Penyongsangan : Malapetaka Ka...

Από HdinHafizuddin

6.1K 654 114

[Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori 'Penulis Luar Biasa'] Dr. Asyfan Haziq, seorang saintis terkem... Περισσότερα

Prakata Penulis & Watak
Profil Fail Rahsia #1
Prolog
Babak 1 : Penemuan Terbaru
Babak 2 : Sumber Menghilang
Babak 3 : Antartikasia
Babak 4 : Semakin Sejuk
Babak 5 : Tetap Dalam Jiwa
Babak 6 : Ais Terbelah di Langit Amerika
Babak 7 : Si Noob yang Gigih
Babak 8 : Sudah Ku Tahu
Babak 9 : Boleh Blah!
Babak 10 : Out Of The Woods
Babak 11 : Tragedi Penerbangan Terburuk
Babak 12 : Style
Babak 13 : Mega-tsunami dari Kepulauan Canary
Babak 14 : Closer
Babak 15: Into You
Babak 16 : Tenggelamnya Tembok Keangkuhan AS
Babak 17 : Segalanya Telah Berubah (PG18 )
Babak 18 : Gegaran Berpusat Dari Kaldera Yellowstone
Babak 19 : Masa Semakin Suntuk
Babak 20 : Meletusnya Super Letupan Yellowstone
Babak 21 : No Tears Left to Cry
Babak 22 : Shape Of You (PG18)
Babak 23 : 39 Tahun Cahaya Rindu
Babak 24 : Planet Yang Tak Dirindukan
Babak 25 : TRAPPIST-1e atau Zaman Jura-Kapur?
Babak 26 : Penjelajahan Zaman Jura-Kapur I
Babak 28 : I Don't Wanna Live Forever
Babak 29 : Anomali Atlantik Selatan (SAA) Terbentuk
Babak 30: Pancuran Aurora dilangit Malaysia
Babak 31 : Pengembaraan Planet TRAPPIST-1e Bermula!
Babak 32 : Anak Krakatau Meletus Pula
Babak 33 : Something Just Like This!
Babak 34 : Jampi
Babak 35 : Sejuk Salju
Babak 36 : Sumpah
Babak 37 : Heavy
Babak 38 : Look What You Made Me Do
Epilog
🎉 Apresiasi Anugerah #Wattys2017 🏆

Babak 27 : Penjelajahan Zaman Jura-Kapur II

73 11 0
Από HdinHafizuddin

SELAMAT DATANG KE ZAMAN JURA-KAPUR

Ia bukanlah sesuatu penjelajahan yang biasa-biasa. Ianya sebuah perjalanan ke satu zaman yang terlalu asing untuk kita. Suatu zaman yang mencorakkan perjalanan sebuah masa depan negara bangsa yang berakar daripada sumber buminya. Satu zaman yang didiami oleh satu spesies yang amat berlainan daripada kita. Perjalanan inilah yang menentukan samada misi kita untuk menyelamatkan sebanyak mungkin masyarakat Malaysia dikala dunia sedang menghadapi krisis kemanusian paling mencabar pada pertengahan abad ke-22 ini.

***

"Asyfan, kita kat mana sekarang?" Kyra Umiara bersuara, berbisik memecah kesunyian.

Tumbuh-tumbuhan paku pakis termasuklah spesies Gleichenoides gagaunensis merimbun-rimbun menutupi seakan-akan laluan kecil kawasan berhutan itu.

"Gleichenoides gagaunensis, salah satu spesies paku pakis yang pengkaji temui fosil dia kat Gunung Gagau, Terengganu berpuluh-puluh tahun lalu." kata Dr. Asyfan Haziq sambil memetik tumbuhan berkenaan dan menyimpannya didalam sebuah buku catatan.

"Maknanya, kita kat kawasan Gunung Gagau, Terengganu ke?" sahut Aidlee Anas dari belakang sambil menebas tumbuhan-tumbuhan bagi membuat laluan selain menanda pokok-pokok yang ada dengan penyembur cat berwarna merah untuk menandakan jalan pulang nanti.

Muka Kyra Umaira menjadi pucat lesi. Takut gamaknya apabila membayangkan kehadiran dinasour-dinasour di zaman itu. Membayangkan sahajapun sudah mengerikan, apatah lagi berhadapan dengan makhluk kuno itu,

"Tak bermakna macam tu. Tapi kita masih dikawasan semenanjung Malaysia. GPS memang tak oleh guna laa sebab zaman ni mana ada satelit. " Dr. Asyfah Haziq menerangkan dengan panjang lebar.

Selain dapat mengetahui usia sesuatu lapisan batuan yang mempunyai fosil-fosil tumbuhan tertentu, kepentingan tumbuh-tumbuhan purba ini juga adalah kita mampu mengagak spesies-spesies dinasour yang memakan tumbuhan terbabit.

Mereka pun berjalan sehinggalah menemui kawasan lopak kecil seperti tempat babi hutan berkubang.

"Tempat babi hutan berkubang ke ni?" Aidlee Anas cuba meneka. Mana tahu boleh jadi betul.

"Besar gila tempat babi berkubang. Kau biar betul Aidlee." Kyra Umaira berseloroh sambil menujukkan kawasan sekeliling.

"Ada serpihan gigi. Dari spesiment gigi nie, ini bukan tempat babi berkubang laa. Nie tempat spesies Iguanodontid sp. berkubang. Kadang-kadang tempat dieorang berebut dan bergaduh tempat berkubang. Spesies nie laa yang makan paku pakis Gleichenoides gagaunensis ni tadi." kata Dr. Asyfan Haziq sambil membelek-belek spesimen gigi yang berterabur disisi tempat berkubang terbabit.

Tempat yang mereka sedang lalui adalah kawasan lembab dan agak basah. Di samping kehadiran spesies paku pakis Gleichenoides gagaunensis yang merimbun itu, ada satu mata yang sedang memerhatikan tindak tanduk dan gerak geri mereka.

"Asyfan, tengokk! ada tapak kaki. Besar gila. Lagi besar dari tapak kaki gajah." dari kejauhan dihadapan sambil menebas paku pakis Gleichenoides gagaunensis, Aidlee Anas menjerit kuat, teruja mungkin.

"Wahhh. Besarnya." Kyra Umaira cuba membandingkan dengan tapak kaki dan tangannya. Dari pusat lesi kepada perasaan teruja. Sukar digambarkan bila dapat melihat tapak kaki dinasaur didepan mata sendiri.

"Asyfan, ada lagi kat sini. Tapi lagi kecik. Bersilang-silang pulak antara yang kecik sikit dengan yang besar." Aidlee Anas memanggil Dr. Asyfan Haziq, lebih kurang 20 meter dihadapan.

Dr. Asyfan Haziq mendekati Aidlee Anas sambil mengeluarkan kamera dari telefon modularnya. Buku catatan juga dikeluarkan bagi memcatatkan maklumat-maklumat penting penemuan-penemuan tersebut. Ukuran dan saiz tapak kaki terbabit diukur dan disukat.

"Yang kecik sikit nie kemungkinan spesies Sauropod si pemakan tumbuhan, manakala yang besar nie macam......" Dr. Asyfan Haziq menghentikan tafsirannya. Semacam ada sesuatu yang mengganggu kerongkong nya untuk terus meluahkan apakah tafsirannya. Kotak suaranya seakan hilang sehingga tiada suara yang terkeluar daripada mulutnya.

"Macam apa???!" serentak Aidlee Anas dan Kyra Umaira bersuara mahukan jawapan yang pasti dan terkini.

"Macam...." Dr. Asyfan Haziq masih tidak boleh melantunkan jawapannya. Terasa seram sejuk dibuatnya.

"???"

"THE....THE....THEE...THEROPOD." Satu jawapan yang pasti lahir daripada mulut Dr. Asyfan Haziq.

***

Spesies dinasour Igunodontid dan Sauropod merupakan dinasaur jenis pemakan tumbuhan atau lebih dikenali sebagai herbivor, manakala jenis Theropod merupakan pemangsa daging, karnivor yang amat ganas dan daripada jenis mengejar pemangsanya.

Mengikut kajian saintis negara, ketiga-tiga spesies ini pernah hidup disekitar kawasan Gunung Gagau dan Sunga Chichir di Terengganu berdasarkan penemuan fosil-fosil gigi daripada batuan sedimen lembagan daratan atau lebih dikenali sebagai 'red bed' atau Lapisan Merah yang berusia Jura-Kapur.

Selain Gunung Gagau, batuan serupa juga membentuk Banjaran Tahan dan Banjaran Penumpu (Pahang-Kelantan) serta beberapa tempat lagi di Maran, Bukit Bertangga dan Taman Negara Endau-Rompin di Pahang dan di kawasan Paloh, Gunung Ma'okil, Parit Sulong, Ulu Endau, Bukit Tebak hingga ke Gunung Panti di Johor.

***

"Asyfan, Aidlee.... aku rasa macam tak sedap hati la. Jom laa kita balik." wajah Kyra Umaira mencerminkan perasaan bimbang yang begitu mendalam, tak terselam.

"Alaa... relax laa. Kita baru sampai kot. Takde laa si Theropod tu nak kokak kita nie la. Dia dah jauh laa." Aidlee Anas dengan perasaan yakin menenangkan si Kyra Umaira yang sedang gundah gulana.

"Theropod tu baru je lepas kejar mangsanya, kalau tengokkan dari tapak kaki nie. Dia baru kejap tadi lalu sini." Dr. Ayfan Haziq cuba menafsirkan dengan penuh saintifik tapi menakutkan.

GULP!!

Tiba-tiba....

Cik Ali pergi berperang,
Pergi berperang dengan senjata,
Awan di langit kalau terang,
Picitkan bintang 🌟 di bawah barulah nyata⬇️.

Hai pembaca wattpad semua👋🏻

🔘Apakah spesies dinosaur yang pernah wujud di negara ini suatu masa dahulu ?🤔

🔘Mengapakah Dr. Asyfan Haziq mengambil spesimen daun paku pakis ketika berada di zaman Jura-Kapur ? 🤔

🤩 Luncurkan jari jemari comel anda ke logo Vote bintang 🌟 dibawah berserta ulasan-ulasan kreatif anda di bawah 👇🏼 ini.

😅 Suka dengan karya seumpama ini, apalah kiranya jika anda memasukkan sekali di dalam reading list library book anda! 📕📗📘📙

🧐 Lagi satu, jangan lupa untuk share dan kongsikan dengan rakan-rakan wattpad anda yang sekepala dengan anda yerr! 😅

☺️ Sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa penting anda untuk membaca karya ini.🙈

🙏🏻Segala vote/ulasan/perkongsian anda amatlah dihargai 🤠

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

4.3K 56 6
Kematian Akif, suami yang baru beberapa jam dinikahi adalah ujian terhebat buat Adiya. Tapi dia Reda. Sebab hidup dan mati itu hanya terpisah oleh ga...
249K 4.1K 12
Zubaidah- " Terima kasih ambik la dia, saya kira harga borong 5,000 cukup Kerja rumah semua dia tahu buat" Kaia- " Makcik jangan buat saya macam n...
1.8K 231 53
"I taknak menantu artist, so you should keluar dari got7 and jyp ent. you kena kerja dekat company uncle yuna" - encik park _________________________...
Introvert/Extrovert +Na Jaemin+ Από retired (read bio)

Επιστημονικής φαντασίας

109K 7.9K 16
"Kau tak try pun dia.Try lah!Mana tahu kau lucky" [this ff is fixed with new storyline] *cite paling tah pape author sendiri cringe 😔* Highest rank...