Bab 2

2.9K 76 2
                                    

Buat beberapa ketika, Iman Suffiyah tak bercakap apa-apa. Mata saja meneliti wajah tanpa cela itu. Putih bersih. Pandai dia ni jaga muka. Hai, macam manalah Kak Najwa tu boleh tinggalkan lelaki sesegak Encik Ammar Hafiz bin Datuk Azhari ni ya? Hati mula bertanya.

"Apa yang awak tengok, sayang?" tanya Ammar lantas mencuit hidung kecil Iman yang macam sedang mengelamun itu. Pandang dia tak berkelip tadi. Buat jantung dia kuat dup-dap, dup-dap menghentak dada.

Iman Suffiyah tersentak sedikit bila hidungnya kena sentuh macam itu. Terus dia tersengih. Malu pula dia bila kena tegur macam tu. Terleka sekejap melihat muka bersih mamat kat depan dia ni.

"Seorang isteri itu wajib mengikut suaminya ke mana saja suaminya pergi selagi tidak melanggar hukum agama. Betul tak?" tanya Ammar, memandang Iman Suffiyah. Wah, Ammar dah rasa macam imam muda pula bila cakap gaya macam ini. Isterinya mengangguk perlahan. Nampak sangat muka tu macam tak rela nak ikut dia balik ke KL. Hati Ammar sudah ketawa.

"Abang dah beritahu abah yang kita kena balik petang ni juga. Jadi sekarang abang nak Iman kemas barang-barang Iman. Barang-barang abang, abang dah kemaskan tadi. Tapi sebelum balik KL, abang nak singgah kat satu tempat ni. Kita akan bermalam di sana nanti," terang Ammar lagi. Lelaki itu sudah berdiri dan memerhatikan persekitaran kawasan kampung itu.

Iman Suffiyah menghela nafas perlahan ketika memasukkan pakaian-pakaiannya ke dalam beg. Segala peralatan dan buku-buku kolejnya juga dia main sumbat aje ke dalam beg galasnya. Kena cepat sebab Encik Ammar a.k.a encik suaminya tu macam tak sabar dah nak meninggalkan tempat ini.

Mungkin suaminya mengejar masa. Suami? Satu ayat baru dalam kamus hidup seorang Iman Suffiyah. Terfikir juga dia kalau-kalau lelaki itu rela menjadi suaminya. Ala... Iman. Kau rela ke jadi isteri Encik Ammar tu? Iman jongket bahu sendiri. Biarlah masa dan keadaan yang menentukan keserasian mereka berdua nanti. Entah macam mana perangai Encik Ammar itu pun dia tidak tahu.

"Iman Suffiyah..." Suara lelaki yang sudah mula masuk ke dalam hati dan mindanya kedengaran. Iman menoleh. Ammar masuk ke bilik pengantin mereka. Dia berdiri tegak di hadapan Iman sambil memandang beg-beg baju dia dan isterinya.

"Dah siap?" tanya Ammar, menilik jam di tangannya pula. Dah dekat pukul tiga petang. Harap-harap sempat dia jumpa Thoriq kat sana nanti. Mesti Thoriq terkejut bila tengok dia datang bawa isteri bersamanya.

"Dah. Iman dah kemas dah barang-barang Iman." Suara Iman kedengaran perlahan saja. Dia tahu isterinya mesti sedih nak berpisah dengan keluarganya. Tapi dia tak ada masa nak layan drama sedih ini semua. Tadi bila ternampak Najwa balik ke rumah, dia bersyukur yang Iman Suffiyah yang menjadi isterinya. Bukan perempuan yang papa nak jodohkan dengan dia itu. Ya, Najwa memang cantik. Tapi di matanya kini hanya Iman Suffiyah yang lebih cantik dan menawan hati. Hati rasa bergetar saja tiap kali mata bundar itu tepat memandangnya.

"Barang-barang hantaran ni bawa sekali. Dah jadi milik awak, Iman," katanya lagi ketika terpandangkan barang-barang itu tersusun di tepi katil. Iman menoleh memandang barang-barang hantaran itu dan kemudian pada wajah tegang Ammar.

Iman mendekati Ammar dan mengangkat barang-barang itu dari atas dulang hantaran. Tak mahu nak menegangkan keadaan lagi. Lagipun, barang-barang ini semua nampak mahal! Ada jam tangan Gucci, beg tangan Gucci dan kasut Gucci juga! Kalau nak beli memang tak mampulah dia.

Tapi apa dia nak buat dengan kasut tumit tinggi Gucci ni? Dia bukan pakai kasut jenis macam ni. Tangan dah membelek kasut tumit tinggi itu dengan muka ngeri bila melihat ketinggian kasut itu.

"Kenapa, Iman? Awak tak suka, ya? Nanti kita belikan yang lain untuk awak, ya," kata Ammar yang sudah berdiri di sebelahnya. Bibir itu tersenyum sejemput pula.

KAU SELALU ADAWhere stories live. Discover now