Kau Lupa Janji [C]

By Marleneith

343K 14.9K 680

QAYS JAREED Ramai yang dengkikan dirinya yang dianggap sempurna. Memiliki harta di usia yang muda, sering men... More

Author's Note
Snippets
B A B 1
B A B 2
B A B 3
B A B 4
B A B 5
B A B 6
B A B 7
B A B 8
B A B 9
B A B 11
B A B 12
B A B 13
B A B 14
B A B 15
B A B 16
B A B 17
B A B 18
B A B 19
B A B 20
E P I L O G
E P I L O G II
πŸ’Œ
RAYA SPECIAL
ADRISH X ARMEL - 1
ADRISH x ARMEL - 2
ADRISH X ARMEL - END

B A B 10

13.4K 608 11
By Marleneith









SENYUM lebar Qays bila April mahu mengikut dia pulang ke rumah. April pula sudah penat berbalah dengan lelaki itu. Daripada air liurnya kering sia-sia, ikut sajalah cakap orang tua ini. Bukan selalu lelaki boleh menang.

"Nak duduk bilik atas ke bawah?" Tanya Qays.

"Bawah. Tak larat nak naik turun" jawab April.

"Okay, nanti aku bawa turun barang aku dengan baju sikit dekat bilik bawah ni"

"Lah kenapa pula? Kan tidur bilik asing-asing?" April memandang lelaki itu tidak percaya.

"Jangan harap aku nak bagi kau tidur sorang. Jadi apa-apa macam mana? Sarat-sarat macamni ada hati nak tidur sorang" Qays jeling April tajam.

"Taknak! Saya nak tidur sorang. Awak tak payahlah sibuk" bantah April.

Qays buat tidak dengar lalu memasukkan semua barang April ke dalam bilik tetamu yang terdapat di tingkat bawah. Kalau dilayankan sangat permintaan si isteri memang lambat lagi hubungan ini akan pulih.

April berjalan melawat kawasan rumah yang baru saja dibeli Qays ini. Besar dan serba luas. Setiap ruangan boleh menempatkan beberapa buah keluarga. Seronoknya orang ada unlimited money.

"Dah, aku dah siap kemas barang-barang kau. Pergilah masuk rehat. Tu, kaki dah bengkak dah"

"Hari-hari kaki ni bengkak. Biarlah" April menjawab selamba.

"Eh eh, boleh menjawab macamtu pula dengan aku. Masuk bilik pergi rehat sekarang April Isabelle" arah Qays garang. Siap menyeru nama penuh lagi tu. April membalas jelingan itu sebelum masuk ke dalam pilik.

"Awak!!!" Panggil April kalut. Qays masuk ke dalam bilik dengan riak wajah yang risau.

"Kau dah kenapa Isabelle?" Tak tahu nak ketawa atau nak kena buat apa melihat keadaan isteri sendiri begitu.

"Hiks...hiks.. tak boleh buka. Sangkut—" adu April dalam esakan.

Baju kemeja oversized yang dipakai cuma dibuka butang paling atas. Lepastu sekarang leher kemeja itu tersangkut di muka April. Dah macam apa dah gayanya.

"Siapa ajar kau buka kemeja macam buka tshirt ni hah? Lepastu hah tak payah nak menangis" Sambil membantu membuka baju si isteri, Qays usaha tahan gelaknya daripada meletus. Macam-macam hal ibu mengandung ni sorang.

"Dah, haih manja!" Dahi April dijentik perlahan.

"Diamlah!" Marah April langsung tidak bersyukur.

"Lain kali bukalah butang tu satu-satu sayang oi. Kau bukak macam buka tshirt tu memanglah sangkut"

"Tahu, tapi lambat!" Tempelak April geram.

"Lepastu tahu nak menangis minta tolong. Dah pergi mandi. Ke nak aku mandikan?" Qays tayang wajah gatalnya.

"Tak payah nak menggatal, saya tampar awak nanti kang" decit April di hujung bicara.














             "SAKIT...ja-jangan....aku taknak..." Qays terjaga dari tidur saat isteri disebelah seperti sedang mengigau menyebut sesuatu. Tetapi dia tidak jelas apa yang April sebutkan. Isterinya itu nampak dalam ketakutan.

"Aku nak gugurkan....taknak...dia jahat" tidak semena-mena mata Qays berkaca. Sahih April didatangi mimpi ngeri lagi seperti yangdiceritakan Camellia.

"Aku jijik—"

Terus Qays menarik April ke dalam dakapannya. Ubun-ubun dikucup lembut dan dia mendodoi isterinya itu perlahan-lahan.

"Shhh, dah-dah tidur Belle. Aku minta maaf...aku minta maaf" bisik Qays walaupun April dalam keadaan tidak sedar.

Terasa pergerakan kecil di perut April membuatkan Qays yang hilang mood tadi kembali teruja semula. Dia cepat-cepat memegang perut April yang sedang bergerak-gerak itu. April pula merengek tidak selesa dengan mata yang terpejam.

"Shh-shh...dah tidur la juga anak daddy pun. Mommy pun nak rehat. Jangan lasak sangat, nanti keluar baru boleh main bola dengan daddy" bisik Qays yang teruja dapat merasai peluang keemasan ini.

Selepas itu, pergerakan bayi mereka di dalam perut pun sedikit reda dan Qays pun ikut terlelap sama. Sambil mendakap tubuh hangat si isteri.

"Awak...sakit" April membuka mata  dan cuba untuk duduk namun keadaan itu membuatkan dirinya semakin tidak selesa. Terus Qays bangun dan mendudukkan April yang sudah merah padam wajahnya.

"Hey, kau kenapa ni?" Tanya Qays risau.

"Perut saya tak selesa, pinggang rasa sengal" beritahu April mahu menangis.

"Tak payahla menangis. Kejap aku ambil minyak angin" Qays pantas mendapatkan minyak angin mahu selesakan isterinya itu semula.

Perut April ditarik ke atas membuat kaedah belly-lifting supaya April sedikit selesa. Terus April terlentok memejam mata di dada Qays. Lega barangkali. Selepas itu, barulah Qays mengurut pinggang April.

"Te-terima kasih" ucap April segan.

"You're welcome. Lepasni kalau tak selesa ke sakit dekat mana-mana kejut je aku. Minta tolong je pada aku" pesan Qays dan April mengangguk perlahan.

"Saya lapar" beritahu April sambil mengusap perut dah menayangkan wajah 50 sen dia.

"Nak maggi" Qays sengetkan kepala memandang isterinya itu pelik.

"Rumah aku tak ada maggi tu semua. Nak makan aku boleh buatkan kau nasi goreng" terus April anggul laju.

"Boleh juga!"

"Adrish ni aku rasa jenis yang berjaga malam. Siang dia tidur. Tadi masa kau tidur aku tengok perut kau macam nak meletup dia kerjakan. Sakit tak?" Qays ingin tahu apa yang April rasa.

"Sakitlah, rasa senak lepastu macam nak patah pinggang saya" jawab April.












SEPINGGAN nasi goreng dan juga segelas susu dihidangkan di hadapan April. Bersinar wajah itu melihat makanan yang ada di depannya. Kalut dia menadah tangan membaca doa lalu membaham nasi tersebut sehingga licin sepinggan.

"Tak sempat aku nak tanya sedap ke tak. Tahu-tahu dah habis" omel Qays.

"Kalau dah habis tu sedaplah maknanya" bidas April siap pakej menjeling lagi. Berterima kasih pun tidak siap buat perangai begitu pula.

"Minum susu tu, kau jangan nak mengelat eh" arah Qays yang sudah sedia maklum April tak gemar minum susu. Lagi-lagi susu Anmum ni.

"Taknak, tak sedaplah. Saya nak air kosong coway tu je" April sudah mula buat perangai tidak tentu halanya.

"Minum susu ni dulu April Isabelle. Jangan nak degil sangat boleh?" Qays mengetap gigi memberi arahan.

"Tak sedap..." April buat muka raih simpati.

"Kalau macamtu, aku minum separuh bakinya kau minum. Boleh?" Qays cuba berunding.

"Sikit je tinggalkan untuk saya" April tunjuk isyarat sikit. Siap mata disepetkan lagi.

"Tak separuh. Kau kena minum separuh" tegas Qays berkata. April buat muka kembang tekak melihat Qays yang selamba saya meneguk air susu tersebut sehingga tinggal separuh.

"See? Sedap je susu ni rasa vanilla. Kau tu yang anggap susu ni racun" teragak-agak April mengambil gelas susu tersebut untuk dihabiskan. Dan mata Qays juga tidak lari dari memerhatikan tindak tanduk si isteri.

"Apa tengok-tengok?"

"Kena pantau kau ni, karang kau pergi curah susu ni dalam sinki. Cepat minum"

Bersama jelingan tajam, April memicit hidungnya lalu meneguk air susu tersebut sekali harung saja. Tercungap-cungap nak habiskan separuh gelas pun.

"Dah? Ada nak makan apa-apa lagi tak? Puas hati tak sekarang?" Tanya Qays sebelum memimpin April masuk ke dalam bilik semula.

"Taknak dah. Dah kenyang. Terima kasih buatkan saya nasi goreng tu" ucap April.

"Ya lah, sama-sama kasih. Jangan buat-buat lupa, gosok gigi balik" sengaja Qays ingatkan sebab April suka benar mengelat.

Tengok aje macamni, tapi nakal dalam diam.


















TBC.

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 35.5K 59
. . Siapa yang tidak kenal dengan Keysha Dayani Tan Sri Khairil yang dulunya terkenal dengan sikap angkuh dan sombongnya. Sehingga berani menghina ke...
48.5K 1.7K 37
[Stand-Alone Story] Ziyad Akhtar x Amanda Alya The day I said I hated you, I lied. Mengejar pelangi itu bukan mudah. Perlu ada jiwa yang kental dan h...
867K 26.9K 62
Karya pertama by thecreamcake in romance πŸ“– B o o k - 1 jodoh dalam keperitan πŸ“– TAMAT Hawa Afwan . Wanita yang cukup penyabar dan tabah , disa...
640K 41.3K 131
[COMPLETED] Malay romance + sendu + super cliché Iskandar Zulkarnain ❀️ Inaya Fareeha "Hanya berharap dia terus berada dalam memori aku" -Inaya "Be...