UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)

By Yuu_Rinko

574 56 364

Genre : Fantasy + Action Anime Style Kesinambungan kembali kisah dari Unknown Story yang menceritakan tentang... More

Prolog
BAB 1 : Yuu Rinko
BAB 2 : Permintaan
BAB 3 : Kehidupan mewah
BAB 4 : Pembunuh persendirian
BAB 5 : Bang!!!
BAB 6 : Qov
BAB 7 : Bunga tulip Lita
BAB 8 : Ahli Kelab Bahasa
BAB 9 : Bisikan halus
BAB 11: Pertemuan kembali
BAB 12 : Pusingan kedua
BAB 13 : Kebutaan (Bahagian 1)
BAB 14 : Kebutaan (bahagian 2)
BAB 15 : Berharap
BAB 16 : Sukan Sekolah
BAB 17 : Merentas Desa
BAB 18 : Sukan Olahraga
BAB 19 : Penceroboh
BAB 20 : Kudeta
BAB 21 : Itou
BAB 22 : Itou dan Rheo
BAB 23 : Malam aspirasi
BAB 24 : Lemas
BAB 25 : Identiti
BAB 26 : Tundra
BAB 27 : 7191 (bahagian 1)
BAB 28 : 7191 (Bahagian 2)
BAB 29 : 7191 (Bahagian 3)
BAB 30 : Penyuluh arah
BAB 31 : Paus Putih
BAB 32 : Kewujudan 29 pewaris
BAB 33 : Memori abadi
BAB 34 : Divine Weapon
BAB 35 : Flick & Floria Memoria (End Arc 4)

BAB 10 : Pusingan pertama

14 1 15
By Yuu_Rinko

Kegelapan malam bersama angin kencang melayangkan segala helaian pohon hingga goyang, bayangan kabur tidak berupa terukir di setiap jalan mereka lari biarpun hati dan jiwa mereka ditelan ketakutan, Yuu hanya maju untuk mencari kekasihnya.

"Flick, kau kat mana!" panggil Yuu bernada kuat namun gemanya tetap tak tiba di lubang telinga.

"Yuu, aku tak boleh gerak... Angin kuat sangat." ucap DD terlutut di tanah dengan Livia seolah ingin berterbangan di udara.

"Jangan ganggu kami!"

"Nyah kau dari sini!"

"Pergi!"

Suara-suara halus gerangan lutsinar seakan ingin menghalau mereka dengan cara takut tetapi di mata Yuu mereka hanya wujud yang lemah terhadap aura yang ada dalam dirinya bahkan mereka hanya ingin menakut-nakutkan manusia sahaja. Lantas gelombang tekanan aura Yuu bergelora sehingga melenyapkan hantu-hantu itu.

"Aku dah boleh gerak, angin tu dah hilang." kata DD dari belakang sambil mengangkat diri berjalan ke depan.

"Mujurlah tapi kenapa mereka halau aku?" getus hatinya hairan, dalam berjalannya mereka ke depan tanpa sengaja pohon-pohon gergasi yang menutupi diri bersama akar dan daun berubah menjadi sebuah rumah kayu usang besar satu tingkat.

"Eh tempat apa ni?" soal Livia bingung akan gerangan tempat itu.

"Tapi hutan besar kan, macam mana boleh ada rumah besar luas sini?"

"Kalau tengok cerita hantu, rumah ni pasti tempat keras yang ada banyak barang mewah yang ditinggalkan oleh orang kaya yang diganggu. Aku pasti ada benda dalam tu." kata Livia melangkah maju ke depan buat mereka tergamam akan ketarikan dirinya.

"Wey bodoh, kau tahu tak apa jadi nanti?" pekik DD.

"Kita rehat kat sini jelah sampai pagi, esok tu kita kemas senang puas kan hidup kau." terang Livia buat mereka terdiam.

"Payahnya kalau dah macam ni, paling tak pun aku kena cari Flick tapi budak-budak ni lebih teruk perangainya." getus hatinya kesal memilih untuk berjalan ke depan dek khuatir.

Ketiga kaki tubuh menuju ke depan pintu dengan tangan memulas tombol pintu namun karat telah mengeraskanya, terus pintu kayu itu repuh setelah dilepas buat mereka memulakan jalan masuk ke dalam. Setiap biji mata tak lepas melihat perabot yang ditutup kain putih dan lantai yang penuh dengan debu.

Anai-anai dan sarang labah-labah memenuhi siling rumah, DD melabuhkan punggungnya ke sofa malangnya habuk terus melemaskan dirinya dengan batuk.

"Berapa lama rumah ni terbiar?"

"Kalau macam ni lebih 20 tahun." kata Livia pada Yuu.

"Kenapa abang datang?" kata seorang budak perempuan memunculkan dirinya di depan mereka menyebabkan Livia dan DD rebah di lantai.

"Siapa kau?!" soal Yuu pada budak perempuan itu.

"Aura abang buat kami sakit, tolonglah jangan lepaskan." jelasnya dengan rayu buat Yuu simpati terus menurunkan auranya.

"Terima kasih abang, lama Mikayla tak jumpa orang." tubuhnya yang lutsinar diibaratkan sebagai roh itu mula memperkenalkan diri, sifat baik Mikayla telah buat diri Yuu menundukkan diri dengan memahami situasi.

"Abang faham sekarang, maaf munculkan aura ni tapi kenapa kamu semua takut-takut orang?"

"Kami iri dengan kehidupan mereka." ucapnya sendirian lalu berjalan ke depan diikuti oleh diri Yuu ke tangga bilik atas.

"Makna menjadi hantu adalah seseorang yang ingin peluang kedua untuk hidup tapi dikekang oleh takdir dengan ketidakbolehan untuk difahami oleh orang lain. Mereka hanya roh yang menunggu masa mereka tiba untuk pergi dari bumi ke alam roh." getus hati Yuu persis pilu akan diri wujud sang hantu.

Setibanya di depan pintu ruangan atas, Mikayla hanya berjalan menembusi pintu serentak dibuka oleh Yuu yang menampakkan celah-celah cahaya penuh dengan keranda dan batu-batu nisan.

"Mikayla, kenapa kamu bawa lelaki tu datang! Dia tak suka dengan keberadaan manusia lagi-lagi yang berani melepaskan aura." kata hantu perempuan remaja yang menakut-nakutkan diri Yuu sebentar tadi.

"Kakak Sephia abang ni dah tutup aura dia."

"Mikayla, Sephia usah gaduh biarkan dia datang sebagai tetamu." sang suara lembut yang menenangkan fikiran mereka telah menutup bibir mereka, suaranya jelas berada di sekitar dalam keranda entah yang mana di mata Yuu.

Susuk itu terus membuka kerandanya dengan pakaian serba putih dan kain penutup mata buat diri Yuu seakan samar-samar mengenalinya di alam memori Lita.

"Kaulah orangnya yang ajak Lita pergi dari rumahnya kan?!" dia tergamam akan wujud pewaris itu, pertemuannya kencang di dada.

"Bagaimana kamu tahu anak murid saya Lita jadi pewaris keenam? Apa kamu ni pewaris terakhir?" ucap pewaris itu.

"Ya, saya pewaris..." belum sempat menghabiskan katanya terus dipintas oleh pewaris itu.

"Sungguh tak disangka kamu dah datang Yuu. Maaf atas kebutaan saya yang kadang menghalang untuk lihat kamu." ujar pewaris itu dengan posisi menghadap ke arah diri Sephia.

"Nama saya Urutella dan saya pewaris kelima, saya tahu ni terlalu pantas tai sesi perkenalan kita tak boleh menghentikan pertarungan pewaris." kata Urutella, terus namanya seakan diingati di kepala Yuu namun dia tak berapa ingat.

"Sekejap nama kau agak tak asing tapi aku tak ingat di mana." kata Yuu yang melihat tubuh Urutella terkedek-kedek berjalan di depannya seolah ingin memulakan pertarungan. Dia hanya menelan liur.

"Kita pernah bertemu? Saya tak pasti kerana kamu seorang yang baru."

"Tak boleh jadi ni, aku baru nak bercakap tapi dia nak mulakan pertarungan." getus Yuu mula berdebar dikala aura gergasi Urutella memenuhi ruangan bilik buat Sephia dan Mikayla menghilangkan diri.

Urutella entah bagaimana mampu memunculkan diri di belakang tubuh Yuu sekilas mata mencelik sekali, cengkamannya mengangkat diri ke udara lalu menghentakkan ke tanah hingga merempuh hancur ke bawah.

Dushhh

"Apa benda tadi tu?!" getus Yuu terbeliak lalu cengkaman leher dilepaskan oleh Urutella setelah mendengar bunyi kucing mengiau.

"Maaf, saya keterlaluan." ujarnya mengusap lembut helaian bulu-bulu kucing itu.

"Kita tak boleh bertarung! Kawan-kawan aku ada kat sini dia rebah di sini." rayu Yuu pada kawannya yang terlantar.

"Nampaknya kita tak boleh bertarung dengan adanya mereka, tak kira ghaib atau nyata. Yuu apa kamu tahu tentang diri mereka? Kucing yang saya pegang ni adalah roh setelah jasadnya hancur dalam lautan kerana lemparan manusia manakala Sephia dan Mikayla pula..." belum sempat bercerita Yuu terus menyampuk.

"Saya tahu, saya tahu sebab mereka."

"Hutan ni adalah rumah mereka untuk singgah sebelum hari lenyap roh tiba. Giliran mereka lama, keranda yang kamu lihat di atas pula adalah keranda sesat dan ditanam hidup-hidup oleh susuk bergelar manusia."

***

"Aku tahu kejinya dunia tapi aku tak boleh biarkan terjadinya hal yang buruk sebab itulah aku ingin melindungi semua orang." kata Yuu tulus buat Urutella memetik jarinya yang menghilangkan tubuh Livia dan DD dari rumah sebagai tanda berurusan.

"Dua kawan kamu akan dihantar semula ke khemah mereka, saya dah suruh beberapa roh untuk pulangkan mereka biar pertarungan kita berjalan sesuai dengan hening."

"Terima kasih, maaf tapi Lita..."

"Saya tahu, sebab itulah pertarungan antara pewaris adalah agung dan tak boleh dielak sama sekali. Entah baik atau jahat sekalipun ganjaran tu tetap akan menggoda kita."

"Tapi aku tak boleh bertarung dengan kau, aku tak boleh serang orang buta."

"Kamu baik tapi tekad dari pertarungan berkata lain!" Urutella sekali lagi memunculkan dirinya ke arah lain dengan cakaran kuku tajamnya.

"Aku tak nampak pun dia serang arah mana." getus dirinya tak dapat memahami kelajuan serangan dari Urutella bahkan pipinya yang dicalar itu mula berdarah jatuh ke lantai.

Yuu menarik nafasnya lalu dia mengumpal telapak tangan untuk dilepaskan ke arah wajah malangnya cubaannya menyerang gagal pabila tubuh dari Urutella dapat ditembusi tanpa terluka, cengkaman Urutella pada kolar baju terus dilemparkan memecahkan tembok batu.

Dumhhhh

"Maaf tapi saya separuh manusia dan separuh ghaib." ucap Urutella buat Yuu terbeliak biji matanya, dia tak tahu bagaimana ingin menang.

"Macam mana kau boleh serang aku tepat? Padahal kau tu..."

"Buta? Saya lebih dari sekadar buta, saya hanya tidak memiliki sebarang penglihatan akan dunia dan warna tapi saya dapat lihat dengan saluran-saluran aura pada badan kamu." dedah Urutella dengan penglihatannya yang gelita namun menampakkan saluran halus pada diri Yuu.

"Bahaya, dia lebih bahaya dari Lita!" cemas Yuu mengangkat diri dengan posisi terpaksa bertarung, dia terus memunculkan pedang seruannya.

Noble: Camenite!

Setelah berada di genggaman kemudian pantas saja melancarkan serangan belahan cahaya pada Urutella yang mampu meruntuhkan segala yang ada di depannya, menaikkan kabus dan asap.

Dushhh

"Saluran aura kamu semakin membesar dan laju, kamu pasti seorang yang kuat." getus Urutella yang mengelak serangan tadi.

Gigi yang mengetap geram, perlahan melangkah dengan melibas serangan impulsif ke arah Urutella malangnya tubuhnya berdiri terkaku menerima serangan menembus tanpa terluka.

"Kamu serang saya ke tadi?" tanya Urutella malangnya Yuu hanya terdiam seketika untuk memikirkan strategi.

Spirit Bolt!

Belahan cahaya menghadap ke arah Urutella dengan laju namun serangan itu dipegang hanya setapak tangan buat diri terdiam tak terkata tiba-tiba letupan berlaku ke arah bahu Urutella menyebabkan dirinya terlutut.

Dumhhh

"Serangan aku berhasil tapi macam mana?" bingung dirinya terus isi kepala menyimpul mudah dalam sesaat.

"Aku faham, kau tak dapat lihat rupa paras aku tapi saluran aura saja yang kau boleh lihat itulah yang buat kau mudah mengelak dan menyerang seseorang. Tadi serangan aku tak berjaya bila ditembusi oleh kemampuan kau tapi kau keliru antara tekanan kekuatan buat kemampuan hantu kau menerima serangan setelah menembusi diri." jelas Yuu di tatapan senyuman manis Urutella.

"Kamu terlalu muda tapi terlalu berbakat, apa bakat kamu dihadiahkan atau semulajadi? Baiklah... Titik terlemah saya adalah ni." Urutella menarik kain penutup matanya yang menampakkan segala wajah yang penuh dengan keanggunan namun kekurangan adalah sebab dirinya begitu. Pantulan mata pada biji mata yang putih dengan simbol 5 di sebelah kanan buat Yuu simpati.

Urutella sang pewaris kelima, susuk bernasib buruk oleh kebutaan.

"Aku tak boleh lawan kau Urutella, aku tak boleh buat macam ni."

"Kamu dan Lita serupa pada awalnya kerana simpati." ucapnya tak selesa, terus diri memunculkan pula aura gergasi yang menggila buatkan kayu, dinding dan kaca rumah hancur.

Druhhhhh

Bushhh

Noble : Fantasma Gear

Telapak tangannya menggenggam habis gagang pedang merah yang gegarkan rumah hingga menyembah bumi, debaran kencang di hati Yuu meluap tanpa henti akan kemunculan pedang itu. Dia berasa takut.

Bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

1.2M 58.9K 131
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
1.5M 63.9K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...
36.6K 3.8K 34
2024 Ini merupakan sambungan kepada HAZRAEL. H Series Buku 1: HAZRAEL Buku 2: Internet Death Angel Sila baca HAZRAEL dulu baru baca Internet Death An...
642K 26.8K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...