Mr Vader (OG)

Oleh coffeloff

17.4K 1.7K 98

Suffer silently, silently suffer. Kehilangan kekasih hati menyebabkan Fatima Ashal bertemu dengan seorang l... Lebih Banyak

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40

Bab 22

312 31 2
Oleh coffeloff

Jarum jam beranjak menunjukkan pukul 12 tengah hari. Semua orang berpusu pusu ke kantin untuk mengisi perut. Sofean awal -awal lagi dah isi perut lalu dia meminta diri untuk ke pejabat. Maka tinggallah aku dan Muqris berdeduaan. Dari tempat dudukku boleh nampak Muqris sedang sibuk mengambil makanan. Belum sempat aku buka mulut dia blah macamtu ambil makanan.

Muqris dan baju askar. Really hitt different.

Pinggan yang dipenuhi lauk pauk diletakkan di hadapan aku. Nasi putih, kobis goreng, ikan cencaru sumbat sambal dan sedikit belacan. Kening aku sedikit terangkat. Not bad! Tak sangka Muqris ambilkan aku lauk macam ni.

Doa dibaca. Suapan pertama masuk ke dalam mulut. Boleh tahan sedap!

"Macam mana? Setuju? "Soalan pertama yang meniti di bibir Muqris.

Hampir tersedak aku gara -gara soalannya. Macam mana aku boleh terlupa dengan soalannya. Bukan lupa pun sebenarnya. Pura -pura lupa dan berharap Muqris tak tanya.

"Ekhem...Hm...Entah "jawabku acuh tak acuh. Pandangan dialihkan ke arah lain. Takut untuk bertentang mata dengannya.

"What do you mean by 'entah? '. "Suara Muqris berubah rentak. Mata memandang tepat ke arahku.

Aku menghentikan suapan.

"Kita baru kenal. Takkanlah nak kahwin! Keluarga awak pun saya tak kenal. Awak asal mana pun saya tak tahu. "Kenyataan! Aku hanya tahu nama dan umurnya. Selebihnya...kosong! Memang aku tak tahu apa-apa berkenaan Muqris.

"Aku dah jumpa keluarga kau. "Nada kembali tenang seperti wajah.

Aku rasa nak hempuk kepala Muqris guna pinggan. Dia jumpa keluarga aku tanpa pengetahuan tuan punya badan? Memang cari nahas.

"Awak jumpa keluarga saya?! Bila? Macam mana awak boleh jumpa keluarga saya? "

"Dalam tempoh seminggu yang aku berikan untuk soalan tu. Aku pergi rumah Angah dan rezeki aku terjumpa bakal mentua. "ujar Muqris selamba.

Kalau tadi aku rasa nak hempuk kepala dia sekarang ni rasa macam nak cekik dia. Buat apa bagi tempoh kalau dia sendiri pergi menghadap keluarga aku.

"Right now all I want is your answer, my lady. "tuturnya, lembut. Muqris menyambung suapannya seperti tiada apa yang berlaku.

"What kind of question do you get from my brother? "

Muqris menghirup air limau yang dipesan. "Macam biasa. Asal mana. Berapa orang adik beradik. Kerja apa. Kena tasmik 30 juzuk tanpa salah. "

Mulutku sedikit ternganga.

Wow! Tasmik 30 juzuk tanpa salah.

"Lepas? "

Muqris mengangguk yakin. "Dan soalan terakhir, apa jaminan aku untuk buatkan kau bahagia. "

Terkedu.

Soalan terakhir itu sudah tentu ditanya oleh Angah. Aku pernah bertanya apakah soalan yang akan ditanya jika aku membawa pulang calon pilihan dan itu soalan yang Angah akan tanya untuk bakal suamiku. Aku sendiri tak boleh nak jawab.

"Awak jawab apa? "Aku menguis nasi di dalam pinggan.

"One day, I will tell you. But not now. "

Aku memuncungkan bibir. Tanda protes. Muqris suka sangat berahsia. Tak aci! Satu hari nantilah. Dua hari nantilah. Kan senang kalau dia beritahu sekarang.

"Tak elok main dengan makanan, Fatima. "Muqris menegur tegas. Pantang bila rezeki dibuat main.

"Kenyang. Awak ambil nasi banyak sangat. "rungutku. Memang banyak nasi dia ambil. Dia ingat perut aku ni macam perut dia ke? Perempuan bukannya makan banyak.

Tanpa sebarang kata, Muqris menarik pinggan aku. Dia menghabiskan makanan aku tanpa rungutan.

Aku leka melihat Muqris makan. Bagaimana agaknya kalau aku terima Muqris dalam hidup aku? Mampukah dia untuk membimbing aku? Dan aku pula, mampukah aku untuk menjalankan tanggungjawab sebagai isteri?

"Tapi, saya ada satu soalan untuk awak. "Aku ingin mengujinya. Apa? Ingat aku kata setuju terus 'jalan' ke jinjang pelamin ke?

Muqris membetulkan posisi duduknya. Bersedia untuk menjawab soalan.

"Awak ikhlas kahwin dengan saya? Even though I'm not a virgin?"

Muqris diam. Air teh ais aku dirembat. Diminum dengan selamba. "لقد تزوجتك بسبب الله"

Terkejut. Aku tak menjangka jawapan itu akan terkeluar dari mulutnya. Pipiku terasa hangat.

"Nanti aku tak ada untuk jangka masa yang agak panjang. Kau siapkan barang untuk kahwin. Kalau ada perkara yang kau tak dapat nak siapkan, tinggal. Biar aku settlekan. "Muqris membuka beg dompetnya. Dihulurkan kad kredit.

"Wow! Barang kahwin? Saya tak bagi jawapan lagi. "sinisku. Belum bagi jawapan, dah suruh beli barang kahwin. Jangan sampai ada kes pengantin perempuan lari sehari sebelum hari perkahwinan.

"Keluarga kita dah tetapkan semuanya kecuali tarikh, mas kahwin dan hantaran. "

BUK!

Geram punya pasal, kaki Muqris menjadi mangsa. Muka Muqris jangan cakaplah. Merah akibat menahan sakit. Cakap satu -satu lagi kan dah mendapat. Semua orang dah tahu kecuali aku?! Kelakar. Pengantin sendiri tak tahu dia akan kahwin. Ibu bapa Muqris pun aku belum jumpa.

"Awak buat keputusan sesuka hati awak, Muqris. I take your credit card as a compensation. "Kad kreditnya di tangan aku. Habis duitnya dalam bank dikerjakan oleh aku. Biar dia rasakan!

Muqris mengangkat bahunya. Tak kisah.

"Ambil lah. Esok lusa, semua tu jadi hak kau jugak. "

Aku tak kisah pasal hak barang -barang dia bakal menjadi hak aku. Yang aku kisah sekarang ni, aku akan menjadi haknya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Muqris membuat keputusan tanpa bertanya kepada aku terlebih dahulu. Jujur, aku memang tak puas hati.

Kalau dia boleh buat keputusan tanpa meminta persetujuan aku, jadi aku akan buat perkara yang sama.

Kaca mata hitam yang hampir melorot jatuh ditolak ke batang hidung. Kotak hadiah yang berbungkus cantik aku letakkan di tempat duduk belakang.

Bunyi yang menandakan ada panggilan masuk. Butang hijau dislide ke tepi.

"Yes sister? How can I help you?"

"Adik datang ke tak majlis kahwin Isha ni? "tanya kakak.

Farisha atau Isha ialah sepupu aku di sebelah ibu. Nak katakan rapat... Boleh sangat! Sampai bertepuk tampar. Hari ini berlangsungnya majlis perkahwinan pihak perempuan. Sudah tentu aku dijemput sebagai sepupu rapat.

"Datang. Baru nak on the way. "Aku bergerak masuk ke dalam kereta.

"Tak apalah kalau macam tu. Bawak kereta elok -elok. "Sempat kakak menyelitkan pesanan sebelum panggilan diletak.

Nampak gayanya aku kena menyediakan jawapan yang kebiasaannya akan ditanya. Bila nak kahwin. Dah berpunya belum. Orang mana. Umur berapa. Sudah! Bukan setakat hari raya menghadap soalan macam ni, pergi mana -mana kenduri pun sama! Kena menghadap mak cik onion yang tak bertauliah.

Setibanya aku di hotel, tempat di mana berlangsungnya majlis perkahwinan Isha aku berjalan masuk ke dalam sambil membawa hadiah. Bukan calang -calang orang juga suami si Isha sampai boleh buat di hotel.

Bunyi lagu pengantin baru kedengaran kuat di cuping telinga. Dua mempelai sedang duduk di pelamin, menyambut hari bahagianya. Isha dan suaminya tampak gembira menyambut hari bahagia dan memakai baju yang berwarna sedondon.

Kemudian aku pusing badan terus aku nampak kelibat Kakak melambai tangan memanggil aku. Langkah diatur. Sampai sahaja aku di meja, aku terus mengambil Nuh, anak lelaki Kakak yang baru berusia 11 bulan.

"Makan la dulu."tegur Kakak. Dia menggelengkan kepala melihat aku menggomol anaknya.

Aku sengih.

"Kakak makan dulu, adik jaga Nuh. "

"Betul ni? "Kakak meminta kepastian.

Aku mengangguk kepala.

Laju Kakak dan suaminya hilang dari pandangan. Ceh! Cakap jela memang tunggu aku sebab nak suruh pegang anak dia. Drama sangat.

"Datang sorang jeke? "Aku mengalihkan pandangan apabila ada orang menyapa. Mak Long.

Macam mana aku boleh tak perasan orang tua ni ada sebelah aku. Kakak ni pun satu, pilih meja lain boleh. Bukannya aku tak suka Mak Long tapi memang tak suka. Mulut dia boleh tahan!

"Datang sorang je Mak Long. "Aku menjawab soalannya. Nuh di dalam dukungan pula sibuk menarik tudung aku.

"Nadiah datang dengan kawan lelaki dia. Segak! "Mak Long memulakan topik perbualan.

Nadiah pula anak bongsu Mak Long yang sama umur dengan aku. Semua anaknya berpelajaran jadi mungkin sebab itu Mak Long selalu menceritakan tentang anaknya pada orang lain. Tapi aku heran apa. Adik beradik aku pun semua berpelajaran cuma jenis tak menunjuk.

"Ouh! Ya ke? Nak buat macam mana Mak Long, Nadiah pun lawa. Tak hairan kalau ada yang sangkut dengan dia. "Sedikit pujian aku selitkan. Sekadar berbasi basa orang kata.

Panjang umur. Nadiah dan kawan lelakinya datang ke meja sambil membawa makanan. Mereka berdua duduk berhadapan dengan aku.

"Eih? Datang sorang je?"tanya Nadiah. Dia melihat kiri dan kanan aku.

"Ya. Sorang. "jawabku malas. Tak payah tanya pun tak apa. Tempat duduk sebelah aku kosong. Bukannya aku tak faham isi tersirat di soalannya. Dalam kata lain, tak ada teman ke?

"Ni partner aku. Haikal. Tua dua tahun dari kita. "Nadiah memperkenalkan lelaki di sebelahnya.

Aku membalas senyuman Haikal.

Tua dua tahun dari aku maknanya sebaya Muqris.

Bala! Nama Haikal. Ada bau -bau 'saya sayang awak sorang je'. Buaya naik ke darat! Macam mana aku tahu? Tengok cara dia senyum kat aku sudah. Miang! Dari tadi asyik tengok aku macam tak nak lepas. Sumpah aku rasa tak selesa.

"Haikal kerja sebagai polis, kalau kau nak tahu. Tapi dari cara kau ni, memang macam nak tahu. Susah kan tak ada partner. "kata Nadiah. Suara sengaja diayukan agar kelihatan polos di mata orang.

Dari dulu sehingga sekarang aku memang tak ngam dengan Nadiah.  Orang lain memang tertipu sebab ditutupi dengan wajah polosnya tapi bukan aku. Boleh dikatakan Nadiah ni tergolong dalam golongan cantik. Tapi perangainya memang mintak kaki. Silap hari bulan, heels aku masuk dalam mulut longkang dia.

"Shal, kau memang tak ada kawan lelaki ke? Atau tak ada lelaki minat kau? "tanya Nadiah seakan akan mengejek.

Orang bodoh pun boleh tahu. Memang dia sorang je yang beria sibuk nak tahu tentang kehidupan aku. Aku berkawan dengan siapa. Lelaki ke perempuan. Sibuk nak tahu.

Dia menyambung ayatnya. "Aku bukan apa. Sekarang kita dah umur 23. Kalau sekarang ni tak jumpa pasangan, sampai ke tua la tak kahwin. "

"Mak Long setuju! "Mak Long menyokong pernyataan anak bongsunya.

"Buat apa kawan lelaki? Sepupu lelaki dia kan ada. "Sampuk satu suara.

Hafiy. Anak lelaki Mak Su yang ketiga dari 4 adik beradik. Dia tua setahun dari aku.Bukannya aku tak tahu si Hafiy ada menaruh perasaan pada aku sejak aku habis sekolah. Cuma aku tak layan. Perasaannya terhadap aku dirahsiakan sebab kalau terdengar di telinga orang tua alamatnya memang membebel. Keturunan tak berkembang. Mak Su sudah tentu takkan restu! Aku? Lagi aku tolak.

"Datang seorang? "Giliran Hafiy pula bertanya.

Aku mengangguk.

"Dah makan? "

"Nanti. "Lagilah aku tak ada selera nak makan. Sepupu sendiri suka kau weh! Lepastu duduk sebelah -sebelah pulak. Kalau kawan aku boleh terima lagi. Tapi kalau yang ada pertalian darah ni memang... a big NO!

"Shal masih kerja kat kafe lagi ke? "Hafiy memulakan perbualan. Kerusi dirapatkan dengan aku.

Haaa! Ni lain macam. Agak -agak kalau Muqris nampak, apa reaksi dia eh? Marah? Atau malas ambil kisah? Jawapannya, bukan masalah dia. Macamlah dia kisah.

"Masih. "jawabku ringkas.

Muka berlagak tenang. Dalam hati menjerit rasa nak lari balik lepastu masuk bilik, tidur.

"Kau still single ke? "

Belum sempat aku menjawab soalannya, Nadiah terlebih dahulu menjawab.

"Dia datang seorang, ceritanya memang masih single la Fiy oi! "Nadiah ketawa terkekek selepas berkata. Macam kelakar sangat.

"La! Apa salahnya? Sama sepupu pun boleh kahwin kan. "kata Hafiy.

Aku mengukir senyuman pahit. Sepahit kopi.

Bunyi panggilan membuatkan seisi meja mengalihkan perhatian sepenuhnya ke arah aku. Ramai orang  call aku hari ni. Rasa macam diperlukan sekarang ini.

"Kau kat mana? "Suara garau itu bertanya. Muqris. Hairan dengan suasana bunyi yang agak bising.

"Majlis kahwin sepupu saya. "jawabku perlahan.

Mata Hafiy tidak lekang dari melihatku. Mak Long sibuk ingin mendengar perbualan aku begitu juga dengan Nadiah. Rimas! Nak marah sebab mereka sibuk mendengar perbualan aku, haritu aku pun terdengar perbualan Muqris. Tapi aku dalam kes yang tidak sengaja. Done backup diri sendiri.

"Lama lagi ke kursus awak? "

"Aku baru start kursus hari ni gila. Apa kejadahnya kau tanya lama lagi ke kursus aku? "Tak bertapis ayat Muqris.

Setepek!

Haruslah dia bengang. Kursus baru mula hari ni aku dah tanya bila nak habis. Cuma aku tak tahu dia berkursus di mana. Aku harap sangat dia dihantar untuk kursus jauh -jauh. Melaka ke. Johor ke. Sabah lagi elok. Senang aku nak buat perangai.

Tanpa sebarang kata, dia letak panggilan macamtu je! DIA LETAK! Menguji kesabaran aku betul. Biadab betul main letak macam tu je. Ish!

"Tak nak tanya! Dah tahu. Mesti kawan, kan? "Nadiah mengelipkan matanya. Meminta kepastian.

Aku sengih.

"Perempuan? "Mak Long memulakan kerja wajibnya sebagai mak cik onion tak berbayar.

"Shal nak ambil makanan. "Aku menolak kerusi untuk berdiri. Sengaja sebenarnya. Sebab malas nak menjawab soalan.

"Fiy ikut. "

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

1.4K 199 9
Cover by @-yoonasara [SU] Apabila Kita menafikan cinta yang teragung dan akhirnya hati Kita menanggung sebuah penyiksaan yang menemui kebuntuan. "Ki...
78.4K 3.6K 29
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
31.1K 1.6K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
22.6K 1.3K 8
إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ Yang bermaksud: "A...