๐“—๐“ช๐“ฒ๐”ƒ๐“ฎ๐“ต: ๐“œ๐“ผ ๐“๐“ผ๐“ฝ๐“ป๏ฟฝ...

By AshyikinHelvins

525K 22.8K 2.8K

๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pant... More

๐‘ท๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•.
BAB 1
BAB 2
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
โ™กโ€EPILOGโ€โ™ก
โ™กโ€Special Chapter Iโ€โ™ก
โ™กโ€Special Chapter IIโ€โ™ก
Attention!
Hello Warga Emas
Spoiler: Haizel Ms Astrophile

Bab 49

5.6K 272 22
By AshyikinHelvins

ALHAMDULILLAH. Pagi tadi hanya dengan sekali lafaz sahaja Hazir dengan Haura sudah sah menjadi suami isteri. Sekarang majlis resepsi mereka di langsungkan di hotel yang sama tempat Hayyan dengan Widelia mengadakan majlis resepsi dahulu.

Hazir dengan Haura masing-masing segak mengenakan persalinan songket bewarna soft green. Kedua mereka sudah duduk di atas pelamin yang cantik terseragam indah. Tangan Haura masih memeluk lengan Hazir.

Hazir memandang wajah sang isteri dengan pandangan penuh bahagia. Bibir Hazir menguntum senyuman paling manis. Di hadiahkan senyuman paling manis kepada wanita yang sudah sah bergelar isterinya pada pagi tadi. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya hari ini.

"Finally, we got married dear," ujar Hazir dengan senyuman. Mata kuyunya galak memerhati wajah cantik isterinya.

Haura turut tersenyum. Hari ini, hari yang paling bermakna untuknya. Dia bersyukur di kurniakan lelaki seperti Hazir menjadi suaminya. Lelaki itu menepati janji menghalalkan dirinya.

"Alhamdulillah... thank you," ucap Haura lembut.

"Thank you for?" Berkerut kening Hazir.

"Sebab tepati janji awak. Awak menepati janji awak mahu menghalalkan saya," jelas Haura. Tangannya menggengam jari Hazir.

"Dear, itu memang tugas saya. Awak cinta hati saya. A real man will keep his promise to legalize his woman," kata Hazir dengan senyuman.

"Terima kasih sayang, kerana terima segala kekurangan saya," ucap Hazir lalu mengucup lembut kekura tangan milik isterinya.

"Kekurangan awak melengkapi saya dan kekurangan saya melengkapi awak. Saya tak perlu yang sempurna, cukup yang seiman, mempunyai matlamat yang sama dan saling memperjuangkan. Itu sudah cukup bagi saya. Hanya ada satu kebahagiaan dalam hidup, iaitu mencintai dan dicintai." Bibir Haura tidak berhenti dari tersenyum. Dia tidak mencari yang sempurna, cukup hanya yang setia sehingga ke akhir usia. Itu sudah cukup baginya.

Wais memerhati wajah Hudna yang berada di sebelahnya tengsh leka berborak dengan adiknya. Rancak betul berborak. Mereka sedang menikmati makanan yang telah di sediakan di majlis resepsi Hazir dan Haura.

Widelia yang perasan dengan pandangan abangnya terhadap Hudna terus berpura-pura terbatuk.

"Sayang okey tak ni?" Hayyan bertanya dengan nada sedikit risau apabila isterinya terbatuk.

"Okey," jawab Widelia dengan senyuman. Dia sengaja batuk kerana mahu menyedarkan Wais dari merenung anak dara orang.

Hayyan membuka penutup botol mineral kecil. Air mineral di tuang setengah ke dalam gelas yang di sediakan. Gelas yang berisi air di hulur kepada Widelia agar dapat meredakan tekak.

Widelia hanya menyambut gelas yang  di hulur Hayyan. Orang dah bagi air, minum jelah. Di teguk sedikit air. Hudna di sebelahnya di pandang sekejap sebelum dia memandang Wais tajam. Anak matanya dengan Wais bersabung.

"Mata tu jangan gatal sangat tenung anak dara orang," tegur Widelia dekat Wais tanpa bersuara. Hanya mulutnya saja di gerakkan.

Wais menjuih bibirnya, mata menjeling adiknya. Sibuk je. Kepalanya di paling ke arah lain.

Ehem!

Kali ini, Widelia berdehem kecil sebelum bibirnya tersenyum nakal kepada Hudna. Amboi...

Dalam diam eh, budak berdua ni.

"Wid ingat lagi apa yang akak pernah cakap dekat Wid masa dekat kampung dulu." Bibirnya menyengih nakal. Masih segar di ingatan lagi kata-kata Hudna dulu tentang Wais.

"Cakap apa?" tanya Hudna dengan kening berkerut hairan.

"Abang Wid tu? Tak nak lah akak. Otak ting tong macam tu boleh sakit jiwa dan raga akak nak melayan abang Wid tu," ajuk Widelia dengan wajah menahan lucu. Masih dia ingat lagi kata-kata Hudna. Tapi sekarang, apa ni? Wais dengan Hudna?

Membulat anak mata Hudna, ah budak ni main ungkit pula.

"Tiba-tiba sekarang ni dah jadi couple pula, tak lama lagi nak jadi suami isteri. Itulah akak, orang tua-tua pernah berpesan. Jangan membenci sangat nanti tersayang," usik Widelia, terletus ketawa kecil di bibirnya.

Hudna menampar perlahan bahu Widelia. Wajahnya sudah berubah merah. Malu. Budak si Widelia ni kan, memanglah. Kuat mengusik macam Wais.

"Janganlah di ungkit," marah Hudna geram.

Widelia ketawa lepas. Seronok dapat mengusik Hudna. InsyaAllah, tahun ni sekali gus dia akan mendapat kakak ipar.

"Wid mengandung dah berapa bulan?" tanya Hudna lalu menukar topik perbicaraan perihal Wais dengannya.

"Dah masuk 3 bulan," jawab Widelia dengan senyuman.

Hudna mengangguk.

"First trimester ni, Wid jangan lasak sangat. Jangan buat kerja berat-berat," pesan Hudna kepada Widelia.

"Thank you kak atas pesanan," ucap Widelia lalu mengangguk tanda faham.

Sudah acap kali telinganya mendengar pesanan yang sama dari semua orang. Dengan senang hati, dia menerima setiap pesanan yang di terimanya dengan baik. Yang banyak bagi pesanan kepadanya adalah Nek Timah. Bukan setakat pesanan saja yang di beri Nek Timah. Sekali dengan ceramah Nek Timah beri kepadanya.

Mereka semua berborak sambil menikmati pencuci mulut pula. Selepas makan nanti baru mereka akan adakan sesi bergambar bersama seluruh ahli keluarga.

"Di jemput semua ahli keluarga pengantin belah lelaki pula untuk sesi bergambar," pinta pengacara majlis yang telah di upah Hazir untuk memeriahkan lagi majlis.

Orang yang pertama berdiri untuk bergambar adalah Wais. Dia sudah tidak sabar mahu bergambar dengan sang kekasih hati. Dia mahu berdiri di  sebelah Hudna nanti. Hudna turut di ajak untuk bergambar bersama mereka. Maklumlah, Hudna juga tidak lama lagi bakal menjadi sebagian daripada keluarga mereka. Tema mereka sekeluarga hari ini adalah baby blue.

Hayyan membantu isterinya bangun dari duduk. Di genggam lembut tangan isterinya. Mereka naik ke atas pelamin beriringan. Bibir Widelia serta merta tersenyum apabila matanya bersabung dengan Haura. Cantik betul Haura malam ini. Tidak sangka pula abang kesayangannya sudah mendiri rumah tangga hari ini.

"Ish sibuk jelah kau ni, pergilah berdiri dekat tempat lain. Rimaslah aku dengan kau ni," rungut Hudna apabila Wais sibuk berdiri di sebelahnya. Rimas pula apabila Wais dari tadi asyik mengekorinya.

"Alah sweety, biarlah aku berdiri di sebelah kau," pinta Wais dengan wajah di comelkan. Bagi Wais wajahnya comel apabila riak wajah itu di tayangkan, tetapi tidak bagi Hudna. Riak yang di tayang Wais langsung di comel di matanya. Nampak lagi tak senonoh adalah dia nampak.

Tajam anak mata Nek Timah apabila melihat gelanggat Wais menyendeng di tepi anak dara orang. Dari tadi dia perhatikan tingkah Wais, naik mual juga anak tekaknya apabila Wais menayangkan wajah tak seberapa nak comelnya itu.

"Hoi Atan! Kau jangan nak menggatal berdiri di sebelah anak dara orang. Sini kau sebelah aku," arah Nek Timah agar Wais berdiri di sebelahnya. Dia tidak suka melihat Wais dekat sangat dengan perempuan yang belum ada ikatan yang sah.

Wais berdencit, orang tua ni kan. Dengan muka tidak rela Wais melangkah ke arah neneknya yang berada di sebelah kanan.

Widelia dengan Hayyan hanya tergelak apabila melihat wajah tidak rela Wais apabila di di arah Nek Timah agar berdiri di sebelahnya.

"Kau dengan dia belum bernikah tau. Kau jangan nak gatal sangat. Aku gunting juga burung kau nanti," marah Nek Timah apabila Wais sibuk berdiri di sebelah Hudna.

"Yalah, Atan jaga jarak," ujar Wais. Mengalah.

"Baguslah, kalau aku dapat tahu kau gatal siap kau aku kerjakan!" ugut Nek Timah garang.

Wais berpaling ke arah lain lalu mengajuk percakapan Nek Timah. Neneknya kalau sehari taj bising memang tak sah. Orang yang bernama Fatimah ni memang kuat membebel ke apa? Tak aman betul hidup. Mata di juling ke atas.

"Okey semua, sila bersedia untuk bergambar," pinta jurugambar yang telah di upah Hazir juga.

Semua mereka sudah berada di posisi yang betul untuk bergambar. Naik lenguh bibir mereka asyik tersenyum di hadapan kamera.

"Nice, sekarang ni gaya free style pula," pinta jurugambar.

"Ready?" tanya jurugambar kembali.

Mereka semua mengangguk tanda sudah bersedia untuk bergambar gaya bebas.

Wais mendekat ke arah neneknya lalu di angkat neneknya gaya bridal style.

"Kau nak buat apa ni Tan?!" Terkejut Nek Timah apabila tiba-tiba di kendong Wais. Tangannya automatik merangkul leher Wais kuat.

"Bergambar la nek, nak buat apa lagi. Nenek pandanglah kamera," arah Wais. Matanya tetap memandang kamera.

"Kau ni kan, buang terbiat betul." Nek Timah redha saja di gendong Wais. Bibirnya turut tersenyum saat lensa kamera terpancar.

Semua tetamu yang berada di bawah sudah bantai gelak. Bukan setakat gelak saja yang tetamu beri, tepukan gemuruh turut di beri oleh tetamu yang berada di bawah apabila meligat gelanggat comel Wais dengan Nek Timah.

MATA Hayyan di celik sedikit saat merasakan ada pergerakkan di sebelahnya. Matanya yang masih mengantuk di gagahi untuk mencelik sepenuhnya. Kepala di kalih ke sebelah.

Berkerut dahinya apabila melihat isteri berbaring membelakanginya dalam keadaan badan meringkuk.
Tanganya segera menyentuh bahu isterinya lembut.

"Sweetheart, kenapa ni?" Hayyan segera bangun dari baringan. Dia duduk menghadap isterinya.

Widelia terus menoleh apabila bahunya di sentuh. Tanpa menjawab pertanyaan Hayyan, dia terus bangun dari baringan.

"Hey kenapa ni? Sakit ke?" tanya Hayyan sekali lagi. Tanganya sibuk menyelit rambut yang menutupi wajah isterinya.

Widelia menggeleng kepala.

"Haizel cuma lapar, tapi malas nak turun bawah," jawab Widelia. Tanganya mengusap perutnya yang sudah menampakkam bentuk itu.

Dia sebenarnya lapar tetapi dia malas mahu turun ke dapur. Nak kejutkan Hayyan, dia tak sampai hati mahu mengejutkan Hayyan. Dia kesian melihat wajah kepenatan suaminya itu. Di sebabkan malas dan tidak mahu menganggu lena suaminya jadi dia memutuskan menahan lapar. Dia berbaring meringkuk mahu menghilangkan rasa lapar di perut.

"Lapar? Kenapa tak kejutkan abang," tanya Hayyan prihatin.

"Haizel tak nak kejutkan abang tidur. Lagi pun abang nampak penat. Itu Haizel tak nak kejutkan abang," jawab Widelia dengan nada serba salah.

"Haizel nak makan apa? Jom abang masak,"

"Haizel tak nak abang masak," jawab Widelia laju.

"Habis tu, Haizel nak makan apa?" tanya Hayyan, dahinya sudah berkerut tanda hairan.

"Haizel rasa nak makan Mcd." Widelia menunduk wajahnya. Rasa serba salah datang bertandang di hatinya. Apa boleh buat, tekaknya betul-betul mahu makan ayam goreng Mcd, Grill Chicken Burger dengan Americano Esspreso.

Hayyan senyum apabila mendengar permintaan isterinya.

"Okey jom, kita pergi beli sekarang," ajak Hayyan, tangan isterinya di raih. Dia tahu, isterinya tengah mengandung jadi tidak hairan kalau tengah malam rasa lapar dan mengidam.

"Tak apalah, esok jelah kita pergi beli. Abang nampak kepenatan," ujar Widelia serba salah. Bibir di gigit apabila rasa serba salah datang bertandang.

"Sayang, tengok abang," pinta Hayyan. Kedua tanganya menekup wajah isterinya lembut.

Widelia hanya menurut. Anak matanya merenung anak mata hitam milik Hayyan.

"Selagi abang masih ada kudrat, abang akan berusaha tunaikan permintaan sayang. Jangan takut bagitahu dekat abang, apa yang sayang nak. Itu memang tugas abang memenuhi permintaan sayang. Tugas abang adalah membahagiakan isteri abang," ujar Hayyan lembut. Anak matanya turut menatap anak mata isterinya. Dapat di lihat kolam mata isterinya berair. Tunggu masa saja mahu terjatuh.

Mata Widelia terasa panas. Sebak apabila mendengar ujaran suaminya.
Hayyan adalah suami yang paling hebat untuknya. Lelaki ini, langsung tidak mengeluh apabila melayan kerenah dirinya. Sentiasa sabar dalam mendidiknya. Lelaki ini juga tidak pernah naik suara kepadanya apatah lagi mahu menyakiti dirinya. Pernah satu hari, dia bertanya kepada dirinya sendiri. Amalan apa yang telah dia lakukan sehingga di kurniakan lelaki sehebat dan sebaik  Hayyan.

Widelia memegang tangan Hayyan yang berada di wajahnya dengan  lembut. Di ambil tangan Hayyan lalu di kucupnya lembut. Serta merta air matanya mengalir. Cengeng. Entah mengapa, air matanya tidak malu pula mengalir di awal pagi.

"Janganlah menangis, abang tak suka tengok sayang menangis. Itu menyakitkan bagi abang bila tengok air mata sayang gugur," tegur Hayyan lembut. Laju tangannya merangkul isterinya ke dalam pelukkan.

"Sorry, Haizel teremosi. Maaf kalau Haizel susahkan abang," tutur Widelia dengan suara serak. Baju yang di pakai Hayyan basah dek kerana air matanya masih galak mengalir.

"Sekali pun sayang tak pernah menyusahkan abang. Sayang adalah keutamaan abang jadi jangan rasa diri sayang menyusahkan abang,"

"A real man will always put his woman first. He will always treat his girl like a genuine priority in life and he will also try to make his woman happy," sambung Hayyan lagi. Dia meleraikan pelukkan mereka. Ibu jarinya menyeka lembut air mata yang mengalir di pipi isterinya.

"Thank you abang, sentiasa layan perangai mengada Haizel," ucap Widelia lembut. Senyuman paling manis di hadiahkan kepada suami.

"Sama-sama kasih, jomlah kita pergi beli Mcd sekarang. Kesian sayang dengan baby lapar," ujar Hayyan dengan senyuman. Di usap lembut perut isterinya yang sudah menampakan bentuk.

"Okey, Haizel tukar pakaian sekejap," pinta Widelia dengan teruja. Laju dia turun dari katil. Kakinya melangkah masuk ke dalam closet room mahu mengganti pakaian yang sesuai.

Hayyan hanya menggeleng kepala apabila melihat tingkah teruja isterinya. Nampak comel pula bila melihat wajah teruja sang isteri.

Telefon yang berada di atas table lamp dicapai lalu di buka mahu melihat jam. Terpapar pukul 1.40 pagi di skrin telefonnya. Rasanya tidak sampai 2 jam mereka berdua tidur. Mereka tidak tidur di hotel kerana isterinya tidak mahu. Katanya tidak selesa, maklumlah orang mengandung memang banyak ragamnya.

Jadi, mereka berdua memutuskan untuk balik ke rumah keluarga isterinya. Hanya mereka berdua saja balik di sini. Lagi pun semalam, mereka berdua balik sedikit awal kerana isterinya sudah kepenatan. Nasib baik ibu mentuanya faham akan mereka berdua.

MELEBAR senyuman Widelia saat menikmati ayam goreng Mcd. Banyak makanan yang di pesan oleh Hayyan. Ada ayam goreng Mcd, Grill Chicken Burger, Americano Esspreso, Sundae Coklat dan juga set Chicken McNuggets. Bak kata Hayyan, makan banyak-banyak sampai kenyang. Hayyan beli semua itu khas untuk dia. Jadi, dengan senang hati Widelia menikmati makanan yang di beli Hayyan.

"Sedap?" tanya Hayyan dengan senyuman saat melihat isterinya kusyuk mengunyah nugget. Berselera betul.

Hayyan hanya memandu kereta kadar perlahan saja agar isterinya selesa makan. Mereka berdua hanya drive true sahaja.

"Sedap, thank you abang," ucap Widelia lembut. Dia kembali menikmati nugget.

"Kita balik terus eh, sayang mengandung tak elok keluar pagi-pagi macam ni. Nanti sayang masuk angin," ujar Hayyan.

"Yelah, Haizel ikut je,"

"Makan banyak-banyak tau." Hayyan menggosok lembut kepala isterinya yang di berlapik tudung sarung.

Widelia senyum mendengar kata-kata Hayyan. Syukur dia kurniakan suami yang tidak lokek dalam segala hal. Hayyan langsung tidak berkira dengannya. Apa yang dia mahu, Hayyan sentiasa tunaikan. Tidak pernah sekali pun Hayyan gagal menunaikan permintaannya.

"Buka mulut abang," arah Widelia. Dia mahu menyuap nugget ke dalam mulut Hayyan.

Hayyan hanya menurut, di gigit nugget yang di suap isterinya ke dalam mulut.

"Sedap tak?" tanya Widelia dengan senyuman.

"Sedap," jawab Hayyan.

Dia turut gembira apabila dapat menunaikan permintaan isterinya. Kebahagian isterinya adalah kebahagiannya juga. Gembira isterinya, dia juga turut gembira. Sedih isterinya, dia juga turut bersedih. Sakit isterinya, dia juga turut merasa sakit. Baginya, isterinya itu adalah nyawanya. Dia sanggup melakukan apa saja demi bidadari syurganya ini.

Widelia menyuap Sundae Coklat pula ke dalam mulut. Lama dia mendiamkan diri sebelum bertanya sesuatu yang mungkin agak sensitif.

"Abang, andai satu hari nanti Haizel dah tak ada. Abang akan cari pengganti untuk Haizel tak?" tanya Widelia tiba-tiba. Entah, pertanyaannya itu tiba-tiba terlintas di kepalanya.

Berkerut dahi Hayyan saat mendengar pertanyaan Widelia.

"Kenapa tanya macam tu?" tanya Hayyan tanpa menjawab pertanyaan isterinya.

"Setiap manusia akan mati, cuma kita tak tahu bila ajal kita sampai. Entah esok atau lusa. Semua orang mati termasuk Haizel. Jadi Haizel cuma nak tanya, andai suatu hari nanti Haizel tak ada. Abang akan cari pengganti ke?" tanya Widelia lagi.

Hayyan hanya mendiamkan diri, dia tidak suka dengan pertanyaan Widelia.

"Abang, Haizel tanya ni..."

Hayyan masih tidak menjawab pertanyaan isterinya. Tanpa bersuara dia menghentikan kereta di bahu jalan. Dia duduk menghadap isterinya. Anak matanya, galak merenung anak mata isterinya.

"Abang tak akan cari pengganti lain. Cukuplah sayang yang akan mendampingi abang dekat syurga  andai di izinkan. Abang tak nak orang lain, abang cuma nak sayang. Andai di takdirkan kita berpisah pun, abang tetap akan setia dengan sayang. Biarlah, orang nak kata abang bodoh sebab setia. Abang tak kisah. Hanya sayang saja yang akan menjadi cinta terakhir abang. Ingat, cuma sayang." Setelah mengatakan itu, Hayyan menarik kedua belah tangan isterinya. Di genggam erat tangan isterinya bagai tidak mahu di lepaskan. Hanya tangan wanita ini saja yang dia akan pegang sehingga ke akhir nafasnya.

Untuk kali kedua, air mata Widelia jatuh lagi kerana terharu mendengar luahan Hayyan. Hari ini, dia tiba-tiba menjadi cengeng. Air matanya hari ini rajin betul mengalir.

"Don't cry sweetheart, abang tak suka," ucap Hayyan, tanganya laju menyeka air mata isterinya.

"Kenapa abang tak nak cari pengganti Haizel?" Widelia mengetap bibirnya erat, menahan esakkan.

"Sebab sayang cinta terakhir abang. Cuma sayang yang abang nak. Abang tak nak orang lain. Hati abang ni, cuma pilih sayang. Hanya sayang," ucap Hayyan lembut.

Widelia tanpa kata terus memeluk Hayyan erat. Teresak-esak dia menangis kerana terharu mendengar ucapan Hayyan. Semenjak mengandung dia memang suka menangis. Cengeng.

Ya Allah. Terima kasih di atas kurniaan lelaki yang terhebat seperti Hayyan di dalam hidup ku. Jadikan dia lelaki yang akan membimbing aku di syurgaMu kelak. Doanya di dalam hati.




Hazir dah sould out. Tinggal Atan sengal je lagi. Harap-harap sempatlah member merasa naik pelamin🌚

Chapter kali ni agak kurengs😌 pening mat nak kerah idea🤧

Macam mana nak cari suami macam Hayyan? Nak beli ah! Beg kuning tak ada ke?😭

Komen+vote🤍

Continue Reading

You'll Also Like

197K 11.5K 75
Humeera Mikayla & Adriano Marcello ADRIANO MARCELLO. Dibesarkan dalam keluarga yang kejam. Pain. Nightmare. Adriano telah laluinya sejak kecil. Peng...
408K 26.7K 53
(๐š๐™พ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ด ๐™ท๐™พ๐š๐š๐™พ๐š) ~๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‘ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
1.7M 92.2K 64
@Married Mr. Nerdy @RomanticGenre @ChocoLyn @2019 @Ke-10 Bercinta dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain?!! Itulah orang katakan takdir...
96.3K 3.7K 13
RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa...