Behind The Golden Masquerade...

By SignorinaRoselle

6K 523 30

[New Story 2022] Rich & Belle Dear Sadness Live, Belle. Mempunyai sepasang mata tetapi berlainan rona sanga... More

P R O L O G : MATA HETEROCHROMIA
B T G M : POISONOUS SEDUCE
B T G M : THE OLD JERK
B T G M : THE GOLDEN MASQUERADE MASK
B T G M : DANCING
B T G M : PLOTTING DISASTER
B T G M : TYLER
B T G M : KILL ME?
B T G M : MR DINDING
B T G M : HOPELESS
B T G M : EGO
B T G M : DEMONSTRASION
B T G M : HIS PRECIOUS
B T G M : SEDUCE HIM
B T G M : INSECURE
B T G M : DIRTY HAND
B T G M : OUR SWEETBITTER MEMORY
B T G M : RICKY
B T G M : MISSCARIAGE PLAN FAILURE
B T G M : ENDLESS LOVE?
B T G M : SPOIL PART
E P I L O G U E : CUCU SULUNG

B T G M : JOOWAN

201 21 4
By SignorinaRoselle


MATANYA terpejam seketika. Walaupun berderet di jalan itu mempunyai tumbuhan hijau, tetapi tidak mampu membuatkan dia tenang.

Hari ini adalah hari dia bertolak untuk ke Elmyandeur. Cincin yang kekal berada di jari manisnya dilihat. Cincin pemberian sang anak raja itu.
Baru semalam dia ingin memberikan semula cincin itu, tetapi Rich menolak dan menyuruhnya simpan saja cincin itu. Tapi, sekali dia menatap cincin yang berdampingan dengannya selama bertahun itu membuatkan dia sebak.

Cincin ini menjadi saksi betapa seksanya dia menjalani kehidupan tanpa Rich sehingga takdir menemukan mereka semula. Dan kembali memisahkan mereka kerana realiti yang menyakitkan.

The Golden Masquerade pula adalah punca dia kini menelan realiti yang menyakitkan. Adakah ini antara sumpahan The Golden Masquerade?
Huh?

Nonsense.

Mata milik Mirinda menatap tajam ke arah perut yang mula menampakkan lekuknya di sebalik tubuh genit Belle.

Gadis itu benar-benar cintakan si anak raja itu. Sampai dia pun tidak mampu melembutkannya.

“Kenapa masih nak simpan? Mama tak faham. Sedangkan selepas saja Belle bersalin, dia akan jaga anak ini dan awak takkan dapat apa-apa. Sebab mereka Cuma anggap awak sebagai pelacur je, sayang.”

“Rahim aku, hak aku. Bukan aku pinjam Rahim kau pun nak mengandungkan anak aku.”

Mirinda terdiam. Keras kepala Belle semakin menjadi-jadi sehingga dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menakutkan gadis itu lagi. Mirinda menggenggam fabrik ditubuhnya. Menahan diri dari bertindak kasar.

“Sekarang, mama nampak dekat diri awak, sayang. Awak jenis fikirkan orang lain dan bukan diri awak sendiri. Kenapa? Sedangkan orang tu pun tak kisah tentang pengorbanan awak nanti.”

"Semua ni jadi sebab kau. Kau pergi buat si raja tu jatuh cinta dengan kau pehal? Sedarlah diri tu memang pelacur. Anak kau ni pun ikut telunjuk kaulah. Tak faham-faham. Nak salahkan budak tak bersalah buat apa? Benda dah jadi."

Mirinda menggeleng kepalanya.

Belle hanya diam. Malas dia ingin berdebat benda yang sama. Dia masih tetap dengan pegangannya. Belle mengerut dahi apabila matanya bagai pernah melihat jalan ini.

Dan ini adalah bukan jalan untuk ke Elmyandeur. Entah kenapa gemuruh dia menanti akhir destinasi kali ini. Melihat tempat yang familiar itu mengundang rasa tidak selesanya.

“Kau nak bawa aku ke mana ni?”

“You deserve a good life, darling.”

Mendengar jawapan itu, membuatkan kening milik Belle berkerut seribu.

“Apa maksud kau?”

Mirinda hanya diam. Dia tahu gadis itu tidak akan setuju dengan apa keputusan yang dia buat. Melihat Mirinda yang diam itu mengundang geram. Tapi ditahan dahulu menanti destinasi akhir pacuan empat roda ini. Jika anggapannya benar, tidak salah lagi dia kini berada di dalam perangkap.

Masuk saja di lorong yang memang amat dia kenali itu, terus membulat matanya apabila dia sedar kini dia di dalam perangkap!

“IT’S been a long time no see, right princess?”

Mata heterochromianya memandang tepat ke arah kasut yang berhenti di depan. Pergerakan tangan dan kakinya terhad tidak mampu bergerak kerana diikat di atas kerusi.

Tubuhnya lemah apabila tadi kepalanya dihentak oleh sesuatu yang keras dan membuatkan dia pengsan seketika. Sedar-sedar saja dia kini sudah diikat dengan rapi di atas kerusi.

Tubuh lelaki di hadapannya menunduk lalu meraih dagu Belle supaya menatap wajahnya. Mata heterochromia itu memandang mata runcing milik Joowan.

“Papa dah tahu semuanya.”

“Kau... bukan... papa aku...”

“I’m sorry if I hurt you, sweetheart. At the last of your story, you just work for me. Being a killer for ever. Don’t  dreaming you’ll live in a good palace or good vibes. Because you’re born for being a killer, sweetheart!”

Melihat mata Belle berkaca membuatkan kening Joowan berkerut. Tidak lama itu, dia tergelak kuat melihat air mata yang gugur ke lekuk pipinya. Matanya terpejam erat lalu membukanya perlahan. Ada satu susuk tubuh tegap berada di belakang Joowan. Dia Mr. Gun.

Lelaki yang mahukannya sejak dulu.
Hanya memandang kosong situasi yang berlaku. Hanya duduk bertinggung di atas sofa. Matanya tunak ke arah dua manusia yang licik itu. Jelas matanya juga tajam memandang dua orang di hadapan Belle saat ini.

“Apa ni? Mana perginya sifat pembunuh kau dulu?”

Joowan menunjal kepala gadis itu beberapa kali. Masih tidak ada respon. Pipi gebu Belle juga ditepuk.

“Ini bukan anak aku ni. Roh manis mana yang dah rasuk anak aku ni?”

“Joowan, boleh kau tolong bunuhkan anak dalam perut dia tu? Aku dah suruh banyak kali, tapi tetap juga dia...”

“Jangan... jangan bunuh budak ni.”
Lemah.

Semakin lama, semakin kuat esakannya. Dia hanya memikirkan hartanya yang satu ini. Jika dia tidak berjaya melahirkan, dia harus telan segala kenangan yang perit ini seorang tanpa rasa ‘kemenangan’.
Joowan tergelak sinis.

“Dah mengandung? Cepat kau dengan Tuan Putera tu buat kerja, ya.”

“Kenapa kau bersekongkol dengan dia ni Mirinda?”

“Dia memang kerja bawah papa, Belle.”

Belle panggung kepalanya melihat senyuman sinis milik Joowan.

“Papa memang dah lama cintakan Mirinda. Tapi papa bagi ruang untuk Raja bodoh tu curang dengan bini dia yang mati sebab depression tu. Nasib baik kau tak ikut jejak Maria Ann. Aku yang selamatkan kau dari depresi.”

“Kenapa kau masih bahasakan kau papa dengan aku! Aku benci kau!”

“Sebab akulah papa kau.”

Belle terdiam. Dia cuba mencerna ayat bersahaja dari Joowan tadi. Keningnya hampir bersatu mendengar pernyataan itu.

“Apa yang kau merepek ni? Aku..."

“Akulah papa kau, Belle. Mungkin kau rasa macam diperbodohkan sekarang kan? Semuanya elok terancang dari awal. Akulah dalang yang menyebabkan keluarga diraja tu jadi gila. Semuanya, aku yang buat.”

“Aku memang dah lama berdendam dengan keluarga diraja. Semuanya sebab Emmanuel. Keluarga dia dulu layan orang-orang miskin ni macam anjing. Tengok rakyat gelandangan pun dia masih berpijak di atas hamparan karpet emas. Semenjak itu, aku bertekad ingin menjatuhkan mereka dengan mainan perasaan. Tidak sangka orang tegas seperti Emmanuel mampu jatuh kerana perempuan.

Mungkin banyak benda lagi yang kau tidak tahu tentang aku. Tengok gambar dekat sana.”

Belle menoleh ke arah gambar perempuan tergantung dengan senyuman manisnya. Dililit dengan bunga. Rupanya sama seperti...

“Dia adalah kembar kepada Mirinda. Myranda namanya. Aku curang dengan kakak dia, Mirinda. Myranda adik yang terlalu naif.”

“Itulah ibu kau. Dia pun mati kerana aku. Sebab aku benci dia kerana dia terlalu baik. Dia menyebelahi Emmanuel dan aku sangat rimas! Dan waktu itu tepat saja hari jadi kau yang ke dua tahun, aku datang untuk menyambut hari jadi  kau dan nak menjemput ibu kau ke ‘alam sana’. Dan rancangan aku semakin lancar sehingga ke hari kau dibesarkan di markas aku, Belle.”

“Kau orang bercinta, tapi kenapa kau serah Mirinda dekat Emmanuel?”

“Sebab dia saja yang setuju dengan aku. Apa yang aku suruh, dia buat. Jadi, dia pun menjadi pembantu diraja. Dan kemudian, dia jadi gundik. Sampailah dia lahirkan seorang anak. Namanya, Ricky.”

Mendengar sebaris nama itu keningnya berkerut mengingat wajah lelaki yang bernama Ricky tempoh hari. Dia fikir lelaki itu adalah kekasih gelap wanita tua itu, rupanya dialah anak sebenar Mirinda. Maksudnya... rahang Belle hampir terjatuh apabila dia menangkap sesuatu...

“Aku dan Rich bukan adik beradik?”
“Yes darling, Emmanuel tahu yang kamu bukanlah anak dia. Tapi, dia cakap macam tu sebab mama. Dia itu pencinta yang setia. Jadi, dia sanggup buat apa saja demi, mama.”

“Kau perlu bersyukur, aku dan Mirinda dah kutip kau.”

Belle terdiam. Rahangnya sudah lekang dan tidak mampu rapat semula setelah dia mendapat tahu semuanya. Nafasnya keluar masuk sangat deras. Realiti kali ini mengejutkan. Dia baru tersedar kini dia berada di dalam strategi catur yang diatur elok oleh lelaki asian itu. Mata itu penuh dendam. Jadi, Joowan adalah bapanya yang sebenar. Cuma dia licik.

“Mama dah nampak betapa lemahnya kamu, darling. Lupakan anak raja itu, dan kita mulakan hidup baru. Buang janin tu.”

“Kenapa kau nak paksa aku? Aku bukan anak kau! Kau sanggup buat semua benda ni sampai bunuh ibu aku! Kakak jenis apa kau ni?”

“Orang kata, jangan cepat percaya orang yang baru kita kenal ataupun yang dah lama kita kenal, sebab yang lama kau kenal tu akan berusaha cari kelemahan kau dan sampai waktunya, kau akan jatuh.”

“Oh, kalau orang baru, dia senang mengkhianati.” Suara garau menyampuk dari belakang mereka.

Klak!

Mendengar bunyi slider pistol ditarik itu membuatkan semua orang di dalam bilik bawah tanah itu terdiam. Walaupun di sebalik Masquerade hitam itu menyembunyikan sebahagian wajahnya. Tapi, dapat dilihat wajah muram Mr Gun.

Lantas muncung pistol diacukan ke arah Mirinda.

Bang!

Tubuh itu tersembam ke lantai dengan percikan darah yang mengalir ke lantai. Melihat kejadian itu semakin dia ternganga melihatnya. Belle berkelip mata beberapa kali tidak percaya.

“Apa yang kau buat ni? Kenapa kau bunuh dia?” Joowan bertanya tenang.

Dia tidak melenting ataupun terkejut. Tiada ekspresi. Hanya wajah kesal. Mr Gun hanya diam sambil matanya melorot ke arah jasad yang baru saja dibunuhnya.

“Sebab dia dah lama ‘mati’, sebab kau yang bunuh. Aku benci pembelot dalam negara aku!”

Kening Belle hampir bercantum. Negara aku? Maksudnya?
Terhinjut bahu Belle apabila topeng yang menutupi wajah Mr Gun tadi sudah berada di kakinya. Matanya naik memandang wajah tegang ‘Mr Gun’ yang kali ini tanpa bertutup.
Ricky?

“Stop this nonsense. ”

“Kau belum kahwin lagi, jangan nak berangan jadi anak rajalah. Sebab aku akan bunuh kau dulu!”

Belum sempat kakinya melangkah ke arah Ricky, tubuhnya dirempuh oleh satu tubuh gagah dari tepinya membuatkan dia tidak seimbang dan terjatuh bersama lelaki itu. Peluang ini tidak dia lepaskan, dia menghampiri Belle dan membuka ikatannya.

“Lepas ni, kau terus berhambus dari sini, jangan banyak tanya.”

Belle yang sedikit blur hanya menurut. Matanya disapa satu senjata api yang terjatuh akibat pergelutan antara Tyler dan Joowan. Terus dia capai dan menyelitkannya di seluar.

Dia terus berlari ke arah pintu dan keluar dari markas itu. Dua pengawal keselamatan berjaga di hadapan pintu utama. Dia menggigit bibir bawahnya dan berfikir. Matanya jatuh memandang tubuhnya sendiri. Senyuman sinis terukir licik di hujung bibirnya. Siap kau!

Seducing!

“Hai!”

“Hmm?”

Salah seorang mereka memandang Belle.

“Eh eh, sabar dulu! Sorry sebab aku ganggu kau orang. Papa aku tak kunci pintu tadi, tu yang aku keluar. Tapi abang-abang jangan risau. Aku takda senjata.”

Mereka memandang antara satu sama lain lalu memandang Belle semula.

“Kalau tak percaya, cubalah check.”

Mata nakal lelaki itu mula memandang tubuh menggiurkan milik gadis itu. Salah seorang dari mereka pergi ke arah belakang Belle lalu mula menyentuh setiap genap baju yang tersarung di tubuh gadis itu. Tanpa membuang masa, dia mengeluarkan pistol lalu menghunusnya ke bawah dagu salah seorang penjaga tadi.

“Ge-nite. (Good night)”

Bang!

Pisau di tali pinggang pengawal itu sempat ditarik lalu memusing tubuhnya dan menghiris leher lelaki di belakangnya pula. Terus saja dia pergi dari situ dan menuju ke arah satu kereta. Di mana silapnya, dia baru sahaja ingin meletakkan pistolnya ke dalam poket, tetapi muncung itu tersasar dari lubang koceknya.

Pistol itu terjatuh ke belakang. Belum sempat dia ingin mengambil pistol itu, ada sepasang kaki yang memakai kasut kulit mendarat tepat di hadapan pistol itu jatuh.

Mata heterochromia itu naik memandang pemilik kasut kulit itu. Keningnya yang tegang tadi menjadi reda. Melihat senyuman lelaki itu juga membuatkan hatinya lega.
Lelaki itu mengambil pistol yang terjatuh tadi dan letaknya di dalam koceknya.

“Orang preggy tak elok pegang benda ni.”

Tidak lama itu ada pula seorang gadis mengambil tuala dan menyelimuti tubuh Belle. Mata Belle masih lagi tidak mampu dialihkan oleh lelaki itu.

Rich...

“Jom, sebelum orang nampak ni.”

° ° °

1842 word

Jangan lupa vote and comment!

Continue Reading

You'll Also Like

651 53 10
"Aku dah tak perlukan kau dalam hidup aku. Aku ceraikan kau dengan talak satu." Senang bagi seorang lelaki bernama Shinomiya Shinji a.k.a Shinji Sha...
6.3K 932 1
Coming soon
1.5M 64.2K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
205K 10.2K 49
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...