Lecturer Paling 'Hot'

By applenuts

2M 78.5K 4.1K

Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'H... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
Author's Note;
BAB 19
Lecturer Paling 'Hot' (Prolog)
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
Author's Note (PLEASE READ)
NOTE 2: PLEASE READ!!!
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
Hi?

BAB 6

48.3K 2K 47
By applenuts


"Aku tak sangka, rupanya-rupanya Dr. Kimi tu suami orang." Wafa memulakan bicara sebaik kami sampai di rumah.

"Kan aku dah cakap dulu, nasib baik kau tak mengharap sangat dia tu." Aku jawab kata-kata dia sebentar tadi.

"Tapi kan, muka dia serius tak nampak macam dah kahwin langsung. Dari segi muka dia, dari segi badan dia yang sado tu, macam dia masih bujang." Wafa membuat onar. Pandai-pandai aje minah ni, Dr. Kimi nampak bujang mestilah dia jaga penampilan dia.

Aku diam saje. Tak balas pun apa yang dia membebel. Tiba-tiba bahu aku ditolak. Siapa lagi kalau bukan Wafa punya kerja.

"Apesal?" Suara aku sedikit meninggi. Mana aku tak marah dia tiba-tiba aje nak tolak bahu aku ni. Huh.

"Kau dengar tak ni apa yang aku cakap?" Wafa dah berpeluk tubuh. Gaya macam sarjan tengah arahkan anak-anak buah dia buat kerja.

"Dengar, cakap ajelah!"

Sedar-sedar aje kami dah sampai ke ruang tamu, dah duduk pun. Itulah, rancak sangat berbualnya.

"Comel bukan, anak Dr. Kimi tu?" Aku mengangguk setuju, memang comel pun budak tu. Pipi dia tembam macam pau!

"Aku rasa macam dah jadi peminat Hayla tu pula. Geram aku tengok!"

Dahi aku berkerut. Hayla?

"Dah siapa pula si Hayla tu?" Soalku. Wafa tepuk dahi seketika lepas tu sengih macam kerang busuk.

"Oh, lupa nak cakap tadi. Hayla tu anak Dr. Kimi lah." Aku angguk. Comel betul nama anak dia secomel empunya badan juga.

"Kau orang berbual apa aje tadi? Rancak semacam aje berbualnya." Spontan aje ayat itu keluar dari bibirku. Rasa macam nak cili pun ada juga mulut aku ni. Haish. Mesti fikir lain punya kawan aku ni. Sudah.

Seperti yang aku katakan, dia tersenyum senget ke arah aku. Aku buat-buat tak nampak aje dengan senyuman senget dia tu.

"Asal? Kau jeles ek?"

Rasa macam nak muntah hijau pun ada juga dengan soalan Wafa tadi. Aku jeles? Memang taklah.

"Sorry naik lori sikit ye makcik. Tak ada maknanya aku nak jeles. Tak kuasa kut!" Aku buat muka menyampah. Dia pula dah gelakkan aku. Tak habis-habis.

"Elok juga kalau kau jeles." Aku tercengang. Gila betul si Wafa ni.

"Banyaklah kau. Dia tu suami orang tahu tak? Mahu kena kejarlah aku dengan bini dia nanti."

Aku dah dapat bayangkan kalau aku kena kejar dengan bini dia tu nanti sambil bawa kapak. Aduh, merepek dah kepala otak aku ni.

"Dan lagi satu aku nak bagitau kau, kau tak rasa ke muka Hayla dengan Dr. Kimi tak sama? Kau rasa?" Wafa letak jari telunjuknya ke dagu. Macam tengah berfikir sesuatu.

"Entah." Acuh tak acuh aje aku jawab soalan Wafa.

"Yelah, kalau kau tengok betul-betul. Muka diorang tak seiras."

"Tak baik cakap macam tu, mana tahu anak Dr. Kimi tu ikut muka mak dia ke. Tak elok menuduh sembarangan," nasihatku kepada Wafa.

"Ye tak ye juga kau kan, apalah aku ni." Aku dengar dia mengucap.

"Dahlah tak payah cerita pasal Dr. lagi, karang terbatuk-batuk pula Dr. kita tu. Tak pun tergolek bawah katil pula Dr. kita tu nanti."

Wafa gelak. Aku pandang dia yang tiba-tiba saje gelak tak tentu pasal. 

"Asal kau gelak?"

Sambil gelak, Wafa sempat geleng kepala. Tak faham aku.

Aku kerling jam di dinding, dah nak masuk waktu maghrib. Sekejap aje lagi azan akan berkumandang.

"Kau nak duduk sini aje ke apa?"

"Kau nak pergi solat ek?" Aku angguk. Aku tahu Wafa tengah 'Allah bagi cuti'.

"Oh, aku duduk sini ajelah. Takkan nak duduk bilik aje. Aku ni tetamu aje," dia cakap perlahan sahaja. Hanya aku saje yang dengar.

"Yelah. Kau bukaklah cerita apa-apa yang kau suka, aku nak siap ambil wudhuk kejap. Sekejap lagi ma aku bising sebab lambat, family aku semua dah ada kat atas tu." Terang aku satu per satu. Wafa mengangguk saje.

Aku meninggalkan Wafa sendirian. Habis sahaja aku mengangkat wudhuk. Seperti yang aku katakan, semua tengah tunggu kehadiran aku. Hari ini yang jadi imam ialah alongku, Nasrul Afif.

---

"Along!" Sergahan aku tadi buatkan Along aku melompat terkejut.

Aku dah tergelak habis sampai sakit perut aku dibuatnya. Along dah jeling tajam dekat aku.

"Dah tak reti nak bagi salam dah ke?" Sindir Along. Aku sengih macam kerang busuk.

"Ala.. gurau sikit dengan Along pun tak boleh," aku muncung sedepa, konon tunjuk merajuk.

"Tak habis-habis dengan muncung tu, dah tak boleh muncung lagi ke?"

Along memerli aku.

"Nak apa?"

"Tak ada apa-apa pun. Bosan."

"Wafa mana?" Aku pandang dia. Senyum pun dah senget. Hai.. rindu dia ke Along?

"Wafa ada kat dalam, tengah tolong ma buat karipap." Along mengangguk. Tapi aku nampak dengan jelas yang along cuba tahan senyum.

"Asal Ura tak tolong, ma? Pemalas betul kau ni dik. Tengok macam Wafa tu, dia tolong ma tau." Along puji kawan aku tu pula.

Lain macam pula aku tengok along aku ni. Bukan main lagi dia memuji si Wafa tu. Tapi tak bermaksud yang aku jelas cuma aku musykil sedikit dengan Along aku ni.

"Along, Along dah ada girlfriend?" Soalku. Pandang mata dia dalam-dalam.

Along diam saje tak jawab pun soalan yang aku tanya tadi. Ni yang aku geram dengan Along aku ni. Hish.

"Along!" Aku tolak bahu dia perlahan. Ketap gigi, geram dengan perangai dia.

"Apa?"

"Ura tanya ni Along dah ada girlfriend ke?" Ulangku semula.

"Adalah," dia sembunyi senyum. Makin buatku geram.

"Oh, dengan Ura dah pandai berahsia ye Along. Sampai hati, dahlah tunang sendiri pun Ura tak tahu. Kenapa semua orang nak berahsia dengan Ura?"

Saje aje aku buat ayat sedih. Kasi dia simpati sikit dengan aku. Maaflah ye wahai encik tunangku sebab terpaksa heret awak dalam lakonan saya ni. Huhu.

"Yelah.. yelah. Along tak ada girlfriend lagi." Jujur dia. Nampak tak? Hebat betul lakonan aku ni. Agaknya layak tak aku jadi pelakon? Ahaks!

"Seriously? Along Ura yang bekerjaya lagi handsome ni tak ada girlfriend lagi?"

Aku jeling tajam dekat aku. Baru aku perasan, yang aku dah terkuatkan volume suaraku.

"Biarlah.. tak ada jodoh lagi." Jawab Along. Sayu sekali aku mendengarnya.

"Lainlah kalau orang tu, dah bertunang dah pun." Along perli aku. Aku tarik muncung. Eleh, buat apa kalau dah bertunang, tapi tunang sendiri pun tak tahu.

"Along tahu apa yang ada dalam kepala Ura sekarang tu, sabarlah. Suatu hari nanti Ura akan tahu juga siapa tunang Ura tu," macam tahu-tahu sahaja Along aku ni. Pandai teka apa yang ada dalam kepalaku ini.

"Along!"

"Apa?"

Aku mengorak senyuman paling lebar dekat dia tiba-tiba. Along pandang aku dengan kerlipan.

"Wafa single lagi tu, tak nak ke?" Senget sekali senyuman yang hadiahkan untuk along.

"Wafa? Apa yang Ura merepek ni?" Kerutnya. Dua kening dah bercantum.

Senyuman aku tadi bertukar sengihan pula.

"Tak payah nak berselindung lagi lah along. Dari pandangan mata Along dekat Wafa tu Ura dah tahu, Along macam ada hati kat kawan Ura tu kan? Kan? Kan?"

Keningku naikkan.

"Nura! Nura!" Belum sempat Along nak jawab soalan aku tadi, ma panggil aku. Alaaaa.

Aku nampak Along mengeluh. Mengeluh yang bermaksud Along selamat daripada soalan-soalan aku tadi. Huh.

"Sekejap ye Along."

"Tak apa, masuk aje terus dalam rumah tu pun tak apa, jangan ganggu Along." Dia halau aku pula. Cet.

Aku masuk ke dalam rumah, sebaik aku sampai dapur ma dah bercekak pinggang.

"Kakak pergi mana tadi?" Ma soalku.

"Luar," soalan ma tadi aku jawab.

"Kacau Along lah tu, tak habis-habis. Dah jangan kacau Along tu lagi, sini tolong ma buat karipap." Ma marah aku. Aku tarik muncung sedepa.

Mataku beralih pandang Wafa pula. Dia dah gelakkan aku. Seronok lah tu tengok aku kena marah.

Phone aku tiba-tiba berbunyi. Bunyi yang datang daripada WhatsApp. Aku buka sekejap, nak tengok siapa yang WhatsApp aku.

Sebaik aku buka, nombor yang bukan dari kenalan aku yang WhatsApp. Siapa pula ni?

+019-xxx-xxxx+
- See u on monday, Nura. I have something to asks you and do not makes me wait u. I hate waiting

Badanku mengeras bagaikan baru saje kena curah dengan ais. Nak kata salah nombor, dah terang-terang ada nama aku dia tulis.

Tapi cara arahan dia tu buat aku kenal sangat siapa gerangannya. Takkanlah orang senang-senang nak bagi arahan dekat aku pula?

Bila aku stalk 'DP' dia, buatkan aku makin tahu siapa yang WhatsApp aku sebentar tadi.

Dr. Kimi!

Walaupun dia memakai kaca mata hitam, tapi wajahnya tetap aku kenali. Heh.

Macam mana pula dia dapat nombor aku ye? Rasanya tak pernah pun aku bagi nombor aku dekat dia?

Satu saje yang bermain di mindaku sekarang ini ketika aku dan Wafa di taman petang tadi. Lepas tu aku tinggalkan Wafa dengan Dr. Kimi.

Dan...

"Wafa Syafiqah!!!"

***

I know all of you nak tahu kan macam mana muka Dr. Kimi?😙 Haha tapi ni korang bayangkan ajelah ye muka Dr. Kimi👇👇

Bagi sesiapa yang tidak berkenan dengan dia👆 korang boleh imagine watak yang lebih sesuai okey, tak ada masalah😊

(Sorry entri hari ni pendek. Next entry sis akan cuba buat sepanjang yang mungkin😜) haha. HAPPY READING...💕

Memang permulaan bab agak membosankan, but I promise bab yang tengah tu nanti lebih seronok dan lebih banyak story berkaitan... Opss x boleh thu sekarang nanti spoil lah kan😏 ahaks (jahatnya daku)🙈🙈

Jangan lupa VOTE dan COMMENT sekali tau sayang-sayang semua (haha saje nak ikut cara Dato' Vida) 😂

Okey maaf, terlebih pula sis hari ni😂 Thank you for reading and a big Thank you for 1k views! I am very appreciate😊 Adios✌🌼

Continue Reading

You'll Also Like

59.5K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.5M 46.8K 88
#2018 🎀SIRI PERTAMA ADIK BERADIK TIRI🎀 Ayla Ayuni dan Azrif Ayril terpaksa menerima kenyataan yang mereka ialah adik beradik tiri. Keadaan menjadi...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...