[ON GOING] MRS FAITH QALIEDYAN

By grine_kook

497 215 14

โŸจ 1ST MALAY STORY โŸฉ + in-editing . . . Cinta yang tumbuh lebih lima tahun lamanya mungkin takkan pudar sebegi... More

PROLOG
BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 10
BAB 11
BAB 12

BAB 09

10 7 0
By grine_kook

"MAKCIK, keropok lekor lima ringgit." Tangan separuh baya itu lincah bergerak menyediakan oder pelanggannya. Faith menyeluk poket, mengeluarkan telefon pintar berjenama. Jari menekan skrin dua kali lalu notifikasi di skrin kunci dilihat satu per satu sehingga satu mesej menarik perhatiannya. Daripada Ayrana.

Awak dekat mana?

Faith tahan sengih. Notifikasi itu ditekan. Lihat jari membalas pesanan ringkas itu.

Luar. Kenapa?

Kenapa Zarish yang datang? Kenapa bukan awak?

Pudar terus senyum yang terlakar. Realiti kembali menghentam jiwa. Faith ketap bibir rapat.

Nanti Rana balik dengan Zarish. Itu yang dikata oleh Datuk Ghaffar sebelum menamatkan panggilan. Faith tak boleh menipu. Dia terkilan dengan tindakan Datuk Ghaffar. Dia langsung tak marahkan Ayrana mahupun Najihah kerana dia tahu mereka tak tahu apa-apa dan mangsa keadaan saja.

"Adik, ni keropok lekor adik." Faith tersedar. Senyum paksa cuba diukir. Tangan menyeluk poket seluar sebelum satu not berwarna hijau diberi. Dia pamit sebelum berlalu.

Sedang dia berjalan mendekati kereta, terasa bahunya dipegang. Faith tersentak namun cepat dia bertindak. Tangan yang memegangnya dipulas sebelum ditolak ke perut. Wajah Faith bertukar riak apabila wajah lelaki itu jelas terlihat. Terkejut dan terkedu.

Badan yang tertunduk dek tindakan pantas Faith tadi perlahan-lahan berdiri tegak. Kali ini lelaki itu menentang tatapan tegas Faith. Hujung bibir terangkat.

"Long time no see, Aufaith Qaliedyan," sinis.

"Daniel." Marah. Dan kecewa. Dia langsung tak sangka Daniel akan munculkan diri kembali di depannya selepas apa yang berlaku dua tahun lalu.

"Aku tak sangka kau masih hidup." Suara sumbang Daniel menyahut. Faith kekal datar, kosong tanpa riak. Sekeliling yang tak terlalu sesak membolehkan apa-apa perkara buruk terjadi. Salah satunya adalah pergaduhan dia dan Daniel.

Tapi sejujurnya dia sungguh tak menyangka bahawa lelaki itu masih hidup. Hilang dengan pisau bersalut darah pekat sebagai bukti terakhir memang menyakinkan dia yang Daniel sudah mati, tapi sangkaannya terpeleset jauh. Daniel masih hidup. Bersama dendam semestinya.

"Maksudnya, aku berjaya. Kau tak sangka aku hidup, mereka takkan sangka kau bagi nyawa kau untuk hidup." Sesudah kata, Daniel senyum misteri. Faith tergamam. Jika saja dia lalai, sudah pasti pisau tajam berkilat sudah tembus ke perutnya.

Mereka bergelut seketika sebelum tubuh Faith tumbang di satu kawasan sunyi tanpa orang. Lelaki itu meringis perlahan. Lengan kanannya sudah terhiris. Bahunya pula sudah ditikam sekali tapi tak dalam.

Daniel lakar senyum puas. Melihat Faith terlantar tak berdaya seperti sekarang amatlah beri kepuasan yang tak terhingga.

"Tengoklah siapa yang akan mati tak lama lagi."

Faith berdecit. Dia tak boleh kalah tapi sakit pada lengan dan bahunya melemahkan tenaganya, seakan-akan pisau itu sudah dicalit racun. Racun! Mata Faith sedikit terbuntang. Dia lupa, dia sedang berurusan dengan orang gila. Tak mustahil Daniel akan buat perkara itu.

"Kenapa? Baru sedar?"

"Kau tahu kau lawan api, Faith." Daniel menambah. Kaki Faith dipijak seraya tangan bermain dengan pisau berdarahnya. Terasa paha bergetar, Daniel merengus halus sebelum mengalihkan kakinya dari kaki Faith lalu panggilan telefon diangkat. Malas-malas dia bersuara, mengabaikan Faith seketika.

Faith tak tinggal diam. Peluang sudah di depan mata. Dengan tenaga yang masih ada, dia cuba bangun dan tangan Daniel yang memegang pisau tadi disepak kuat menyebabkan pisau itu melayang jauh dari mereka. Daniel jelas nampak terkejut. Mungkin tak sangka Faith masih mampu berdiri.

"Macam mana..."

"Oh, come on! With two slices, you can't consider me as a loser." Yakin Faith bersuara. Memang dua hirisan takkan membuatnya kalah. Dia sudah bersumpah semasa tahun pertama perkhidmatannya dulu.

Daniel ukir senyum misteri. Telefon bimbitnya sudah dimasuk ke kocek seluar, membalas pandangan tajam Faith tanpa gentar.

"Unless it was poison, right?" Faith tak terkejut kerana dia sudah mengagaknya dari awal lagi. Patutlah badannya lemah. Tak mustahil itu adalah kesan racun yang ada di pisau itu.

"Test me and terminate me if that's what you desire. You're aware that the loser wouldn't back down from their enemy's words unless another round of play is what they're after," ujar Faith, sengaja bertarik tali dengan Daniel. Dia tahu akal Daniel tak cetek untuk faham ayatnya tadi. Dia harus tenang jika mahu menang. Kerana Daniel bukanlah seseorang yang mudah mengalah.

"I think you miss one."

Faith tak cepat membalas. Wajah tenang masih dikekalkan. Dia tercabar tapi dia yakin Daniel lebih tercabar.

"And the loser didn't waste too much energy to lose because they know that in the end, death will befall on them too." Menyinis!

"The question is... who's the loser?"

"Before I answer the question, can I ask another one?"

Daniel tak terus menjawab. Diamati riak wajah Faith. Kata carutan terlepas bersama decitan marah apabila Faith hanya beriak biasa. Tenang!

Tak sempat Daniel mahu bersuara, serangan mendadak Faith betul-betul menyentakkannya. Kali ini dia betul-betul tak sangka!

Lagi sekali mereka bergelut. Tubuh mereka sama-sama sudah bermandi peluh dan darah. Mereka berakhir dengan Faith menguasai.

"What kind of poison did you use? It didn't work on me."

Tipu! Itu semua bohong semata.

Mata Daniel sudah kuyu seperti mengangkat bendera putih namun empu badan masih degil dan berkeras mahu bertahan. Mungkin tak mampu bertahan lagi, Daniel pejam tak sedarkan diri.

Faith tahu lelaki itu hanya pengsan. Mata terpejam. Faith erang halus. Sakitnya mulai hilang seiring tubuh yang jatuh ke tanah. Yang terakhir dia lihat ialah Ayrana yang berlari ke arahnya dan Daniel dengan wajah risau sebelum semuanya bertukar gelap gelita.

+++

CAHAYA putih mencucuk mata sebaik sahaja dia cuba untuk membukanya. Mata kembali dipejam serentak dengan sakit di kepala dan anggota badannya yang lain. Erangan halus terlepas apabila sakit semakin kuat terasa.

"Faith..."

Suara ni. Serta-merta Faith ingat semuanya termasuklah Ayrana. Helaian nafas terlepas halus.

"Awak okey? Ada sakit dekat mana-mana?"

"Macam mana awak boleh ada kat sini?"

Soalan prihatin Ayrana tak dijawab tapi dia melontar pula soalan. Ayrana tak terus menjawab, seperti sedang menyusun kata untuk menjawab soalannya tadi. Faith diam menanti. Ikutkan hati, dia mahu dua jawapan tapi untuk masa sekarang, dia akan cuba bertenang dahulu.

"Saya..."

"Faith!" Ayrana dan Faith serentak berpaling. Dahi Faith berkerut sedikit. Apa Kasyah buat di sini? Ridhwan yang baru masuk dan berhenti di belakang Kasyah dipandang, menginginkan jawapan.

Kasyah jalan mendekat, mengabaikan Ayrana sebelum baju Faith ditarik kasar. Automatik Faith terbangun dari baring. Tangan Kasyah yang menggenggam erat bajunya cuba dileraikan. Sesak di dada mula terasa.

"Kasyah!" jerit Ayrana terkejut. Sedaya upaya dia menolak tubuh Kasyah agar menjauh sebelum berjaya. Terus dia melangkah ke samping Faith sebelum tangan memegang bahu jejaka itu. Bengang Kasyah dipandang.

"Kenapa kau tak jemput perempuan ni? Dia tugas kau, kan?!" tengking Kasyah kuat. Mukanya jelas kemerahan menahan amarah.

Faith terdiam. Apa yang patut dia jawab? Datuk Ghaffar yang menyuruhnya tidak tapi seperti menempah maut sendiri saja memandangkan dia kenal Kasyah bagaimana.

"Sengaja gali kubur sendiri ke?!"

"Kasyah, calm down. Biar aku handle dia," sampuk Ridhwan apabila perasan Kasyah yang tak terkawal. Kasyah menjeling tajam sebelum melangkah keluar. Kuat pintu wad dihempas olehnya.

"Ridhwan, kenapa dengan Kasyah tu?" tanya Ayrana sebaik saja bayang Kasyah tak lagi kelihatan. Ridhwan tak terus membalas. Ayrana dan Faith dipandang dingin. Nafas lelah dihela.

"Faith, kau okey? Aku dengar pisau tu ada racun."

"Aku tahu dan aku okey. Kenapa?"

Faham dengan renungan Faith, lagi sekali nafas dihembus lelah oleh Ridhwan. Ayrana dipandang pula. Harap sahajalah Ayrana dapat apa yang cuba dia sampaikan.

Makan beberapa saat juga sebelum Ayrana perlahan-lahan mengangguk. Dia melihat Faith sebentar sebelum mengambil langkah keluar. Sekarang hanya tinggal Faith dan Ridhwan.

Hilang sahaja kelibat gadis itu, hela lemas terus terlepas dari bibir. Ridhwan dipandang kejap lalu dia cuba untuk duduk. Bibir melontar ringisan halus.

"Sebelum kau tanya apa-apa, bagi aku rehat kejap." Ridhwan mengetap bibir. Nak tak nak, terpaksa dia menahan diri dari menyerang.

Continue Reading

You'll Also Like

688K 39.6K 57
ON- GOING [1๐“ข๐“ฝ ๐“—๐“ช๐“ฝ๐“ฒ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawa...
201K 4.6K 52
Kerana satu pertaruhan Elena Marzuien terperangkap di dalam sebuah hubungan dengan suami orang, taruhan yang bernilai hampir setengah juta itu disahu...
42.7K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
943K 30K 68
Fayadh Omar , mempunyai sifat dingin dan tidak suka membuang masa dengan perkara yang baginya tidak berfaedah seperti 'perempuan'. Baginya mempunyai...