Bab 15

3.9K 89 15
                                    

Malam, Ammar membantu Iman mencuci pinggan mangkuk di singki selepas makan malam. Sementara Iman pula mengelap dapur yang berminyak. Lauk ayam masak kurma yang masin itu masih menjadi santapan mereka tadi. Cuma, kali ini dah tak masin lagi bila Ammar menambahkan sedikit air ke dalam kuah itu dan mendidihkannya semula.

"Abang pun pandai masak tau. Cuma malas nak tunjuk skil aje!" Kata-kata Ammar tadi buat Iman mencebik.

"Kalau abang pandai masak, kenapa tak tolong Iman?" tanya Iman pula, menjeling pada si encik suami yang sudah tersengih.

"Abang tak habis cakap tadi. Abang pandai masak Maggi dan goreng telur aje." Ammar lantas ketawa. Terus Iman palitkan buih sabun ke pipi Ammar. Geram sebab kenakan dia!

Mata Ammar sudah menjeling cik isteri di sebelah yang sedang leka membilas tuala lap dapur. Bahunya kemudian menolak bahu Iman. Iman menoleh sambil buat muka berkerut.

"Malam ni malam Jumaat," kata Ammar sambil senyum tapi tak pandang muka dia. Makin berkerut kening Iman dengan statement Ammar itu.

"Kenapa dengan malam Jumaat? Abang nak keluar ke? Abang ada dating dengan Shila tu ya?" Mata Iman sudah merenung Ammar. Kening sudah buat kening macam ZZ tu.

"Nak dating dengan dia nak buat apa?" Kening Ammar pula berkerut.

"Bukan boleh sentuh pun. Cuma boleh tengok aje. Lainlah kalau dengan isteri abang ni." Ammar sudah bagi dia senyuman jahat. Bahu Iman ditolak lagi dengan bahu dia.

Selama ni Ammar tak pernah tengok dia? Sentuh dia? Jadi, apa kena-mengena dengan malam Jumaat? Pelik betul suami dia ni.

Tanpa bicara lagi, Ammar terus cuci tangan dan tarik tangan Iman dan dicucikannya juga. Iman sudah pandang dia tak berkelip. Bibir Ammar sudah tersenyum senget.

"Abang, Iman tak habis lagi kerja Iman tu..." Iman cuba membantah bila tangan Ammar dah tarik dia keluar dari dapur mereka.

"Kita nak ke mana ni, bang?" tanya Iman, sudah main tarik-tarik tangan dengan Ammar.

"Masuk bilik!" jawab Ammar bersahaja.

"Tapi, Iman nak..."

"Haip, jangan derhaka pada suami. Sayang ikut ajelah."

Suara Ammar sudah lain macam. Iman terdiam. Hendak tak hendak, dia ikut juga langkah Ammar itu tuju ke bilik tidur mereka.

Iman kemudian didudukkan di atas kusyen panjang di dalam bilik dan tangan Ammar terus capai remote TV. Siaran Astro Prima dibuka.

"Malam ni ada cerita P. Ramlee. Cerita Musang Berjanggut. Abang suka cerita ni. Tengok berapa kali pun, abang mesti gelak!" Ammar sudah mengambil tempat di sebelah Iman yang sedang merenung dia macam tak puas hati.

"Abang ni, Iman ada kerja kat dapur tu. Kalau abang nak tengok cerita P. Ramlee ni, abang tengoklah. Iman nak sambung buat kerja!" Iman sudah bangun berdiri. Tapi tangan Ammar segera menarik tangan Iman. Iman terduduk semula.

"Sayang, awak kan isteri abang. Takkan abang nak tengok cerita ni sorang-sorang? Lepas tu gelak sorang-sorang juga? Sebagai suami isteri ni kenalah bertolak ansur sikit. Saling tolong-menolong dan bekerjasama. Tadi abang dah tolong Iman kat dapur tu. Kali ni, Iman pula temankan abang kat bilik ni tengok TV. Bukan susah pun, kan?" Ammar sudah menyengih.

Iman menghela nafas panjang. Lalu duduk menyandar ke kusyen. Ammar menoleh pada cik isteri yang sudah senyap di sebelah. Tangan Iman yang ada di pangkuan diraih dan diletakkan di ribanya pula.

"Iman tahu tak, setiap pasangan yang dah berkahwin ni kena saling bertolak ansur dan saling menerima kekurangan pasangannya?" tanya Ammar, memandang Iman sesekali.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU SELALU ADAWhere stories live. Discover now