LUCKY

By leimonadd

6K 1.3K 516

Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024 More

L1
L2
L3
L4
L5
L6
L7
L8
L9
L10
L11
L12
L13
L14
L16

L15

346 80 30
By leimonadd

TARIK kerusi, Subhi menoleh kepada Rayya yang tegak berdiri di sisinya. Senyum menjadi sedikit senget sambil kening terjungkit dua tiga kali. Kerusi dipandang berharap agar isyaratnya yang menyuruh Rayya untuk duduk diterima pasti. 

Kerutkan dahi, atas bawah mata Rayya memandang Subhi. Perlahan dia tarik kerusi di hadapan Subhi. Tak ingin untuk duduk di kerusi yag ditarik Subhi. Buang tebiat apa lelaki ini main tarik-tarikkan kerusi pula?

Penolakan Rayya itu buat Subhi jongketkan bahu. Tak peduli langsung seraya duduk dilabuhkan di kerusi itu. Betul-betul berhadapan dengan Rayya. Namun, spontan dia tukar duduk di kerusi kosong sebelahnya apabila nampak riak kurang selesa di wajah Rayya.

Terkebil-kebil Rayya pandang Subhi yang sudah berubah tempat duduk. Lelaki itu hanya tenang sahaja memandang papan menu. Bila nampak Subhi menoleh, terus Rayya larikan pandangan Memandang papan menu sama.

Sumpah! Dada Rayya berdebar hebat. Liur ditelan penuh payah.

Menjadi tanda tanya sendiri mengapa laju sahaja dia memalingkan wajah tadi. Tidak ke nampak seperti dia mengelak dariada tertangkap melihat lelaki itu? Haaa! Malunya!

"Nak makan apa?" Soalan Subhi didengar bagai angin lalu sahaja. Pandangan masih dipakukan di papan menu. Terfikir juga bagaimana bisa dia berada satu meja dengan Subhi.

Pagi tadi, dari mahu berjogging, Rayya hanya beriadah ringan di taman sahaja. Gara-gara Subhi yang mengganggu. Mujur juga lelaki itu bertindak seperti apa yang dikatakan, hanya duduk di buaian.

Bagus!

Sudah itu bila mahu pulang, elok Subhi paksa dia untuk bersarapan di Restoran Mamak bawah flat ini.

Bila kena paksa faham-faham lah. Hampir sahaja penumbuk Rayya naik namun sudahnya Rayya mengalah sahaja.

"Hei," meja diketuk perlahan oleh Subhi, buat Rayya tersedar semula.

Tegak badannya dengan mata terkelip-kelip laju. Bingung tentang apa mahu Subhi. Dia bukan dengar pun apa yang lelaki itu cakap tadi.

"Huh?"

Subhi senyum lembut. Seorang pelayan mamak yang elok berdiri di sisi meja, Subhi juih buat isyarat.

"Kau berangan apa? Ambil order. Kau nak makan apa?"

Bentuk O mulut Rayya. Faham dah. Terus pesanannya diberikan. Cukup Roti Bom sekeping dan secawan air putih suam.

Berlalu sahaja pelayan, Rayya pandang Subhi. Bercantum kening lihat mulut Subhi yang menganga. Riak hairan tertempel di wajah lelaki itu.

"Kenapa?" Jelek nada Rayya.

Dengan Subhi, jarang-jarang lah Rayya puas hati. Walau baru kenal seminggu, entah kenapa Rayya punya tak suka dengan Subhi seperti dah bertahun lama mereka kenal.

"Kau makan tu je? Diet eh?" Jari telunjuk Subhi bergoyang laju. Sengih dah gaya menyakat.

Rayya geleng kepala. Peluk tubuh, pandangan ditebarkan ke seluruh restoran. Nama pun mamak, sah-sah lah ramai pengunjungnya. Tak kira masa!

Pasif reaksi Rayya buat Subhi mencebik kecil. Jika Rayya mahu diam, dia juga boleh diam. Tapi, rasanya diamnya sedikit berbeza daripada diam Rayya.

Jika Rayya lebih suka buang pandang ke sekeliling kedai, Subhi lebih suka buang pandang ke arah Rayya.

Tanpa sedar, tegak tubuh Subhi dah berubah. Elok dia merapat ke meja sambil dua tangan elok di atas meja.

Sisi wajah Rayya ditilik. Baru Subhi perasan. Hidung gadis itu sedikit mancung. Punya darah kacukan ke si Rayya Riyana ni?

Tertarik.

Subhi tak sedar bibir bawahnya dah digigit lembut. Tubuh masih di posisi sama namun tangan dah sedikit lurus ke hadapan. Jari juga dah mula mengetuk perlahan meja, hasilkan entah irama apa.

Seperti tadi, Rayya sibuk dengan suasana kedai. Subhi sibuk dengan Rayya.

Alis mata Rayya panjang dan lebat. Cantik. Tambah manis bila ada tahi lalat kecil di hujung kening gadis itu. Buat bibir Subhi menyenget spontan.

Rayya ralit melihat seorang mamak menebar roti canai. Bukan itu sahaja. Ada seorang yang sedang tarik Teh Tarik. Penuh skill! Kerana itu dia tidak sedar langsung dengan pandangan penuh minat Subhi.

Namun, tumpuan Rayya sedikit terganggu bila telinga menangkap sayup-sayup suara nyanyian.

Matamu melemahkan ku
Saat pertama kali ku lihatmu
Dan jujur ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini

Berkerut dahi Rayya. Langsung melilau matanya mencari arah terbit suara itu. Tapi, kelu sendiri bila lurus mata menangkap Subhi di hadapannya.

Matamu melemahkan ku
Saat pertama kali ku lihatmu
Dan jujur ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini

Terkebil-kebil Rayya. Sedikit gugup iuga bila Subhi lurus memandangnya. Muka tenang tak beriak.

Oh mungkin inikah cinta pandangan yang  pertama

Subhi alih wajah. Tak pandang Rayya. Dan sebetulnya diri tak sedar pun mulut sendiri sedang menyanyi perlahan.

Kerana apa yang ku rasa ini tak biasa
Jika benar ini cinta mulai dari mana
Oh dari mana

Rayya telan liur. Dada memang dah berdebar halus. Tak perlu cakap! Rayya memang sedar itu. Jika Subhi menyanyi, pasti jantungnya berdetak sedikit laju. Entah kenapa.

Matamu melemahkan ku
Saat pertama kali ku lihatmu
Dan jujur ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini

Keadaan bertukar.

Subhi memandang sekeliling manakala Rayya memandang Subhi. Tambah dada yang makin berdebar halus dan perut yang memulas kegelian.

Dari matamu mamatu ku mulai jatuh cinta
Ku melihat melihat ada bayangnya
Dari mata kau buatku jatuh
Jatuh terus jatuh terus ke hati

Dengar suara halus Subhi, spontan mata Rayya lurus memandang mata Subhi. Oh! Warna mata Subhi coklat? Kalau lihat sekilas memang tak akan perasan. Jika tenung lama-lama baru lah nampak warna anak mata lelaki itu.

Cantik.

Kening pun tebal. Ada kacukan kah lelaki ini? Cantik betul mata dan keningnya.

Matamu melemahkan ku
Saat pertama kali ku lihatmu
Dan jujur ku tak pernah merasa
Ku tak pernah merasa begini

Subhi pandang Rayya.

Rayya pandang Subhi.

Diam masing-masing bersama pandangan yang belum putus. Buat seketika, dunia mereka seakan-akan senyap sunyi.

Hanya kedengaran suara halus Subhi yang belum usai menyanyi kecil.

Rayya dah kemam bibir. Dada berombak perlahan tika nafas seperti tak dapat ditarik betul. Nak alih pandang daripada Subhi, tapi entah kenapa otak kosong tidak memberi arahan.

'Kenapa ni Rayya?'

Kerlipan mata Subhi jadi perlahan. Pandangan mata jadi lembut. Tangan spontan naik menyentuh wajah secara rawak dan ia berkahir dengan tangan menongkat dagu. Jari telunjuk pula bergerak sendiri bermain dengan hujung bibir sendiri.

Rayya telan liur.

Sumpah! Nafas seakan tidak terkawal.

"Makan."

Tersentak terus mereka berdua. Langsung tangan jatuh ke riba. Duduk sudah tegak. Dan mata hanya pandang ke satu titik yang sama.

Pelayan mamak yang menghidangkan makanan mereka santai. Satu persatu makanan dan minuman yang dipesan Rayya dan Subhi tadi dihidang cermat atas meja. Sesekali mata mengerling melihat dua pelanggan ini.

Kenapa rasa aura-aura kekok tu ya?

"Makan, boss!"

Subhi hanya angguk. Sekilas mata jatuh pada Rayya sebelum dia angkat ibu jari tinggi. Senyum terasa kekok namun cuba dimaniskan juga.

Rayya garu dahi. Gigit bibir bawah, kepala ditundukkan. Pejam mata rapat-rapat sambil hati memarahi diri sendiri.

'Apa kau buat Rayya? Kau buat apa tadi Rayya Riyana?! Kau main mata dengan mamat hitam manis ni kenapa?!'

Subhi berdeham perlahan. Hidung dicuit beberapa kali. Segan bila ulang tayang semula apa yang terjadi tadi.

Malunya! Kenapa dia jadi begitu tiba-tiba?

"Err..."

Rayya angkat wajah. Telan liur terus Subhi bila lihat pipi merah Rayya.

Ya ampun! Merahnya! Buat hati Subhi melompat kecil sedikit. Tercuit sendiri. Terus bibir rasa mahu melebar dengan senyuman.

'Comel gila!'

Tertahan kata-kata itu. Tangan bawah meja dah cubit peha sendiri. Tahan diri! Tahan diri! Tahan diri!

Payah ni! Subhi begitu yakin ada sesuatu yang telah berubah dalam dirinya. Sangat yakin! Seratus peratus yakin.

Tapi, nak deny boleh tak?

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

RAYYA hempaskan badan ke katil. Bantal diambil dan terus dibawa menekup wajah sendiri. Kuat sebelum...

"Aaaaa!!!" Jeritan kuat dilepaskan. Kaki dah menendang laju katil, lepaskan geram dan malu yang membukit dalam diri.

Bantal ditolak jauh. Naik turun dada mengejar nafas baharu. Lurus pula mata memandang siling bilik.

"Apa kau buat Rayya?!" Dahi ditepuk berulang kali, lepaskan kekecewaan diri. Kecewa betul lah dia dengan sikap sendiri tadi.

"Kau terkaku kenapa? Nanti dia fikir kau suka dia pula!" Pejam mata, dahi ditepuk lagi. Masih lagi kecewa dengan diri.

Dari matamu matamu ku mulai jatuh cinta
Ku melihat melihat ada bayangnya
Dari mata kau buat ku jatuh
Jatuh terus jatuh ke hati

Terngiang-ngiang suara merdu Subhi di telinga.

Menggeleng laju terus Rayya. Kali ini, telinga pula ditepuk. Tak mahu dengar! Tapi suara merdu begitu, rasanya susah untuk dilupakan.

"Kenapa dia menyanyi tadi?" Rayya mengeluh. Tak suka! Sebab suara Subhi lagi merdu dari penyanyi asal. Tambah lagi, Subhi seperti ada stail nyanyiannya sendiri. Sah! Bukan dia sahaja yang akan terpaku bila dengar lelaki itu menyanyi.

Nafas dilepas kasar. Tangan naik menutup lengan. Nafas diatur semula dan diri juga ditenangkan.

Namun, gagal! Pandangan mata Subhi masuk dalam fikiran. Suara Subhi terngiang-ngiang di telinga. Semua lah tentang Subhi dalam fikiran sekarang.

"Argh!" Bantal ditekup semula ke muka.

Geram sendiri, Rayya bangun dari pembaringan. Tuala ditarik. Ada bagus dia bersihkan diri. Kemudian sibukkan diri sampai lupa apa yang tak sudah-sudah melekat dalam kepala sekarang ini.

Keluar dari bilik, terkejut Rayya bila lihat Nek Nani berdiri di hadapan muka pintu. Wajah tua itu berkerut seribu.

"Nek?"

"Aya kenapa terjerit-jerit?" Kepala menjengah ke dalam bilik Rayya. Nampak beberapa bantal dah jatuh ke lantai.

Rayya dipandang, minta jawapan. Tapi Rayya hanya sengih sahaja sambil menggeleng kecil.

"Takde apa lah. Saje test vokal." Tengkuk digaru perlahan. Kekok sungguh dia memberi alasan.

Nek Nani tak percaya. Atas bawah, atas bawah mata bergerak memandang Rayya. Menghakimi dalam diam jadikan rasa kekok Rayya makin menebal.

"Err... Aya mandi dulu?" Jari telunjuk tunjuk bilik mandi di sebelah biliknya.

"Hmmm." Nek Nani melepaskan. Terima sahaja walau rasa ingin tahunya membuak-buak.

Rayya balik tadi, cucu saudaranya itu langsung tidak menyapanya. Sudah itu, tangan tak sudah-sudah menekup pipi sendiri. Pipi pula merah jambu. Dah kenapa? Pastilah dia hairan sendiri.

"Eh, sebelum tu. Suria kat depan tu. Dia kata nak jumpa Aya. Pergi dulu lah." Kata Nek Nani sebelum dia berlalu pergi. Mahu keluar seketika beramah mesra dengan jiran-jiran.

"Nek nak pergi rumah Mak Uda sekejap kat depan tu. Nak makan, Mak Cik Salamah kamu ada beri Nasi Goreng tadi. Ada bawah saji."

Rayya dengar sahaja suara Nek Nani. Wanita tua itu sudah masuk ke dalam bilik. Mahu sarung tudung barangkali.

"Okey." Sahut Rayya.

Tuala dibawa menutup kepala sebelum kaki menghampiri pintu. Naik terus senyum bila lihat ada Suria yang menanti di depan pagar.

"Assalamualaikum, Suria!" Ceria Rayya menyapa. Bersandar dia di grill.

Suria melambai kecil. Salam Rayya dibalas ceria sama.

"Ada apa Suria?" Tanya Rayya.

"Kakak kerja tak hari ni?" Suria bertanya. Senyum tak lekang dari bibir merahnya.

Menggeleng, Rayya berikan jawapan.

"Kenapa?"

"Kakak nak ikut Suria tak? Kita pergi jalan-jalan naik skuter. Nak tak?"

Ajakan Suria buat badan Rayya tegak. Kening dah ternaik teruja.

"Mesti lah nak! Tapi... kenapa Suria ajak kakak?" Pelik juga Rayya. Bukan kan aktiviti bersiar-siar ini seronok dilakukan bersama kawan-kawan?

Suria menyengih. "Saje nak bonding-bonding dengan kakak. Lagipun, Suria nak minta pendapat kakak."

Dahi berkerut. "Pendapat apa?"

Pandang kiri kanan, Suria sempat menjenguk ke dalam rumah sebelum dia merapat, seakan mahu berbisik dengan Rayya. Rayya pula hanya menurut. Terus dia mendekat sama.

"Nak cari hadiah untuk Nek Nani. Lusa kan hari lahir dia!"

Bulat mata Rayya. Tepuk dahi bila dia teringat hal yang satu itu. Allah! Dia sibuk sangat dengan kerja sampai lupa tentang hal itu.

"Allah! Nasib baik Suria ingatkan! Kakak  hampir lupa tadi!"

Suria ketawa kecil.

"Okey lah. Boleh, boleh! Suria nak pergi pagi ni?" Lihat Suria, sepertinya gadis itu sudah bersiap.

Anggukan diberikan Suria tanda ya.

"Okey! Kakak siap-siap dulu. Dah siap, kakak panggil Suria di rumah."

Suria tabik sahaja sebelum dia berlalu pergi. Mahu sambung bersiap juga mahu maklumkan kepada Mak Cik Salamah yang Rayya sudi untuk keluar bersamanya.

Rayya tergelak kecil. Laju dia masuk ke dalam rumah. Okey! Kena bersiap cepat! Lupa langsung tentang Subhi.

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

Hello! Hello! Terima kasih sudi baca sampai hujung 🫶🏻

Continue Reading

You'll Also Like

82.3K 10K 28
Cerita ini ditulis atas highway sebab tak ada line huhu. Tapi ni cerita Angkatan Tentera DiRaja. Raven ni sniper wanita berjaya yang angkuh dan liar...
409 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
235K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...