Bab 5

2.6K 69 1
                                    

"Pagi ni kita bersarapan kat bawah ya, Iman. Abang nak kenalkan Iman dengan kawan baik abang, Thoriq. Actually, his name is Syed Mohamad Thoriq Hatta. Kita orang panggil dia Thoriq aje. Dia nak berkenalan dengan isteri abang. Dia dah tahu abang dah kahwin semalam," kata Ammar panjang lebar pagi itu.

Baju lengan panjang berwarna coklat gelap disarungkan ke tubuh. Udara yang dingin di luar sana buat dia rasa nak selubung aje bawah selimut.

Iman pula hanya mengenakan baju kemeja kotak-kotak hitam putih dan berseluar jean saja. Baju yang biasa dia pakai kalau pergi ke kolej. Kalau tengok gaya dia dan Ammar yang sentiasa nampak segak itu, memang orang tak akan percaya yang dia ni adalah isteri lelaki itu. Lelaki itu dengan kematangannya. Iman pula masih macam anak remaja. Iman menjeling sedikit pada Encik Ammar. Orang kalau dah segak, pakai apa pun nampak segak.

Ammar menoleh pada Iman yang tidak memberi tindak balas pada tiap kata-katanya tadi. Isterinya itu sedang mengemaskan katil.

"Iman!" panggil Ammar. Iman yang sedang melipat selimut segera mengangkat muka.

"Biarkan aje katil tu. Nanti ada orang yang kemaskan. Duduk sini kejap," ajak Ammar sambil tangan dah menepuk kusyen di sebelahnya. Iman diam sejenak. Tapi kemudian kakinya melangkah ke arah Ammar dan perlahan melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya. Dalam kepala mula fikir macam-macam. Ada apa-apa yang suaminya nak cakap ke?

"Ada apa-apa Iman nak cakap dengan abang? Nak tanya ke?" tanya Ammar, meneliti wajah Iman. Bibir masih mengukir senyuman pada Iman. Susah sungguh dia nak dengar suara Iman ni. Masih malu dengan dia lagi ke? Masih kekok?

"Tak ada apa, Encik Ammar. Sekarang belum lagi nak tanya kut. Sebab perut rasa lapar. Otak tak berfungsi. Sel-sel otak tak berhubung lagi." Jawapan Iman dengan muka selamba dia itu, buat Ammar ketawa perlahan.

"Okeylah. Jom kita keluar bilik. Kawan abang tentu dah tunggu kat bawah," balas Ammar seraya bangun berdiri. Kemudian tangan dihulurkan ke arah Iman Suffiyah.

"Saya nak kemas katil ni sikit lagi," kata Iman Suffiyah, tersengih. Cepat-cepat dia bangun dan segera menegangkan kain cadar dan menyusun bantal. Ammar tersenyum memerhatikan isterinya.

Pada pandangan Ammar, tidak ada celanya Iman Suffiyah yang kini menjadi pilihannya. Orangnya comel saja. Badan itu juga kurus saja. Maklumlah budak lagi. Budak ke? Kalau nak dibandingkan umur dia dan Iman Suffiyah, memang jauh beza. Dia sudah tiga puluh satu. Iman Suffiyah pula baru dua puluh tiga tahun. Jarak umur mereka itu juga mungkin membuatkan isterinya itu nampak kebudak-budakan sedikit. Gaya pakaian pun orang tahu Iman Suffiyah itu muda lagi.

"Saya dah siap, Encik Ammar!" kata Iman Suffiyah tiba-tiba, membuatkan matanya naik memandang isterinya itu.

"Okey. Jom keluar. Abang pun dah lapar ni."

Kakinya segera melangkah ke pintu. Pintu bilik dibuka dan membiarkan Iman keluar terlebih dulu. Mereka melangkah hingga ke pintu lif. Pintu lif terbuka, tangan Iman terus ditarik ke sisinya bila ada yang mahu keluar dari lif itu. Takut ada yang terlanggar isterinya yang kecil molek ini. Iman mengeras di sebelah. Ammar sembunyi senyum. Ini mesti tak pernah kena sentuh atau kena pegang dengan lelaki. Ammar dah senyum bangga sebab dia yang pertama buat begitu.

Bila dah kosong, barulah dia menarik Iman masuk sekali bersama pasangan yang lain. Tangan Iman digenggam erat dan kemas. Iman Suffiyah pula dah rasa kelam-kabut dalam dada. Tak pernah orang lelaki pegang tangan dia macam tu. Kecuali abahnya. Macam tak bagi dia terlepas atau mungkin Encik Ammar ni ingat dia tak tahu berjalan ke?

Hesy, Iman. Mamat tu baru nak buat aksi romantik, kau dah fikir macam-macam. Tak romantik betullah kau ni! Iman Suffiyah sudah garu-garu dahi sendiri.

KAU SELALU ADAWhere stories live. Discover now