, kita masih baru lagi. Dah lama-lama okeylah nanti." Ammar sudah ketawa perlahan, mengusik.

Bibir kecil itu sudah mengetap dan menyenget ke tepi. Mata itu juga dah tenung dia semacam. Terus dahi kecil itu dikucup sekali lagi dan melangkah ke katil. Baju kot yang terdampar di atas katil diambil lalu disarungkan ke tubuh.

"Kelas Iman pukul berapa, sayang?" tanya Ammar, mengemaskan baju kot di tubuhnya.

"Dalam pukul lapan setengah dah kena berkumpul dalam dewan fakulti," jawab Iman Suffiyah. Tangan segera membuka beg galas lalu membelek-belek buku-bukunya. Mana-mana buku yang nak dibawa, disumbatkan ke dalam beg. Lepas solat subuh pagi tadi bersama Ammar, dia terus menyiapkan sedikit kertas kerjanya.

KAU SELALU ADAWhere stories live. Discover now