LUCKY

By leimonadd

6K 1.3K 516

Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024 More

L1
L2
L3
L4
L5
L6
L7
L8
L10
L11
L12
L13
L14
L15
L16

L9

270 75 30
By leimonadd

PANGGILAN telefon yang maauk buat pergerakan tangan Rayya terhenti. Terbang melayang terus konsentrasinya terhadap lakaran yang sedang dilakukan dalam sketchbook.

Jatuhkan pensel, telefon dari dalam beg diambil. Langsung senyum dia bila nama Nek Nani terbit di skrin telefon. Tapi, agak menghairankan juga lah.

Kenapa Nek Nani telefon? Waktu tamat berkerja lambat lagi. Ke... ada apa-apa yang terjadi?

Bersama rasa cemas itu, laju ibu jari menggesek skrin. Telefon terus dilekap di telinga.

"Nek Nani?" Suara sedikit cemas itu berjaya tarik perhatian Intan dan Riyaz. Terus dia jadi tumpuan mereka berdua.

"Assalamualaikum, Aya!" Suara Nek Nanti terdengar biasa. Itu sahaja dah buat Rayya lepaskan nafas lega. Relaks kembali tubuhnya. Bibir pun dah kembali tersenyum.

Tepukan perlahan Intan pada bahunya buat Rayya memandang gadis itu.

"Kenapa?" Berbisik Rayya bertanya.

Tersengih Rayya hanya geleng sahaja. Buat Intan senyum kecil sebelum kerjanya disambung kembali.

"Aya?" Nada Nek Nani kedengaran hairan.

"Ya, nek. Aya kat sini. Kenapa nek telefon?" Rayya bertanya. Lurus pandang hadapan, Rayya tangkap Riyaz masih memandang ke arahnya.

Tatapan lelaki itu kosong sahaja. Tak berkelip langsung, jadikan Rayya sedikit tidak selesa. Namun, sedaya upaya Rayya buat seperti biasa.

"Nek nak bagitahu, nek kat hospital ni."

"Hah?!" Menjerit kecil terus Rayya di situ. Siap berdiri kerana terkejut, dan itu berjaya menarik pandangan semua yang ada di situ.

"Hospital?" Rayya masih terkejut.

Intan dah cemas sekali dengar perkataan itu. Laju dia tarik Rayya untuk duduk kembali. Bagi bertenang. Riyaz pula dah berlari ke pantri, mahu dapatkan Rayya segelas air.

Semua tertumpu kepada Rayya. Mesti lah tertanya-tanya apa yang telah terjadi bila perkataan hospital muncul di bibir.

"Ya, tapi nek takde apa-apa pun. Kamu jangan menjerit macam tu. Sakit telinga nek dibuatnya ni, Aya."

Terkebil-kebil terus Rayya. Riak bingung muncul di wajah, buat Intan yang cuba menenangkan Rayya turut sama kebingungan.

"Kenapa, Rayya?" Intan bertanya. Digoncang perlahan bahu Rayya, minta jawapan.

Riyaz dah kembali semula. Segelas air sejuk diletakkan di atas meja Rayya. Tegak dia berdiri di sisi tempat Rayya. Wajahnya juga berkias risau.

"Kalau takde apa-apa, kenapa ada kat hospital?" Dahi digaru perlahan. Masih lagi bingung.

"Aya ni. Bukan sebab sakit je kan kita pergi hospital. Nek pergi hospital sebab melawat kawan nek. Dia yang sakit." Balas Nek Nani bersahaja.

Akhirnya, nafas lega terhambur keluar laju. Dada yang sedari tadi berdebar halus diusap perlahan. Alhamdulillah, dapat bertenang.

"Nek ni... jangan lah buat mukaddimah begitu lain kali. Terkejut Aya." Tak puas hati Rayya jadinya.

Nek Nani hanya ketawa halus sahaja. "Maaf lah. Aya okey kan tu?"

Senyum, perlahan Rayya mengangguk. Macam Nek Nani nampak pula anggukannya tika itu.

"Okey. Nek pergi dengan siapa?" Soal Rayya. Dah tenang sepenuhnya.

Lihat Rayya begitu, Intan dan Riyaz juga dah tenang. Terus mereka beri signal 'okey' kepada orang sekeliling. Tanda baik-baik sahaja semuanya.

"Anak kawan nek yang ajak ni ha yang hantar." Jawab Nek Nani.

Rayya angguk lagi.

"Nek mungkin balik lambat rasanya. Nek nak bagitahu itu. Takut Aya balik, nek takde lagi. Takde lah Aya cemas sangat." Tambah Nek Nani.

Rayya senyum kecil, mengerti.

"Okey, nek. Nanti apa-apa, nek mesej aje Aya ya?"

"Yalah. Nek letak dulu. Nak sampai hospital dah ni." Nek Nani minta pamit dahulu dan Rayya hanya terima sahaja tanpa banyak bicara.

Setelah bertukar salam, panggilan diputuskan. Terus Rayya senyum selebar-lebarnya. Tiada lagi kerisauan.

"Hah! Kenapa, kenapa?" Intan dah kepoh ingin tahu. Riyaz pula tenang berdiri seperti tadi. Tubuh dipeluk dan Rayya dipandang, diam-diam menunggu jawapan.

Rayya pandang Intan dan Riyaz silih berganti. Senyum kecil dia sambil tengkuk digosok perlahan. Serba salah sebab overreact pula tadi.

"Siapa yang masuk hospital? Nenek?" Riyaz pula bertanya.

Rayya menggeleng. "Bukan. Kawan nenek."

"Aing?" Hairan Intan dengan jawapan Rayya.

"Kan? Pelik kan? Nenek lah, bagi mukaddimah kata dia kat hospital. Terkejutlah saya." Balas Rayya sambil sengih.

Intan jatuhkan bahu. "Lah! Al-kisahnya!"

Rayya hamburkan tawa kecil lagi. "Sorry!"

Intan dah senyum sendiri. Pandang Riyaz, lelaki itu ikut sama senyum sambil mata tak lepas daripada memandang Rayya. Terus teringat Intan akan sesuatu.

"Eh, tu! Minum air tu. Riyaz ambilkan tadi sebab Rayya cemas sangat tadi." Intan tunjuk lurus segelas air kosong di atas meja Rayya.

Rayya pandang gelas air sejuk itu sebelum pandang Riyaz. Senyum dia halus buat lelaki itu.

"Terima kasih."

Riyaz senyum. "Sama-sama. Kalau ada apa-apa, Rayya bagitahu aje kami. Riyaz ke... Intan ke... mana yang kami boleh bantu, kami bantu."

Rayya senyum dan mengangguk kecil.

Intan yang memerhati, ikut senyum sekali. Pandang Riyaz, Intan jengilkan mata dalam gurauan.

Pandai mamat ni. Petik namanya pula.

Riyaz yang melihat hanya sorok tawa sebelum dia berlalu ke mejanya semula. Ambil duduk, Rayya yang meneguk perlahan air yang diambilnya tadi dipandang.

Seketika, Riyaz senyum lagi.

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

MATA Rayya terkebil-kebil melihat pintu pagar yang bermangga kemas. Oh! Ini mimpi buruk! Rayya tiada kunci rumah! Tiada kunci pendua yang dia bawa bersama!

"Mati lah!" Rayya tepuk dahi. Telefon cepat dia keluarkan untuk hubungi Nek Nani.

Tut tut... Tut tut... Tut tut...

Sabar Rayya menanti panggilannya bersambut. Gelabah dah Rayya rasa. Otak dah laju keluarkan bayangan-bayangan yang mampu buat dirinya cemas seketika.

"Nombor yang anda dail—" dengar suara operator, Rayya terus matikan panggilan.

Bingung, melutut Rayya di hadapan pagar rumah. Aiseh! Macam mana nak masuk rumah kalau rumah berkunci?

Telefon dihidupkan dan laju aplikasi WhatsApp dibuka. Mahu hantar pesanan kepada Nek Nani. Mana tahu, Nek Nani akan baca.

Laju Rayya menekan papan kekunci di skrin.

You
Assalamualaikum, nek. Kunci rumah takde. Macam mana Aya nak masuk rumah 🥲

Hantar! Dan kembali Rayya tundukkan kepala semula. Seketika cuma sebelum mangga dipandang lalu mencebik sedih dia di situ.

"Alah, nek." Merengek kecil Rayya di situ.

Rugi sungguh lah! Kenapa lah dia tak minta Nek Nani beri kepadanya kunci pendua sama? Kalau hal seperti ini terjadi, takde lah dia kebingungan begini.

"Lepas ni minta kunci ya, Rayya Riyana. Ingat tu!" Sisi kepala diketuk perlahan. Biar masuk sikit dalam ingatan.

Pasrah, Rayya duduk bersandar di tepi dinding. Sambil itu pandang dinding di hadapannya. Fikir, apa yang dia boleh buat sekarang.

"Kalau duduk kat surau sekejap boleh ke? Sampai nek balas mesej atau call semula?" Rayya berbicara sendiri.

Telefon dibuka. Namun sekali lagi Rayya dikejutkan apabila telefon yang menyala tiba-tiba sahaja terpadam sendiri. Sempat Rayya baca tulisan yang muncul di skrin itu.

Low Battery!

"Aaa!!!" Menjerit Rayya di situ. Telefon dipandang tidak percaya. Bahkan tangannya laju memukul skrin telefonnya berulang kali.

"Alaaaaa!!! Jangan lah macam ni!!!" Rayya rasa nak menangis dah. Kenapa ujian hari ini datang di hujung hari? Yak suka!

"Eh, kenapa ni?" Suara yang menyoal buat Rayya menoleh pandang tepi. Muka beriak sedih. Takde rasa menyampah seperti selalu kali ini.

Ada Subhi. Lelaki itu baru balik kerja sama kut.

Subhi terkebil-kebil sendiri lihat riak wajah yang ditunjukkan Rayya kini. Tak tahu lah pula gadis itu punya riak wajah yang sebegini. Ingatkan masam sahaja 24 jam.

Macam Maryam.

Tersentak dengan fikiran sendiri, Subhi menggeleng perlahan. Wajah diraup sebelum Rayya dipandang semula.

'Ini Rayya, Subhi. Dah kenapa pula nak ingat dengan bekas crush pula dah?'

"Eh, kau kenapa ni? Kenapa tak masuk rumah? Mangga rosak?" Subhi bertanya. Mangga rumah Nek Nani dipegang dan ditilik sekilas.

Rayya mencebik. Menyampah.

"Rosak apa? Nak try buka pun tak boleh sebab takde kunci. Benci!" Kata Rayya. Tak sedar dengan nada suaranya yang sedikit manja. Nada suara yang berjaya buat Subhi terkebil-kebil sendiri buat sekian kalinya.

"Hah?"

Rayya mendongak pandang Subhi.

"Kunci takde."

"Nek Nani mana?" Soal Subhi. Tangan dah mencekak pinggang. Dahi dah berkerut.

"Ish." Berdesis Rayya tak puas hati. Tambahkan lagi kerutan di dahi Subhi.

Aik? Orang tanya pun marah?

"Nek Nani takde lah. Kalau ada, takde dah duduk kat luar ni. Benci!" Sekali lagi, tanpa sedar nada manja diguna pakai Rayya.

Buat Subhi pejam mata dan tutup mulut dengan tangannya.

'Jangan senyum, Behi. Jangan senyum. Mengamuk nanti kalau budak ni nampak.'

"Oh, Nek Nani takde. Pastu macam mana sekarang?" Soal Subhi.

Rayya menggeleng. Bibir sedikit mencebik sedih. Semua tingkahnya sedikit manja kini namun itu diluar sedar Rayya. Mungkin kerana sudah biasa jika sedih, begitu tingkahnya. Sampai ke sudah, depan siapa-siapa pun dibawa tingkah yang sama. Out of habit!

Subhi kemam bibir pula kali ini. Dahi berkerut hairan namun bibir mahu senyum. Macam mana tu?

Pandang Rayya, entah kenapa Subhi seperti digeletek pula. Rasa geli yang buat dia mahu senyum sentiasa.

"Kalau..." Rayya pandang Subhi.

Lihat mata bundar Rayya, tambah pula dengan riak wajah bingung dan sedihnya, rasa geli itu makin besar dalam diri Subhi. Buat tangannya naik menutup mulut.

'Jangan senyum, Behi! Jangan senyum!"

"Hmmm? Kalau?" Soal Subhi. Nada suara berubah jadi lembut sendiri bila lihat riak wajah Rayya begitu.

'Kau dah kenapa Subhi Taha, oi! Kenapa lembut sangat suara kau tu?!' Jerit Subhi dalam hati.

"Kalau duduk kat surau sekejap boleh?" Soal Rayya. Kepala masih mendongak pandang Subhi, menunggu soalannya dibalas positif oleh Subhi.

Sungguh. Itu sahaja jalan yang Rayya nampak sekarang. Jika boleh, dia akan tinggalkan nota di pagar ini untuk maklumkan keberadaannya kepada Nek Nani. Takde lah wanita tua itu risau nanti.

Subhi raup wajah. Aduh! Mata bundar yang mengharap jawapan ya itu buat lidahnya kelu seketika.

"Tak boleh ke?" Soal Rayya bila nampak Subhi meraup wajahnya.

Tahan nafas Subhi dengar suara yang bertanya manja itu. Aduh! Kenapa Rayya begini pula? Dia tak sangka pula Rayya akan keluarkan sisinya yang begini! Buat Subhi juga keluarkan sisi diri yang dah lama terkubur.

"Rayya Riyana. Bangun dulu." Arah Subhi.

Tak membantah, Rayya berdiri. Kepala tetap mendongak untuk pandang wajah Subhi. Namun sedikit hairan Rayya jadinya bila Subhi menjauhkan diri daripadanya.

Ting!

"Saya busuk ke?" Soalan terus meluncur laju daripada mulut Rayya. Buat Subhi terkebil-kebil sendiri.

"Hah?" Subhi tak faham. Hilang terus apa yang dia rasa tadi. Diganti dengan rasa hairan pula.

"Awak jauh ni, saya dah berbau sikit ke? Maaf lah." Rayya sumpah rasa nak menangis kali ini.

Nek! Kenapa tak tinggalkan kunci?!

Tak dapat tahan, Subhi terus hamburkan tawa. Kepala menunduk dan wajah diraup beberapa kali.

"Comel gila." Bisiknya perlahan.

"Hah? Yeke?" Rayya tak dapat dengar kata-kata Subhi namun dia tetap juga mengundur beberapa langkah ke belakang.

Subhi menggeleng kecil. Angkat kepala, Rayya dipandang lembut.

"Tak Rayya. Tak." Senyum halus Subhi di hujung kata.

Rayya curiga. Makin curiga bila Subhi kemamkan bibirnya. Macam mana nak percaya jawapan 'tak' tu kalau begitu riaksi Subhi?

Tahu Rayya curiga, Subhi senyum senget.

"Betul, Rayya Riyana. Tak tipu." Lembut intonasi suaranya dan Subhi sangat sedar akan itu.

Apa-apa aje lah! Subhi tak mahu tahu apa yang sedang terjadi sekarang. Yang pasti, rasa mahu melayan Rayya mendominasi hatinya kini.

Rayya julingkan mata.

"So, boleh tak nak duduk surau ni? Kena marah tak?" Soal Rayya. Tubuh dipeluk.

Subhi senyum lagi.

"Kena marah lah."

"Hah? Kenapa?" Jatuh bahu Rayya. Hampa.

"Kena marah dengan aku. Buat apa nak duduk surau. Duduk rumah aku kan boleh?"

"Eee! Tak nak!" Rayya menggeleng laju.

"Rumah aku." Lurus telunjuk Subhi menunjuk ke arah rumah selang dua buah daripada tempat berdiri mereka sekarang.

Pandang arah itu, Rayya tangkap Mak Cik Salamah yang baru muncul di pagar rumah.

"Hah, Rayya!" Buru-buru Mak Cik Salamah keluar daripada pagar. Mampir ke arah mereka dengan senyuman yang melebar di bibir.

Rayya pandang Subhi, namun Subhi hanya senyum sahaja. Masuk tangan dalam poket, terus dia ambil langkah beredar dari situ bila Mak Cik Salamah sudah berdiri di hadapan Rayya.

"Rayya! Mari duduk rumah mak cik dulu. Nek Nani lupa nak beri kunci kepada mak cik sebelum pergi tadi." Teruja suara Mak Cik Salamah mengajak.

Rayya garu dahi. Serba salah mahu terima.

"Alah, takpe. Rumah mak cik pun takde orang sangat. Ada anak-anak mak cik aje. Subhi tu, nanti mak cik suruh pergi ke surau." Faham dengan rasa teragak-agak Rayya, laju Mak Cik Salamah menambah kata.

Rayya terus menggeleng kecil. Takkan kerana dia Subhi kena keluar rumah pula? Lelaki itu pasti penat sama sepertinya. Masing-masing baru pulang daripada kerja.

"Takpe. Boleh. Subhi pun memang banyak masa habis kat surau. Tak payah rasa bersalah. Mari?" Ajak Mak Cik Salamah lagi. Kali ini tangan Rayya sudah ditarik lembut, minta atur langkah sama ke rumahnya.

Hela nafas lemah, akhirnya Rayya akur sahaja. Langkah diambil seiring dengan Mak Cik Salamah, gamit senyum di wajah wanita itu.

Sampai di rumah Mak Cik Salamah, salam diberi perlahan.

"Masuk, Rayya. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri." Gamit Mak Cik Salamah sebelum dia berlalu. Nama Saera dan Suria dilaung bersama.

Rayya hanya tegak sahaja di pintu rumah. Agak kekok. Tambah kekok bila lihat Subhi yang baru keluar dari bilik dengan tuala bersangkut di bahu.

"Ehem." Berdeham Rayya perlahan sambil mata rawak memandang sekeliling. Yang pasti bukan pandang Subhi.

Melihatkan tingkah Rayya, Subhi senyum. Kaki melangkah menghampiri Rayya. Bila berdiri di hadapan Rayya, Subhi tahan senyum lihat dahi berkerit Rayya.

'Takde manja dah ke?'

"Ehem." Subhi berdeham sama mahu tarik perhatian Rayya.

Rayya diam. Tajam mata pandang Subhi. Dalam hati berdoa. Moga-moga takde ayat yang menyakitkan hati keluar dari mulut Subhi.

Harap muka aje manis! Perangai tak manis langsung!

"Ehem." Subhi berdeham sekali lagi.

"Ish! Apa?"

Subhi senyum senget.

"Assalamualaikum, Rayya." Lembut Subhi memberi salam. Buat pandangan tajam Rayya hilang.

Terkelip-kelip laju mata Rayya memandang Subhi.

Loh! Dah kenapa lelaki ini?

"H—hah?"

"Assalamualaikum." Ulang Subhi lagi.

"Wa—waalaikumus—mussalam." Rayya rasa nak gigit lidah sendiri. Dah kenapa gagap pula?! Dada ni... kenapa nak berdebar pula?!

Subhi senyum lebar.

"Selamat pulang, Rayya." Kata Subhi perlahan sebelum dia jongket kening sekali.

Sumpah! Rayya rasa jengkel, dalam masa yang sama, dia berdebar sama.

Apa dah jadi ni Rayya Riyana? Dan lelaki itu pun! Kenapa tiba-tiba berperangai manis pula hari ini?! Daripada pagi tadi lagi tau!

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

HAI! Nah moreh mengkome semuaaa! Enjoyyy 🫠

Continue Reading

You'll Also Like

4.3K 359 32
Hygge A feeling of warmth and cosiness as you enjoy life's simple pleasures. "Dengan Nama Allah Abisha perasaan ini hadir tanpa dipinta" -Noah Al Ha...
409 70 5
[Spin-off of The Royal Asmaraloka] ❝Welcome, Princess Luna.❞ Adrea Luna, dia hanyalah seorang yatim piatu yang hidup sederhana di desa. Kisahnya berm...
3.1K 399 20
dia hadir lantas memilih untuk merubah segalanya, ingin mendambakan hal yang bukan untuknya, di saat kepercayaan semakin nyata, terpilih kah dia untu...
31.4K 1.8K 38
For younger me, who wanted to be someone's first choice.