LUCKY

By leimonadd

6K 1.3K 516

Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024 More

L1
L2
L3
L4
L6
L7
L8
L9
L10
L11
L12
L13
L14
L15
L16

L5

317 84 20
By leimonadd

HARI pertama berkerja sudah tamat. Rayya melambai kecil Intan yang sudah pun memandu pergi meninggalkan perkarangan bangunan Made. Senyum kecil, Rayya juga menapak sama mahu pulang. Ke bus stop semestinya.

Intan ada tawarkan untuk menghantarnya pulang namun jalan ke pulang ke rumahnya dan ke rumah Intan sangat bertentangan! Tak mahu lah Rayya susahkan Intan pula. Sudah lah sekarang memang waktu sesak. Nanti tersangkut pula Intan atas jalan raya.

Duduk di bangku yang tersedia di bus stop, Rayya keluarkan telefon daripada beg tangan. Nak guna aplikasi Maxim Car tapi dengan kesesakan lalu lintas sekarang, pasti tambangnya akan melambung tinggi. Baik naik bas sahaja.

Sementara menunggu ketibaan bas, Rayya membalas pesanan WhatsApp yang masuk. Senyum sorang-sorang dia jadinya. Lagi-lagi bila pesanan itu semua daripada sahabat baiknya Naqila.

Ah! Rindu dengan Naqila!

Sedang Rayya ralit, bunyi hon yang kuat buat dia terkejut sendiri. Hampir sahaja terlepas telefon daripada pegangan tangan. Dengan riak terkejut yang masih belum hilang, arah bunyi tadi dipandang. Dan berkerut dahi bila nampak kereta Riyaz yang ada.

Cermin tingkap Riyaz turun, buat Rayya sedikit membongkokkan tubuh mahu bertemu empat mata dengan Riyaz. Bila nampak wajah lelaki itu, senyum halus terbentuk sedikit. Tangan pun diangkat tanda menyapa.

"Rayya Riyana," Penuh namanya dipanggil Riyaz. Dan memang sedari tadi Riyaz begitu.

Boleh dikata sepanjang hari ini namanya diseru penuh oleh Riyaz. Kadang tu dengan nama bapanya sekali lelaki itu seru. Yang anehnya, dengan Intan mahupun Camelia, tidak pula lelaki itu begitu.

Hairan!

"Riyaz," Rayya menyapa kembali. Sedikit kekok. Lagi-lagi bila perasan mereka menjadi titik perhatian beberapa orang yang sedang menunggu sama di bus stop.

"Intan mana?" Riyaz bertanya.

"Dah balik dah."

Dahi Riyaz berkerut. "Rayya tak tumpang sekali?"

Menggeleng, Rayya beri jawapan. "Jauh sangat kalau Intan nak pusing balik ke rumahnya."

Dari dalam kereta, Riyaz terangguk-angguk perlahan sebelum laju dia menekan butang unlock. Kemudian, senyum dia memandang Rayya sambil tangan menggamit untuk Rayya masuk ke dalam kereta.

"Kalau macam tu, Riyaz hantar Rayya lah. Mari naik!" Pelawa Riyaz. Tak mahu Rayya menolak, laju Riyaz keluar daripada kereta lantas pintu bahagian penumpang dibuka luas oleh Riyaz.

Rayya yang sedari tadi duduk jadi bangun terus dengan tingkah Riyaz. Muka dah meruap merah. Tambah lagi bila terang-terang mereka menjadi pusat perhatian kini. Cepat kemudiannya kereta dihampiri dan sempat dia pandang Riyaz dengan omelan yang tidak jelas.

Lihat Rayya begitu, Riyaz hairan seketika sebelum senyum yang terbentuk sambil bertanya kepada Rayya.

"Apa dia Rayya cakap?" Soal Riyaz masih dengan senyuman.

Perlahan bibir bawah dilembut halus oleh Rayya. Riyaz dijeling tajam. Tangan pula dah genggam penumbuk sendiri. Muka tak perlu cakap. Walau ia dah meruap merah, riak geram masih lagi dipancar kemas.

"Jangan buat macam ni. Saya tak selesa orang pandang." Ulang Rayya lagi dengan suara yang sudah sedikit kuat berbanding tadi.

Riyaz terus pandang pondok menunggu bas. Seperti yang Rayya kata, memang mereka dipandang. Malah siap ada yang berbisik dan tersenyum sama. Tak kurang juga yang tayang riak menyampah. Mungkin tak senang dengan kemanisan layanannya kepada Rayya.

"Okey, tak buat lagi dah. Mari, Riyaz hantar Rayya pulang." Buat sekian kalinya, Riyaz mengajak. Pintu dah dibuka lebar untuk Rayya. 

Rayya menggeleng, menolak. Riyaz yang lihat itu hanya senyum. Pondok menunggu bas dipandang sekilas dan sempat dia juih bibir menunjuk kepada Rayya, buat gadis itu memandnag sekilas ke arah yang sama.

"Kalau tak nak, makin Rayya dipandang orang. Sekurang-kurangnya bila naik kereta Riyaz, Rayya dipandang oleh Riyaz aje. Kurang sikit muka merahnya." 

Kata-kata Riyaz buat Rayya sebal sendiri. Kalau ikut hati, nak aje dia gunting mulut Riyaz! Macam tak sedar diri pula punca kepada apa yang lelaki itu sebut adalah diri sendiri. Jika Riyaz tidak berhenti, menegur dan bukakan pintu, Rayya takkan dihambat rasa segan begini.

Pasrah, Rayya masuk jua ke dalam kereta. Tak sempat Riyaz tutupkan pintu, Rayya sendiri tarik pintu dan menutupnya rapat. Kemudian tali pinggang keledar dipakai dan pandangan dibuang ke luar tingkap.

Riyaz bolos masuk ke tempat pemandu. Pintu ditutup dan tali pinggang keledar dipakai sambil mata tak lepas pandang sisi wajah Rayya.

Senyum kecil, Riyaz mulakan pemanduan.

"Rumah Rayya di mana? Boleh isi pada Waze?" Pinta Riyaz sambil telefon bimbitnya dihulurkan.

Tak bantah banyak, Rayya menurut sahaja. Alamat rumah dimasukkan sebelum telefon kembali diberkan kepada Riyaz kembali. Bila telefon bertukar tangan, Riyaz dipandang Rayya sekilas.

"Terima kasih Riyaz tapi ini kali yang pertama dan terakhir tau." Ucap Rayya.

Riyaz senyum. "Kenapa pula yang pertama dan terakhir? Rayya nak tahu tak, jalan ke rumah Rayya ni satu jalan tau dengan jalan nak pulang ke rumah Riyaz. Jadi, Riyaz boleh aje am—"

"Takpe, terima kasih. Rayya senang kalau pergi kerja dan pulang kerja sendiri." Cepat Rayya memintas kata-kata Riyaz. Sekilas lelaki itu dipandang kurang selesa.

Oh! Rayya bukan sombong tapi dahulu dia punya pengalaman sama semasa di universiti. Bila hubungan menjadi renggang, habis semua kebaikan diungkit kembali dan paling teruk setiap wang yang dibelanjakan ke atas Rayya diminta untuk dibayar semula! Baik dengan lelaki mahupun kawan perempuan! 

Cukup zaman itu dan Rayya akan pastikan ianya tidak akan berulang kembali!

Riyaz lepaskan nafas perlahan. Jari mengetuk stereng kereta secara rawak sebelum akhirnya dia mengangguk pasrah.

"Tapi kalau Rayya emergency ke, jangan segan silu minta tolong pada Riyaz tau. Riyaz sedia tolong." Tawaran lain pula diberikan Riyaz, buat Rayya dijentik rasa kurang senang sekali lagi.

Dah kenapa mamat ni baik semacam? Memang begini ke sikap rakan sekerja?

Lihat diam Rayya, Riyaz tertawa halus.

"Rayya jangan fikir bukan-bukan pula. Riyaz cakap macam tu sebab kita kan rakan sekerja, rakan satu meja. Riyaz cuma nak bina bond yang baik untuk dapatkan circle positive semasa berkerja. Itu sahaja." Ucap Riyaz. Tak mahu Rayya salah sangka.

Dengar itu, lapang sikit hati Rayya. Bukan apa. Lihat kepada pengalaman lepas, ada sedikit curiga jika seseorang itu terlalu baik. Nanti kena tikam belakang.

Senyum Rayya halus kepada Riyaz dan senyum itu dibalas semula oleh Riyaz.

"Rayya nak makan tak? Jom?"

Terus senyum di bibir Rayya mati. Kepala laju menggeleng dan pandangan dilemparkan ke luar tingkap. Melihatkan itu, Riyaz ketawa kecil.

"Kelakar lah Rayya ni."

Namun diam Rayya tidak membalas. Lebih selesa untuk tidak melayan. Dan itu buat Riyaz pasrah.

Susah ya dengan Rayya Riyana ni.

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

TURUN dari kereta Riyaz, Rayya ucap terima kasih dengan pendek sebelum dia menapak terus berlalu dari situ. Nak sampai rumah kena jalan dulu sebab dia minta Riyaz hantarkan sampai pondok pengawal sahaja. Menjaga batas.

Berjalan tenang, langkah Rayya terhenti seketika sebelum dia menoleh. Terus nafas lega terlepas bila lihat kereta Riyaz tiada lagi di situ.

"Lega!" Sorak Rayya kecil. Setelah itu telefon dibawa keluar dan nombor Nek Nani didail.

Orak langkah tenang sahaja. Buru-buru pun nanti letih sendiri. Ada anak tangga yang perlu didaki nanti. Jadi, tenang.

"Assalamualaikum, nek." Panggilan bersambung, bikin senyum Rayya merekah kecil.

"Waalaikumussalam. Hah, Aya. Nek baru nak telefon. Tak balik lagi ke?" Soal Nek Nani. Ada nada risau dalam suaranya.

Siapa aje tak risau bila tahu ini pengalaman pertama Rayya berkerja di bandar.

Rayya senyum. "Dah sampai pun. Aya tengah berjalan ke blok ni. Nek dah makan?"

"Syukur." Lega Nek Nani.

"Sudah makan lah." Sambung Nek Nani lagi.

"Makan apa?"

"Makan apa yang ada lah. Biskut cicah teh. Beberapa keping, kenyang dah lah. Nasi goreng Aya masak sikit tadi." Selamba jawapan Nek Nani. Tak tahu yang Rayya dah urut pelipis dengar jawapan yang diberi.

"Ya Allah, nek....!" Bunga-bunga mahu berleter panjang sudah keluar.

"Kenapa makan macam tu?" Langkah kaki dah bertukar arah. Bukan ke blok, tapi ke kedai runcit bawah flat.

"Apanya? Makan lah tu."

"Makan apa begitu?" Tak puas hati Rayya jadinya.

"Alah, nek orang tua. Mana nak makan sangat. Tak payah risau lah Aya. Sebelum kamu duduk dengan nek pun, sama aje begitu cara makan nek." Nek Nani bela diri. Tapi, itu makin buat Rayya tak puas hati.

"Ah, takde takde. Aya di kedai ni nak beli bahan masak. Aya naik, Aya masak, nek makan sekali ya dengan Aya. Aya tak nak terima kata tidak." Tegas nada Rayya. Selamba aje Nek Nani dibebeli begitu.

Pasrah, Nek Nani hanya terima sahaja. Senang juga hati kecilnya bila ada yang ambil berat.

"Aya jumpa nek di rumah. Assalamualaikum!" Panggilan terus mati. Telefon disimpan dan kaki menapak laju menuju ke kedai runcit.

Sambil berjalan, sambil mulut mengomel tentang perbualan tadi.

Nampak kedai runcit, langkah jadi makin laju. Baru nak masuk, tiba-tiba Rayya dirempuh kuat oleh seorang kanak-kanak.

"Oh pocot!" Melatah kecil Rayya di situ. Mata bulat bukan kerana terkejut sahaja  bahkan kerana rasa juga tubuhnya yang dah condong ke belakang mahu menyembah lantai yang kotor.

Oh tidak! Dia pakai kemeja putih hari ini! Habislah! Sakit dapat, kotor pun dapat!

"Aaaack!" Pejam mata, jerita halus terlepas keluar.

"Eh, eh!"

Serentak itu, Rayya rasa tangannya ditarik. Malah kakinya juga dipeluk sama supaya keseimbangan tubuh itu ada kembali. Dan lega kerana itu berhasil. Tak jadi punggung Rayya mencecah lantai kotor.

"Nasib baik!" Suara itu buat Rayya menunduk.

"Hei! Saera! Buat apa sini?" Tegur Rayya. Kenal benar dia dengan si pemeluk kakinya ini.

Anak Mak Cik Salamah. Adik Subhi Taha juga.

Saera sengih menunjukkan deretan giginya yang tersusun rapi.

"Rara pergi kedai. Mak minta beli bahan nak masak makan malam." Jawab Saera petah sebelum bola matanya atas bawah memandang Rayya.

Berkerut dahi Rayya menerima pandangan itu.

"Dah kenapa pandang kakak macam tu?"

Saera senyum. "Kakak cantik-cantik ni nak pergi mana? Dating ya?"

Jari telunjuk Saera dah bergerak-gerak. Senyum pun dah senget seiring dengan mata yang sedikit mengecil. Oh, Rayya kenal sangat dengan gaya ini. Gaya menyakat!

Julingkan mata sambil senyum halus, Rayya geleng kecil.

"Merepek Saera ni. Kakak baru balik kerja lah. Ni nak beli barang masak untuk makan malam juga." Kata Rayya. Sempat dia cuit pipi tembam Saera.

Saera hanya mengangguk.

"Okey lah. Kakak beli lah. Rara nak pergi bayar dulu." Kata Saera dan belum sempat Rayya membalas, Saera dah berlalu pergi dahulu.

Senyum Rayya jadinya. Tak tunggu lama selepas itu, Rayya terus bergerak ke bahan basah. Mahu pilih udang.

"Masak mee goreng basah pun sedap juga ni." Bicara Rayya sendiri.

Plastik diambil dan beberapa ekor udang dipilih lalu dimasukkan ke dalam plastik. Selesai, kerang pula yang menarik perhatian.

"Gemuk-gemuk isinya!" Suka Rayya sendiri sebelum tangan bergerak mahu mengambil plastik yang lain.

Baru nak tarik plastik, ada satu tangan yang dah hulur plastik dahulu. Angkat pandangan, senyum Rayya hilang.

Tak payah senyum dah. Cukup senyum si hitam manis ni aje.

"Hai! Selamat Hari Raya." Sapaan sebegitu daripada Subhi buat Rayya rampas kasar plastik yang dihulur lelaki itu. Kemudian menonong dia pergi ke tempat kerang semula.

Subhi senyum. Perlahan, langkah Rayya diekori. Keralitan Rayya memilih kerang buat senyum Subhi sedikit melebar.

"Tak payah beli lah kerang tu." Subhi mengarah tiba-tiba. Terus terhenti tangan Rayya. Subhi dipandang.

"Apa pasal pulak?" Tak puas hati.

"Aku tak makan sangat kerang. Nanti gatal-gatal." Subhi menerangkan.

Berkerut dahi Rayya dengar balasan Subhi.

"Okey? Jadi apa kena mengena dengan saya pula? Awak gatal-gatal, awak punya hal lah." Bidas Rayya seraya dia sambung semula memilih kerang.

"Eh, kau punya hal sekali lah."

Terpejam geram mata Rayya. Geram sungguh lah! Apasal lelaki ni tiba-tiba muncul pula? Lepas tu, sibuk pula nak kacau. Huh!

Malas layan, Rayya buat tidak endah sahaja dengan Subhi.

"Jangan lah, Rayya." Subhi melarang sekali lagi.

"Ish! Dah kenapa?!" Sedikit tinggi suara Rayya. Geram dengan Subhi.

Tadi Riyaz. Sekarang Subhi pula.

"Mak masak seafood juga hari ni. Nanti aku takde makanan nak makan." Subhi buat ayat sedih. Terkelip-kelip matanya, konon mahu raih simpati Rayya.

Jengkel riak wajah Rayya, tapi Subhi tak peduli.

"Sekali lagi, ada kena mengena dengan saya ke? Takde? Itu bukan hal saya."

"Hal kau. Confirm Nek Nani minta kongsi makanan rumah kau ke rumah aku. Dah kalau mak aku masak seafood, kau pula letak seafood dalam masakan kau, aku nak makan apa?" Panjang lebar Subhi terangkan.

Rayya tekebil-kebil dengan dahi yang berkerut hebat.

"Tetap bukan masalah saya. Awak lapar, pandai-pandai lah cari makan sendiri. Banyak makanan kat kawasan sini."

Subhi geleng.

"Tapi tak sama."

"Apa yang tak sama?"

"Tu bukan masakan kau. Aku nak makan masakan kau."

Lidah Rayya terus kelu. Terkebil-kebil dia sekali lagi. Eh, apa kena dengan mamat hitam manis ni? Kenapa Rayya rasa vibe mahu bermanja yang boleh buat dia kembang tekak daripada Subhi ni?

"Pfft." Rayya menoleh. Geleng kepala, Rayya buat rilek dan malas mahu melayan.

"Boleh lah, Rayya. Kesian aku penat-penat balik kerja tak dapat makan." Subhi masih dengan ayat sedihnya.

Rayya sedikit rimas. Tapi dia buat tidak endah sahaja.

Tiba-tiba aje mamat ni. Dah lah cari pasal dengannya. Ejek namanya. Lepas tu, senang-senang pula minta makanan. Kenal pun tak sampai satu hari, malah masih belum betul-betul kenal pun lagi! Tiber sangat!

"Rayya Riyana..." nama penuhnya diseru panjang oleh Subhi, buat Rayya pejam mata rapat-rapat.

Subhi dipandang. Senyum senget, plastik yang dah penuh dengan kerang diangkat tinggi di hadapan Subhi.

"Tak. Ke. Sah." Senyum sinis, Rayya terus berlalu dari situ. Mahu pilih bahan masakan yang lain pula.

Dan wow! Rayya rasa menang pula. Hahaha! Padan muka Subhi!

Lihat Rayya begitu, diam-diam Subhi lorek senyum. Menggeleng kecil dia di situ sebelum dia berlalu pergi.

Saje je nak menyakat. Rasa seronok.

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

Hello! Nanti kita update lagi hokeyyy!
Thank you singgah!
Selamat berpuasa dan beriftorrr (maghrib nanti!)

Continue Reading

You'll Also Like

1.6K 327 14
━ completed ━ Dear Lily, from Flowerpot Lili dapat surat dari budak lelaki yang dia kenal dekat taman permainan. Lepas tu, hari-hari budak lelaki tu...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
5K 249 82
Lily Amani membawa diri keluar negara selepas kematian suaminya.Takdir menemukan Lily Amani dan Andrei apabila Lily Amani menyelamatkan Andrei di dal...
431K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI