Kau Lupa Janji [C]

By Marleneith

343K 14.9K 680

QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering men... More

Author's Note
Snippets
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 10
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
E P I L O G II
πŸ’Œ
RAYA SPECIAL
ADRISH X ARMEL - 1
ADRISH x ARMEL - 2
ADRISH X ARMEL - END

E P I L O G

12.4K 519 31
By Marleneith










PERSISIRAN Pantai Cherating itu menjadi destinasi mereka dua beranak meluangkan masa. April menemani Syed Adrish Qaazi membina istana pasir. Dibawa semua kelengkapan untuk membinanya. Seronok si anak yang berusia 4 tahun itu.

April merakamkan detik bahagia mereka sebagai kenang-kenangan. Bagaimana insan yang dirindui buat pada dia dahulu, kini giliran April pula yang lakukannya.

"Mommy, Rish suka la datang pantai. Best!" Petah si anak lelaki itu berbicara.

"Kan, mommy pun sukakan pantai. Nak tahu tak daddy pesan apa dulu masa Adrish masih dalam perut mommy?"

"Daddy pesan apa mommy?" Tanya Syed Adrish ingin tahu juga. Dia dibesarkan dengan banyak kisah-kisah seorang lelaki hebat yang bergelar daddynya.

"Daddy pesan, kalau rindu daddy datangla pantai. Tengok ombak tu, lepastu bayangkan daddy yang datang peluk kita" beritahu April menahan rasa sebak yang mula bertandang.

"Tak apa, Adrish boleh peluk mommy. Rish boleh jadi daddy tipu-tipu. Mommy kan selalu cakap yang muka Rish macam daddy" anak lelaki April itu bangun dan memeluk April tanpa ragu.

"Thankyou sayang mommy. Thankyou sebab jadi peneman mommy, jadi pengganti daddy di sisi mommy. Mommy sayang Adrish handsome ni" terserlah dua lekuk dalam di pipi kiri dan kanan Syed Adrish. Suka lah tu bila dipuji ratu hatinya.

"Anak soleh, kena lah ada dengan mommy" jawapan Adrish mengunda tawa dari April.

"Cakap macam orang dah besar eh dia" hidung puteranya itu dicuit.

"Mestilah, Rish dah empat tahun dah mommy" Syed Adrish mula nak berlagak.

"Abang Rish!" Datang seorang perempuan membawa baldi kecil berwarna pink. Comel dengan memakai spec mata hitam berbingkai bunga-bunga bergitu.

Terus wajah Adrish serius.

"Mommy, taknak Armel!" Bentak Syed Adrish tak puas hati.

April tahan senyum melihat wajah penuh keterpaksaan anaknya itu. Tengku Armel Zaqia Binti Tengku Arman, puterinya Camellia. Beza bulan saja mereka. Adrish lahir bulan May, Armel lahir bulan September.

Tapi yang Adrish kurang berkenannya, Armel terlalu bermulut becok. Kecik-kecik dah berlagak diva dah. Tengoklah sekarang, dengan baju bunga-bunganya. Errr! Datang nak join dia lah tu.

"Main lah sama-sama. Armel tu anak kawan baik mommy tau. Jangan buat dia nangis lagi" pesan April sebagai langkah berjaga-jaga.

Anaknya ini bukan boleh percaya sangat, kalau dah cakap tak suka tu boleh dibuatnya anak dara orang sampai merajuk dan menangis. Bukan tak pernah terjadi. Acapkali masalahnya.

"Ya lah, ya lah..." dengan malas Syed Adrish Qaazi menjawab.

"Armel!" tengok, baru saja cakap.

Tengku Armel tak sengaja tersiram air di atas satu blok istana pasir milik Adrish. Apa lagi, perang nak meletus lah tu.

"Ya Allah, Armel janganlah kacau abang. Buatlah awak punya castle sendiri" Tengku Arman menarik puterinya itu sedikit menjauh.

Tajam sekali jelingan anak lelaki April itu memandang Tengku Armel tidak puas hati. Rosak habis istana pasir ciptaannya.

"Sorry ya Adrish, sini aunty tolong buat balik castle tu" Camellia menawar diri untuk membantu pakwe kecilnya itu membina istana pasir.

"Tak apa aunty, Adrish tahu nak buat sendiri. Cuma Armel tu, cuba bagi dia buat sendiri castle dia" Camellia menjeling April yang mengangguk memberi amaran.

Dah cakap, anak dia tu mulut pedas sikit. Macam orang besar.













           SYED ADRISH turun dari kereta dan menghalang April daripada turun terlebih dahulu. Kemudian dia turun membukakan pintu kereta di sebelah April. Terharu si ibu dibuatnya. Dilayan seperti permaisuri oleh si anak.

"Mommy pegang lah tangan Rish, harini Rish jadi daddy tipu-tipu lagi" Syed Adrish menyua tangannya menunggu untuk disambut.

"Thankyou my handsome prince" ucap April terharu.

"You're welcome mommy"

Ternyata ramai juga jemputan majlis cukur jambul anak kedua Syed Aqmar dan Aralyn Hanania pada hari ini.

"Ish la, mana-mana mesti ada si budak Armel ni" omel Syed Adrish tak puas hati saat budak perempuan berjubah abaya putih melambai mesra ke arahnya.

"Adrish, mommy tak ajar anak mommy jadi lelaki sombong. Lambai lah balik Armel tu. Dia girl, memanglah perangai dia manja" tegur April dan Adrish mengangkat tangan melambai malas.

Kecil betul bumi ni sebenarnya sampaikan kema-mana dia pergi mesti ada si diva Tengku Armel.

"Adrish, rajin tak tolong ambikkan mommy air?" Pinta April yang malas mahu bangun.

"Mestilah rajin. Kejap ya mommy" Syed Adrish turun dari kerusi lalu pergi mengambil air untun ibunya yang tercinta.

"Armel pun nak ikut jugak! Mama Armel pun nak air!" Adrish cuba menahan wajahnya dari menjeling budak itu lagi.

Tipu. Nampak sangat Armel menipu. Dia tak dengar pun Aunty Milly nak air.

"Kecik-kecik lagi anak kau dah attractive eh April. Allergic betul dengan anak aku. Kelakar pulak rasa" ujar Camellia dan April geleng kepala.

"Tak tahu lah kenapa dia allergic sangat dengan anak kau. Maaflah, dia bukan mau sangat bercakap dengan budak perempuan. Dekat sekolah pun sama je cikgu dia report dekat aku. Dengan budak perempuan tak pernah nak berbaik. Apa pesen pun tak tahu" Cerita April membuatkan Camellia dan Tengku Arman ketawa.

"Biasalah tu, anak lelaki sulung memang lain sikit" Tengku Arman mendabik dada. Camellia jeling meluat.

April pun terhibur melihat pasangan suami isteri itu. Haihla, kalaulah insan yang dirinduinya ada bersamanya sekarang, maka mereka berdualah akan terlihat paling bahagia.

April senyum hambar. Bila diingat semula, terasa tawar lauk yang dijamah.















           "MOMMY nak Rish ambik ros putih ke ros mewah untuk mommy?" Tanya Syed Adrish. Mereka dua beranak duduk di taman mini tepi rumah. Adalah dua pasu bunga ros berlainan warna. Satu putih, satu merah.

"Mommy nak ros putih, boleh kita bawa untuk daddy nanti"

"Okay, kejap ya mommy. Rish nak ambil. Berapa mommy nak?" Syed Adrish berpatah balik semula ke arah mommynya.

"Tiga," pinta April masih tenang tersenyum memerhatikan tingkah anaknya itu.

"Kenapa tiga je mommy?"

"Tiga je la. Three stand for I miss you" jawab April. Tiba-tiba matanya berkaca sebak.

"Mesti mommy rindu daddy kan?" Tanya Syed Adrish yang masih belum faham lagi apa yang sedang dirasakan April.

"Sangat-sangat rindu. Mommy rindu daddy" suara April berubah serak. Dia tak boleh. Teringatkan Syed Qays Jareed membuatkan hatinya dihurung pilu.

"Mommy yang pesan, walaupun daddy pergi jauh tapi sebenarnya daddy dekat dengan kita. Kenapa mommy masih rindukan daddy juga?" Tanya Dyed Adrish kurang faham.

"Mommy kalau boleh nak daddy ada depan mata mommy. Teman kita berdua di sini. Tapi—"

"Tapi tak apa, mommy janganlah sedih. Kalau mommy sedih rindukan daddy Rish pun lagi sedih. Rish pun rindu daddy jugak" pujuk Adrish yang memeluk tubuh April dan menepuk belakang mommynya perlahan.

"Thankyou sayang, thankyou sebab jadi peneman setia mommy. Tak pernah buat mommy rasa sunyi" ucap April.

"Anak soleh kenalah macam Rish" jawab Adrish petah.

"Tengok tu, cakap macam orang besar lah budak handsome ni" pipi Syed Adrish dipicit geram.

Lihatlah Syed Qays Jareed, anak kita dah boleh diharapkan untu menjaga saya. Kami merindukan awak sangat-sangat. Saya doakan yang baik-baik untuk awak di sana.

Semoga kita berjumpa nanti.

Yang tulus mencintaimu,

April Isabelle.










🤍🤍🤍🤍🤍

Continue Reading

You'll Also Like

48.5K 1.7K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...
640K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❀️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...
1.6M 58.9K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
366K 14.5K 71
My third book Ayleen Insyirah- Gadis yang bersikap selamba. Kurang percaya akan cinta. Dan bertunang tanpa mengetahui siapa tunangnya setelah dipaks...