Behind The Golden Masquerade...

By SignorinaRoselle

8K 600 30

[New Story 2022] Rich & Belle Dear Sadness Live, Belle. Mempunyai sepasang mata tetapi berlainan rona sanga... More

P R O L O G : MATA HETEROCHROMIA
B T G M : POISONOUS SEDUCE
B T G M : THE OLD JERK
B T G M : THE GOLDEN MASQUERADE MASK
B T G M : DANCING
B T G M : PLOTTING DISASTER
B T G M : TYLER
B T G M : KILL ME?
B T G M : MR DINDING
B T G M : HOPELESS
B T G M : DEMONSTRASION
B T G M : HIS PRECIOUS
B T G M : SEDUCE HIM
B T G M : INSECURE
B T G M : DIRTY HAND
B T G M : OUR SWEETBITTER MEMORY
B T G M : RICKY
B T G M : MISSCARIAGE PLAN FAILURE
B T G M : ENDLESS LOVE?
B T G M : JOOWAN
B T G M : SPOIL PART
E P I L O G U E : CUCU SULUNG

B T G M : EGO

315 25 0
By SignorinaRoselle

SUDAH 3 hari dia mengurung diri di biliknya. Entah kenapa dia tidak berani berhadapan dengan gadis itu. Kerana gadis itu adalah kelemahannya juga.

Selama satu bulan perkenalan mampu memberi impak kepada dia dan Belle. Padahal berpisah sudah belasan tahun.

Jendela yang terbuka itu direnung. Dia bagai terpanggil dek angin sepoi-sepoi bahasa yang masuk dari jendela itu. Kakinya diatur ke situ.

Pandangannya naik memandang dada langit yang gelap berhias titik-titik cahaya yang kecil dan mampu mencantikkan suasana malam yang muram.

Ditambah pula dengan cahaya bulan yang menerangi halaman istananya. Matanya terpandang pada taman bunga atau yang dia sering namakannya ‘taman cinta’ kerana segala simbolik cinta ada di situ.

Matanya yang biru itu memandang kosong ke arah taman itu, tetapi mindanya menerawang entah ke mana. Kembali peristiwa beberapa hari lepas, dia melihat sepasang manusia sedang bergurau di taman itu.

Sejujurnya, hatinya terasa aneh apabila melihat mereka bergelak ketawa. Perutnya sebu seperti hendak marah. Tapi dia tahankan dan bertindak rasional. Sesekali dia mengambil angin malam untuk menenangkan diri.

Tok... Tok... Tok...

Bunyi ketukan lemah dari luar itu menyentak lamunannya. Dia yang biasa tidak mengenakan baju pada tubuhnya dan hanya berseluar saja jika sudah malam dan ingin tidur, terus mencapai bathrobe yang tersangkut di kerusi lalu disarung ke tubuh.

Dia buka sedikit pintu untuk dia melihat siapa gerangan yang mengganggu malamnya ini. Pintu itu dibuka kasar oleh orang luar. Rich berganjak ke belakang apabila gadis itu mendekatinya dengan tubuh longlai. Mabuk.

Tubuh anggun itu hampir tersembam ke bumi, tetapi sempat disambut kemas tangan kekar milik Rich. Sepasang mata biru milik Rich memandang satu susuk lelaki di balik pintu, sempat tangannya membentuk thumbs up kepada Tyler.

Tyler tersenyum lalu dia menutup pintu bilik Tuan Putera itu. Tubuh longlai itu perlahan dibawa ke katilnya.

“Kenapa... kenapa kau tak rasa apa yang aku rasa, Rich?”

Rich diam.

“Kau ingat tak masa kita duduk di taman, kau dan aku bagai sepasang burung merpati. Berterbangan di atas langit yang biru... macam mata kau.”

Rich tersenyum sebaik saja pipinya ditunjal  manja oleh jari runcing itu. Leher Rich dipeluknya manja. Pinggang langsing itu disentuh menahan gadis itu dari terhuyung-hayang.

Rambut yang merah yang terhurai di bahu gadis itu, diselak ke belakang. Sempat pipi gadis itu dibelai. Lembut terasa di permukaan kulit kasarnya. Dengan kesempatan ini, mata biru itu galak menjamah wajah putih mulus milik Belle.

“Aku cintakan kau... kenapa kau tak balas cinta aku?”

Kini, tangan putih Belle memegang kepala Rich membuatkan lelaki itu ketawa kecil. Melihat gadis ini mabuk, membuatkan dia terhibur.

“Apa yang kau gelakkan? Hmm? Oh, kau gelakkan aku sebab aku yang terlalu berharap pada cinta kau, kan?”

Kepala Belle melentok ke dada bidang Rich membuatkan dia mendengar jelas degupan jantung itu. Dia menumbuk dada itu dengan tangannya yang dilonglaikan.

“You’re so bad! Bad boy!”

Tubuh kekar Rich ditolak lalu dia berlari ke arah jendela yang terbuka.

“Prince Of Myandeur Was A Heart Breaker! Don’t you dare to fall for him... Ladies and gentlemen... I present to you... Our Prince Of Heart Breaker. Riccardo!”

Belle melaung kuat di jendela istana. Rich hanya tersenyum melihat gelagat gadis itu. Belum sempat Belle menyambung laungannya, pinggangnya yang ramping itu ditarik sehingga tubuhnya masuk ke dalam semula.

“Auch! Ganasnya...”

Belle menggigit bawah bibirnya apabila Rich menongkat dagunya di bahu gadis itu. Matanya terpejam.

“Kau cintakan aku tak? Hmm?”

“Aku tak boleh tipu diri aku lagi.”

Kelopak matanya dibuka semula.

“I love you too. I really mean it. Since I kiss you, itu untuk tanda yang aku cintakan kau. Aku nak kau ingat siapa pencuri kesucian bibir kau... dan bibir aku. Kau orang pertama yang aku beri rasa cinta melalui sentuhan. Perempuan lain tak pernah rasa. Me as your first kisser, you was my first kisser.”

Belle terkedu. Mata mereka bersatu membuatkan jantungnya juga berdetak tidak mengikut ritma asal. Luahan lelaki itu terasa tulus.

“Sebab aku diajar untuk jadi dingin dan berhati kering. Tapi aku tetap tak mampu... sebab kau.”

Wajah Belle bagai tersentak, tetapi dia cuba berlagak mabuk lagi. Dia mengangkat wajah dan menjauhkan diri dari Rich. Matanya kini memandang ke arah Rich sambil ketawa menjengkelkan.

“Aku tahu kau tipu...”

Belle masih dalam perwatakannya. Rich menyebak rambut kemerahan milik Belle ke belakang. Rambut beralun itu membuatkan kulit Belle bertambah cerah.

“Aku tak tipu kau. Aku masih sayang kau. Aku tak boleh tipu diri aku lagi.”

Mata Heterocromia itu memandang ke arah mata biru itu. Lama mata mereka bersabung cuba menghantar telepati dari pandangan masing-masing.

“Kau dah tak mabuk?”

Belle terkebil-kebil seketika. Terus dia memeluk batang leher milik Rich semula dan berlagak manja. Ah! Pandangan mata Rich mampu membuatkan dia gila.

Rich tersenyum sebelum tubuh langsing itu digendong. Perlahan dia bawa tubuh itu berjalan di koridor istana. Dengan kesempatan ini, Belle memeluk batang leher itu erat. Sempat dia menghirup bauan mewah dari tubuh Rich.

Sesekali mereka berpandangan. Rahang yang ada jawline itu dikucup perlahan. Rich mengetap gigi.
Rich yang sedang mengendong tubuh itu menahan gelodak jiwa lelakinya apabila dibuat begitu oleh Belle.

Sampai saja di bilik Belle, perlahan tubuh itu diletakkan di atas katil.
Gebar ditarik hingga paras dadanya. Rich melutut di lantai, sempat dia menyinggah satu kucupan hangat di dahi gadis itu. Belle membuka mata lalu melihat wajah Rich yang tidak jauh dari wajahnya.

Sekali lagi mereka berpandangan.

“Kau nak tinggalkan aku ke?”

“Ya, esok jumpa lagi.”

Tepi kepala gadis itu diusapnya perlahan.

“Tidur.”

Pantas Belle menutup matanya. Rich masih lagi tersenyum melihat kelopak mata Belle yang bergetar seperti dipaksa tutup.

Rich bangun dan perlahan-lahan berjalan ke arah pintu dan menutupnya. Tyler yang berdiri tegak di belakang Rich itu dipandang.

Melihat senyuman dari Rich itu sudah memberi jawapan kepada Tyler. Bahu Tuan Putera itu ditepuk beberapa kali. Rich meneruskan langkah untuk ke arah biliknya.

Tyler beralih pandang ke arah pintu kayu yang diraut cantik dan tinggi dari saiz tubuhnya itu.

Perlahan pintu dibuka lalu dia bersandar pada bingkai pintu. Dia memandang Belle yang duduk berteleku di atas katil. Masih tidak dapat percaya dengan apa yang terjadi tadi.

“Sekarang awak dah tahu isi hati dia, kan?”

Belle memandang ke arah Tyler di pintu.

“Kau dah bagi apa dekat Tuan Putera kau tu? Ha? Berapa tan drugs kau bagi dia?”

“Mana ada saya bagi dadah dekat dia. Saya cuma bagi beberapa panahan cinta  kepada dia supaya dia jatuh cinta dengan awak.”

“Cupid la sangat!” Belle menggulingkan matanya.

Dahinya yang luas disentuh. Masih terasa kehangatan bibir milik Rich tadi melekat di dahinya. Bibirnya tidak boleh menyembunyikan rasa euphoria dalam dirinya tatkala mendengar kata-kata cinta tadi. Ah! Dia angau lagi!

“Nampaknya kerja ‘keji’ saya ni dah menjentik dua hati, betulkan Miss Belle?”

Belle menjuih apabila mendengar sindiran dari Tyler. Bibirnya mengukir senyuman angau sambil memegang dahinya lagi.

“Senyum-senyum. Haih... selamat malam, semoga mimpi indah.”

Pintu itu ditutup perlahan. Akhirnya, berjaya juga dengan buah fikirannya tadi. Dia tekad dalam hati, menjadi cupid yang berpegang teguh pada cinta suci orang lain.

Bukan untuk mengambil kesempatan, tetapi untuk menyatukan mereka semula.

TANGANNYA membutangkan kemeja dari bawah hingga ke atas. Setiap pergerakannya di dalam cermin menjadi tontonannya lalu dia mengemaskan sedikit penampilannya. Tie berwarna merah di lilit ke lehernya lalu kotnya di sarung ke tubuhnya.

Menjadi seorang bakal penerima takhta bukanlah perkara mudah. Hari ini dia perlu bermesyuarat bersama dengan sebuah agensi untuk meneruskan projek mereka mendirikan sebuah tempat pelancongan.

“Jom kita sarapan dulu, Tuan Putera. You look happy, huh?" Tyler menyakat.

Tyler dengan dadanya yang tegap menghampiri Tuan Putera. Dia sudah lama bekerja bersama keluarga ini, jadi dia sudah anggap Rich dan keluarga Diraja itu seperti keluarganya sendiri. Walaupun dia melayan Rich bagai adiknya, tetapi dia masih kekalkan panggilannya ‘Tuan Putera’ supaya dia sedar diri sentiasa.

“Okey. Saya nak ucapkan terima kasih untuk semalam. Rancangan awak berjaya.”

“My pleasure, Tuan Putera. Sarapan dah menanti di bawah.”

Rich mendahului Tyler. Bunyi berdengung di kawasan itu apabila kasut kulitnya mencecah lantai istana. Pengawal di situ menunduk hormat apabila Tuan Putera mereka melalui lorong untuk ke tempat santap diraja.

Kakinya berhenti melangkah apabila dia ternampak susuk tubuh gadis yang membelakanginya.

“Apa yang kau tengok-tengok tu? Cepatlah makan.”

Belle dapat rasakan kehangatan sebatang tubuh di belakangnya. Bunyi lagaan tumit pada kasut itu menyedarkan lamunannya tadi. Apabila senyap saja di belakang, dia cuba menegur tetapi masih tiada balasan. Tidak lama kemudian, kaki panjang itu diayun ke tempat duduknya.

Pembantu yang setia berdiri di sebelahnya menarik kerusi untuk memberi ruang kepada Rich melabuhkan punggung. Sebelum punggung Rich mencecah kerusi, dia menolak kerusinya rapat ke tubuh Tuan Putera itu.

Tangan Rich mencapai kain yang tegak di atas piringnya lalu diletakkan di riba. Struktur tubuhnya yang menegak itu senang untuk dia menggapai mentega.

Melihat Rich yang terlalu mengikut etika ketika makan itu mengundang keluhan berat Belle. Boring giler! Lagi sekali matanya melihat kelakuan Rich. Rich tidak sedar senyuman mengusik Belle mula terukir di bibirnya.

“Erm... mana kau dapat pisau tumpul tu?”

Kunyahan lelaki itu terhenti. Perlahan Rich memandang gadis itu dengan kerutan di dahi. Bila masa pula dia menggunakan pisau untuk makan roti? Mungkin dia sengaja. Rich hanya diamkan saja persoalan itu.

Dirinya terasa tercabar apabila soalannya tidak dijawab. Pembantu di sebelah baru saja ingin mengambilkan penyapu jam untuk Belle, tapi Belle menggagalkan niat gadis itu.

“Mana ya...”

Dia mula menyelak segala benda di atas meja itu termasuk pinggan Rich. Rich hanya diam, tapi tidak menggambarkan rasa di hatinya. Gadis itu menunduk tetapi tangannya masih laju menyelak segala barang di atas meja.

Pak!

Pembantu di sebelah Rich terkejut apabila roti yang berada di dalam pinggan Belle tadi tercampak tepat ke muka Rich. Rahang lelaki itu bergerak ke kanan dan kiri menahan perasaan dari tadi. Belle pula masih selamba seperti mencari sesuatu. Padahal dia sengaja ingin membuat lelaki itu marah.

Belle mengangkat tubuhnya yang menunduk ke bawah tadi. Matanya melilau lagi.

“Mana roti aku? Kau ambil, ya?”

Rich masih tidak bersuara. Oh... nak merajuk sangat... dasar ego!

Roti yang sudah dimakan separuh itu diambil lalu dia menukarnya dengan piring miliknya yang kosong. Dengan selambanya sisa makanan Rich tadi dimakan olehnya. Hampir berkerut dahinya melihat gadis itu yang selamba badak menelan separuh rotinya tadi.

Dia cuba rasional. Teh yang hampir sejuk di cawannya diangkat separa dadanya. Belum sempat dihirup...

“Kejap! Dekat gigi aku ada tersekat something.”

Cawan di tangannya dirampas. Rich hanya membatu saja ditempatnya cuba menahan segala tindakan yang dibuat gadis itu. Belle meniup air itu lalu dia hirup sedikit. Dia kumurkan air itu lalu muntahkannya semula ke dalam cawan Rich. Terus dia letak semula cawan itu di tangan Rich.
Mata Rich terpejam apabila dia ternampak sisa roti di dalam tehnya. Dia letakkan semula cawannya di atas meja.

“Gross.”

“Hmm? Kau cakap dengan aku ke tu?”

Tanpa banyak cakap, dia bangun dari duduknya lalu mengatur langkah ingin keluar dari ruang santap diraja.  Seleranya hilang semerta sejak roti tadi tercampak ke muka.

“Kau marah ke tu?”

Tiada jawapan.

Belle mengejar langkah Rich.

“Kau mesti marah, kan?” Senyap.

“Jadi, kau boleh halau aku dari istana ni.”

Langkah Rich terhenti. Nasib saja Belle tidak berjalan betul-betul di belakang lelaki itu, pasti hidungnya bakal patah apabila terhantuk di tubuh yang keras macam konkrit itu. Tubuhnya dipusing menghadap Belle.

“By the way, aku tak mabuk semalam. Jadi aku dengar segala apa yang kau ucapkan semalam. So romantic!”

Mendengar ayat itu, mata Rich membulat tidak percaya. Rahangnya bergerak mengingatkan apa yang dia luah pada Belle semalam. Jatuh air mukanya!

“Tyler!”

“Ya Tuan Putera!”

Tyler terpacak di depannya. Rich tersenyum melihat wajah Tyler yang bersahaja.

“Kau dah pandai derhaka dengan aku, ya.”

Tyler menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Ya, itu semua rancangannya untuk menyatukan kembali dua jiwa ini. Bertahun dia bersama Rich. Dia tahu rahsia hati Rich kerana dia adalah pendengar setia. Macam abang dan adik.
Dari dulu lagi dia asyik mendengar nama yang sama diseru oleh dua ulas bibir Tuan Putera... Belle.

“Aku dah lambat pergi meeting.”

“Dah lambat ke... sebab malu?”

Belle tidak mengendahkan panahan mata tajam yang bagai mahu tembus kepalanya. Dia tetap berlawan pandang dengan Rich.

Ini adalah kali pertama egonya dicalari oleh seorang gadis! Akhirnya, dia menarik semula pandangannya lalu meninggalkan Belle sendirian. Tyler mengikuti langkah Rich yang memanjangkan langkahnya ke arah pintu utama istana.

“Ego betul!”

° ° °
Jangan lupa vote dan comment!
Happy Reading 🤍

2000 word

Continue Reading

You'll Also Like

284K 9.6K 68
Rose Damia- Perwatakannya yang jauh berbeza berbanding si adik kembar Risya Dania. Memiliki wajah yang cantik dan sempurna. Jika di beri pilihan anta...
170K 14.3K 130
Syed Taufiq Cazran. Umpama siluman serigala suatu ketika dahulu. Panahan matanya mampu melumpuhkan musuh-musuhnya. Bahkan keluarganya sendiri gerun a...
5.6M 95.8K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
35.3K 960 38
Aแด…แด€แด‹แด€สœ ษชษดษช แด›แด€แด‹แด…ษชส€? [ Story > 1 ] Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Anisha Emilda yang telah didera oleh ayah tirinya semasa d...