UNKNOWN STORY : 7 HEIRS (C)

By Yuu_Rinko

574 56 364

Genre : Fantasy + Action Anime Style Kesinambungan kembali kisah dari Unknown Story yang menceritakan tentang... More

Prolog
BAB 1 : Yuu Rinko
BAB 2 : Permintaan
BAB 3 : Kehidupan mewah
BAB 4 : Pembunuh persendirian
BAB 5 : Bang!!!
BAB 6 : Qov
BAB 8 : Ahli Kelab Bahasa
BAB 9 : Bisikan halus
BAB 10 : Pusingan pertama
BAB 11: Pertemuan kembali
BAB 12 : Pusingan kedua
BAB 13 : Kebutaan (Bahagian 1)
BAB 14 : Kebutaan (bahagian 2)
BAB 15 : Berharap
BAB 16 : Sukan Sekolah
BAB 17 : Merentas Desa
BAB 18 : Sukan Olahraga
BAB 19 : Penceroboh
BAB 20 : Kudeta
BAB 21 : Itou
BAB 22 : Itou dan Rheo
BAB 23 : Malam aspirasi
BAB 24 : Lemas
BAB 25 : Identiti
BAB 26 : Tundra
BAB 27 : 7191 (bahagian 1)
BAB 28 : 7191 (Bahagian 2)
BAB 29 : 7191 (Bahagian 3)
BAB 30 : Penyuluh arah
BAB 31 : Paus Putih
BAB 32 : Kewujudan 29 pewaris
BAB 33 : Memori abadi
BAB 34 : Divine Weapon
BAB 35 : Flick & Floria Memoria (End Arc 4)

BAB 7 : Bunga tulip Lita

10 1 10
By Yuu_Rinko

Sekolah elit bangsawan nan penuh megah digempa oleh tekanan aura dari susuk pewaris keenam buat semua yang berdiri akhirnya menyembah bumi, sepasang mata Yuu tak dapat mencelik dan ketakutan tika dirinya hampir dengan Lita. Dirinya tak stabil untuk berdiri tegak.

"Pernahkah kau lihat sekuntum bunga tulip dengan pelbagai warna dengan dasar titik-titik? Setiap tulip melambangkan bermacam sifat." ujar Lita melangkah ke depan buat lantai sekolah retak dan merekah disekitar.

"Apa yang dia nak katakan?"

"Manusia dan makhluk hidup hanya melihat diri dari sudut reputasi dan kejayaan tapi karakteristik membentuk jati yang tepat. Setiap tulip ada karakter mereka tersendiri dalam warna tapi apakah tulip berkelompok semua warna ada perwatakannya?"

Mendengar buah persoalan teka-teki dari Lita itu, gigih dirinya terbangkit dengan menumbuk tanah bersama dua tinjunya. Kestabilan untuk berdiri agak terketar-ketar sambil bibir lancar membalas jawapan.

"Entahlah aku masih ada jati yang boleh disebut tepat alang-alang diri aku masih banyak kekurangan untuk dicari. Dia yang ada dalam kepala aku ni takkan berhenti buat hal, tapi aku percaya yang dia dan aku masih ada peluang untuk tahu lebih tentang diri kami sendiri." tuju Yuu pada susuk dalam kepalanya yang terpisah dek tragedi misteri, kakinya berjalan ke depan secara perlahan dengan tangan melibas kuat pedangnya.

Skting

Malangnya ayunan Yuu terlalu lambat sehingga mudah untuk dielak manakala Flick pula tak kalah semangat oleh suara Yuu itu, dia juga turut menyerang Impulsif menggunakan pedangnya.

Ktang!

"Mengecewakan... Aku ingin kenal lebih banyak mengenai diri kau berdua tapi aku takkan berhenti." ucap Lita menghembuskan nafasnya lalu melancarkan tekanan kekuatannya pada mereka.

Qov: teknik keempat, area iblis.

Sehalus bunyi gelombang bulat yang mencampakkan kedua mereka jauh antara satu sama lain, terus sayap dari Lita mengunci diri Yuu untuk mengejarnya. Sekilas telapak tangannya mencengkam kerongkong Yuu sambil menyeret tubuh mengelilingi kawasan ruangan kelas dengan merempuh masuk satu ke satu kelas.

Degush

Buhhhh

Durhhh

Duhhh

Setelah puas menghentak Yuu dari kelas ke kelas sehingga runtuh berlubang papan putih dan meja, dia terus melemparkan Yuu merempuh sendiri ke dalam pejabat sekolah sampai punah kertas dan dokumen di atas rak ke lantai.

"Kau terima banyak luka tapi luka terakhir ni hanya sakit sekejap kerana nanti kau takkan tahu." ujar Lita dengan sayap hitamnya yang mula memunculkan titik-titik bercahaya merah untuk melepaskan serangan pada Yuu.

Ultimate burst into the visible touch!

Flick tanpa ragu menyerang tubuh Lita dari belakang menggunakan tekanan kekuatannya terus perempuan itu tercampak serong dari pandangan Yuu ke suatu tempat yang jauh, kekuatan darinya berjaya menjauhkan mereka sebentar.

Debushh

"Kau tak apa-apa Yuu." soal Flick khuatir.

"Pertarungan lawan dia setanding bila lawan musuh dulu atau lebih lagi, aku tak tahu bagaimana tapi kekuatan Lita lebih kuat sebab dia seorang pewaris." ujarnya kesal terbangun dengan huluran tangan Flick.

"Tak, itu bukan salah kau Yuu tapi ni libatkan situasi. Aku tahu kau tak gunakan tekanan kekuatan tu sebab tempat kan." tekaan dari Flick sememangnya tepat di batang hidungnya, dia masih terhalang untuk gunakannya malah dilemma.

"Kalau boleh... Aku nak guna tapi sebab orang ramai yang pengsan ada sekali, aku jadi takut nak guna."

"Usah bimbang, aku boleh gunakan Altima untuk beri kau ruang." balas Flick memunculkan tablet permainan yang dinamakan Altima nan mampu teleportasi ke tempat yang jauh.

"Aku lupa soal tu, tolong beri sikit masa untuk aku lawan Lita." getus bibir Yuu dengan kepala diangguk faham oleh Flick, mereka berdua terus merancang untuk berpecah.

Dalam bergeraknya waktu, Altima mula menyinari tubuh tubuh semua orang ke tempat yang jauh dari sekolah dek gelombang gergasi aura Lita, lingkaran tanah yang berubah tempat lain membawa mereka pergi buat Flick lega sementara menunggu ketibaan Yuu melawan Lita.

Rabbit jump

Spirit bolt

Loncatan melangit dan libasan pembelah dari Yuu ditangkap mudah oleh gerakan hebat dari Lita, raut wajahnya disekeliling tak merasai kehadiran manusia lagi selain mereka.

"Kau pindahkan orang lain ke tempat lain untuk apa?"

"Lebih baik untuk aku gunakan semua kekuatan aku tanpa libatkan orang lain."

"Sungguh seorang pahlawan tapi rembulan masih ada maka aku tak dikalahkan oleh budak mentah macam kau." kata Lita ego, dirinya melepaskan tekanan kekuatannya lagi pada Yuu.

"Banyaknya teknik dia?!" getus hati kecilnya kaget.

Qov: teknik kelima, Moonlight Sonata.

Cahaya bulan pantas terpancar pada tubuh Lita mengalir menerusi sayapnya untuk melepaskan pancaran laser yang gergasi, terus raut wajah mereka pucat oleh gerakan laju serangan itu.

Skrrrr Dabooom

Laser cahaya bulan itu merempuh pada bangunan sekolah sehingga lenyap separa bawahnya tak meninggalkan apa-apa malah asap dan kepanasan serangan itu memarakkan api ke dalam tanah, mujurlah Yuu dan Flick tidak terkena serangan itu dek diselamatkan oleh tindakan refleks.

"Aku tak mengalah, hahaha." dia ketawa apabila melihat peluang di wajah Yuu yang kaget disekeliling tempat yang hancur, malah dirinya meluru dengan sayap ke tubuh Yuu dan menancap dada menggunakan jari-jemarinya, Lita terus menarik jarinya penuh darah keluar dari dada dengan senyuman.

Tsuh

"Yuu!" jerit Flick dengan tatapan luas.

"Sungguh kau pewaris yang paling mengecewakan dan berani..." ucap Lita menjilat tangannya yang terlekat darah Yuu, lidahnya tidak merasa apa-apa melainkan kosong mirip air.

"Rasa bawang dah hilangkan manisnya darah kau, sungguh sayang sekali. Selamat tinggal." ujar Lita menoleh pergi dikala melihat tubuh dari Yuu akan terjatuh rebah tiba-tiba kakinya tak dapat bergerak.

"Kau ingat kau dah menang hah!" kata Flick menyeru sihir akar melilit pengerakan Lita.

"Apa kau nak buat hahaha, kau semua dah kalah." ucap Lita tiba-tiba teriak dari Flick telah menyedarkan dirinya.

"Sekarang Yuu!" Kestabilan tubuh yang ingin rebah itu gigih tegak di lantai dengan tangannya mengumpul tenaga ke dalam pedang, Yuu terus menghayun pancaran cahaya itu ke arah Lita.

"Macam mana kau?!"

Spiral Bolt!

Dushhhh

Serangan pancaran cahaya dari pedang Yuu telah merempuh masuk ke dalam tubuh Lita sehingga menyeret dan meruntuhkan segala benda yang ada di sekolah. Sungguh pertarungan yang tak dijangka dan tergesa-gesa untuk berfikir, dia berjaya mengalahkan vampire itu.

***

Dalam ruangan tempat yang tak diketahui, penuh dengan tanaman bunga berdekatan dengan rumah agam. Celikkan mata kebingungan ke tempat itu jadi tanda tanya baginya sehingga menanyakan sendiri pada susuk yang membawanya ke dalam memori itu.

"Kenapa kau bawa aku ke sini... Yuu." ucap Lita pada susuk yang berada di belakangnya.

"Aku tak tahu tapi inti memori cuba menyampaikan sesuatu." balasnya sambil menyaksikan memori itu bersamanya.

Sesusuk tubuh kecil seorang kanak-kanak yang merenung dari jendela tingkap rumahnya, iri melihat siang hari bahkan dengan senyuman dari orang-orang lain disekitar jalan. Dia seolah terkurung dalam bilik bersama kertas dan minuman bercairan merah dalam gelas kaca.

Susuk itu adalah Lita yang kecil dengan tubuh lemah dan penuh kekurangan, dia terlahir sebagai penghisap darah untuk hidup dan terpaksa memilih mengurung diri dari keluar agar nyawa orang lain dapat diselamatkan.

"Mama! Lita nak keluar." dalam kecemburuan itu dia tak diendahkan oleh keluarga yang beri kasih sayang, entah dimarah atau dibuat sedih oleh mereka. Dia masih tak dapat keluar dari rumah itu.

"Aku dikurung dalam bilik kerana taring yang lapar darah ni, sudah beratus kali aku hancurkan gigi ia tetap tumbuh dan membesar." sampuk Lita pada Yuu tika tubuh mereka saja yang tak dapat disentuh bahkan menembusi tubuh orang lain atas kemampuan Floria Memoria.

"Mengapa kau beritahu aku tentang bunga tulip?" soal Yuu kebingungan, dalam penglihatan mereka ingatan pantas ke malam hari yang menampakkan susuk Lita kecil menyelinap keluar dari tingkap rumah ke kebun bunga.

Matanya tak silap tengok dari ratusan bunga tulip berbagai warna dari jauh dek bunga tulip yang dirinya petik adalah jarang sekali diperhatikan oleh mata-mata orang. Bunga tulip berbagai warna dalam satu kuntum, dia kagumi bunga itu.

"Ibuku orang yang menanam berbagai bunga tapi dalam banyak-banyak bunga, aku menyukai tulip. Warnanya mempersonakan dan itulah pertemuan pertama aku dan susuk pewaris bermula." terangnya.

"Apa?"

Dalam tatapan yang hanyut, kanak-kanak bertaring itu tak sedar akan kemunculan sesusuk perempuan dengan penutup mata. Bibirnya berbicara telah menyedarkan dunianya.

"Bunga yang kamu pegang itu adalah bunga ghaib, sebelum ia ghaib bunga itu telah layu dan mati disebabkan kurangnya cahaya matahari." susuk perempuan tidak menampakkan matanya dek ditutup kain telah mengejutkan diri Lita.

"Siapa kau?!"

"Lita nama kamu kan... Apa kamu tak sedarkan sesuatu disekeliling bahawa kamu itu sudah diabaikan jelas persis diri bunga itu." ucapan pewaris itu telah menyakiti hati Lita kecil, dia masih menahan tanggapan yang ibubapanya lakukan. Pola fikirnya masih positif.

"Mama tak abai Lita! Dia sayang Lita!"

"Kamu yakin, kenapa dia memandang tajam kamu dari belakang dengan sebilah pisau?" kata pewaris itu menunjukkan jarinya ke arah jendela tingkap namun tidak menampakkan apa-apa.

"Kau bohong kan! Mama tak ada pun." ucapnya lalu dalam beberapa detik kemudian susuk ibu bagi Lita memasukkan kepalanya ke dalam tingkap menampakkan pisau di tangannya.

"Maaf atas kebutaan saya."

"Mama..." dia sedar dan menyimpul bahawa saat dirinya tidur pasti ibunya bakal membunuhnya.

"Lita datang sini!" jerit sang ibu.

Dalam tamam bunga itu dia terkaku untuk bergerak, sedat dalam berfikir ke depan. mujurlah pewaris buta itu hanya menyampaikan kebenaran sebelum hal buruk terjadi, dia merayu untuk ikut dan berakhir dengan perjuangannya sehingga sekarang.

"Maaf atas kedukaan dalam memori kau Lita..." ucap Yuu simpati akan nasib perempuan itu.

"Yuu, sebab aku memilih untuk ikut pewaris tu adalah dasar kelahiran aku yang berbeza mirip dengan tulip tadi. Ayah dan ibu aku adalah manusia sedangkan aku adalah seorang penghisap darah untuk hidup."

"Lita..." dalam perbualan rancak mereka telah diganggu oleh langit terumbang-ambing untuk menutup alam memori, mereka tak sempat untuk berbual lagi.

"Yuu, aku nampaknya tak ada masa untuk meluang dengan kau sebagai seorang kakak pada adik ke 30 tapi jujur kau memang seorang yang tak dijangka dan pelik hahaha. Aku suka bertarung dengan kau." getus Lita, telapak tangannya yang bersimbol 6 telah hilang sepertinya dirinya juga bakal hilang berkelana bersama debu

"Dia anggap aku ni adik?" getus hati Yuu dengan senyuman.

"Ya, bertarung dengan kau memang payah tapi aku rasa sangat beruntung."

"Aku masih belum memunculkan tekanan kekuatan terakhir tapi ia bukanlah untuk membunuh."

"Hah! Ada lagi, berapa banyak kekuatan kau."

"Hehe aku kan kakak keenam yang kuat jadi biasalah apapun jika kau bertemu dia... Ucapkan salam. Oh ya jangan lupa aku masih dendam dengan tindakan jahat kau masuk bawang dalam mulut. Taklah aku gurau, ucapkan salam juga pada kekasih kau." kata Lita sambil memunculkan pedangnya seruannya untuk terakhir kali.

Qov: teknik terakhir, Ballade no. 1 in G minor, op. 23

Tekanan kekuatan dari Lita yang terakhir adalah untuk menyembuhkan segala rasa sakit yang dia lakukan pada Yuu dan semua orang, perbuatannya menandakan sudah tamat masanya untuk dia bertarung dengan menamakan kemenangan terbesar bagi diri Yuu.

***

Dalam kantuk matanya yang terbuka luas setelah tertidur di dalam kereta, Yuu yang tadinya di alam memori bersama Lita tidak sempat apabila kedatangan cikgu Nuya dan beberapa anggota berkuatkuasa untuk menyelesaikan masalah kepunahan sekolah elit itu.

Hawa dingin dari kereta telah menutupi matanya lagi untuk tidur di bahu kekasihnya yang sedar itu, dia hanya mengarah Yuu tuk berehat disamping.

"Yuu tidur je... Kau dah buat yang terbaik." kata Flick dengan tubuh nan sihat secara semulajadi entah dari mana tapi kenyataannya dari Lita sendiri, dia meletakkan tangannya ke pipi secara lembut tuk beri kesenangan tidur di bahunya.

"Nampaknya kita dah buat yang baik, terima kasih kamu berdua." ucap Nuya yang terlihat cemburu pada kerusi belakang, matanya mula fokus pada jalan dengan senyuman akan misi mereka yang telah berjaya.

Bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

22.3K 305 16
kisah ustazah anis sopan dan cantik tetapi sebalik jual tubuhnya di media sosial
8.5K 313 40
Kemalangan yang menimpa berjaya mengubah keadaan hidup Tengku Diana Qaisara dan Tengku Iqbal Asyraff setelah kedua-duanya sedar dari koma. Namun mere...
3.5K 261 34
#COMPLETE# Persahabatan yang terbina sejak kecil musnah hanya kerana seorang perempuan Adam bertekad untuk memohon maaf kepada kawannya, Nathaniel A...
5.4K 252 24
NASIHAT UNTUK SEMUA ORANG YANG BARU MASUK ALAM REMAJA. Be careful ✨ Just a short story and semangat serta iktibar untuk yang selalu brokenss tu 🙂🖤...