UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)

By Yuu_Rinko

574 56 364

Genre : Fantasy + Action Anime Style Kesinambungan kembali kisah dari Unknown Story yang menceritakan tentang... More

Prolog
BAB 1 : Yuu Rinko
BAB 2 : Permintaan
BAB 3 : Kehidupan mewah
BAB 4 : Pembunuh persendirian
BAB 5 : Bang!!!
BAB 6 : Qov
BAB 7 : Bunga tulip Lita
BAB 8 : Ahli Kelab Bahasa
BAB 9 : Bisikan halus
BAB 10 : Pusingan pertama
BAB 11: Pertemuan kembali
BAB 12 : Pusingan kedua
BAB 13 : Kebutaan (Bahagian 1)
BAB 14 : Kebutaan (bahagian 2)
BAB 15 : Berharap
BAB 16 : Sukan Sekolah
BAB 17 : Merentas Desa
BAB 18 : Sukan Olahraga
BAB 19 : Penceroboh
BAB 20 : Kudeta
BAB 21 : Itou
BAB 22 : Itou dan Rheo
BAB 23 : Malam aspirasi
BAB 24 : Lemas
BAB 26 : Tundra
BAB 27 : 7191 (bahagian 1)
BAB 28 : 7191 (Bahagian 2)
BAB 29 : 7191 (Bahagian 3)
BAB 30 : Penyuluh arah
BAB 31 : Paus Putih
BAB 32 : Kewujudan 29 pewaris
BAB 33 : Memori abadi
BAB 34 : Divine Weapon
BAB 35 : Flick & Floria Memoria (End Arc 4)

BAB 25 : Identiti

10 2 8
By Yuu_Rinko

Segenap ruangan putih membeku telah kembali pada keadaan sediakala dengan kemunculan lantai, kerusi, meja belajar, tingkap dan semua yang ada penuh di bilik. Entah mengapa dan bagaimana atas semua yang terjadi telah membuka kelopak matanya seluas dengan tangisan yang terhenti di pipi.

"Apa yang jadi?" getus hatinya bingung dengan sekeliling namun tatapan wajahnya tidak sengaja menampakkan susuk gadis berambut hijau yang perlahan berubah menjadi merah.

"Yuu awak tak apa-apa? Kenapa menangis." kata kekasihnya lembut sambil jari-jemari mengusap pipi.

"Maaf, aku tak ingat semalam. Apa jadi Flick?" soal Yuu buat Flick tersenyum manis dengan tatapan wajah yang aneh.

"Kita tidur bersama lepas awak kata penat sangat lepas cari saya." ucapan itu telah mengejutkan diri Yuu dengan tersipu malu.

"Aku tidur dengan kau?! Flick..." tergamam Yuu mula lesap apabila dirinya perlahan cuba mengingati kejadian semalam dengan ingatan kabur pelukan dan tangisan kekasih seolah satu dialog luahan yang diucapkan.

"Yuu, saya tak ada masa untuk sekarang apapun balik dari kelas memasak saya akan masak enak-enak untuk awak." ujar Flick seolah tergesa-gesa lalu bibirnya laju melontarkan ciuman di pipi buat Yuu hilang fokus atas hanyutanya.

Lantas itu Flick terus melangkahkan kakinya ke pintu keluar dengan ukiran senyuman namun saat dibelakang Yuu matanya berubah dingin sambil bergetus dalam hatinya yang kosong dan sepi itu.

Mujur awak tak gunakan kemampuan mutlak memori kalau tidak... Tunggu saya dapatkan tubuh ni penuh walau apapun yang jadi, semua takkan ganggu kita berdua.

"Kenapa dia buat macam tu?!" kata Yuu mula berdebar namun tidak begitu lama tika melihat rambut merah Flick yang seharusnya merah menyala telah menjadi pudar bahkan ciuman di pipi itu juga terasa agak dingin.

Setengah jam setelah mandi dan sarapan dirinya dipenuhi dengan kekosongan untuk lakukan aktiviti apa di menara bahkan terasa bosan dikala tidak bersama kekasihnya yang garang itu.

"Bosan, aku nak keluar ambil angin sekejap." kata bibirnya sendiri mengeluh terus melangkahkan kaki menuju keluar menara.

Saat berjalan-jalan sekitar kawasan taman, dirinya terduduk di bangku bawah naungan pohon dari terikan matahari, biji matanya teralih memandang sekuntum bunga yang berada di celah lantai jalan tanpa sedar seorang wanita mula menjelaskan padanya.

"Bunga yang kau lihat tu bernama dandelion ia memiliki dua warna yakni kuning dan putih, boleh kata dandelion putih adalah bunga yang mekar yang dapat terbang disekeliling tempat dan langit." jelas wanita itu turut membengkok tubuhnya seperti Yuu.

"Saya tak sedar." tersentak Yuu pada wanita bertopi itu.

"Hahaha aku yang patut minta maaf tapi tak sangka boleh berjumpa dengan kau. Seorang pewaris dan pembaiki langit retak." yakin perempuan itu buat Yuu berjaga-jaga.

"Kau tahu jadi..." belum sempat dia berkata tekah dipintas oleh perempuan itu.

"Aku Guren pewaris ketiga dalam menara Rinko, tapi kita tak boleh bertarung di sini." ujar Guren sambil menjelirkan lidahnya yang menampakkan simbol angka nombor yang membuktikan dirinya benar-benar pewaris.

"Apa?"

"Untuk siang hari aku nak berehat saja jadi malam ni saja kita bertarung. Yuu nama kau kan."

"Betul."

"Apa yang kau mahukan bila dapatkan doa mustajab abadi itu? Ganjaran tu sekali seumur hidup." soal Guren ingin tahu.

"Aku tak ada apa-apa yang boleh dibayar untuknya aku dah cukup dengan bersyukur seadanya apapun mengapa doa mustajab itu penting pada semua pewaris?"

"Kau terlalu muda untuk mengerti tapi musuh kita bukan bulatan mata melainkan angka 7191."

"Aku nak tahu apa makna angka tu! Kenapa semua macam simpan rahsia ni."

"Kami takut... Maka kami ikut apa kemahuannya, 7191 bukan sekadar nombor saja semata-mata melainkan susuk orang, menara, penyihir dan apa yang kita tak patut lewati batas garisannya." jelas Guren serius lalu mengangkat dirinya.

"Yuu, jangan lupa malam ni kita bertarung dekat dengan lebuhraya selatan. Kalau kau tak mahu hadir aku tetap menunggu di situ." kata Guren melangkah diri ke suatu tempat yang tak pasti lalu lesap dari pandangan Yuu.

Ucapan kata dari Guren yang telah dinyatakan tadi ditutupkan matanya yang mengubah siang ke malam atas dasar janji itu, Yuu ingin mengetahui tentang 7191 itu lagi sambil berjalan menaiki anak tangga jejantas yang menampakkan susuk Guren yang sedang menunggunya.

"Kau datang tepat pada masanya Yuu." sapa Guren sambil membetulkan topinya mengangkat atas dari dahi.

"Aku bukan datang nak bertarung, aku nak tahu pasal 7191 tu semua. Tolong beritahu aku." lontar Yuu ingin tahu.

"Yuu... Aku dah katakan tadi yang kita tak boleh lewati garisan pengetahuan tu!" kata Guren pantas memecut sekilat pandang termuncul di belakang sambil mencengkam kepala.

"Aduh!" rintih Yuu tak sedar akan hal itu lalu dia terus dilemparkan pada besi jejantas hingga runtuh.

Duhhh

"Sakitnya..." getus hati mengelap darah di hidung.

Noble : Camenite!

30x Spirit bolt!

Bilah pedang di pegang dari gagang lalu melancarkan serangan bilasan cahaya ganda mengejar Guren sampai lubang cacing namun ia tetap tidak mengena oleh kelajuan yang seolah terapung itu.

"Hancurkan!" kata Guren seolah menyeru mantera sihir tanah yang meretak jalan hingga terkepal berbatu di langit.

Dumhhhh

"Bahaya tak guna!" ujar Yuu laju dengan penglihatan perlahan yang menampakkan berbatu-batu besar yang akan terhempas padanya lalu meloncat untuk sampai ke atas.

Spirit bolt!

Sekali lagi dia melepaskan tekanan kekuatan namun ditepis habis oleh serangan buta Guren, lalu dia laju menendang perut dan belakang sekilas pandang saja.

Duhh bushh

"Ini kekuatan kau yang kalahkan Lita dan Urutella tu?" soal Guren.

"Atau kau terfikirkan perkara lain sampai kau tak fokus." tambahnya mengena tepat di dada Yuu.

"Otot aku dah nyeri, kalau aku gunakan semua kekuatan aku... Aku pasti semuanya akan patah." getus hatinya dengan hanyutan memori susuk ibu dan terlintas akan kematian Itou, dia sakit namun takut gagal.

"Pertarungan kita baru saja bermula! Jangan datang sini hanya sebab nak tunjuk lemah dan simpati saja depan aku!" geram Guren dengan lantai langit yang seakan berubah bentuk seperti kelopak bunga.

Dia terus mengangkat tangan ke langit menampakkan cahaya merah yang tajam dan membelok seperti Zig-Zag untuk menyerang, ia akan mengikuti target dengan skala jarak jauh.

Sword Dance!

Yuu melepaskan teknik kelajuan lesapnya untuk menepis dan mengelak serangan musuh namun cahaya kelopak bunga itu terlalu banyak malah melanggar dinding, papan tanda jalan dan semua sekali hingga punah.

Lalu laju saja ia mengena tepat pada tubuh Yuu hingga memusnahkan segalanya di depan malah mencampakkan Yuu sekali menyeret ke tempat yang tak pasti.

Duhhhhhh

***

Kehancuran jalan dan tanah telah menyedarkan Guren, dia melangkahkan kaki untuk pergi setelah melenyapkan diri Yuu itu dengan serangan tadi lalu batu-batuan konkrit dan besi yang dihempap itu ditolak oleh tangan Yuu bersama darah disekeliling badan.

"Kau selamat dengan serangan maut aku? Sungguh hebat." toleh Guren dengan senyuman namun dia silap dek aura dan wajah dari Yuu terlihat berbeza bahkan liar.

Switch mode!

"Kau dah puaskan belasah aku? Hahaha serangan kau memang binasa dasar pewaris!" kata susuk dengan personaliti yang berbeza, dia bukan Yuu.

"Berbeza... Kau nampak membunuh." tergamam Guren.

"Aku Null, kami berdua jiwa yang terpisah! Tapi aku lebih kuat dari budak bangang tu." kata Null sekali pandang saja menerpa kehancuran dan batu-batu dari kawasannya. Gegaran aura seakan bahaya bagi Guren.

"Tak hairanlah kau boleh hidup meskipun hampir maut!" tuju Guren tiba-tiba pecutan kelajuan Null menumbuk dahi Guren hingga dia terasa ingin retak.

Krak! Duhhh

Guren tercampak jauh dan merempuh jalan-jalan di belakangku hingga terlubang, lalu dia cuba menyerang juga seolah mereka saling beradu tangan dan menumbuk antara satu sama lain.

"Identiti yang kuat, kau kukuh dari dia!" kata Guren lalu tangannya terpusing dan dilemparkan ke bangunan megah hingga memalapkan cahaya, kehadiran aura mereka menganggu aliran elektrik.

Duhhh

"Mana kuasa kau yang tunjukkan kau tu kuat! Dasar sampah, sampah, sampah!" kata Null mengangkat tangannya memunculkan berbola hitam yang besar untuk merobohkan bangunan itu tiba-tiba fikirannya diganggu.

"Bodoh! Kau nak bunuh semua orang yang tak bersalah dalam bangunan tu ke dasar bangang! Aku terbangunkan kau sebab nak minta bantuan kau bukan nak suruh kau bunuh orang!"

Suara telepati itu didengari oleh Null oleh kehadiran suara Yuu, dia kesal namun menuruti janjinya agar tidak melukakan orang lain, berbola hitam itu mengecil dan kecut hingga hilang.

"Dengar, pertarungan ni adalah pertarungan aku! Kau dah puas lawan dua pewaris lama kan. Jadi ni giliran aku pula untuk lawan." kata Null sendirian.

"Seronok betul aku tengok dua bunga yang gugur dan mekar ni bual sendiri, aku tertarik." kata Guren tiba-tiba saja menjadi kuat menumbuk perut Null hingga senak.

Gahhhh

"Sakit..." getap gigi Null mencari-cari dimanakah Guren akan menyerang sambil mengepal tangannya.

"Kau cari aku?" tanya Guren mencengkam rambut lalu melutut wajah terus dia memulakan serangan sepakkan pabila Null sedang melutut hingga tercampak pada kereta tanpa penghuni.

Duhhh

"Bagi aku kawal tubuh ni!" telepati Yuu dari dalam namun diabaikan oleh suara Null yang memekak.

"Diam bodoh! Kau lemah tak guna, aku yang terkuat, aku yang terhebat!"

"Tujuan kita sama kan sekarang! Kita nak cari Ibu, kita nak lindungi orang lain kan, jadi usah tunjuk kuat semata-mata kau nak bunuh dia! Null dengarkan aku!"

"Ibu... Flick... Kawan... Aku dan kau tak sama." kata Null menafikan padahal tujuannya sama.

Null berdiri tegak sambil posisikan tubuhnya, dia mengambil nafas bersama samar-samar memori akan susuk seseorang itu. Dia terus mengeluarkan semua yang ada dalam dirinya hingga memunculkan pedang hitam yang menerpa tanah hingga hancur berkecai.

Dabooomm

Ex Noble : Etinemac!

Seru Null akan pedang hitamnya itu, mata dari Guren terperanjat dan berdebar apabila melihat sendiri susuk bilah hitam itu, dia mengetahui semua sekali tentang pedang itu.

"Kau ni anak buah si penyihir tu kah? Tak, kau ni sebenarnya siapa! Kenapa kau tanya aku pasal 7191 sedangkan yang kau pegang tu adalah hadiah dia!" amarah Guren mengundurkan selangkah, dia tak boleh injak ke depan kerana ketakutannya itu.

"Aku tak faham maksud bodoh kau semua ni!" pekik Null melangkahkan kakinya ke depan, hanyutanya adalah untuk menang mengalahkan Guren itu saja.

Air liur yang ditelan sungguh nyata, Guren tidak dapat bergerak seinci pun apabila melihat sendiri betapa gelita dan ngerinya pedang itu, 7191 yang dia takutkan itu semakin hampir!

Bersambung!

Continue Reading

You'll Also Like

181K 8.9K 45
MY GREY GUY ( NEW VERSION ) -everyone can't touch you, or death will overtake them- ... LUTH AELDEN EVRARD seorang lelaki yang mampu membuatkan gadi...
410K 19.3K 60
( ๐“’๐“ธ๐“ถ๐“น๐“ต๐“ฎ๐“ฝ๐“ฎ ๐“ข๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ) ( ๐“‘๐“ธ๐“ธ๐“ด 2 ) RANKING NO 3 ACTION ๐Ÿ… RANKING NO 1 DINGIN๐Ÿ… Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putr...
9.7K 1.6K 15
๐Ÿ“ข"CERITA NI BTW DAH COMPLETED BUT AUTHOR RENEW BALIK" "Dan yang tu... Itulah ketua gengster dekat dalam sekolah ni. Tengku Zarif Ikhwan." Berkahwin...
7K 1.1K 47
known as " dia gadis limited edition " [ the boyz series 1 ] ยฐ clichรฉ before surprise ยฐ Rupa? Itu sudah semestinya. Harta? Heh, kenyit mata sahaja. C...