MR PIRATE

Autorstwa CIK_ZALIKHA

3M 271K 56.3K

"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati... Więcej

PROLOG
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74
75
76
77
78
79
80
81
82
83
84
85
86
87
88
89

Bab 20

27.7K 2.3K 329
Autorstwa CIK_ZALIKHA

                   GELAP. Tidak nampak apa-apa. Bahkan telinganya masih mampu menangkap bunyi air laut yang tenang dan perlahan. Husna tak rasa dirinya terapung diatas air. Malah  seolah-olah terbaring diatas permukaan yang keras. Walaupun tidak selesa, sekurang-kurangnya tubuh ini tidak kesejukan berada di dalam air. Suasana begini buatkan dia rasa lebih selamat dan mahu terus lena tanpa ada sebarang gangguan.

Dia mahu rehat sebentar. Sekejap lagi sahaja buka mata. Dan fikirkan sama ada dia hidup ataupun telah berada di alam yang lain.

Dan tiba-tiba, wajah Husna berkerut-kerut. Rasa seperti ada air masin yang menitis masuk ke dalam mulutnya. Makin lama makin banyak,  buatkan dia rasa hendak muntah.

Apa benda ni?

Perlahan-lahan kelopak matanya terbuka dengan lemah. Sebaik sahaja melihat kain basah yang diperah sehingga mengeluarkan titisan air ke dalam mulutnya, terus mata Husna terbeliak. Langsung Tangan itu ditepis menjauhi mulutnya, lantas Husna bangun dari pembaringan lalu...

"Puih!" Diludahkan kembali air masin itu ke laut. Rasa nak muntah pun ada apabila rasa masin itu melekat dicelah kerongkong.

"Sedar pun." Kata suara garau itu, terus mengalihkan perhatian Husna ke tepi.

Melihat lelaki berambut putih yang membelakanginya sedang berjalan menuju ke hujung bot. Menarik tali sauh yang berada dibawah dasar sana. Sedikit demi sedikit ditarik sehingga besi pencakak kelihatan, diikat kemas sebelum ditaruhkan ke tepi. Lantas bot yang tidak bergerak tadi mula bergoyang-goyang saat air laut menolak.

"Tak ada cara lain ke nak kejutkan saya semula?" Soal Husna, masih tidak puas hati dengan cara lelaki itu menyedarkan dia daripada pengsan. 

"Habis nak kejut macam mana? Buat pernafasan mulut ke mulut?" Soalan berbalas soalan.

Husna terdiam. Rasanya perahan air masin lebih bagus. Air liur ditelan. Gugup. Dia berdehem beberapa kali sebelum pandangan dialihkan ke sekeliling kawasan. Langsung tak nampak apa-apa, kecuali air laut dan langit yang sudah pun cerah. Mana gunung? Bayangan Ocean Resort dari jauh? Nampak gaya, dia sudah jauh daripada tempat itu.

Haih, perempuan tua itu memang akan terima balasannya bila aku tiba di sana nanti!

Tapi pelik juga, kalau benar dia dicampak ditengah-tengah air laut. Bagaimana lelaki itu boleh berada disini juga?

"Apa awak buat dekat tengah-tengah laut ni?" Soal Husna. Menoleh memandang lelaki itu kembali. Sibuk benar nampaknya. Sekarang dia sedang membetulkan tali pada enjin bot yang sedikit longgar. Mungkin akibat cuaca malam tadi, air laut bergelora dengan hebat sehingga menyebabkan enjinnya hampir rosak.

"Memancing." Sepatah sahaja yang dijawab tanpa menoleh ke belakang.

Husna kerut kening. Memancing? Tetapi dia tidak nampak ada bakul ikan dekat atas bot ini. Apatah lagi alat memancing.
Nak pancing ikan atau nak pancing orang?

"Awak tak nak tanya saya ke macam mana saya boleh ada dekat sini?" Soal Husna. Selalunya pasti akan ada manusia yang bertanya apa yang berlaku atau sebaliknya? Tapi lelaki itu pula langsung tidak menyoalkan apa-apa. Pelik. Entah-entah dia bukan manusia?

"Aku dah biasa jumpa manusia yang timbul dekat sini. Kebanyakannya disebabkan tercampak dari bot. Cuma kali ni, orang itu masih hidup."

Gulp!

Sekali lagi Husna telan air liur. Banyak orang yang dah mati ke dekat sini? Ah, tiba-tiba makin seram sejuk pula. Husna menggosok kedua-dua belah lengannya. Eh, sekejap! Kepala menunduk memandang tubuh sendiri. Bukankah semalam dia mengenakan jaket keselamatan? Kini cuma tinggal pakaiannya sahaja yang masih melekat ditubuh. Anak mata Husna mula melilau ke seluruh bot. Tercari-cari dimana jaket itu berada.

"Mana jaket saya?"

"Aku dah buang." Balasnya acuh tak acuh.

"Huh? Tapi kenapa?" Soal Husna, kebingungan. Kalau jaket itu terapung di atas air nanti, tidakkah orang ingat dia sudah mati?

Lelaki itu mengeluh kecil. Mungkin malas hendak menjawab setiap persoalan yang tak henti keluar daripada bibir Husna. Dia akhirnya bangun setelah selesai membetulkan enjin bot. Tubuh dipusing ke belakang, anak mata mencerun memandang Husna yang masih terduduk di atas bot.

Husna terkesima. Tergamam serta terpaku buat sejenak. Disaat anak mata hitamnya dan hazel milik lelaki itu mula bertembung. Sempat lagi Husna mengamati seluruh wajah itu, kening yang kemas terukir cantik, alis yang lebat diatas kelopak mata hazel yang pekat. Seluruh kulitnya putih umpama awan yang sedang menghiasi langit saat ini. Bahkan angin dilaut ini juga meniup-niup rambut putih itu dengan lembut serupa menyukainya juga.

Tapi kenapa...

Anak mata Husna beralih melihat ke sebelah mata kanan lelaki itu.

Mengapa mata kanan itu ditutup dengan eye patch berwarna hitam?

"Kita patut balik sekarang." Kata lelaki itu, terus mematikan lamunan Husna. Dia terus bergerak ke arah stereng bot, enjin bot dihidupkan.

Husna pantas geleng kepala. Boleh pula aku mengelamun saat ini? Sangat memalukan!

"Awak nak hantar saya balik ke Ocean Resort ke?" Soal Husna. Dia menoleh memandang lelaki yang sudah menggenggam stereng itu.

"Ocean Resort? Apa itu?" Dia buat-buat bertanya.

Husna mengeluh kecil. Lantas dia bangun dari terus terduduk di situ.

"Takkan tak pernah dengar pasal Ocean Resort? Resort yang baru dibangunkan dekat tengah-tengah pulau sana? Semua orang tahu!"

"Oh, Resort atas air tu...'

Husna angguk kepala dengan senyuman gembira. Ya, yang itulah!

"Tak. Kita tak boleh pergi sana." Bidasnya.

Terus mematikan senyuman dibibir Husna.

"Kenapa pula?"

"Jauh. Minyak enjin bot tak cukup untuk sampai ke sana." Jawabnya.

Husna mengeluh. Habis? Takkan tiada cara lain untuk mereka menuju ke Ocean Resort?

"Tolonglah. Saya betul-betul kena balik ke resort tu semula. Belum cuba belum tahukan? Entah-entah minyak tu cukup aje untuk sampai ke sana? Saya janji, saya akan bayar semua duit minyak bot ni kalau awak tunaikan permintaan saya." Ujar Husna. Mula menabur tawaran yang lumayan. Dia tahu, harga minyak bot tidak murah. Kalau aku berjanji hendak menanggung semua kos, pasti dia setuju. 

Lelaki itu diam. Mungkin sebab mempertimbangkan jawapan.

Ceh, naklah tu!

"Okay." Sepatah sahaja jawapannya. 

Terus bibir Husna tersenyum menang. Senang sungguh hendak pujuk hati lelaki ini. Siapa sahaja yang akan menolak tawarannya? Tanpa menunggu lama, Husna terus melabuh punggung di atas fish box berwarna merah berdekatan tempat pemandu. Tak sabar ingin balik ke Ocean Resort semula. Dan tak sabar nak mandi air bersih juga. Seluruh pakaian ini sudah bau air laut.

Kemudian, bot yang dinaiki mereka mula bergerak laju. Lurus membelah lautan. Terpaksa Husna memegang fish box itu dengan kuat dek kerana jaket keselamatannya yang hilang, risau ada juga yang tercampak ke laut sekejap lagi. Tatkala lelaki itu pula tenang memandu bot itu serupa seorang yang profesional. 

"Awak kerja nelayan ek?" Tegur Husna. Suara diperkuatkan sedikit. Bunyi air yang dilanggar bot terlalu bingit.

Bahkan lelaki itu menggeleng.

Dahi Husna berkerut. Kalau bukan kerja nelayan, kerja apa lagi yang berkait dengan bot dan laut?

Husna fikir seketika.

"Kerja kapal?"

Dia geleng lagi.

"Habis tu awak kerja apa?" Soal Husna. Mengalah untuk meneka.

Bibir lelaki itu menyenget.

"Cari sesuatu yang berharga." Balasnya.

Husna diam seketika. Mencari sesuatu yang berharga? Apa yang berharga dilaut untuk dicari? Muntah ikan paus? Atau lebih dikenali sebagai ambergris. Walaupun kedengaran jijik, tetapi harganya mampu mencecah sehingga jutaan ringgit. Eh, tetapi disini ada ikan paus ke?

Sedang lama berfikir, Husna baru sedar mereka semakin hampir dengan tempat yang dituju. Bukit-bukit yang kelihatan kecil itu semakin kelihatan. Barulah dia dapat lihat ada pokok dan batu-batu disekitar pulau. Menandakan jarak ke tempat itu tidak jauh mana lagi.

Namun setelah beberapa minit, bayangan Ocean Resort masih lagi tidak kelihatan. Rasanya semasa naik bot menuju ke kawasan Red Zone tidaklah jauh mana. Tetapi kenapa perjalanan ini terasa terlalu jauh?

Husna perhati sekeliling kawasan.  Laluan disini agak lain.

"Saya tak rasa ini laluan nak ke Ocean Resort?"

"Siapa kata aku nak hantar kau balik ke sana?"

Pandangan Husna terus beralih ke arah lelaki itu. Apa maksudnya? Bukankah tadi dia sudah bersetuju?

"Huh? Ta... tadikan awak cakap okay?"

Sipi-sipi bibir lelaki itu tersenyum sinis.

"Okay tak bermaksud setuju. Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang lebih berharga, takkan hendak dilepaskan macam itu sahaja? Rugilah." Katanya, selamba. Ada senyuman jahat terpapar dibibirnya.

Husna terkesima. Apa Nun?

"La... lanun? Awak Lanun?!" Husna terkejut.  Spontan terbangun daripada duduk. Ya Allah, bagaimana aku boleh tak sedar yang dia seorang Lanun?

Pantas lelaki itu menggenggam sebelah pergelangan tangannya saat dia berdiri. Sebelah lagi masih setia menggenggam stereng. Kelajuan yang dipandunya membuatkan bot itu melambung-lambung saat berlanggar dengan ombak. Bila-bila masa sahaja Husna boleh tercampak keluar daripada bot.

"Hei, kau mau jatuh ka? Duduk!" Keras dia memberi amaran.

Husna menggeleng. "Tak nak! Saya nak balik ke Ocean Resort! Lepaskan saya! Tolong!!!" Jerit Husna sekuat-kuatnya, dalam masa yang sama cuba untuk menepis genggaman si Lanun itu. Biarlah dia jatuh ke dalam laut sekalipun, asalkan tidak menjadi salah seorang tahanan mereka. Dia masih lagi ingat cerita Mia, sesiapa yang ditangkap oleh Lanun berkemungkinan akan diseksa.

Tidak!

Dia tidak mahu mati dalam keadaan sekejam itu!

"Kau boleh duduk diam tak?!"

"Tak nak! Lepaslah! Kalau tak saya gigit!"

"Argh!" Dia terjerit kecil. Spontan tangan ditarik saat jari-jemarinya digigit oleh Husna. Ya Tuhan, melekat kesan gigi dikulitnya. Kurang ajar sungguh! Hendak sahaja dia menampar wajah wanita itu, mujur sahaja Husna adalah seorang perempuan kalau tidak... memang nahas nasibnya!

BOOM!

"Mak!" Terjerit Husna saat bot mereka melanggar ombak. Dentuman kuat membuatkan bot mereka turut bergoyang-goyang. Husna hilang keseimbangan, tubuhnya hampir sahaja terlentang ke belakang. Sedikit lagi hendak tercampak ke laut, mujur tangan lelaki itu lebih pantas menangkap lengannya semula. Kuat genggaman kali ini.

Haish, tak boleh jadi! Dia tidak boleh memandu dengan tenang jika Husna terus berkelakuan sebegini.

Enjin bot dimatikan. Perlahan-lahan bot yang dipandu itu berhenti ditengah-tengah air laut.

"Awak nak buat apa pula ni? Jangan berani sentuh saya! Saya ni anak Dato tau, paling tidak hukuman awak akan dibawa sampai ke tali gantung!" Bentak Husna. Mula mencabar. Kalau berani, sentuhlah!

Tapi kalau dia berani juga macam mana?

Lelaki itu berdiri. Husna sudah telan air liur.

"Yalah. Aku minta maaf."

Heh, tahu pun takut!

"Maaf sebab terpaksa pengsankan kau sekejap." Tak sempat Husna hendak buka mulut, terus belakang leher wanita itu dihentak. Sekali sahaja. Terus tubuhnya terkulai jatuh ke bawah. Akhirnya, diam juga. Tak sia-sia dia mempelajari ilmu silat selama ini. Ada juga kegunaannya. 








                   KEHULUR-KEHILIR Mia berjalan di jeti, sekejap pandangan menunduk melihat jam ditangan. Sudah dua jam berlalu. Pemandu bot yang turun padang misi mencari Husna di laut masih belum tiba. Nathan juga turut terlibat. Kalau boleh, dia pun mahu ikut. Tetapi tidak dibenarkan. Kata Nathan, lebih baik dia tunggu sahaja di jeti ini sehingga mereka sampai.

Tangan yang berpeluh digosok-gosok. Mengapa dia terlalu gementar? Ya Allah, tolonglah selamatkan Husna...

"Mia, ini saya ada bawakan air." Tegur Datin Khadijah, air botol mineral dihulurkan kepada Mia. Kesian. Wanita muda itu sanggup menunggu kepulangan bot dari pagi tadi.

"Terima kasih, Datin." Ucap Mia. Huluran air botol itu diambil. Dia pun memang dahaga.

"Dato macam mana?" Soal Mia, dia menoleh memandang Datin Khadijah yang melabuh punggung di atas bangku kayu.

"Masih lagi terbaring dekat atas katil. Kepala dia pening sangat. Rasanya darah tinggi dia naik lagi." Ujar Datin Khadijah. 

Mia mengeluh berat.  Turut bersimpati. Jika dia ada darah tinggi pun, mungkin akan terbaring sama seperti Dato Idris. Siapa sahaja tak terkejut bila dengar anak perempuannya terjatuh ke dalam air laut? Apatah lagi seorang yang tidak pandai berenang seperti Husna. Hanya mengharapkan jaket keselamatan sebagai penyelamat.

"Saya harap Husna tak apa-apa. Kalaulah saya tahu benda ini akan jadi teruk, saya takkan ajak Husna naik bot dengan saya..." Luah Datin Khadijah. Dia buat-buat sebak menahan tangisan. Sebelah tangan menutup mulut. Konon terlalu sedih.

Mia yang melihatnya pantas menggeleng kepala. Dia terus melabuh punggung disebelah Datin Khadijah.  Bahu orang tua itu digosok-gosok perlahan, cuba untuk menenangkan keadaan.

"Datin janganlah cakap macam itu..."

"Tak. Ini semua salah saya. Saya cuma nak ajak dia jalan-jalan dengan saya. Tapi lain yang jadi. Kenapa bukan saya sahaja yang tercampak dari bot tu? Kenapa mesti Husna? Dia anak yang baik... saya sayang dia ibarat darah daging saya sendiri..."

"Saya pun sayangkan Husna. Apa yang berlaku sekarang bukan salah Datin. Saya pun ada silapnya. Saya abaikan dia hanya kerana sebab yang kecil. Kalaulah saya tak tolak ajakan dia, pasti saya akan tolong dia malam itu." Ujar Mia. Sesal menghurungi hati. Malang sekali, nasi sudah menjadi bubur. Semuanya sudah terlambat untuk diputarkan kembali.

Air mata palsu yang mengalir dipipi disekanya sebelum menoleh memandang Mia.

"Kita sama-sama doakan Husna selamat ya?"

Mia angguk kepala. Sudah pasti. Dia takkan berhenti berdoa agar wanita itu selamat. Tiba-tiba kedengaran enjin bot menghampiri ke jeti, langsung mengalihkan pandangan mereka berdua ke arah Nathan dan Tan Sri Raqib yang turun daripada bot.

Mia tersenyum gembira. Akhirnya, mereka dah sampai!

"Diaorang dah sampai!" Tak tunggu lama, Mia terus bangun dari bangku. Berlari anak menuju ke arah mereka berdua.  Manakala Datin Khadijah hanya mengekor dari belakang.

Melilau anak mata Mia ke setiap bot, tercari-cari dimana kelibat Husna. Yang dia lihat cuma beberapa pekerja Ocean Resort turun dari bot seorang demi seorang. Mana Husna?

Pandangan dialihkan ke arah Nathan dan Tan Sri Raqib.  Wajah mereka langsung tak beriak. Tiada senyuman gembira yang terpapar, konon mereka telah menjumpai Husna. Jantung kembali berdebar-debar. Hati sudah mula mengesan sesuatu yang tidak senang kedengaran ditelinga.

Jangan cakap yang...

"Kami tak jumpa Husna." Nathan akhirnya bersuara.

Mia tergamam. Lutut automatik terasa longlai. Namun dia tetap kuatkan diri untuk terus mendengar. Air mata kembali bertakung dibawah kelopak mata. Ya Allah...

"Tapi kami jumpa ni..." jaket keselamatan ditunjukkan.

Terus sebelah tangan Mia naik menekup mulut. Tak mungkin! Air mata sudah tidak dapat ditahan lagi, dibiarkan mengalir tanpa henti. Menggigil tangannya saat mencapai jaket keselamatan itu lalu dibawa ke dada. Dipeluk erat.

"Husna..." ngongoi Mia.

"Tapi..."

Mia kembali mengangkat wajah memandang Tan Sri Raqib. 

"Saya tak rasa yang dia dah tenggelam." Katanya.

Membuatkan dahi Mia berkerut. Datin Khadijah turut mengalih pandangan memandangnya. Bibir diketap. Takkan perempuan itu masih hidup?

"Kalau betul dia dah tiada. Kemungkinan besar mayatnya akan timbul. Tapi kami tak nampak apa-apa. Dan jaket keselamatan tu, tak nampak macam ia tertanggal sendiri dari tubuh Husna."

"Maksud Tan Sri? Husna masih hidup?" Datin Khadijah menyoal.

"Firasat saya kuat mengatakan dia masih hidup. Jaket tu nampak macam dibuka oleh seseorang." Balasnya.

Datin Khadijah diam. Tanpa sedar kedua-dua belah tangannya digenggam di bawah. Mengapa liat sungguh nyawa wanita itu hendak ditarik? Kalau dia tahu akan jadi begini, dia takkan beri Husna jaket keselamatan itu. Biar ditolak terus jatuh ke dalam air laut. Lemas seperti sebelum ini.

"Habis? Kalau ada yang buka jaket tu, dia bawa Husna pergi mana?" Soal Mia, tertanya-tanya. 

Tan Sri Raqib menggeleng kepala. Tidak tahu.

"Saya tak pasti. Tapi harapnya Husna bukan hanyut sampai ke kawasan Red Zone."

"Kawasan Red Zone? Kenapa dengan kawasan tu?"

Tan Sri Raqib dan Nathan saling berpandangan.  Patutkah mereka beritahu Mia tentang lokasi itu? Risau pula jika berita ini akan membuatkan Mia lagi bertambah resah. Tetapi, mereka juga tidak boleh berdiam diri.

"Dekat situ ada penunggu laut. Atau pendek kata..." Nathan jeda seketika. Dia tak sanggup untuk teruskan. Tetapi melihat muka Mia yang masih menanti jawapan, buat dia terpaksa membuka mulut. 

"Lanun." Sambung Nathan.

Mata Mia terbeliak besar.

Ap... apa?

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

815K 32.9K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
231K 15.3K 40
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
43.8K 4.8K 30
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
794K 47.1K 56
Seorang gila, seorang tiada perasaan. Yang sama cuma dua-dua tak fikir panjang. Menyesal? Dah tak berguna. "Taknak kahwin dengan aku? Aku akan past...