KAU SELALU ADA

By karyaseni2u

42.7K 1K 33

Tajuk: Kau Selalu Ada Penulis: Dilla Ahmad Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0992-57-0 Harga: RM23.00 (Seme... More

Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15

Bab 3

2.7K 77 0
By karyaseni2u

Tangan Ammar terus menarik Iman keluar dari lif. Iman tak bercakap apa-apa. Hanya mengikut langkah kaki panjang itu. Kad imbasan bilik diselitkan ke pintu bilik dan semerta pintu bilik itu terbuka. Pintu dibukakan untuk Iman Suffiyah dan membiarkan isterinya masuk.

Iman melangkah masuk sambil mata memerhatikan ruang bilik yang besar itu. Ada katil bersaiz Queen di tengah bilik. Sebuah almari berwarna putih, sebuah meja makan yang sedang-sedang saja saiznya. Ada dua biji gelas dan cerek elektrik untuk memasak air panas.

Ammar terus menutup pintu dan beg di tangan diletakkan di atas katil. Zip ditarik dan sehelai baju kemeja putih dan seluar slack hitam dikeluarkan. Tangan sudah menggosok-gosok baju yang agak renyuk sedikit itu. Iman yang berdiri di tepi tingkap menoleh memandangnya.

"Awak nak saya gosokkan baju tu ke?" tanya Iman sambil menanggalkan jaket Ammar di badannya.

"Please, thank you. Abang dah lambat ni," kata Ammar. Tangan sudah menyerahkan bajunya itu. Nasib baik ada yang menawarkan pertolongan.

Iman segera mencari seterika yang ada di dalam almari itu. Sementara Ammar pula mengeluarkan tuala mandi dan baju T Polo di badan ditanggalkan. Di hadapan Iman pula tu. Iman terus menunduk tekun menggosok baju Ammar. Buat-buat tak nampak aje. Kemudian dengan muka selamba, Ammar terus melangkah ke bilik air.

Muka Iman pula dah tebal semacam bila mata dah terpandang dada terdedah Ammar tadi. Ala, Iman. Macam tak biasa. Abang Izad dan abang ngah pun selalu begitu depan kau. Kau relaks aje.

Itu abang. Ini suami. Lagi satu, mamat ni pun dia baru kenal tadi. Tak sampai satu hari pun lagi! Hati Iman sudah berbicara sendiri. Tangan ligat menggosok baju dan seluar encik suami. Dia ingat pesan emaknya, Puan Zulina. Dah kahwin ni, suami nombor satu nak kena jaga. Keperluan suami diutamakan. Hesy, susah juga jadi seorang isteri ni...

Bunyi pintu bilik air dibuka, buat Iman takut nak pandang ke belakang. Manalah tahu tetiba aje Encik Ammar itu nak buat aksi mencolok mata depan dia yang suci murni ni.

"Dah siap gosok baju abang?" tanya suara garau itu dekat di belakangnya. Bau haruman mandian menusuk pernafasannya. Iman menoleh sekilas. Apa yang dia nampak Ammar sedang bercekak pinggang dengan tuala putih terlekat di pinggang. Rambutnya basah dan kusut-masai.

"Dah, Encik Ammar." Cepat-cepat dia menutup suis seterika itu dan tanpa memandang muka Ammar, tangan dah menghulur baju dan seluar yang sudah siap digosok.

Kemudian dia terus selongkar beg pakaiannya pula. Tuala mandi dikeluarkan. Giliran dia pula nak mandi. Sejak dari rumah abah tak mandi lagi. Kelam-kabut punya pasal bila encik suami ajak balik KL.

Kaki terus melangkah masuk ke bilik air. Langsung tak berani nak pandang ke arah Ammar yang mula menyarungkan baju kemeja itu ke tubuhnya. Pintu bilik air ditutup rapat-rapat. Macam takut kena terjah dengan Ammar. Kepala diketuk-ketuk perlahan. Takkanlah Ammar tu nak buat macam tu, Iman. Cuba buat selamba. Orang kat luar tu suami, ya. Bukan orang lain. Yalah!

Matanya memandang ruang bilik air itu. Wah, ada water heater. Dahlah badan dia terasa sejuk sampai ke tulang. Best juga dapat mandi air panas. Segera pakaian di badan ditanggalkan dan paip air panas dibuka. Rambutnya dicuci. Tengah membasuh kepala, pintu bilik air diketuk perlahan.

"Ya?" sahut Iman agak kuat. Takut Ammar tak mendengar dari luar. Ammar seperti berkata sesuatu padanya. Tak dengar pula apa yang lelaki itu bebelkan, pintu bilik air dibuka sedikit. Wajah segak Ammar di hadapannya kini. Muka yang basah segera diraup.

"Ya, Encik Ammar?" Iman bertanya bila melihat mata encik suami tak berkelip memandangnya.

"Abang dah nak pergi ni. Kawan abang dah tunggu kat bawah!" ucap Ammar, tak berkelip memandang wajah dan rambut basah Iman. Mata itu mengecil sedikit. Takut pedih terkena syampu agaknya.

"Sekejap!" Pintu ditutup semula dan tuala terus dicapai lalu tangan terus membalut tuala ke tubuh. Pintu bilik air dibuka dan dia terus melangkah keluar.

Ammar terkejut sedikit dan mengundur dua tapak ke belakang bila melihat Iman keluar dengan hanya bertuala saja. Dia menelan air liur yang tiba-tiba tersekat di lorong tekaknya. Mata seolah-olah digam pada bahu terdedah itu. Tapi kemudian cepat-cepat dia memandang wajah Iman semula.

"Abang dah pesan makanan untuk Iman tadi. Kalau ada orang cakap room service, Iman buka pintu. Lepas tu lock balik pintu. Jangan ke mana-mana. Duduk aje dalam bilik ni. Kalau ada sesiapa yang ketuk pintu bilik, diam dan jangan menyahut. Biarkan aje." Panjang lebar pesanan dari penaja Encik Ammar Hafiz ini.

Iman hanya mengangguk-angguk saja macam burung belatuk. Dia pun tak ada hati nak ke mana-mana. Dah malam kut. Bahaya! Iman menghulur tangan. Nak cium tangan suami yang dah nak keluar itu. Ammar menyambut dan membiarkan Iman tunduk mencium tangannya.

Teragak-agak pula dia nak mencium dahi yang masih nampak kesan syampu itu. Pipi Iman pula yang dia cium ringkas dan terus berlalu meninggalkan bilik itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Sampai di bahagian luar, Ammar sudah tumbuk-tumbuk dada dia. Rasa macam nak luruh jantungnya bila lihat Iman berkemban aje tadi. Itu mesti cik isteri tak sedar apa yang dia buat. Ammar sudah tersengih. Kepala digeleng perlahan sambil kaki melangkah ke lif.

Iman masih berdiri tegak melihat pintu yang tertutup itu. Mamat tu malu tengok dia yang bertuala ni ke? Iman tunduk memandang diri sendiri. Bagai tersedar apa yang dia dah buat, Iman terus memegang pipinya. Malunya! Terkocoh-kocoh dia terus masuk ke bilik air semula.

"Iman, Iman! Apa yang kau dah buat ni?!" jerit Iman kuat dalam bilik air. Mesti lelaki tu ingat dia sengaja nak menggoda. Iman sudah menepuk-nepuk pipinya yang sudah terasa sebal. Malu! Malu!

Selepas makan malam seorang diri dan menonton TV, Iman tak tahu apa nak buat lagi. Bila teringatkan yang assignmentnya masih tak siap lagi, beg galasnya dicapai dan mula menyiapkan kerja yang terbengkalai akibat menjadi pengantin terjun siang tadi. Sekelip mata saja hidupnya berubah. Sekarang, dia rasa macam dah jadi satu kewajipan pula nak kena tunggu laki balik dari kerja. Eh, salah. Nak kena tunggu suami balik dari meeting dekat bawah sana! Iman menyengih sendiri.

Mata merenung pada baris-baris ayat yang tertulis di dalam buku. Kalau menghadap assignment mulalah mata macam nak tertutup aje dan mulut pula tak berhenti menguap. Cuba menghadap novel cinta tu. Sampai jam tiga pagi pun sanggup bersengkang mata sebab nak tahu kisahnya sampai habis! Dari duduk bersila, hinggalah meniarap di atas lantai karpet itu, tidak ada tanda-tanda Ammar akan balik ke bilik pada waktu begini.

Telinga mendengar macam-macam bunyi dari luar bilik dia. Bunyi orang berbual dan ketawa berdekah-dekah kedengaran. Bunyi-bunyi tapak kaki melangkah dan menghilang. Dia menghela nafas perlahan.

Iman mencapai telefon bimbitnya dan melihat jam. Sudah hampir pukul sebelas setengah malam. Ammar juga sudah menghantar mesej kepadanya dalam pukul sepuluh malam tadi. Jangan tunggu dia. Dia mungkin lewat. Gayanya macam Iman ni tunggu mamat tu ke? Ya, Iman. Mengaku ajelah! Iman sudah menggeleng kepala tak percaya yang dia boleh buat benda ni semua.

Iman menghela nafas lagi dan menyambung semula menulis kerja kolejnya. Malas nak fikir lelaki yang seorang itu. Mata pula semakin mengantuk. Tapi digagahkan juga untuk menyelesaikan tugasannya. Jadi budak kolej beginilah. Tak habis-habis dengan tugasan!

Terasa tubuhnya digerakkan perlahan, Iman membuka matanya sedikit. Wajah Ammar sedang memerhatikannya sambil tersenyum sedikit buat dia tersenyum sama. Dia bermimpi ke? Hmmm... Apa yang bau wangi ni? Macam bau minyak wangi. Tapi matanya macam tak larat dah nak dibuka. Kemudian dia terasa tubuhnya diangkat lalu diletakkan di atas hamparan lembut.

Ah, nyaman sekali. Tubuh yang terasa lenguh tadi terasa lega bila diletakkan di atas hamparan tersebut. Kalau dia bermimpi, dia tak mahu bangun dari mimpi itu. Iman menutup mata kembali.

Rambut yang menutupi wajah Iman, Ammar selak sedikit. Penat betul isterinya ini hingga tertidur di atas karpet itu dengan buku-buku terbuka di hadapannya. Dia angkat pun Iman tak sedarkan diri.

Ni, kalau dia cium pun, belum tentu Iman akan sedar perbuatannya. Ammar sudah menyeringai. Jahat pula dirasakan dirinya. Tapi tak adanya dia nak buat begitu. Tak ada feel kalau dia sorang aje yang syok sendiri. Tengkuk yang terasa tegang dipicit-picit perlahan. Cuba mengendurkan ketegangan akibat memandu jauh tadi. Lepas tu menghadiri mesyuarat pula.

Bukan otaknya tidak memikirkan isterinya ini bersendirian di bilik ini. Risau? Memanglah risau. Isteri kut.

Tapi sebab perbincangan itu sangat penting dengan Thoriq serta beberapa rakan business yang lain, dibiarkan saja perasaannya itu. Berharap tidak ada apa-apa yang akan berlaku pada Iman Suffiyah di atas sana.

Pipi bersih itu dielus dengan jari. Perlahan saja. Bimbang Iman akan terjaga. Tidak tahu apa yang dia rasa waktu ini. Dah jadi suami orang. Tapi tanggungjawab apa yang perlu dia pikul?

Papa pula memang tidak bersetuju dengan niatnya yang terus bersetuju mengambil Iman Suffiyah menjadi isterinya. Habis, takkan dia nak berkahwin dengan perempuan yang tidak mahukan dia? Dia juga punya maruah! Dia tak akan terhegeh-hegeh merayu Si Najwa itu untuk berkahwin dengannya.

Dia tak akan bertanya kenapa Najwa batalkan niat berkahwin dengan dia. Mereka saling tidak mengenali. Dia ikutkan permintaan papa pun sebab papa cakap papa berkenan dengan Si Najwa itu dan nak mengeratkan lagi tali persahabatan dengan Pak Cik Zafran.

Klise!

Tapi bila Najwa tak mahu berkahwin pada saat akhir, dia sedar. Mungkin semuanya salah dia juga. Langsung tak mahu melawat atau cuba nak berkenal rapat dengan Najwa atau bakal mentuanya. Dia sibuk. Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan Shila yang asyik nak menempel saja. Tadi pun Shila ada bersama masa perbincangan itu.

Kalaulah Iman tahu siapa Shila itu, apa agaknya cik adik ini akan fikirkan? Ah, dia bukan ada apa-apa hubungan lagi dengan Shila itu.

Tidak perlu ditakutkan. Kisah dia dan Shila sudah menjadi sejarah silam!

Matanya memandang Iman semula. Iman Suffiyah, bisiknya perlahan. Dia menghela nafas dan tunduk mendekatkan wajahnya ke wajah yang lena itu. Bibir kecil dan nipis itu direnung lama. Hati hendak saja mengucup bibir itu. Tapi niat segera dimatikan. Kemudian bibirnya mendarat ke dahi Iman.

Dia memejamkan mata beberapa saat. Kalau dah jadi milik sendiri, memang susah kalau tangan tak menyentuh. Bibir ditarik sedikit senyuman bila teringatkan Iman bertuala saja keluar dari bilik air. Sangat selamba. Hai, kalau tak ingat dia dah lambat, memang Iman ni dah selamat dengan dia. Dia bukannya baik sangat dan lebih-lebih lagi budak Iman ni dah halal untuk dia.

Ammar bangun berdiri dan menarik selimut tebal menutupi tubuh Iman Suffiyah. Tak apalah dia mengambil masa. Masih banyak masa untuk dia dan Iman Suffiyah untuk saling mengenali. Tak payah nak gelojoh sangat, Ammar. Dia menegakkan tubuh dan menutup lampu utama. Kemudian lampu tidur dihidupkan.

Usai menyalin pakaian, dengan tubuh yang terasa letih, dia menyusup masuk ke dalam selimut tebal itu dan merebahkan diri di sebelah isterinya. Suasana dingin dari pendingin hawa membuatkan dia semakin merapatkan lagi badannya ke tubuh Iman. Tubuh kecil molek Iman dipeluk sambil menarik selimut menyelimuti mereka. Biarlah rasa hangat bersama.

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 389 41
๐Ÿฅ€Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Rean...
239K 19.8K 89
Nama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Arian...
6.8K 604 20
"Wtf ? She just ignore me?Handsome sangat ke aku ni sampai nak berterima kasih pun malu?Tak faham aku." -DANI INAYAT Tanpa lelaki itu tahu gadis yang...
302K 5.9K 22
Kisah antara 2 orang asing yang tak mengenali, tinggal serumah.