Kau Lupa Janji [C]

Marleneith tarafından

343K 14.9K 680

QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering men... Daha Fazla

Author's Note
Snippets
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
E P I L O G
E P I L O G II
💌
RAYA SPECIAL
ADRISH X ARMEL - 1
ADRISH X ARMEL - END

ADRISH x ARMEL - 2

6.4K 356 40
Marleneith tarafından










SEDAP aroma masakan Armel yang boleh dibau dari ruang tamu lagi. Briefcase ditinggalkan di sofa dan Adrish masuk ke ruang makan. Siap semua makanan terhidang di atas meja. Yang peliknya pinggan yang terisi nasi cuma satu.

Habistu, banyak-banyak ni siapa lagi nak makan?

"Abang nak makan dah ke?" Tanya Armel.

Sedar, dan Adrish perasan juga yang layanan Armel sudah tidak seceria seperti dahulu. Layanan Armel sangat beku dan kurang mesranya.

"Boleh juga, you makan dah ke?" Tanya Adrish.

"Belum, takpa Mel teman abang makan dulu sebab Mel kenyang lagi" jawab Armel dengan senyuman nipis terukir di wajah.

Ada ayam masak kicap kering, sayur goreng campur, Ikan goreng dan buah-buahan. Nampak berselera semuanya. Tengok saja Armel ni diva orangnya, tapi skill memasak di dapur memang tiada tandingan.

Sayangnya, pandai masak pun suami tak pandang lagi. Tak tahu silapnya di mana.

"Betul ni?" Tanya Adrish ragu.

"Betul, kalau Mel lapar mesti Mel makan sekali dengan abang dah" jawab Armel meyakinkan.

Adrish biarkan dan lihat saja si isteri mencedok nasi ke dalam pinggan dan kemudian mencedok lauk pula.

Sudah makan Armel berdiri di tepi meja seperti kebiasaan mahu mengemas. Adrish memandang si isteri tanpa lepas. Bila tiada apa-apa yang ingin dicakapkan Armel, Adrish pun berlalu.

Setelah tiada bayang lagi Syed Adrish Qaazi di situ, Armel duduk semula di kerusi dan tiba gilirannya pula untuk menjamu selera. Dengan lelehan air mata, Armel menceduk lauk ke dalam pinggan dan makan.

"You lapar, kenapa tak makan sekali dengan abang tadi? You acting weird Mel" tak sangka pula Adrish muncul semula di ruang makan.

Armel sambung makan meskipun makanan yang dijamah sudah bertukar tawar. Dia pandang suaminya kosong. Kemudian Armel sambung menyuap semula.

"Nak belajar semula macam mana hidup sendiri tanpa ditemani siapa-siapa. Mel taknak menyusahkan orang" bidas Armel sambil menguis butir nasi di keliling pinggan.

Sungguh Adrish tersentak tika itu. Berbirat hatinya seperti dilibas sesuatu yang memedihkan.

"Maksud Mel?" Tanya Adrish semula. Tiada jawapan dari Armel.

"Mel, abang tanya ni" gesa Adrish yang kekal berdiri di tepi meja.

"Tak ada apa-apalah. Lupakan apa yang Mel cakap tadi tu" balas Armel malas mahu berbalah dengan suaminya itu.

Adrish tidak puas hati. Dia pilih untuk menunggu sehingga Armel selesai makan. Dia tahu ada yang masih belum selesai antara mereka.

"Why you keep avoiding me?" Tanya Adrish lagi yang membuntuti langkah Armel ke sinki.

Armel ke kiri, Adrish ke kiri. Armel ke kanan pun sama juga Adrish ikut ke kanan. Sudahnya Armel merengus kasar. Dulu serabut sangat kalau tengok muka yang terhegeh-hegeh ni.

"Abang, kenapa ni?" Tanya Armel senada.

"Ask you twice, why you keep avoiding me?" Tanya Adrish semula.

Armel mengeluh berat. Dia memandang wajah suaminya dengan pandangan yang redup. Penuh lelah.

"I'm supposed to, abang. Mel dah penat beria sedangkan abang tak pernah pun pandang Mel. Mel minta maaf jika kehadiran Mel dalam hidup abang sepanjang 3 bulan ni buat abang rimas. Lepasni awak tak perlu mengelak lagi. Buat lah sesuka hati awak, asalkan awak bahagia. Itu dah cukup membahagiakan saya bila lihat suami saya bahagia"

Selepas meluahkan sedemikian, terus Armel berlalu dah naik ke bilik tetamu di sebelah yang menjadi bilik Armel sejak Armel sendiri lari dan tidur berasingan dengan Adrish.

Adrish kelu. Dia berdiri kaku di dapur. Hati yang pedih bagai dilibas tadi semakin terhenyak pula bila si isteri membuat luahan sedemikian. Mengalahkah Armel dengan dia? Armel nak undur diri dalam hubungan ini? Tiba-tiba mata Adrish berair. Kenapa sakit dan dia rasa takut sangat?










ADRISH curi-curi masuk ke dalam bilik yang menjadi bilik Armel kini. Sejak dia tahu setiap malam Armel akan bangun senyap-senyap berpindah bilik, Adrish hanya diamkan saja dan mahu melihat tindakan apa lagi yang akan isterinya itu lakukan.

Sayu hati lelakinya melihat keadaan Armel yang tertidur membongkok di meja kopi dengan ipad masih berbunyi lagi dan kertas kerja masih bergelimpangan.

Adrish duduk di sofa dan merenung Armel lama. Sejak Armel berubah laku sekarang, dia pula yang rasa tak sedap hati dan sakit dengan layanan dingin Armel. Tahulah marah, tapi Adrish tetap suami.

"Mel, bangun Mel pergi tidur atas katil" kejut Adrish lembut.

Sekali kejut sahaja Armel terus bangun namun masih dalam keadaan mamai. Dia memandang redup menilik wajah tampan si suami dan hsnya menurut. Dengan mata yang layu, Armel bangun bergerak ke katil.

"Tolong tutup lampu" pesan Armel sambil menarik selimut.

Adrish mengangguk. Tetapi sebelum itu dia mengemas terlebih dahulu meja kopi yang sudah tak nampak seperti meja dek bersepah.

Ipad yang tiba-tiba menyala itu, Adrish ambil. Namun sebelum ianya disimpan, ada sesuatu yang menjamah matanya. Terus berdebar sakan jantungnya tika itu. Berulang kali dia memandang Armel dan tab nipis itu silih berganti. Bagai tidak percaya Armel sudah senekad ini.

Dengan hati yang tidak tenang, Adrish terpaksa keluar dari kamar itu. Dia yakin yang malam ini dia tidak dapat tidur dengan lena.












       BEG bagasi saiz sederhana besar diletakkan di tingkat bawah. Armel naik semula ke atas mahu mengambil beg tangan dan juga barang penting yang lain yang perlu dibawa sekali. Hari ini, dia nekad untuk pergi bawa diri jauh dari semua orang. Armel perlukan masa untuk membiasakan diri jauh dari insan yang paling dia cinta.

Adrish la orang yang dimaksudkan itu.

"Nak pergi mana Tengku Armel Zaqia?" Tanya Adrish beku. Tiada riak mesra langsung.

Armel tercegat di hujung tangga. Wajah sugul itu hanya diam menunduk sambil memegang telefon ditangan. Sejak melancarkan perang dingin ni, tak sibuk pula 'pak syed' ni sorang. Kalau tidak, semua Dato' dalam Malaysia nak dijumpanya.

"Abang tanya ni, kenapa Mel tak jawab abang tanya?" Adrish mengorak langkah mendekat.

"Mel nak undur diri" Armel akhirnya bersuara juga. Terus masing-masing diam sejenak.

"Mel taknak susahkan abang lagi. Maaf dalam tempoh yang tak sampai setahun lagi ni dah buat abang muak, meluat, terbeban dan susah nak terima hubungan kita ni. Maaf sebab Mel lambat sedar yang dari kecil sampai besar selalu menyusahkan awak Adrish. Salah Mel sebab terlebih dahulu jatuh cinta. Mel ingat dengan berkahwin, rasa cinta tu boleh disambung dipupuk dan kita akan bahagia...." Armel geleng kepala sambil tersenyum perih.

"Tapi tak. Mel banyak buat silap kan? Fitrah manusia kot beria mencintai pada yang tak sudi. Hujung-hujung, sendiri yang dapat sakit" Armel ketawa mengejek diri sendiri.

Tangan Adrish diambil dan disalam penuh hormat. Kekura tangan berurat maskulin itu dikucup lembut.

"Mel pergi dulu, halalkan makan minum, duit ringgit dan barang-barang yang Mel pernah guna dalam rumah ni. Maafkan Mel kerana selalu menyusahkan abang dan buat abang rimas. Berikan Mel masa untuk biasakan diri hidup tanpa wak ya Adrish. Redhakan setiap pergerakan Mel" Merah mata Armel menangis.

"Kalau sayang takpayah pergi?" Adrish separuh merayu.

Rupanya lelaki itu pun sama, merah seraut wajah tampan itu dek menangis. Sakitnya hati seperti ditikam bertubi-tubi dan disagat pula. Cukuplah hampir sebulan mereka dingin. Itupun Adrish dah mula sedar bertapa bermakna dan bertapa rindunya akan bebelan dan omelan manja wanita yang bergelar isteri.

Armel pamer senyum. Terkejut juga panggilan lelaki itu turut berubah.

"Janganla bagi Mel harapan kalau nanti hujung-hujungnya menyakitkan. Mel dah nekad ni nak biasakan diri tanpa abang" Adrish geleng laju.

"Tak tak, abang serious sayang. Jangan buang abang dari hidup sayang please" rayu Adrish sambil berpaut pada bahu Armel. Lembik segala saraf bila Armel bertindak senekad itu.

"Jangan salah faham dengan ayat Mel. Mel tak buang abang. Jauh lagi menbenci. Abang satu-satunya lelaki yang paling Mel cintai dan paling Mel sayang selepas papa. Cumanya Mel baru faham, kita tak semestinya bersama untuk Mel realisasikan rasa cinta Mel tu pada abang. Cinta tu tak semestinya memiliki orang yang kita cintai. Senang cerita, suami saya bahagia pun hati saya senang. Saya cukup bahagia juga" ujar Armel lembut bicaranya.

Terus Adrish terduduk di atas bagasi.

"Mel betul nekad ke nak berpisah dengan abang?" Terketar-ketar Adrish mengangkat telefonnya dan ditayangkan di hadapan Armel. Terkejut juga Armel waktu itu.

"Ma-mana ab-awak dapat?" Tanya Armel gugup.

"Abang masuk bilik Mel malamtu. Mel lupa log out webpage tu mungkin" cerita Adrish dan lambat-lambat Armel mengangguk.

"Jalan terakhir kalau rumah tangga ni dah tak ada lagi harapan" jawab Armel dengan riak wajah kosong.

Allah...

Rasa nak pitam Adrish tika itu.

"Abang mintak maaf Mel. Sumpah demi Allah, abang tak maksudkan pun haritu. Abang ego, abang tolak perasaan abang hanya sebab abang masih tak bersedia dan jadi pembimbing Mel. Jadi ketua keluarga. Abang buat sayang terluka kerana ulah abang. Abang mengaku abang buta dan bodoh sangat buat Mel macamtu. Please Mel, abang minta maaf—"

"Mel faham, abang mungkin busy dan abang stress kerja. Tak apa, salah Mel juga sebab buat surprise bodoh tu"

"Bukan salah Mel. Abang tahu bukan Mel yang buat semua tu dan sampai sekarang abang ralat sebab bertindak bodoh marahkan Mel yang jelas tak tahu apa-apa. Abang bodoh lagi sebab hari bermakna isteri sendiri pun abang masih sibukkan kerja yang tak pernah habis" wajah kacak itu sudah basah dengan air mata. Tidak malu lagi Adrish menangis di hadapan Armel.

"Jangan cakap macamtu. Benda dah lepas dah pun. Kurang-kurang Mel sedar yang Mel ni menyu—"

"No sayang no. Jangan cakap lagi" Adrish pejam mata dan mengepal tangannya erat. Dari tadi, Mel tak habis mengulang bahawa dirinya banyak menyusahkan.

Armel dongak dan mengesat air matanya laju.

"I need to go. Time is ticking abang" Armel menyibukkan diri semula.

"Abang mengaku abang perlukan Tengku Armel Zaqia Tengku Arman dalam hidup abang. Jangan pergi please?" Pergelangan tangan Armel diraih.

Armel pandang tangan yang meraih tangannya itu.

"Kenapa bila Mel dah nak mengalah baru abang nak luahkan isi hati abang? Bagi Mel masa. Mel taknak beria lagi dah. Biar Allah yang tentukan arah tuju rumah tangga kita ni. Kalau betul kita ada jodoh, kita akan bersatu juga biarlah ke hujung dunia sekalipun Mel berlari" balas Armel secara baik.

"Sayang...." Panggil Adrish penuh pengharapan. Namun, langsung Armel tidak menoleh.

"Again, where are you going sayang?" Adrish mengikut Armel sehingga ke muka pintu.

"Bukan rumah papa dan bukan rumah mommy. Hormat keputusan Mel kalini seperti mana Mel hormat keputusan abang sebelum ni. Jangan cari Mel. Bye, assalamualaikum" Armel hadiahkan senyuman sayunya sebelum pergi.

"Armel Zaqia saya," seru suara garau itu. Sangat menyentuh hati sehingga Armel menjatuhkan air mata dan menoleh ke belakang semula.

Terus dikesempatan yang ada, Adrish memeluk dan mengucup dahi licin itu lama. Gugur setitis air mata di pipi mulus itu.

"Abang izinkan sayang pergi. Ambil lah masa sebanyak mana sayang nak. Abang redha ke mana saja sayang pergi. Cuma janji sesuatu dengan abang boleh? Jaga diri, jaga maruah dan jangan berhenti mencintai okay? Abang setuju dengan keputusan Mel" Adrish angguk perlahan dan Armel teresak menangis.

"O-okay..." jawab Armel.

Sebaik kereta Armel meluncur pergi. Adrish duduk di anak tanga depan pintu. Lututnya terasa lembik tiba-tiba.

Padan muka kau Adrish, waktu ada tak menghargai. Menangkan sangat ego tu dibiar ia meraja. Sekarang, diri sendiri yang merana.










CHE Puan Camellia melabuh punggung di birai katil anak perempuan sulungnya itu. Cakap nak tenangkan fikiran kononya. Nampak makin tidak tenang lagi adalah. Susah kalau terlalu dalam jatuh cinta ni. Sudahnya mulut cakap lain, hati cakap lain. Tahu sangat Armel susah kalau Adrish tak ada depan matanya.

"Mommy Mel tu call mama tadi, dia cakap Adrish masuk hospital. Demam panas dengan dehydrated. Mel tak susah hati ke?" Pancing Puan Camellia.

Armel yang membaca buku itu menurunkan sedikit bukunya dan mengintai si ibu yang turut memandang ke arahnya.

"Tak pun. Mommy dia ada maknanya dia okay lah tu. Tak ada yang patut dirisaukan pun" jawab Armel pura-pura kental.

"Eleh, padahal rindu" usik Puan Camellia pula.

"Eleh, takda maknanya orang rindu. Lambert lagi nak rindu. Busy sangat kerja sampai tak jaga kesihatan. Memanglah mendapat" Bebel Armel.

"Dah Mel tak ada dengan dia. Sebabtu Adrish tu sakit" tambah Puan Camellia lagi.

"Ada pun bukannya function. Orang tak sudi buat apa nak tersua-sua. Baik hidup sendiri macam zaman bujang dulu" Armel meletak novel ke tepi. Langsung hilang mood membacanya.

"Aduh mama! Sakitt—" tiba-tiba pula pinggang rampingnya diserang mak ketam.

"Mulut tu jaga Armel jangan terikut sekali dengan emosi yang tak menentu tu. Dah besar panjang dah kan? Cuba kalau ada masalah tu selesai baik-baik. Bukannya menipu suami lari balik rumah parents" tegur Puan Camellia.

"Tipu sikit je. Itu pun Mel dikira baik la juga. Mel tak lari jauh-jauh. Kalau betul Mel lari pergi Japan mama pun risau sekali kan?" Kuat betul menjwab anak emas pak tengku ni.

"Penatlah mama cakap dengan Mel ni. Ikutlah apa yang Mel rasa yang terbaik dalam hidup ni. Buatlah. Mama dah berbuih mulut nasihat. Dulu sibuk suruh mama itu ini. Orang nak berbaik dia pula buat perangai" Puan Camellia bangun dan keluar dari bilik.

Armel mengeluh berat. Susah juga kalau tidak semua benda tak diceritakan pada orang tuanya. Tapi kalau cerita pun masalah juga. Masalah yang melanda rumah tangganya dan Adrish kali ini benar-benar serius. Armel pun nyaris berputus asa.












         ADRISH berdiri di tepi tingkap wad persendirian itu merenung jauh entah ke mana berhentinya. Tak tahu nak gambarkan keadaan dirinya tanpa Armel di sisinya. Sungguh dia rindukan sentuhan Armel, suara Armel, masakan Armel dan gelagat manja isterinya itu. Boleh kata semua tentang Armel Adrish dah mula rindu.

Sedangkan dulu, ego melarang perasaan itu ada.

"Lepas discharge, Ayish nak balik mana?" Sapa Datin April yang baru masuk.

"Balik rumah kami kot. Tengoklah mana-mana" jawab Adrish malas.

"Balik rumah kami je lah. Rumah kamu tu kan tak ada sesiapa. Ayish bukannya sihat betul lagi" Adrish tertunduk kesal dan mengeluh lagi.

"Maafkan Ayish mommy. Ayish gagal jadi suami yang baik untuk Mel. Banyak kali Ayish lukakan hati dia. Dan sekarang Ayish rasa Ayish tak boleh hidup tanpa isteri Ayish di sisi. Armel sangat bermakna dalam hidup Ayish"

"Yang perlu diminta maaf bukan dengan mommy. Tapi Armel. Ayish lukakan hati isteri Ayish sendiri bukannya mommy, mama dan papa Armel. Mommy boleh nasihat saja kalau anak-anak mommy ada buat silap. Minta maaf tu, biar pada orang yang tepat" kata Datin April mendalam sekali maksudnya.

Adrish tersentap lagi. Tak ada yang silap pun apa yang dikatakan ibunya itu. Semua benar belaka. Tapi, adakah kemaafan tu untuk dirinya. Lagi-lagi wanita seperti Tengku Armel Zaqia. Sekali dia terluka, makan masa untuk sembuh kerana Armel jarang tunjuk yang dia terasa hati.

Tetapi kali ini, Adrish sendiri takut nak meletakkan harapan yang tinggi. Bimbang jika luka di hati Armel masih berdarah.













TBC.












Aaaa tak larat nak sambung. Chapter ni ada mengarut, ada yang okay. Harap maklum.

Lagi syatuuu...tunggu la sampai jumpa ending eh😂

Maaf sebab lambat update. I is busy nyah. Hujung-hujung sem ni paham paham la sendiri. Huhu.

Bubye, doakan I depermudahkan urusan untuk menjawab peperiksaan akhir dan mendapat keputusan yang cemerlang okies. Begitu juga I, I doakan sesiapa yang tengah ada exam/test tu dipermudahkan urusan menjawab dan berjaya dunia akhirat aamiin🤍

Sekian,

Assalamualaikum.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

1.5M 58.8K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
16.1K 185 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
551K 23.8K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
120K 9.5K 42
𝟎𝟕 | 𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴𝘺 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 - 𝘸𝘦 𝘧𝘭𝘪𝘳𝘵 𝘶𝘯𝘵𝘪𝘭𝘭 𝘸𝘦 𝘧𝘦𝘭𝘭 𝘪𝘯 𝘭𝘰𝘷𝘦 - 𝘯𝘢𝘻𝘯𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘭𝘢𝘳𝘢 • 𝘢𝘢𝘥𝘩𝘦𝘦𝘯 𝘢𝘳𝘪𝘢�...