LUCKY

By leimonadd

7.3K 1.7K 630

Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024 More

L1
L2
L3
L5
L6
L7
L8
L9
L10
L11
L12
L13
L14
L15
L16
L17
L18
L19
L20
L21

L4

402 79 23
By leimonadd

RAYYA labuhkan duduk di kerusi. Sebuah meja panjang yang dibahagikan kepada empat bahagian menjadi ruang kerjanya bersama tiga orang lain pekerja baru sepertinya. Untuk permulaan, ini sudah dikira sangat bagus. Rayya bersyukur sangat.

"Rayya ya?" Gadis di sebelahnya menyapa. Terus Rayya mengangguk dan tersenyum manis. Lanyard card gadis itu dipandang untuk tahu nama. Walaupun mereka sudah pun bertemu di ruangan yang sama sebelum ke sini tadi, keterujaan yang dialami buat Rayya lupa semuanya.

Intan Dahlia
Designer

"Rayya Riyana." Tangan dihulur sebagai salam perkenalan. Sungguh senang hati Rayya bila ramah gadis itu menyambut salam kenal daripadanya.

"Uniknya nama awak. By the way, boleh panggil saya Intan. Atau Dahlia. Atau dua-dua. Selalunya kalau dua-dua tu, orang marah. Hehehe!" Banyak bicara Intan tambahkan lagi rasa senang di hati Rayya. Syukur dia punya teman sekerja yang ramah-tamah.

Rayya juga ramah, tapi ambil masa sedikit. Biasa lah tu kan?

"Awak umur berapa?" Soal Intan. Kerusi gadis itu dah ditolak merapat kepadanya. Mahu berkenalan dengan lebih selesa mungkin.

"23 tahun. Awak?"

Intan tersengih. "24 tahun. Tapi, chill aje lah ya? Jangan panggil kakak. I is tak nak feeling old old. You know?" 

Terletus tawa kecil Rayya. Penuh senang dia menerima permintaan Intan dengan anggukan dan ibu jari yang diangkat tinggi. Tiada masalah! Belum kenal lama pun Rayya dah rasa cukup selesa bersama Intan. Syukur untuk itu.

"Mana lagi dua orang? Tempat kita ni untuk 4 orang." Soal Rayya. Dua tempat kosong di hadapan mereka dipandang. Macam mustahil aje datang lewat kerana dalam surat notis yang diterima, pekerja hendaklah datang sebelum jam 9:30 pagi. Ini dah nak masuk 10 pagi.

Intan senyum sahaja. "Ada aje. Tadi kita dah nampak diaorang. Kena jumpa manager kut." Kata Intan. 

Rayya hanya mengangguk sahaja. Faham. 

"Apa-apa pun, selamat kerana jadi keluarga Made!" Intan dah tepuk perlahan kedua tangannya. Wajah pun dah ceria. Ah! Rayya sangat faham dengan perasaan yang digambarkan Intan sekarang. Nak menjerit tapi kena behave kerana dia pun punya rasa yang sama sekarang.

Rayya tarik senyum lebar. Tangan diangkat sebelum mereka high-5 sesama sediri sambil sorok sedikit rasa teruja yang membuak-buak.

"Selamat juga, Intan Dahlia! Tahniah! Tahniah!" Ucap Rayya suka. Hilang langsung kejadian sebalkan hati pagi tadi.

"Ehem." Sorakan kecil Rayya dan Intan langsung mati bila telinga masing-masing menangkap dehaman itu. Terus tegak badan mereka bila perasan akan kehadiran seorang wanita di sisi meja mereka.

"Budak baru?" Soal wanita itu. Nadanya sedikit dingin. Wajahnya juga tiada senyuman. Itu sudah menunjukkan tentang personalitinya. Pasti seorang yang tegas.

Berdiri serentak, Rayya dan Intan mengangguk. Tangan auto lurus di sisi. Terasa seperti di kem askar pula sekarang.

Mengangguk sedikit, wanita itu peluk tubuh. Rayya dan Intan dipandang silih berganti. Diam sahaja suasana ketika itu, buat Rayya dan Intan berdebar dalam diam.

Mata Rayya lurus memandang wanita itu tidak lepas. Tak berani mahu kalihkan bola mata sampai lah seorang lelaki dan seorang gadis menghampiri mereka.

Pandangan wanita itu berkalih. Lurus mata pandang mereka yang baru tiba tadi. Lihat tumpuan tidak lagi diberikan kepada mereka, Rayya terus merapat kepada Intan.

Kita takut, Kak Intan.

"Siapa? Budak baru juga? Baru datang?" Dingin dan tegas soalan itu diajukan.

"Maaf, puan. Tadi ada masalah sedikit berkenaan kad kami." Si lelaki menjawab. Si gadis hanya mengangguk tanda setuju.

Lepaskan nafas perlahan, wanita itu hanya terima sahaja alasan yang diberikan tanpa sebarang pertanyaan lanjut.

"Baik lah. Biar saya perkenalkan diri saya dahulu."

Rayya beri perhatian. Buku notanya diambil begitu juga dengan pennya. Tika itu, baru dia perasan. Rakan sekerjanya yang lain semua keluarkan gadjet masing-masing.

Seketika, Rayya rasa sedikit kecil.

"Saya Salima, pengurus butik ini. Pertama sekali, saya ucapkan selamat datang ke Made. Kedatangan anda semua sangat dialu-alukan oleh kami." Usai kata, Salima menepuk tangannya.

Rayya, Intan dan dua lagi perkerja baharu ikut sama menepuk tangan. Menyambut perlakuan Salima tadi.

'Salima. Dah macam mak cik pula.'

Bila teringatkan Salamah, mula lah Subhi pun masuk dalam kepala sekali. Dan itu buat Rayya sedikit jengkel.

Baru aje hilang rasa sebal kepada lelaki itu tadi. Kenapa lah kepala kena bawa sekali lelaki itu masuk dalam gambaran. Huh!

"Baik. Perkenalkan diri kalian. Bermula dari kamu." Lurus jari Salima tunding kepada Intan.

Menyambut arahan itu dengan baik, Intan mengangguk kecil sebelum dia tersenyum.

"Saya Intan Dahlia. Umur saya 24 tahun. Terima kasih atas peluang pekerjaan yang diberikan. Saya janji akan berikan yang terbaik untuk Made!" Semangat Intan memberi pengenalan diri.

Rayya senyum kekok. Aduh! Rasa sedikit terbeban pula.

"Good spirit. Keep it up. Next!" Salima pandang Rayya pula.

Rayya telan liur. Dalam hati dia baca bismillah dahulu sebelum mulakan bicara.

"Saya Rayya Riyana. Umur saya 23 tahun. Sila berikan tunjuk ajar." Akhir kata, Rayya sedikit menundukkan kepala beberapa kali.

"Nama yang unik. Nak panggil apa? Rayya? Riyana?" Salima menyoal.

"Rayya, puan." Rayya senyum sambil beri jawapan.

"Okey, Rayya. Seterusnya." Si lelaki dipandang semua.

Faham gilirannya dipilih, lelaki itu luruskan tegak.

"Hi. My name is Riyaz Hazrin. Please take a good care of me." Lelaki bernama Ryaz itu memperkenalkan diri.

Rayya mencatit nama rakan sekerjanya itu di dalam buku. Bila angkat wajah, hairan dia bila lihat tatapan Riyaz tertumpu kepadanya. Siap ada senyum pula menempel di bibir.

Anggap itu sebagai salam perkenalan, senyuman Riyaz dibalas kecil sebelum mata jatuh pada gadis di sebelah Riyaz. Rakan sekerja mereka yang baharu!

"Hello. Nama saya Camelia, with C. Camelia." Pendek Camelia memperkenalkan diri.

Salima mengangguk. Wajah-wajah baharu di hadapannya ini dipandang satu-persatu.

"Baik lah. Habis tentang pengenalan diri, sekarang kita lanjut terus dengan pengenalan Made. Listen carefully, fellas!"

Rayya angguk. Pen dipegang erat dan kemas. Semangat berkerja mula membara-bara dalam diri dan Rayya suka akan perkara itu.

Go, Rayya! You can do it!

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

KEPALA diletakkan di atas meja. Mata dah terpejam separuh. Rayya penat! Tak sangka hari pertama sudah lalui orientas seperti ini. Nasib baik lah sudah selesai. Lega!

Lihat Rayya begitu, Intan lepaskan tawa kecil. Kerusi ditarik merapat kepada Rayya sebelum duduk dia labuhkan.

"Penat dah ke Rayya?" Intan bertanya, sekadar berbasa-basi. Walhal satu tubuh Rayya dah tunjuk rasa penat yang dihadapi gadis itu sekarang.

Pusingkan kepala menghadap Intan, Rayya tayang sengih panjang. Bila nampak Intan tutup mulut sembunyikan senyum, Rayya terus tegakkan tubuh. Pakej menggeliat kecil sekali.

Tika itu, mata tangkap susuk tubuh Riyaz dan Camelia menghampiri meja mereka.

"Hi, girls!" Riyaz terus menyapa sebaik sahaja dia menghampiri meja. Tempat di hadapan Rayya menjadi tempat pilihannya.

Intan menyambut sapaan Riyaz manakala Rayya hanya senyum sahaja. Camelia yang langsung tidak memandang ke arah mereka, Rayya pandang sekilas.

Masing-masing kemudiannya buat hal sendiri. Cuma Rayya dan Intan sahaja elok berbual berdua. Riyaz dan Camelia lebih suka untuk bermain dengan gadjet masing-masing.

"Rayya," Intan mencuit lengan Rayya.

"Lunch nanti dengan Intan ya? Kita pergi cari tempat makan best, sambut kemasukan kita dalam Made. Nak tak?" Gembira Intan mempelawa.

Rayya tanpa fikir panjang, terus angkat ibu jari tanda setuju. Riyaz dan Camelia dipandang seketika sebelum Intan ditanya.

"Ajak mereka sekali nak?" Bisik Rayya perlahan.

Intan yang mendengar, seperti ragu sendiri. Ragu lah kerana Riyaz dan Camelia sepertinya tidak mahu bergaul sahaja dengan mereka berdua. Sudah cuba berbual pun sepanjang orientasi tadi tapi balasannya sedikit hambar.

Rayya yang sedar perubahan air wajah Intan terus senyum kecil. Tangan Intan ditepuk perlahan beberapa kali, salurkan keberanian.

Hela nafas kecil, Intan setuju untuk mengajak mereka berdua sekali. Tapi tidak lah diletakkan harapan tinggi untuk Riyaz dan Camelia ikut serta bersama.

"Emmm, Riyaz... Camelia..." Intan mulakan bicara. Serentak dua manusia itu memandang Intan.

Riyaz senyum kecil manakala Camelia cuma angkat pandangannya sekilas sahaja. Memang jelas aura tidak mahu diganggu dilepaskan.

Intan dah malas sedikit mahu mengajak kerana reaksi Camelia. Eee! Sakit pula hati kita. Minta-minta lah dia bukan satu tim dengan Camelia esok!

Rayya yang hanya memerhati sedari tadi, mencelah kecil. Tengok muka Intan, gadis itu seperti mahu telan sahaja Camelia saat ini.

"Korang berdua keluar lunch nanti?" Rayya menyoal.

Camelia tidak jawab bahkan selamba dia berlalu pergi dari situ. Itu buat Rayya terkedu seketika. Intan sama.

Riyaz hanya pandang Camelia pergi sebelum Rayya dipandang. Senyum di bibirnya sudah terbentuk.

"Dah masuk lunch pun. Kenapa?" Soal Riyaz. Sambil itu dagu ditongkat. Mata lurus pandang Rayya.

Terkebil-kebil Rayya. Eh, mamat ni. Dah kenapa pula pandang dia begitu?

"Ha! Riyaz nak join kami tak? Kami nak makan best-best sempena kita berjaya masuk ke dalam Made. Nak?" Intan tolong jawabkan soalan itu.

Riyaz senyum. Mata yang sekejap tadi pada Intan dan beralih semula kepada Rayya. Buat Rayya terkebil-kebil sekali lagi.

"Kami as in Intan dengan Rayya Riyana?" Soal Riyaz.

Intan pandang sekilas kepada Rayya sebelum sembunyi senyum dia kepada Riyaz. Ada bau-bau harum pula tiba-tiba di sini.

"Yalah Riyaz. Camelia tak nak, jadi kami di sini Intan dan Rayya. Kalau Riyaz join, jadilah ka–kami." Sengaja Intan buat-buat gagap pada kata 'kami'.

Riyaz tergelak kecil. Makin tergelak kecil bila lihat riak wajah Rayya yang mendengar percakapan Intan tadi. Berkerut habis siap juling mata sambil senyum lagi. Aduh! Tambah manis!

"Ka–kami lah kalau begitu!" Pantas Riyaz bersetuju. Buat Intan bersorak sambil pukul perlahan Rayya. Rayya yang menerima hanya gelak kecil sahaja.

Alah. Lihat itu, senyum Riyaz jadi lembut.

"Kalau macam tu jom lah. Naik kereta In–"

"Riyaz! Riyaz drive. Jom! Kita nak pergi makan kat mana ni?" Riyaz laju memotong kata-kata Intan. Dia sudah bangun dari kerusi. Tangan pun dah pegang dompet.

Rayya yang lihat dua kawan kerjanya itu, terus ikut sama berdiri. Beg tangan disangkut pada bahu dan kerusi ditolak rapat ke meja.

"Korang makan steamboat?" Intan menyoal.

Riyaz angguk. Mata pandang Rayya, menunggu jawapan. Intan pun sama.

Tahu dia menjadi pusat perhatian dua manusia itu, Rayya terus angkat ibu jari.

"Rayya okey aje. Jom!"

⋆ ˚。⋆🎀⋆。˚ ⋆

RAYYA ambil duduk bersama tangan memegang kuat cawan berisi jus oren. Kebetulan, Riyaz juga baru tiba sama di meja dengan semangkuk penuh bahan-bahan steamboat di tangan.

Rayya senyum halus.

"Rayya tak ambil yang nak rebus?" Soal Riyaz.

Sengih, Rayya geleng. "Belum lagi. Nanti saya ambil."

Riyaz angguk. Nampak Rayya sedang meletakkan beberapa kepingan ayam serta daging di tempat pembakar. Begitu juga dengan beberapa ekor kerang, udang dan sotong.

Baru Riyaz nak berbual dengan Rayya, Intan dah datang dahulu dengan bual katanya. Riuh terus meja mereka.

Sedang mereka makan sambil berbual gembira, Rayya yang baru sahaja mahu ambil udang di tempat grill terkedu seketika bila Riyaz tiba-tiba sahaja letakkan udang yang telah dikopek atas pinggannya.

Terdiam sekejap Intan. Rayya, sudah pastilah terkejut. Riyaz sahaja yang bersikap selamba.

"Lepas tu Intan? Apa jadi?" Riyaz bertanya seperti tidak perasan meja yang tiba-tiba sunyi sebentar tadi.

Intan berdeham kecil. Simpan senyum, Rayya yang nyata masih terkejut dikerling sekilas sebelum ceritanya dilanjutkan semula.

Di bawah meja, Intan dah pukul perlahan lengan Rayya. Buat Rayya bingung lagi.

Rayya pandang Riyaz. Riyaz senyum sebelum isyarat makan diberikan. Sambil tunjuk udang di pinggannya.

Rayya senyum halus. Udang diambil dan digigit. Pun begitu, dia masih hairan.

Dah kenapa dengan Riyaz ni?

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

Happy reading!

Continue Reading

You'll Also Like

90.8K 6.8K 4
(ON GOING) Afifa tak suka bola sepak, tapi Afifa suka pemain bola sepak. Isaac Louis namanya. Dari pertama kali melihat perlawanan bola sepak Pial...
1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
50K 3.4K 77
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...