Kau Lupa Janji [C]

By Marleneith

344K 14.9K 680

QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering men... More

Author's Note
Snippets
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
E P I L O G
E P I L O G II
πŸ’Œ
ADRISH X ARMEL - 1
ADRISH x ARMEL - 2
ADRISH X ARMEL - END

RAYA SPECIAL

11.2K 474 49
By Marleneith














         RIUH suasana di kampung apabila semua berhimpun bersama-sama. Raya tahun ini, Encik Habsyar buat keputusan untuk beraya di kampung di Kedah. Jauh di utara. Jadi memandangkan tahun ini juga giliran April untuk memilih tempat beraya, dia ajaklah Qays beraya sekali di kampung.

Kalau tak tanya pun Qays akan pilih untuk ikut keluarga mertuanya. Dari kecil dia tak punya kampung. Semua berada di bandar.

"Ya Allah! Sharifah Adreena!" Tempik Qays terkejut melihat anak daranya bermain di dalam kandanf itik dan mencekik leher angsa kepunyaan nenek April.

Kalut dia menyarung selipar dan masuk ke dalam kandang mahu mendapatkan si anak. Anak nombor duanya ini memang lain dari yang lain. Sangat menguji kesabaran dia.

"Daddy! Comel lah swan ni. Tapi tadi dia nak patuk Ena lepastu amik haa, Ena tangkap dia!" Mengekek suka Sharifah Adreena bila dapat menangkap angsa belaan oyangnya.

"Allahu, cicit aku habisla itik akuuu!" Nek Pah tepuk dahi melihat angsa peliharaannya itu dibuat main oleh cicit bertuahnya.

"See, oyang dah marah. Adik, jomlah masuk rumah. Kotor baju ni dik" Qays melepaskan pegangan tangan Adreena di leher angsa. Di takut dengan binatang berparuh ni. Tapi depan anak terpaksa dia tunjuk berani.

Terus Qays mendukung Adreena dan melangkah laju keluar dari kandang itik tersebut. Sempat menarik nafas lega bila angsa-angsa tersebut tak sempat mengejarnya.

"Maaf nek, anak dara sorang ni memang tak reti duduk diam sikit" Qays meminta maaf bagi pihak anaknya.

"Takpa la, aku pun saja ja. Kalau buat taktau sat lagi mati pulak angsa aku. Dah bawak cicit tok pi masuk mandi. Belengas dah dia" balas Nek Pah sporting.

Masuk saja dalam bilik mereka, Qays mengusap dada penat. Syed Adrish dan April yang berada di dalam bilik itu memandang suami dan daddy mereka pelik bercampur risau.

"Abang, abang kenapa? Sakit ke?" April menghampiri suaminya dengan riak khuatir.

"Penat, dengan anak dara ni. Dia pergi cekik angsa nenek. Mujur tak mati" cerita Qays kepenatan.

"Ya Allah, adik. Janganlah buat daddy penat. Sini dekat mommy" Tudia, April versi singa sudah menjelma.

Tersengih-sengih Sharifah Adreena pergi ke mommynya.

"Ei! Dia ni sorang kan...." April mengetap gigi mengekori anaknya dari belakang sehingga masuk ke dalam bilik air.

Keluar dari bilik air masih berbalut kain tuala, wajah Sharifah Adreena muncung sedepa dengan mata yang berkaca.

"Kenapa ni?" Tanya Qays berhati-hati.

Sharifah Adreena memandang April bagai memberi isyarat.

"Sayang...." Tegur Qays meleret.

"Melampau sangat. Dah pesan dah jangan nakal-nakal tapi sama je nakal juga! You tu anak perempuan, tapi perangai mengalahkan abang yang lelaki" leter April. Tercebik-cebik si anak apabila dimarahi mommynya.

"Adik, sini dekat abang. Kita duduk depan tengok tv okay?" Syed Adrish mendapatkan adiknya dengan baju dan pampers sekali. Kasihan juga lihat si adik yang memang nakal sejak lahir itu dimarahi mommynya.

"Nah ambik bedak ni sekali. Siapkan adik tu" April mengambil bedak wangi lalu disambut Syed Adrish sebelum keluar.

"Lain kali, adik janganlah buat daddy dengan mommy marah ataupun penat tau. Mommy tak larat, bawa adik kita dalam perut. Daddy pun tak sihat. Daddy tak poleh penat sangat. Dengar cakap abang eh?" Pesan Syed Adrish Qaazi.

"Boleh, sorry abang Rish..." ucap Adreena.

"Minta maaf dengan mommy dan daddy juga lepasni" kata Syed Adrish dan si adik angguk akur.

"Mommy, daddy, Ena nak minta maaf. Ena buat mommy dengan daddy penat dengan Ena. Sorry..." kedua tangan orang tuanya dicium ikhlas.

"It's okay, mommy pun minta maaf sebab marahkan anak mommy tadi. Promise me, you'll behave yourself after this. Nak jadi kakak kena tunjuk contoh yang baik dekat adik tahu?" ubun-ubun Adreena diusap.














             "INI mak Hani ada bagi ketupat palas dengan rendang itik. Abang ni siapa?" Si Farhani bertanya kepada Qays yang duduk berehat sekejap di beranda rumah kayu itu.

"Oh, terima kasih eh. Err, I husband Kak April" Qays sengih sekadar berbasa-basi.

"Eh? mak nama apa?" Tanya Qays. Bukan apa, senang nanti dia nak bagitahu siapa yang bagi rendang dan ketupat ini.

Farhani tersenyum sipu. Tanya nama mak pulak dah abang hensem ni....

"Mak nama Yasrina. Orang kampung panggil Maklang Ina je" beritahu Farhani dengan suara yang merdu habis.

"Oh okay, terima kasih eh dik" terus Qays mahu naik masuk ke dalam rumah.

Terus terbatal niatnya bila April berdiri dengan wajah yang garang. Siap bercekak pinggang lagi. Dia pandang Qays atas bawah sehingga serba salah suaminya itu dibuatnya.

"Sejak bila ada adik hah?" Tanya April serius.

"Abang mana ada adik. Nah, ini ada rendang dengan ketupat palas. Erm...maklang ina orang kampung ni kot yang bagi" Qays tak keruan dibuatnya. Isteri sedang dibakar api cemburu pula.

"Sejak bila pula walid ada adik perempuan? Pergi la letak dekat dapur!" Balas April kemudian berlalu pergi.

Orang tengah terbakar ni takkanlah tak nampak. Kot iya pun, sejukkanlah dulu sikit.

Qays kembali semula ke ruang tamu dan mengambil tempat di sebelah April. April pulak menjarakkan kedudukan sedikit ke tepi. Qays taknak kalah, dia terus mengimpit isterinya sehingga April tiada ruang lari nak menjauh darinya.

Tangan diletakkan di atas peha April.

"Taknak! Jauhlah sikit tangan tu, miang!" April menolak tangan Qays jauh darinya. Qays buat tak tahu dia letakkan semula di atas peha April.

Biasalah, larangan adalah suruhan. Perut April yang masih belum kelihatan itu diusap sengaja.

"Rimaslah!" April menampar tangan Qays.

"Ish garang. Makan tebuan gamaknya" omel Qays sendirian sambil berlagak selamba menonton tv.

"Anak-anak mana yang?" Tanya Qays sajalah nak buat modal berborak.

"Mana tahu, hah anak dia tanya orang pula dekat mana" jawab April acuh tak acuh saja.

"Amboi, cakap macamtu dengan suami ya? Tak apalah, abang cari anak-anak kejap" Qays terus bangun meninggalkan April sendirian di ruang tamu.

April menampar mulutnya sendiri.

"Apa kau ni, jawab macamtu dengan suami" marah April pada diri sendiri.














         SELEPAS bertakbir sekeluarga tadi, Qays terus menghilangkan diri. Giliran April pula tercari-cari di mana keberadaan suaminya itu. Rasa bersalah pula sebab celupar sangat dengan suami petang tadi. Anak-anaknya ada saja bermain bunga api dengan paklong mereka.

"Cari apa dik?" Tanya Puan Ilani.

"Suami adik hilang. Pergi mana ek?" April tidak senang duduk.

"Hah sudah, malam-malam raya ni hilang suami pulak dah" Puan Ilani sekali bantu anaknya mencari menantu yang hilang.

"Yeay! Yeay! Daddy ada bunga api!" Tiba-tiba April dengar sorakan anak-anaknya di luar.

Betul lah, Qays baru pulang dari pekan kut beli barang sikit dengan Encik Habsyar. Adalah habuan anak-anaknya itu bermain bunga api lebih sikit malamni.

April mengambil tempat duduk di sebelah Qays di atas gazebo itu. Dia menyua tangan meminta sedikit bunga api dan mercun naga pada suaminya.

"Nak—" pinta April manja.

"Tak payah, mercun ni bahaya sayang. Bunga api je dahlah" Seikat bunga api diberikan pada April. Riak wajah Qays beku saja tika itu.

"Jomlah teman April main. April takut" ajak April mahu mengambil hati suaminya semula. Dia tahu, Qays takkan menolak.

Tangan April dipegang dan dikawal saat April mencucuhkan bunga api pada pelita. Bila bunya api menyala, Qays tetap memegang tangan isterinya dan sama-sama mengibar bunga api tersebut arah bulatan.

"Nak main tapi takut" komen Qays dengan lagak bekunya.

"Nak manja-manja dengan suami pun tak boleh hm" April mencebik.

"Tadi garang sangat mengalahkan tebuan" mulut masing-masing saling menjawab.

"April minta maaf sebab bersikap kurang ajar dengan abang. April tak sengaja, April tak boleh kawal rasa cemburu April bila abang cakap dengan perempuan lain. Lagi-lagi April tahu perempuan tu masih single" luah April kesal.

"Ya lah, abang maafkan. Kita pun fahamlah, isteri kita emosi tak stabil sejak-sejak anak nak masuk tiga. Sini ada sebatang lagi, habiskan" Qays ralit melayan April bermain bunga api sehingga habis seikat.

"Macam mana tahu anak maklang Ina tu single?" Tanya Qays.

"Ya lah, rumah dia dekat jalan masuk kampung ni je, April kenal lah dia. Baru habis degree rasanya" jawab April.

"Lah budak lagi, dengan budak pun sayang tercabar" menyempat, ubun-ubun April yang berlapik tuduk segera itu dikucup. Keadaan mereka sekarang ni sudah seperti berpelukan. Tangan Qays sebelah di pinggang April, sebelah lagi di tangan April mengawal bermain bunga api.

"Bukan tercabar, tapi langkah berjaga-jaga. Dekat social media tu banyak sangat isu penyondol rampas suami orang. Bukan kenal usia pun. April takut, sebab abang ni milik April je"

"April pun milik abang je. Kalau ada yang nak sondol abang, sayang spray je ridsect nanti larilah. Abang izinkan, janji hati sayang terjaga, tak sakit. Abang ingat satu je, nak dapatkan sayang bukan mudah, nak luruh rahang abang asyik kena tampar. Takkanlah abang nak senang-senang lepaskan sayang semula" balasan Qays itu mengundang tawa April.

"Abang ni, maaflah. Itu zaman muda-muda dulu. Sian suami April kena tampar. Kuat pula tu. Mujur tak senget muka handsome ni" April menyentuh rahang Qays. Mereka seolah-olah ada dalam dunia mereka sahaja.

"Oit! Oit! Ingat sama orang belakang ni. Kita pun ada isteri juga" Akhtar Ilhan mengusik sakan.

Qays garu belakang tengkuk dan April pula menjelir lidah. Biarlah, orang nak manja-manja malam raya ni.












         PAGI raya, April menyiapkan anak-anaknya terlebih dahulu. Kemudian dia siapkan bapa budak barulah dia pakai tudung. Pelik kenapa hening saja suasana dalam bilik rupa-rupanya, Qays buat hal...

"Parut tu takkan hilang, April akan ingat sampai bila-bila abang" April melingkarkan tangan di dada suaminya.

"Abang rasa macam mimpi yang abang masih ada di sisi sayang, jaga anak-anak dan lihat anak-anak membesar depan mata abang. Abang ingat, abang tak sempat nak..."

"Mula lah tu. Raya-raya ni saja nak buat makeup  April cair. Abang, Allah tu Maha Berkuasa. Doa kami semua dah termakbul, maka dekat sinilah abang berada dengan kami. Penguat semangat kami" April mencium pipi Qays syahdu kemudian ciuman turun pada parut menegak di bahagian dada lelaki itu.

Terus Qays memeluk pinggang April erat dan mencium dahi, pipi dan akhir sekali bibir. Di situ agak lama sedikit.

"Terima kasih cinta hati pengarang jantung abang. I love you" ucap Qays ikhlas.

"April pun cintakan abang juga. Cepatlah pakai baju raya. Nanti anak-anak tunggu lama pula nak beraya sekali" arah April yang tidak mahu mereka berdua terus tenggelam dalam mood romantis yang dicipta Qays. Ada yang tak beraya nanti.

Qays cepat-cepat mengesat air matanya lalu menyarung baju melayu berwarna sage green itu pada tubuh. Satu keluarga memakai warna yang sama. Sedondon.










        APRIL duduk melutut di hadapan suami tercinta sambil senyum manis. Tak boleh la pakwe handsome pandang dia dalam-dalam begini. Terus tak tahu nak cakap apa.

"Hah, senyum-senyum pulak dia" usik Qays melirik nakal ke arah April.

"Selamat hari raya maaf zahir dan batin abang. April minta maaf kalau ada salah silap April pada abang sama ada April sengaja ataupun tak sengaja. Ampunkan April, halalkan makan minum April, duit ringgit yang abang bagi, semua yang abang bagi pada April, April minta abang halalkan eh? Terima kasih dah jadi suami yang terbaik didik April dengan anak-anak sebaiknya. April sayang abang" April memeluk leher Qays dan bersembungi sebentar di ceruk leger suaminya itu.

"Selamat hari raya juga sayang maaf zahir batin. Abang pun nak minta maaf kalau ada salah dan silap sama ada abang sedar atau tak sedar. Halalkan makan minum abang, halalkan duit ringgit sayang kalau abang terguna tanpa izin, terima kasih sudi jadi isteri abang, jadi budak manja abang, jadi mommy yang hebat untuk anak-anak. Terima kasih juga sudi mengandung lagi. Abang pun sayang April Isabelle abang ni sangat-sangat" baru nak jarakkan sedikit tiba-tiba April eratkan pelukan dan teresak menangis di ceruk leher Qays.

"Lah, abang baru melankolik sikit sayang dah menangis. Oit, meh sini abang nak tengok muka budak manja ni" Qays menjauhkan sedikit tubuh April dan tersenyum suka melihat wajah yang basah dengan air mata itu.

"Olololo, shedih sangat la dia. abang, ambik tisu jap bagi mommy" pinta Qays pada Syed Adrish.

"Raya-raya ni mana boleh nangis. Kejap lagi rosak la makeup" Kata Qays sambil membantu mengelap air mata April.

"Duit raya takda?" April menyua sebelah tangan meminta duit raya.

Qays mengeluarkan sampul raya dari kocek baju melayunya lalu diberikan pada isterinya yang tercinta.

"Thankyou abang sayang" ucap April dan sekali lagi dia mencium pipi Qays.

"Dah, parking tepi. Anak-anak pula nak beraya dengan abang" April duduk di sebelah suaminya. Giliran Syed Adrish Qaazi dan Sharifah Adreena Qawlah pula beraya dengan mereka sekarang.

"Selamat hari raya daddy, Rish minta maaf kalau ada salah dan silap Rish pada daddy. Kosong-kosong ya daddy?"

"Ya, selamat hari raya juga hero daddy. Daddy pun minta maaf kalau daddy ada salah dan silap dengan Rish. Nah" selepas mereka bersalam dan berpelukan, Qays memberi sampul raya pada anak sulungnya itu.

"Terima kasih daddy" selepas itu Adrish beraya dengan mommynya pula.

"Mat hari raya daddy. Sorry Ena selalu naughty buat daddy dan mommy penat. Ena janji Ena tak nakal lagi lepasni. Nak duit raya?" Terus Sharifah Adreena menadah tangan meminta duit raya daripada daddynya.

Melihat telatah puteri bongsu Syed Qays Jareed dan April Isabelle ini semua tumpang ketawa. Termasuklah Nek Pah sekali.

What kind of behaviour is this Adreena?

Anak terpaling random jatuh kepada anak nombor dua.

Selepas Qays dan April beraya dengan keluarga kecil mereka, barulah Qays dan April beraya dengan yang lain. Meriah rumah kayu klasik itu dengan gelak tawa mereka sekeluarga.

Alhamdulillah, tahun ini masih diberikan kesempatan menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta. Semoga masih diberi kesempatan untuk tahun-tahun yang mendatang. Aamiin.

Dengan ini,

Syed Qays Jareed dan April Isabelle ingin mengucapkan, Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin buat anda semua.

Selamat beraya!






















T A M A T

Continue Reading

You'll Also Like

16.4K 187 16
Warning ⚠️ : ada sex , ada unsur 18+ semua karakter ialah kpop idol yang Aku letak sebagai watak jadi Semua kpop idol tiada mengena dgn Gay , lesbian...
366K 14.5K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...
934K 31.3K 73
Kebahagiaan yang di bina akhirnya musnah apabila kemalangan menimpa isterinya. Beberapa bulan memegang title 'duda hot' akhirnya dia berkahwin juga b...
1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...