Suamiku Annoying !

By NialMusic

217K 9.1K 702

Seawal usiaku mencecah 16 tahun, hidupku yang aman damai menjadi kacau bilau bila hadirnya seorang pelajar le... More

Sinopsis
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Author's Note
Part 9
Part 10
Part 11
Author's Note
Part 12
Author's Note
Part 13
Author's Note
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23

Part 18

4K 166 14
By NialMusic

" Yow !" Izz menegur

" Hai " Aku tersenyum. Izz balas balik.

Kami bertujuh lepak di taman sekolah selepas sahaja loceng tamat persekolahan pada hari itu. Bermakna persekolahan mereka padah tahun ni sudah tamat. Esok sudah bermula cuti akhir tahun. Aku hanya tersenyum mengingatkan tentang hal itu

" So, korang dah plan ke nak cuti kemana akhir tahun ni" Fara bertanya

" Aku cuti-cuti Malaysia je" Joe menjawab sambil diikuti dengan Syafiq dan Faiez yang menjawab perkara yang sama

" Aku pula pergi Thailand " Jawab Danish. 

" Aku rasa nak ajak mama dengan papa pergi Istanbul la tahun ni" Fara berkata sambil tersenyum

Kemudia mata yang lain berselang seli memandang aku dan Airil. Hanya aku dan dia sahaja yang tak menjawab.

" Entah. Parents busy"

" Ibu sibuk la" 

Aku mencerlungkan mata kepada Airil. Hek eleh takkan la mamat ni tak pergi mana - mana cuti ? macam pelik je.

" Aik, sama nampak ? korang berdua je la pergi bercuti sama-sama" Faiez buat lawak dan diikuti gelak oleh rakan - rakan lain. 

" Kelakar " Sepatah perkataan keluar dari mulut Airil. Eii sarkastik habis la mamat ni.

Fara mengangkat kening. Perasan akan perubahan suara Airil. Empat sekawan yang lain menahan gelak melihat Airil yang dingin itu.

Aku mencebik. Eleh aku pun tak nak la . Tak ingin pun. Tak payah la nak jawab macam tu. Entah, tiba- tiba terasa pulak dengan jawapan dia.

Beberapa minit kemudian, mereka berlima pulang . Tinggal aku dengan Airil. Hm lambat pula ibu hari ini

" Airil " Aku seru namanya. Kelihatan Airil bersiul kecil sambil buat - buat tengok tempat lain. Eii buat - buat tak dengar la tu

" Woi, tak dengar ke aku panggil kau" Aku jerit sedikit. Airil masih buat - buat tak dengar lagi. 

" Weh mangkuk, kau memang pekak ke macam mana " Aku yang memang berdiri sebelahnya menjengketkan sedikit kaki untuk mencapai paras telinga dia

Airil terus berpaling. Terkedu aku bila muka kitaorang dekat sangat. Terus aku menjauh. Bahaya betul la dia ni. Seram. Airil menarik senyum sedikit. Kelakar tengok reaksi Ed.

" Kau nak apa " Suara Airil masih dingin

" Alah ada pun suara ingat dah bisu tadi " Perli aku

Melihat wajah dia nak bertukar marah aku cepat sambung kata - kata aku 

" Ni ha yang kau ni pahal. Dingin semacam "

" Dah dekat 2 bulan lebih kau baru tanya ?" Airil bertanya kembali. 

Aku hanya tersengih

" Aku rasa kau pun dah tahu sebab apa kan " Airil menjawab.

" Halah takkan la kau terasa lagi pasal hari tu" Jawab aku lancar tanpa memikirkan perasaannya. Airil segera melarikan anak matanya apabila matanya bertembung denganku selepas dia menoleh mendengar jawapan yang keluar dari mulut aku tadi

" Haah memang tak terasa pun " Aku dapat mengesan nada suaranya sudah jadi lain. Aku mengeluh. Aku memang failed do bab bab macam ni lahai

" Airil kau tau kan aku memang failed kalau bab bab  macam ni lagipun.." tak sempat aku habiskan kata - kata aku , dia pantas memotong

" Dah la malas aku nak cakap dengan kau, buat sakit hati je" Dia kemudiannya terus berlalu dari situ. Mataku mengiring kepergiannya. Aku dapat rasa sesuatu tapi entah la tak tau nak kata apa.

______________________________________________________________

Bosan gila cuti ni. Fara dan Danish sudah terbang ke negara yang dituju untuk bercuti bersama keluarga. Abang dekat universiti lagi. Lusa baru dia balik so ibu cakap kalau nak pergi holiday kena tunggu abang balik .

Akibat kebosanan yang melanda, aku terus bersiap untuk keluar bersiar - siar ditaman. Siap ala kadar je la. Setelah meminta keizinan ibu, aku terus keluar

Aku tersenyum melihat ramai kanak - kanak bermain di taman permainan berhampiran rumahku ini. Tak kurang juga ada ibu bapa yang sedang memerhati anak - anak mereka bermain.

" Aduh " Aku pandang bawah. Ada seorang budak kecil perempuan jatuh setelah tak sengaja melanggar badanku. Alahai aku yang sebesar alam ni takkan la dia tak nampak? nak jugak langgar

" Sorry dik. Meh sini akak tolong " Aku menghulurkan tangan untuk membantu budak kecil itu. Budak kecil itu mendongak. Lol, comelnya. Haih aku memang lemah betul tengok budak- budak yang comel ni. Terus aku teringatkan Rania. Lama sangat tak jumpa dia

" Nama siapa ?" Aku terus bertanya setelah memastikan budak kecil itu tidak luka

" Awina " Dia tersenyum melihat aku

" Nama kakak ?"

" Panggil je Kak Ed" Dia mengangguk

" Awina !! " Kedengaran seorang remaja perempuan berlari kearah kami berdua. Kakaknya mungkin ? Aku syak dia lagi muda dari aku. hahaha memandai je aku ni

" Mana Awin pergi ? Penat kakak cari tau" Remaja perempuan itu terus mendapatkan Awina

" Err. sorry. Awak kakak dia eh ? Tadi dia jatuh, tapi tak cedera pun" Aku melaporkan hal itu kepadanya. ya la, aku yang menyebabkan dia jatuh, kalau tak memang aku buat tak tahu je la

" Oh ye ke ? sorry buat akak susah. Nama saya Erina. Panggil Erin je" Dia menghulurkan salam perkenalan. Lawa lak budak ni. Untung la kecik - kecik dah lawa. aku ni bila lagi entah nak lawa

" Abang Airil ! Sini la. Erin dah jumpa dah Awin" Kedengaran Erin menjerit memanggil orang yang berada dibelakangku mungkin . Airil ? aku tersilap dengar ke apa ?

Aku harap bukan dia.

" Ed ? Buat apa dekat sini ?" Dia menegur. Lahai, kenapa dia ?

" Eh ? Kenal ke ?" Erin kehairanan

" Kak Ed!" Satu suara kecil menyampuk. Rania.

" Rania pun kenal ?" Erin bertanya lagi

" Girlfriend abang " Airil jawab bersahaja

" Eh tak bukan. kawan sekolah je" Aku terus menyangkal laju. Sukahati dia je nak cakap macam tu

" Betul. Dia malu je tu nak mengaku. Rania pun suka kan Rania kan" Airil cuba pengaruh adiknya pula. Malangnya , Rania tu sama je macam abangnya

" Awin pun suka Kak Ed juga. Ala, nanti Nia sorang je yang dapat Kak Ed. Awin pun nak jugak. Nanti Kak Ed suka la Abang Awin jugak" Awin mula merengek. Erin yang mendengar hanya tergelak

Aku ternganga mendengarnya. Gila ke apa !

"  mana boleh ! Emir tak boleh ambil" Tegas nada Airil berkata.

" Nak jugak ! Tak kira" Awin membentak

Rania dah mula hairan. Erin pula tak henti gelak

" Stop, please . Airil, tak payah jadi macam budak - budak boleh tak. Dengan Awin pun nak gaduh. Entah apa - apa " Aku menjeling

" Ala bukan selalu" Dia hanya tersengih. Eleh, baik pulak mood dia hari ni. Hari tu dingin je dengan aku

" Lagi satu, masa bila aku jadi girlfriend kau. Tak payah nak reka cerita boleh tak ?"

" Apa yang reka cerita pula. Benda betul" Airil buat muka tak bersalah

" Erin, tak payah percaya okay dengan apa yang dia cakap tadi" Aku cuba untuk meyakinkan Erin pula

" Okay Erin tak percaya tapi tak janji tau" Erin gelak lagi. Memang kaum kerabat lelaki ni jenis tak faham bahasa ke apa. Serabut otak aku

_______________________________________________________________

Di rumah Airil..

" Mak long, mak long nak tau tak kitaorang jumpa siapa masa jalan - jalan petang tadi ? " Erin mula buka mulut semasa makan malam dirumah Airil. Dia merupakan anak kepada adik ibu Airil dan saja menziarahi keluarga itu untuk 2 hari 1 malam bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

" Erinn.." Airil memberi amaran. Budak ni kecoh betul la

" Siapa ? Pak long pun nak tau juga" Airil mengetap bibir apabila papanya sudah masuk campur

" Kitaorang jumpa Kak Ed " Rania terus mencelah sebelum sempat Erin menjawab

" Ohh.. Ed.." Datin Syazana mula tersenyum

Dato Ridhuan pula merenung anak terunanya yang seorang itu

" What ? Jumpa je kan. Itu pun tak sengaja " Airil membela dirinya. Mukanya bertukar menjadi merah. Malu la semua orang ada dekat sini

" Siapa Ed, mak long ?" Emir yang dari tadi senyap sahaja bertanya. Macam topik yang menarik

Airil yang mendengar soalan sepupunya itu merengus. Sibuk je dia ni

" Takde siapa. Tak penting pun untuk kau" Airil pula yang menjawab

" Aku ada tanya kau ke ? " Emir dan Airil beradu mata. Datin Syazana pening melihat mereka berdua. Dari kecil ada saja benda yang tak kena dengan mereka berdua ni. Ada sahaja benda yang nak digaduhkan.

" Siapa Ed ?" Emir mengulang kembali soalannya itu tadi

" Kawan sekolah Airil" Datin Syazana menjawab pertanyaan anak buahnya itu

" Baik ke budaknya kak ? Jadi topik kita pula malam ni. Teringin pula Sue nak tengok budaknya" Puan Suraya pula bertanya

" Eh, baik. Baik sangat. Kalau tak baik macam mana pula dua orang anak akak ni boleh terpikat " Datin Syazana gelak kecil

" Laa, ye ke ? Melepas la nak buat menantu ya Emir " Puan Suraya pula tergelak

Emir hanya tersenyum mendengar namanya disebut. Airil hanya diam . Tak suka betul nama Ed dinaikkan pada malam itu. Kalau ada keluarganya sahaja tak apa la. Ni ada Emir sekali, menyampah betul

_______________________________________________________________

" Rin" Emir memanggil adiknya itu

" Apa" Erin yang sedang bermain telefon bimbit itu melangkah kearah abangnya

" Ada gambar Ed tak ?" Erin mengangkat kening mendengar pertanyaan abangnya itu. Wah macam pelik je

" Ada tu memang la ada. Kitaorang sempat tangkap gambar tadi. Tapi abang nak buat apa?" Erin mula mempersoalkan 

" Ala abang nak tengok je la " Emir mula rimas apabila adiknya itu banyak tanya.

" Nah" Erin menayangkan gambarnya dan Ed di taman pada petang tadi

Emir melihat gambar itu " Hm, not bad" Sempat Emir tersenyum sedikit sebelum memulangkan kembali telefon itu kepada adiknya dan berlalu pergi

" Pelik " Erin menggumam perlahan


Continue Reading

You'll Also Like

393K 13.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.8M 61.5K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
933K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
27.3K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...