LUCKY

By leimonadd

6K 1.3K 516

Spin-off | ADORE (ft. FUTURE) Loving you is healing me 9 Mac 2024 More

L1
L2
L4
L5
L6
L7
L8
L9
L10
L11
L12
L13
L14
L15
L16

L3

353 91 17
By leimonadd

RAYYA keluar dari rumah. Toleh ke tepi, elok mata menangkap Subhi yang ikut sama keluar dari pagar rumah. Terus terhenti tangan Rayya yang mahu menarik pagar. Pandangan pun dah berkalih, tidak memandang lelaki itu.

"Minta-minta lah dia tak tegur aku!" Omel Rayya perlahan di bawah nafas. Mata dah juling ke atas tanda jengkel.

Sejak namanya jadi bahan ejekan lelaki itu dan adik-adik kecilnya, Rayya tak boleh nak bertemu empat mata dengan Subhi. Level menyakat Subhi sangat tinggi ya. Plus! Sangat menjengkelkan!

Rayya tak rasa dia boleh berlakon matang selalu. Silap hari bulan, umurnya pula akan jadi bahan sakatan lelaki itu. Rayya tak boleh nak percaya Subhi.

Nafas dihembus lembut. Telefon dibawa keluar dari beg. Mahu buka aplikasi Maxim Car. Subhi? Kita buat-buat tak nampak dia sahaja lah ya?

Alamat tempat kerjanya ditaip pada ruang carian. Namun jari yang lincah menekan papan kekunci terus terhenti bila suara Subhi menyapa telinganya.

Mata terpejam rapat. Kenapa lah kehadirannya mesti ditegur Subhi. Buat tak nampak sahaja tak boleh ke lelaki hitam manis?

"Eh, ada kakak..." Kata-kata Subhi terhenti. Nafas ditarik dalam-dalam. Sengaja sampai gadis bernama Rayya di sana menoleh pandang kepadanya. Dan itu berjaya!

Rayya menoleh pandang Subhi. Riak wajahnya jelas bosan. Tangan pun dah naik mencekak pinggang longgar. Mata pula bergerak atas bawah, atas bawah memandang Subhi.

Tidak kah lelaki ini tahu bahawa jam 8 pagi adalah jam yang terlalu awal untuk mulakan pergaduhan?

"Raya, raya, raya! Selamat hari raya! Kami ucapkan pada semua! Hari yang menyatukan kita semua! Bermaaf-maafan lah sesama kita!" Subhi menyanyi selamba. Main taram sahaja. Tahu salah. Tengok wajah bingung Rayya pun dia tahu nyanyiannya salah.

Tangan Rayya jatuh ke sisi. Berkerut dahi pandang Subhi yang masih suka berdeham perlahan akan lagu raya. Badan pun bergerak sama menari kecil.

Tersangat morning person ya!

"Macam salah lirik je." Kata Rayya perlahan. Subhi dipandang serong.

Dengar kata-kata itu, Subhi lepaskan tawa kecil.

"Pandai pun Kak Aidul-Fitri kita ni." Ibu jari Subhi angkat tinggi.

Terpejam lagi sekali mata Rayya dengar nama baharu yang diberi Subhi untuknya. Cekak pinggang lagi dia menghadap ke arah Subhi.

"Hello! Sebut baik sikit. Saya bukan Aidul-Fitri. Saya Rayya Riyana! R! A! Y! Y! A! Rayya!" Buat pertama kali setelah sekian lama, Rayya terpaksa pertahankan namanya.

Macam dia kata. Level menyakat Subhi sangat tinggi. Menyakat dia macam mereka member lama. Walhal baru 3 hari duduk berjiran. Huh!

Subhi senyum senget. Tangan naik mencekak pinggang sama seperti Rayya.

"Baik lah. Saya pula Subhi Taha. S! U! B! H! I! Behi!"

Atas bawah, atas bawah Rayya pandang Subhi. Lelaki ini... mengeja pandai! Nak sebut tak pandai. Nak menyakat, tapi nampak seperti bengong. Hahaha!

"Tak kesah lah. Tapi, boleh tak awak berhenti sakat nama saya? Macam budak-budak tahu tak? Adik awak masa kita jumpa kali pertama pun tak macam awak tau!"

Subhi hanya mengangguk sahaja sepanjang Rayya berkata-kata. Bukan buat Rayya senang, malah tambah sakit hati. Sebal sungguh lah menghadap lelaki ini.

"Boleh. Small matter je apa yang awak minta tu. Jangan risau. Saya boleh je tak sakat awak." Senang Subhi menerima kata-kata Rayya. Bukan susah mana pun tak menyakat orang tu.

Rayya senyum tapi dalam hati sembunyi rasa geram. Boleh! Tapi macam tak boleh aje tingkahnya.

"Tapi..."

Kening Rayya ternaik sekilas dengar leret panjang kata tapi Subhi.

Subhi senyum. "Kalau saya rasa tak boleh, saya sakat lagi lah pakai nama awak."

Ternganga kecil mulut Rayya. Nyata tidak sangka dengan apa yang dia baru dengar sebentar tadi. Lelaki ini betul ke tak betul sebenarnya?

"Dah kenapa pula?" Tanya Rayya, cuba menahan geram.

Pandang Rayya, Subhi jungkitkan bahu. Helmet di tangan dia sarungkan ke kepala.

"Saje. Bye, raya raya raya!" Melambai Rayya, Subhi terus bawa langkah kaki menuruni tangga. Tak peduli dengan wajah Rayya yang dah cemberut geram.

Lihat Subhi pergi, Rayya terus hentak perlahan kakinya di lantai. Eee! Fikir si Subhi tu anak jiran sendiri aje. Kalau tak... dah lama kasutnya dilempar kepada lelaki itu.

"Mereng!" Bentak Rayya perlahan sekali sebelum tangan menarik pintu pagar. Tiba-tiba namanya diseru.

"Ha, Rayya!" Menoleh ke sisi, ada Salamah di sana. Laju-laju Rayya manggakan pagar sebelum dia berlari anak menghampiri Salamah.

"Ya mak cik. Kenapa?" Tanya Rayya. Dia sedikit kalut melihat kekalutan Salamah tika ini.

"Ish. Budak Subhi tu, boleh pula dia tertinggal dompet dia. Bila mak cik suruh dia naik, elok dia minta mak cik pass dekat kamu ni." Serba salah Salamah memberi tahu. Dompet kulit berwarna hitam di tangannya dipandang.

Rayya di kala itu, sumpah rasa nak meletup. Geram sungguh dengan Subhi! Entah kan lelaki itu sengaja atau entah kan betul semata mahu minta bantuan. Buatnya dia beri dompet ini kepada Subhi, alih-alih bernanah telingnya dengar lagu raya salah lirik oleh Subhi.

"Err... mak cik minta tolong Rayya beri kepada Subhi boleh?" Pinta Salamah, masih dengan nada serba salahnya.

Tarik senyum, Rayya mengangguk kecil. Tika itu, nampak riak lega di wajah Salamah.

Takpe lah. Buat sebab Salamah. Kalau sampai di hadapan Subhi, elok dia lempar sahaja ke wajah lelaki itu. Dengan syarat, Subhi menjengkelkannya. Huh!

"Boleh je. Sekali jalan ni. Kebetulan, Rayya pun nak pergi kerja dah ni." Ucap Rayya seraya dompet hitam kepunyaan Subhi diambil daripada Salamah.

Salamah tersenyum. "Terima kasih, Rayya. Maaf lah susahkan Rayya."

Rayya hanya menggeleng kecil sambil senyum halus. Baru nak minta pamit, tubuhnya kaku bila rasa usapan lembt di kepalanya. Mata terus tak berkelip memandang Salamah yang masih lagi tesenyum memandangnya. Bila tangan Salamah trun dari kepalanya, Rayya seolah-olah baru tersedar.

"Mak cik doakan hari kamu berjalan dengan lancar." Senyum Salamah di akhir kata. Dan itu buat dada Rayya rasa sebu dengan hiba dan terharu.

Tipu jika dia tidk tersentuhan. Sentuhan ibu, pasti lah akan punya kesan yang mendalam dalam hati sesiapa pun.

Terkelip-kelip laju mata Rayya dek kerana cuba menahan tangis yang mahu terbentuk. Senyum lebar, tunduk sopan Rayya menyalam tangan Salamah sebelum dia melangkah pergi dari situ. Tak menoleh langsung dah takut tangisnya benar-benar pecah nanti.

Menuruni anak tangga satu persatu, Rayya tarik nafas dalam-dalam sebelum dia menghembuskan nafasnya perlahan. Terpandang dompet hitam Subhi di tangan, mata Rayya langsung terjuling.

"Kenapa lah perangai anak dan mak jauh beza? Macam langit dengan bumi!" Omel Rayya.

Laju kakinya menuruni anak tangga. Mahu cepat. Tak mahu berlama-lama. Namun langkah kaki menjadi perlahan di beberapa anak tangga terakhir. Semua kerana ternampak susuk tubuh Subhi yang elok bersandar di dinidng koridor sambil lelaki itu bermain dengan telefon di tangan.

Berdecit perlahan Rayya jadinya. Sah sah kena cop pemalas oleh dirinya si Subhi ni. Ingatkan sudah sampai di tempat parkir blok. Rupanya...

Mendengus kecil, Rayya mampir mendekati Subhi sebelum tanpa suara dompet hitam di tangan dihulurkan kepada Subhi. Dan itu buat Subhi angkat pandangan daripada telefonnya.

Menoleh, mata Subhi jatuh kepada Rayya yang langsung tidak memandang ke arahnya. Pandang bawah, Subhi perasaan kaki Rayya tak henti daripada bergerak sendiri dengan perlahan. Terus Subhi dapat tangkap yang Rayya tidak selesa tika ini.

"Terima kasih, kak." Subhi berkata sopan. Dompet hitamnya diambil.

Rayya tak membalas sebaliknya kaki laju mahu beredar dari situ. Tapi tak jadi bila Subhi memanggilnya. Kak Rayya. Itu panggilan Subhi. Terdengar biasa tapi cukup menghantar rasa jengkel juga kepada Rayya. Lagi-lagi perkataan 'kak' itu sengaja ditekan Subhi.

Menoleh, Subhi dijeling tajam sebelum nafas ditarik dalam-dalam. Lantak lah tetang mahu jadi matang.

"Tak payah panggil kak lah. Kita sebaya." Usai kata, Rayya terus beredar.

Mendengar kata-kata Rayya, badan Subhi terus tegak. Laju kemudiannya dia mengekori Rayya sehingga berjaya dia langkah saing di sebelah Rayya. Semestinya jelingan tajam lagi diterima Subhi tapi dia buat rileks sahaja.

"Aha! Aku dah agak dah kita sebaya! Takde maknanya muka budak-budak kau ni tak padan dengan umur." Sorak Subhi.

Rayya tidak membalas. Hanya pandang Subhi atas bawah sahaja dengan pandangan yang cukup serong.

"Tapi, aku tak kesah pun nak panggil kau kak. Semua orang kan ada kink masing-masing. So, terima kasih KAKAK sebab tolong bagi ADIK dompet ini." Subhi sambung kata. Sengaja dia tekankan perkataan kakak dan adik. Dengan tujuan menyakat semestinya.

Rayya mencebik. "Mereng." Perlahan dia mengomel di bawah nafas.

Subhi senyum bersahaja. Tak peduli dengan kata tanpa suara Rayya. Sah-sah gadis itu mengutuknya dalam hati

"Kak Rayya,"

Mendengus, Rayya menoleh geram ke arah Subhi.

"Ish! Apa la-"

Kata-kata Rayya terhenti apabila Subhi menghulurkan sebuah plastik kuning kecil kepadanya. Terkebil-kebil Rayya memandang Subhi sambil kaki sudah menapak dua langkah ke belakang. Plastik kuning yang masih belum dia ambil daripada huluran Subhi dipandang tidak lepas.

"A-apa ni?" Sedikit gagap Rayya jadinya.

Subhi tak menjawab langsung sebaliknya lelaki itu lebih senang menghulurkan plastik lebih rapat kepadanya. Buat Rayya terpaksa mengambil jika tidak mahu bersentuhan tangan. Walaupun Subhi memakai sarung tangan motor, Rayya tetap tidak mahu perkara itu terjadi.

"Err..." Subhi dipandang Rayya sedikit curiga. Tapi, curiga itu langsung hilang bila hidung menangkap aroma gorengan datang dari plastik kuning di tangannya kini.

Subhi senyum. "Itu sarapan. Eh, alas perut. Makan lah." Kata Subhi santai sebelum dia beredar dari situ. Menuju ke motornya tapi sesekali kepala menoleh ke belakang memandang Rayya dengan senyuman manisnya.

Lihat itu, Rayya tidak dapat tahan wajahnya daripada beriak geli. Buang tebiat apa pandang orang macam tu? Macam pervert tahu tak?

Pusing tubuh, Rayya terus berjalan. Plastik kuning diintai isi dalamnya. Ada dua biji karipap goreng.

"Ceh."

Telefon dibawa keluar dan aplikasi Maxim Car dibuka kembali. Kaki teruskan langkah untuk menuju ke stesen bas berhampiran. Kalau ada rezeki dia menaiki bas, dia akan gunakan sahaja pengangkutan awam itu untuk ke tempat kerja.

Sedang Rayya berjalan, tiba-tiba ada sebhah motor berhenti di sebelahnya. Tindakan refleks, Rayya terus memeluk erat beg tangannya sebelum kakinya menapak jauh ke belakang. Takut jika dia menjadi mangsa ragut. Di kampung pun boleh jadi, apatah lagi di bandaraya besar seperti ini.

"Eh, tenang. Tenang. Inikan jiranmu." Subhi langsung tutur kata setelah visor helmet ditolak ke atas. Sengih satu kali macam biasa.

Geram, tangan Rayya terus naik mengepal penumbuk. Takde sabar, melayang dah tumbukan sulungnya ini di rahang Subhi.

"Jangan kacau boleh tak?" Bentak Rayya. Geram sangat!

Subhi angguk. Patuh sambil dua tangan naik separas bahunya tanda mengalah.

"Okey. Selamat berkerja. Assalamualaikum!"

Preng! Preng! Preng!

Kuat Subhi main ekzos sebelum laju dia meluncur laju tinggalkan Rayya yang dah terbatuk-batuk kecil dek asap motornya.

"Ish! Dasar mat rempit!" Jerit Rayya geram. Batu di jalan dia ambil sebiji sebelum dia lempar jauh. Geram dengan Subhi! Geram sangat!

"Apa masalah lelaki tu sebenarnya?!" Bentak Rayya geram sekali lagi seraya teruskan langkah.

Ish! Hari pertama dia bekerja dah jadi tak best begini dari rumah. Huh! Bala ke apa ni?

⋆ ˚。⋆୨୧˚ ˚୨୧⋆。˚ ⋆

Enjoy semua ♡ Rasanya perangai Subhi makin annoying pula kan? Hahaha!

Continue Reading

You'll Also Like

235K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

405K 16.4K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...
1.4K 291 18
-- after that โ™ก Setelah banyak menghadiri perjanjian temu, Najiha menganggap perjanjian temu yang seterusnya ialah menuju perkahwinan. Lelaki berwaja...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...