Lecturer Paling 'Hot'

applenuts tarafından

2M 78.5K 4.1K

Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'H... Daha Fazla

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
Author's Note;
BAB 19
Lecturer Paling 'Hot' (Prolog)
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Author's Note (PLEASE READ)
NOTE 2: PLEASE READ!!!
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
Hi?

BAB 16

39.6K 1.9K 149
applenuts tarafından


"Mana Dr. Kimi ni, Nura?" Rungut Wafa. Dia ni tanya aku buat apa? Bukannya aku yang jaga dia pun.

Aku menongkat dagu dengan tangan kiriku. Dah dekat setengah jam Dr. Kimi tak muncul-muncul. Nak kata tak ada kelas, semalam aje dia batalkan. Tak ada pula dia kata hari ini kelas dibatalkan.

"Oi, kau pergilah call dia ke apa."

Berkerut wajahku memandang Wafa. Dah kenapa mesti aku pula yang kena call dia?

"Asal aku?"

"Yelah, kau kan dah macam PA dia, semua benda kau tahu pasal dia. Apa-apa mesti dia suruh kau." Aku menjulingkan mata ke atas. Rasa nak hempuk aje kepala Wafa dengan buku tebal aku ni. Huh.

"Banyaklah kau punya PA. Kau ingat aku dah tak ada kerja lain ke nak jadi PA tak bergaji dia tu?" Wafa mencebik.

"Alah, sekejap lagi Dr. Kimi kesayangan kau tu datanglah." Wafa terus tepuk bahu aku. Terkejut aku dengan tindakan dia yang menepuk bahu aku tadi.

"Apesal?"

"Eh, makcik. Dia bukan Dr. kesayangan aku tau, tapi dia Dr. kesayangan kau!" Aku buat-buat pekak. Dah mula dah perangai tiga suku dia ni. Haish. Menyesal pula aku sebut 'kesayangan' tadi.

Macam tahu-tahu aje yang orang tengah bercerita pasal dia, akhirnya muncul juga Dr. aku ni.

Suasana dalam dewan terus sunyi. Mana tak sunyi, diakan garang, tambah pula hari ni muka dia yang mengalahkan singa kelaparan. Aku pun dah naik gerun dengan muka dia tu. Bengis.

"Nura," panggil Wafa dengan nada berbisik.

Aku pandang Wafa yang berada di sebelah aku. Kening aku naikkan.

"Awat muka dia hari ni macam bapak singa?" Tergelak kecil aku dengan kata-kata Wafa. Bapak Singa. Suka hati dia aje nak kata muka Dr. Kimi macam bapak singa. Tapi memang ye pun. Ahaks!

"Apesal dewan ni sunyi? Kau orang dah tak tahu nak bagi hormat ke? Dah hilang adab terhadap saya?" Sindirnya. Pekakkan telinga aje, dia ni kalau dah menyindir orang, memang pedihlah telinga orang yang mendegarnya.

Selesai saje kami ucap 'Selamat Sejahtera' tu. Dari jauh aku nampak dia melipat lengan baju dia hingga ke siku. Tali leher dia longgarkan. Apa masalah Dr. aku yang seorang ni?

Muka tetap serius. Sekali pandang sumpah kerek nak mati muka dia. Naik menyampah pula aku.

"Nura Ariana Bt. Azhari!" Terkaku aku bila dia sebut nama pajangku. Kalau ye pun tak payahlah nak sebut nama panjang aku, ni siap nama pa aku lagi pula tu dia sebut. Bukannya ada orang sebiji nama sama dengan aku pun. Ada pun seorang saje yang sama dengan aku, itu pun sama sebab 'Ariana'. Dia.. Ariana Rafina. Aku.. Nura Ariana.

"Nura?!" Makin kuat dia sebut nama aku. Aku pun tak tahu kenapa kaki aku masih tak berganjak untuk pergi ke tempat dia. Macam kena gam pun ye juga kaki aku ni.

Wafa mencuit bahu aku perlahan. Kepala dia bagi isyarat supaya aku cepat turun ke tempat dia. Semua mata merenung ke arahku.

Aku mengeluh dalam hati. Nak kata aku ada buat salah, mana ada aku buat salah. Akhirnya, aku angkat kaki untuk ke tempat dia. Satu per satu anak tangga aku turun dengan langkah yang cukup malas.

"Yes, Dr.?" Dia tenung aku sebaik aku sampai ke mejanya. Mukanya nampak agak merah. Macam tengah tahan marah. Tapi nak marah sebab apa?

Dr. Kimi meletakkan pula kedua tangan di atas meja. Digenggam tangannya sehingga menampakkan urat-urat di kedua tangannya. Gaya dia macam nak punch seseorang.

Nampak dia macam cuba untuk tenangkan dirinya. Dia melepaskan keluhan panjang.

"Pergi ambil tiga ratus paper dalam kereta saya. Now!" Suara Dr. Kimi berbaur arahan. Aku telan liur. Tiga ratus paper? Takkan aku seorang aje yang kena angkut?

"Saya ajak Wafa dengan yang lain boleh kan, Dr.? Takkan saya nak angkat tiga ratus paper tu sorang-sorang pula kan?"

Aku ni ada dua tangan. Mana mampu nak angkat tiga ratus paper tu sorang-sorang. Dr. Kimi tak sekejam tu. Aku tahu. Tapi kenapa sebelum dia datang ke sini dia tak ambil terus? Terlupa lah tu agaknya pakcik ni. Bagi dia tiga ratus paper tu apalah sangat. Ringan saje, tengok badan dia pun dah tahu.

"Nope. Only you!" Ah, sudah. Aku tak silap dengar kan tadi? Dia suruh aku seorang ke yang angkat?

Bila dia jeling tajam dekat aku, memang aku tak tersilap dengar.

"Tapi, Dr...."

"No excuses, Nura." Okey, aku tarik balik kata-kata aku yang dia tak kejam. Huh. Sabar, Nura, sabar. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ingat.. sabar tu separuh daripada iman, Nura. Aku cuba beringatkan diri aku. Kita sebagai pelajar harus bersabar.

"Kunci?" Aku cuba kawal suara aku. Takut tertinggi suara pula dengan dia. 

Dia terus hulur kunci keretanya dekat aku. Aku ambil dan keluar daripada dewan. Tak betah lagi aku nak berdiri depan dia lama-lama. Buat sakit mata aje bila pandang.

Kalau ikutkan hati aku yang panas lagi nak meletup ni. Depan dia juga aku meletus.

Lima minit berjalan, akhirnya sampai juga aku di tempat parking kereta. Dari jarak yang tak jauh aku berjalan, aku nampak kereta dia yang berada di hujung sana.

Punat kereta aku tekan sekuat hati. Peduli apa kalau alarm dia rosak sekalipun. Biar padan muka dia.

Honda Accord berwarna hitam metalik itu aku pandang. Idea jahat tiba-tiba muncul dalam benakku. Syaitan pula seolah tak henti-henti berbisik kepadaku untuk meneruskan idea jahatku dan aku terus terhasut dengan bisikan syaitan.

"Dasar pensyarah tak guna, pentingkan diri sendiri, kejam. Aku benci kau!"

Disebabkan geram dan terhasut dengan bisikan syaitan itu, aku terus menyepak pintu utama kereta milik Dr Kimi. Tak sedar yang aku sebenarnya dah tersepak dengan kuat dengan berkali-kali. Aku berhenti daripada menyepak.

Senyum puas hati. Tetapi bila aku teliti semula pintu utama kereta itu, dah pun kemek. Muka terus berubah tiga ratus enam puluh darjah. Pucat.

Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni, Nura? Aku beristighfar dalam hati. Gembiralah syaitan sebab akhirnya bisikannya berjaya menghasut seorang manusia.

Banyak kali aku beristighfar dalam hati. Kesal dengan apa yang baru aku lakukan kerana terlalu ikutkan hati yang marah, inilah jadinya. Sumpah aku tak tahu nak buat apa sekarang. Mati aku kalau Dr. Kimi tahu apa yang dah jadi dengan kereta dia ni.

"Nura!" Oh my god! Mata terus membulat sebaik dengar suara itu. Perut dah kecut. Boleh tak aku nak pengsan kat sini sekarang juga?

Huh. Tak payah nak buat drama swasta sangat kat sini pula, Nura.

Telan liur dulu. Dalam hati macam-macam aku dah berdoa. Tangan aku tak payah cakaplah, menggigil bila dengar suara Dr. Kimi tadi.

Apa dia buat dekat sini? Nampakkah dia dengan tindakan aku tadi?

"Allahuakbar! Apa yang awak dah buat ni, Nura? Kenapa awak sepak kereta saya sampai kemek macam ni?!" Suara Dr. Kimi mula meninggi. Aku tundukkan kepala. Tak mampu nak bertentang empat mata dengan dia.

Aku mendongak sedikit kepala untuk melihat reaksi mukanya. Dr. Kimi tengah meraup muka, rahangnya diketap kuat. Betul-betul dia marahkan aku. Kemudian, mulutnya pula terkumat-kamit. Entah apa yang dia baca pun aku tak tahu.

Aku dengar dia merengus kasar. Terasa lengan aku tiba-tiba dipegang. Nasib baik bukan dekat tangan aku, silap nanti mahu kena taekwando satu dengan aku. Aku tenung wajah Dr. Kimi dengan kerutan. Apa yang dia nak buat?

"Ikut saya!" Dia tarik lenganku supaya ikut langkahnya. Aku masih terkulat-kulat.

"P.. pergi mana?" Tergagap-gagap aku bertanya dia. Soalan aku tidak berjawab. Dia diam, bila dia diam, aku pun turut diam. Orang tengah menyinga, kau jangan cari pasal.

Semua ni salah kau, Nura. Padan muka kau. Ejekku untuk diri sendiri.

---

"Sit down, Nura!" Tanpa membantah aku terus duduk dengan arahan dia itu. Rupanya dia bawa aku ke dalam biliknya. Matilah nak...

Dia turut duduk di kerusinya. Aku kembali menundukkan kepala. Tak berani lagi nak pandang dia.

"Now explain!" Dr. Kimi bersuara. Entah kenapa, aku rasa macam nak menangis. Mata aku terasa kabur. Aku terus pejamkan mata sekuat yang mungkin supaya tangki air mataku tak pecah. Tak nak nampak lemah di hadapan Dr. Kimi.

"Kenapa tak jawab? Ada gam ke dekat mulut tu sampai dah tak boleh nak bercakap langsung? Huh?" Sindirnya. Aku endah tak endah saje dengan sindiran dia itu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan walaupun terlalu pedih dengan sindiran dia tadi.

"Bila saya tengah bercakap, tolong pandang muka saya!" Kata Dr. Kimi. Nak tak nak kenalah pandang muka dia juga.

Perlahan aku mendongakkan kepalaku. Tepat aku mengangkat muka tepat itu jugalah anak matanya menikam anak mataku. Tajam.

"Lain kali kalau rasa nak tendang sesuatu, sila tendang bola, batu, pasir atau sebagainya tetapi bukan sepak kereta saya. Saya tahu awak tengah geram dengan saya, tapi janganlah geram sampai awak tendang kereta saya! Kereta tu kereta kesayangan saya awak tahu tak?"

Suaranya cukup keras. Diraup mukanya berkali-kali. Macam tengah cuba tahan marah.

"M.. maafkan saya, Dr.. Saya tahu saya dah buat silap." Ucapku tergetar-getar. Dr. Kimi senyap. Kata-kataku langsung tidak dibalas.

"Dr... Dr. janganlah macam ni, saya betul-betul minta maaf. Ye, memang saya tendang kereta tu sebab saya geram dengan Dr.. Dr. bagilah respon, janganlah diam macam ni aje," sambungku lagi. Dia masih tidak memberi sebarang respon. Makin bersarang rasa bersalah dalam diriku ini. Mesti dia tak dapat terima apa yang aku dah buat dekat kereta kesayangan dia tu.

Memandangkan dia diam tanpa menjawab kata-kataku tadi. Air mata mula bertakung. Kali ni aku rasa tangki air mataku memang nak mencurah-curah keluar, tanpa aku dapat tahan lagi.

Maka, tangki air mataku pun pecah tak dapat disimpan lagi.

Dia pandang aku. Mukanya nampak tergamam. Aku bukannya nak minta simpati dekat dia ke apa, tapi aku rasa bersalah yang teramat.

"Saya tahu saya salah, tapi takkan Dr. tak boleh maafkan saya?" Lantaklah kalau muka aku sekarang ni buruk sekalipun. Ada aku kesah?

"Tak apalah. Kalau Dr. tak boleh nak maafkan saya, saya terima dengan hati terbuka. Saya rela kalau Dr. nak denda saya, pukul saya ke atau sebagainya. Saya terima. Janji saya tak rasa bersalah lagi."

Satu keluhan berat dia lepaskan. Dia sandarkan badannya di kerusi sambil matanya masih ke arah aku.

"Okey, saya akan denda awak."

Aku mengangguk perlahan. Itu yang kau nak kan, Nura? Hmm.

"Tak apa, asalkan Dr. puas hati dapat balas balik apa yang saya dah buat dekat kereta kesayangan Dr. tu," aku tundukkan kepala lagi, tarik nafas dalam-dalam dulu sebelum pandang wajah Dr. Kimi semula.

Dr. Kimi senyum senget. Dia bangun daripada kerusi dan sandarkan pula tubuhnya di dinding bersebelahan dengan tempat aku duduk.

"In one condition." Laa, kena ada syarat juga ke? Haish. Macam-macamlah Dr. Irfan Hakimi ni.

Aku pandang dia dengan wajah tak berperasaan. Lepastu, aku nampak dia keluarkan sesuatu dalam poket seluar slack hitamnya.

Dia hulur kepada aku benda yang baru diambilnya dalam poket seluar tadi. Berkerut wajahku memandang Dr. Kimi.

"Sapu tangan?" Soalku kepada Dr. Kimi. Dia mengangguk. Aku menyambut huluran dia itu. Apa motif bagi aku benda ni?

"Lap air mata awak dengan hingus awak yang hampir keluar tu. Don't waste your tears because of me. I hate to see women cry, not just you only. Jangan risau, sapu tangan tu tak digunakan lagi."

Cepat-cepat aku lap air mata serta hingus aku sekali. Buat muka tebal ajelah bila dia nampak hingus aku yang hampir meleleh ni.

"Apa yang Dr. nak denda saya?"

Dia senyum sinis dengan soalan yang aku tujukan sememangnya untuk dia itu. Aku tanya boleh pula dia senyum.

"Nak tahu apa?"

Ee.. ni yang aku tak suka bila orang mula buat aku tertanya-tanya daripada tadi. Bagitau ajelah. Penatlah nak menunggu.

"Apa?"

"Denda dia........."








.
.


****

Bersambung... untuk bab yang seterusnya. Hah😂 suspen ke idok?😂 acecehhh😝 nak tahu apa yang Dr. Kimi nak denda dekat Nura? Kenalah tunggu next bab ye anak²🙆😂

Thank you for supporting this Novel😘 sis sangat menghargai uol😍 maaf ler kalo ad bnyk kesalahan, abaikan je anggap benda tu x pernah wujud🌚😂

ENJOY READING!🙋🎉

Saya akan publish dua story baru tak lama lagi kalo nk tahu cerita apa sila bace bio sye ye, sekian daripada mak jemah💃♡♡

Luangkan masa anda semua dengan membaca story dibawah ini👇

PROMOTE TIME! ♡

Superhero Alam
By: @Aries_Ellena

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

38K 1.7K 22
'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan gadis itu berada di...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...
59.3K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
3.7M 231K 62
[Highest Ranking #1 in Teen Fiction] " I do not belong to you, or to anyone else. I will talk to whomever I want, whenever I want." Bella menjeling...