Mr Bangtan's Guardians 방탄씨 보호...

De urikimoppa

31K 3.3K 524

Allah는 가장 절망적 인 상황을 인생 최고의 순간으로 바꿀 수 있습니다 ❀【S I N O P S I S】✿ ━ BTS, nama kumpulan ya... Mais

Bab 01 :: Penerbangan
Bab 02 :: Jiran
Bab 03 :: Running Man
Bab 04 :: Bola Beracun
Bab 05 :: Nasib Malang
Bab 06 :: Mustahil
Bab 07 :: Takdir
Bab 08 :: Peminat Sasaeng
Bab 09 :: Sunnah
Bab 10 :: Taubat
Bab 11 :: Solat
Bab 12 :: Mimpi
Bab 13 :: Al-Quran
Bab 14 :: Tarannum
Bab 15 :: Pengkhianatan
Bab 16 :: Pembubaran
Bab 17 :: Salam
Bab 18 :: Tajwid

Bab 19 :: Finale

2.1K 206 65
De urikimoppa

Ainul POV

❝Assalamualaikumwarahmatullah. ❞ Namjoon memberikan salam dan diikuti makmumnya.

Kemudian, kami semua menadahkan tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh Namjoon.

❝ Ya Allah, ampunilah dosa kami. Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami serta dosa seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah, kau berilah kepada kedua ibu bapa kami hidayahMu dan jauhilah mereka daripada kesesatan. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Kami bersyukur kepadamu Ya Allah kerana memberikan kami hidayahMu dan menjauhkan kami dari terus sesat. Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati manusia, Kau tetapkanlah hati kami padamu dan kurniakanlah kepada kami hidayahMu. Amin Ya Rabbalalamin. ❞

Kami bersalam-salaman dengan mahram masing-masing. Kemudian, kami melipat sejadah dan membuat apa yang patut.

❝Jomlah makan dulu. Ni kali terakhir korang dapat rasa masakan Melayu made by me and this kiddo tau. ❞ kataku sambil mengangkat-angkatkan kening.

❝Yelah mak cik oii. ❞ perli Jungkook. Dah pandai eh Jungkook sekarang.

Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. Laju kaki Anom berlari ke arah pintu. Buka je pintu terpapar lima orang makhluk di situ.

❝Hani unnie! Jeon Wonwoo! Woozi dan kawan-kawan! Masuklah. ❞ pelawanya kepada tetamu yang tak diundang itu. Ceh, gurau je. Takut datang benda lain pula.

❝Dengar cerita korang nak pergi dah esok. Tu yang datang ni. Nah buah tangan. ❞ kata Hani sambil memberikan sebakul buah kepada Anom.

❝Dah masak belum? Aku nak makan ni. Omma korang tu kalau dah bersembang memang payah nak balik. Kesian perut aku ni. ❞ bebel Wonwoo dan dengan muka tak malunya duduk bersila dekat meja makan tu.

❝Hai, ingat saya tak? ❞ tanya seorang lelaki kepada Anom lagi. Anom mengangguk.

❝Mestilah ingat. Joshua kan? ❞ teka Anom. Joshua menganggukkan kepalanya. Masa tu, Jeon Jungkook perhati je budak berdua tu.

❝Taehyung, nilah kembar kau! Birthday korang sama lah. ❞ kata aku pula. Taehyung menjongketkan keningnya tak percaya.

❝Sedih. Tabahlah Mingyu. Hidup sentiasa dipalau. Palau itu indah. ❞ sampuk Mingyu yang dari tadi kewujudannya tidak dilayan.

❝Dah lah aku nak makan. Kalau sembang sampai esok pun tak makan. ❞ bebel Wonwoo. Mingyu memuncungkan mulutnya. Ingat nak cakap dengan aku tadi. Getus hatinya.

Dan kami pun membaca doa mengikut agama masing-masing. Usai makan, kami bekerjasama mengemas tempat makan itu pula.

Kemudian, semua tetamu meminta izin untuk pulang ke rumah masing-masing. Diingatkan sekali lagi yang BTS tinggal dengan Woozi untuk sementara waktu ni.

Keesokkan harinya~

❝Jaga diri elok-elok eh. Jangan lupakan kitorang tau! ❞ kata Hoseok sambil mengelap air matanya.

❝Ainul, Anom. Thanks for everything. ❞ kata Namjoon.

❝Nah, ni resepi masakan Korea. Sorrylah tak boleh nak ajar. ❞ kata Seokjin seraya menghulurkan sebuah buku nota kepadaku.

❝Take care. ❞ kata Suga ringkas. Mereka mengangkat kening sebab tak percaya tu je yang dia nak cakap.

❝Weh, sorry tau sebab saya tinggal awak macam tu je masa dekat hospital hari tu. ❞ kata Jimin. Anom mengangguk faham.

❝Korang, nanti datang sini jangan lupa jenguk kitorang eh. I'm gonna miss u. ❞ Taehyung berkata sambil mengelap air matanya. Tak tahulah ikhlas ke tak.

❝Gumawo for everything and annyeong! ❞ kata Jungkook sambil tersenyum. Senyum? Woah, first time dia tersenyum lebar dalam cerita ni.

❝Nae. Annyeong Bangtan! Annyeong chingu!❞ ucap kami dan melambaikan tangan ke arah mereka bertujuh. Sedih? Semestinya ada tetapi perasaan gembira lebih banyak kerana rakan kami kini telah kembali ke pangkal jalan.

Dua tahun kemudian

Kini, hidup Bangtan lebih baik dari yang dijangka. Nak tahu apa kerja dorang sekarang? Teruskan membaca...

Kim Namjoon, orang yang pertama sedar tentang Islam. Disebabkan minatnya yang mendalam dalam syarikat industri muzik, dia telah menjadi seorang penulis dan komposer muzik yang terkenal di seluruh negara.

Kim Seokjin, kini berusia 26 tahun sedang menuntut di sebuah Universiti Perubatan dan kini sedang menjadi pelatih di SNU Hospital. Mula-mula dia tak nak, tapi lepas tengok kawan² dia semua ada kerja dia pun decide nak sambung belajar dengan duit simpanan yang dia kumpul selama ni.

Min Yoongi, menjadi usahawan terkenal dengan membuka beberapa buah restoran di sekitar Seoul bersama dengan salah seorang lagi ahli mereka, Jeon Jungkook. Mereka berdua bermula dengan membuka gerai burger di tepi jalan. Meh nak cerita macam mana dorang boleh ada duit nak buka restoran.

Malam tu dorang macam biasa pergi gerai dorang nak jual burger. Malam tu tak tahulah kenapa hanya dua orang je yang datang beli. Selalunya lebih 20 orang sehari. Mereka berdua pun balik dengan perasaan kecewa tapi tetap sabar. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Dalam perjalanan balik tu, dorang ternampak seorang pak cik dirompak lalu dorang kejarlah dan tolong masukkan perompak tu dalam lokap. Dan pak cik tulah yang derma duit sebagai modal untuk buka restoran. Rupa-rupanya, pak cik yang disangka daif tu jutawan dekat Korea.

Jung Hoseok, semua orang tahu yang dia ni minat sangat menari. Jadi, dia pun diambil bekerja sebagai cheoreographer tarian di sebuah syarikat terkenal. Hoseok lah orang pertama yang dapat kerja tetap dalam kalangan kawan² dia.

Kim Taehyung, dialah satu-satunya ahli yang tak ada kerja tetap. Macam² kerjanya, semuanya kerja sambilan. Contohnya, cashier dekat kedai runcit, delivery boy dan waiter. Bukannya dia tak boleh cari kerja tetap, tapi dia tak nak sebab katanya kalau buat kerja yang sama banyak kali nanti cepat bosan.

Park Jimin, dia diambil bekerja oleb sebuah syarikat elektronik yang terkenal di Korea sebagai kerani. Dia turut dianugerahkan sebagai pekerja paling berdedikasi sebab dia pandai buat kerja dan dia telah dinaikkan pangkat menjadi pembantu CEO syarikat itu.

Walaupun kesibukkan sering mengganggu hidup mereka, tetapi mereka tidak pernah lupa tentang tanggungjawab mereka terhadap Tuhan. Rezeki Tuhan itu luas. Walaupun mereka terpaksa melepaskan impian mereka sebagai idola, tapi sesuatu yang lebih baik menanti mereka.

Jadi, kita janganlah ragu-ragu dengan kuasa Tuhan. Mungkin sekarang kita tak dapat apa yang kita minta tapi kita tak tahu apa yang akan jadi seterusnya.

Di situasi yang lain. Dua orang perempuan yang berusia lingkungan 20-an sedang berjalan menuju ke sebuah apartmen.

❝ Kau tahu tak? Orang cakapkan, sebelum BTS peluk Islam, ada dua orang perempuan Islam ni tinggal dekat sini dulu. ❞ kata Mineul, salah seorang daripada perempuan itu.

❝ Jinjja? Wah. Macam mana dorang boleh jumpa BTS tu ek? ❞ tanya Hanmi pula. Mereka bersama-sama berjalan masuk ke dalam rumah sewa itu sambil membawa bagasi mereka.

Kemudian, mereka masuk pula ke dalam sebuah bilik yang sudah siap didekokan dengan indah sekali. Mereka terus mengemas barang mereka dan memasukkannya ke dalam sebuah almari yang sudah sedia ada di dalam bilik itu.

❝ Dengar cerita dorang jatuh dekat dalam sebuah lubang ni, lepastu terus tercampak dekat dorm dorang. ❞ cerita Mineul dengan bersungguh-sungguh. Hanmi tergelak kecil mendengar kisah yang tidak masuk akal itu.

❝ Ha! Bulan lepas, ada group baru debut. Sebongie? Sevenjin? Mwoji? ❞ Mineul menggaru kepalanya cuba mengingat nama kumpulan tersebut.

❝ Seventeen. Tahu. Handsome handsome doh. Kalau dapat jumpa dorang, aku pasti kita dengan dorang ada jodoh. Ciahh. ❞ Hanmi membuat lawaknya yang tidak menjadi itu. Mineul hanya tersengih cuba mengambil hati.

Masa itu, Mineul tidak sengaja tersepak kaki Hanmi yang sedang mengemas bajunya. Kemudian, Hanmi tertolak suatu butang dan sebuah lorong yang gelap kelihatan dari dalam almari itu.

Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Senyuman sinis terukir di bibir mereka. Mereka berdua pun menerjun masuk ke dalam lubang itu dan menggelongsor seperti gelongsor.

❝ WAA!! ❞ teriak mereka dan akhirnya mereka tiba di penghujungnya.

❝ Nuguseyo? ❞ tanya seorang lelaki yang bersuara garau kepada mereka. Dengan kepala yang masih berpusing-pusing, mereka cuba mengangkat wajah untuk melihat gerangan lelaki itu.

Mata mereka terbuntang apabila sekumpulan lelaki yang dikenali mereka sedang berkumpul dalam bulatan mengelilingi mereka. Mulut mereka sudah tenganga luas seperti lubang gua yang gelap.

❝ SEVENJIN!! ❞

❝ WOI! SEVENTEEN LAH!! ❞

♡♡♡

Dengan adanya special cast; Seventeen di atas, maka berakhirlah kisah Mr. Bangtan's Guardian ini.

Thank you so much for 1k reads. Author tahu ending dia tak berapa memberansangkan. Sorry sangat. Terima kasih again kepada yang tukang baca, vote n comment tu. Sayang korang! Annyeong! ✋😭

❀【T A M A T】✿

12.06.16

Continue lendo

Você também vai gostar

7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
40.7K 3K 45
𝟷𝚜𝚝 𝚄𝙽𝙳𝙴𝚁 𝙱𝙴𝙻𝙻𝙴 𝚂𝙴𝚁𝙸𝙴𝚂 ꕥ 𝙰𝙼𝙰𝚈𝙰 𝙴𝙳𝙻𝚈𝙽 100% my brain. Amaya Edlyn- gadis comel dan cantik. Merupakan seorang pelajar di un...
2.2M 133K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
30.7K 396 39
kisah seorang perempuan yang terpaksa jadi sugar baby sebab poket kering